Monday, April 26, 2010

AL-FALAH - KARYA BESTARI & ALAF21 MEMENANGI TEMPAT KE 3 PERTANDINGAN NASYID KUMPULAN KARANGKRAF

Bismillahirahmanirahim…
Alhamdulillah, Karangkraf Sdn Bhd buat julung kalinya telah menganjurkan majlis MUNAJAT CINTA yang mana ia telah disertai anak syarikat berserta sekutunya. Majlis itu berlangsung pada pagi sabtu bersamaan 24 April 2010 bertempat di laman asy-syams.

Sesuai dengan objektifnya iaitu untuk mengerat dan memperkukuhkan silaturahim sesama kakitangan, pelbagai acara telah diadakan antara jabatan seperti pertandingan nasyid kontemporari, azan dan hafazan al-Quran. Sambutan majlis pada hari itu amat meriah apabila dihadiri oleh kakitangan syarikat berserta ahli keluarga yang datang memberi sokongan.Team Karya Bestari juga tidak melepaskan peluang untuk turut menyertai acara itu dalam pertandingan nasyid kontemporari. Alhamdulilah, dengan gabungan bersama team Alaf21, kami berjaya merangkul tempat ke3. Walaupun johan menjadi taruhan, tapi mungkin rezeki kami hanya sebagaimana yang telah ditetapkan. Selain daripada itu, peserta nasyid menerima wang berjumlah Rm400 beserta sijil penghargaan. Turut hadir Ustaz Amar, Hafiz Hamidon, Aan selaku juri pada sesi pertandingan Nasyid tersebut.

Ternyata lagu yang dibawa bertajuk Ya Rasulullah di bawah vokalis Mohd Rizal Abd Aziz dan Taubat Maksiat di bawah vokalis Mohd Khair dan Johari Jaafar telah berjaya memukau hati para juri dan penonton.

“Walaupun tempat ketiga, kami tetap berasa bersyukur. Sesungguhnya, bukan kemenangan yang kami harapkan, tetapi semangat berpasukan dan kekeluargaan yang menjadi agenda utama kami menyertai pertandingan ini.

"Jika diikutkan sebanyak sembilan kumpulan dari pelbagai jabatan Karangkraf yang menyertai pertandingan ini hebat-hebat belaka. Namun, Kemenangan ini bukan untuk kami, tetapi juga buat semua staf Alaf 21 yang memberikan sokongan padu,” kata Mohd Rizal Abd Aziz, selaku ketua pasukan.

Diharap majlis seperti ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang untuk mengeratkan lagi tali silaturahim antara kakitangan Karangkraf Sdn Bhd. Kami juga tidak akan melepaskan peluang untuk terus melibatkan diri dalam aktiviti seperti ini kelak!Antara orang kuat yang membantu mengukuhkan vokal team Al-Falah tidak lupa juga kepada cikgu Faizal dan siti Hajar(lia). Huhuhu Pengalaman pertama memasuki pertandingan sebegini. InyaALLAH jika ada umur kita orang akan berusaha lebih gigih di tahun hadapan... Salam jumpa lagi...

No comments: