Wednesday, February 23, 2011

TEMU MESRA PENULIS KARYA BESTARI - RUHANA ZAKI

Setelah Pahrol Mohd Juoi dipromosikan di MPH, Mid Valley kini giliran Ruhana Zaki pula untuk mempromosikan buku terbarunya Kerana-MU Aku Berubah. Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan sesi temubual dan kupasan isi kandungan buku tersebut. Jika anda ingin menemui penulis ini dengan lebih dekat datanglah beramai-ramai di MPH BOOKSTORES, SUBANG PARADE pada jam 2 petang - 4 petang. Jom ke sana!

BANGKITLAH SELEPAS BERCERAI SIAP SEDIA BERADA DI PASARAN...

SAAT tangan dijabat, harapan suci terlukis di jiwa. Hati melakar impian indah hidup bahagia bersama ke akhir hayat. Saat doa diaminkan, kalbu terasa sayu. Tekad dipahat... syurga ini akan dipertahankan walau apa pun jua dugaan mendatang. Namun...
“Aku ceraikan kau dengan talak....” Jelas terngiang ucap lafaz itu.
Pedih!
“Ya... kami berpisah akhirnya...” Sayu, hiba dan kesal berbaur satu.
Sekelip mata, dunia bertukar gelap. Ada yang tersungkur, terjatuh atau terduduk. Lidah menjadi kelu secara tiba-tiba. Sesungguhnya, perceraian adalah satu hakikat yang amat menyedihkan dan terlalu getir untuk diterima.

Tapi... benarkah begitu keadaannya? Pernahkah terfikir yang perceraian itu sebenarnya merupakan satu peluang keemasan buat mereka untuk memperbaiki jati diri agar menjadi lebih baik pada masa hadapan? Pernahkah terlintas di minda bahawa perceraian itu sebenarnya membawa hikmah yang mereka gagal untuk memahaminya?

BANGKITLAH SELEPAS BERCERAI amat sesuai sebagai santapan jiwa buat mereka yang bercelaru akibat kecundang... sama ada diceraikan atau menceraikan. Ingatlah... perceraian itu bukanlah penamat segala kebahagiaan dan perampas kegembiraan yang selama ini pernah dikecapi bersama. Yakinlah... ALLAH itu Maha Mengetahui setiap perjalanan langkah hidup hamba-NYA. Pasti ada kesenangan menanti di setiap dugaan yang melanda.

ISI KANDUNGAN MENARIK
• Cari Ketenangan Diri
• Hidup Ini Penuh Ujian
• Perceraian Dalam Islam
• Mengapa Bercerai Muda?
• Anakku Disihir Orang!
• Anak dan Isteri Sebagai Amanah
• MasalahTidak Akan Pernah Hilang
• Hadapi Perceraian Dengan Hikmah
• Kita Bukan Phoenix yang Bangkit Dari Api!
• Perkahwinan Bukan Jaminan Kelangsungan Cinta

Antara sebahagian bab yang terkandung di dalam buku Bangkitlah selepas bercerai...

Untuk dapatkan buku atau mengedar buku tersebut anda boleh menghubungi Eksekutif pengedaran kami: Pantai Timur/ Central: Halim (019-2886263) & Raqib (013-6554415) Utara/ Central: Hanapi (019-2297371) & Saiful Azlan (012-3412411) Selatan/ Central: Azam (012-9897565) & Ibrahim (013-3330591) Mega Bookstores/ MPH, Kinokuniya, Boarders, Popular: Fadzli@Apai (019-6222839) Sabah, Sarawak & Luar Malaysia: Liza (03-55118820) E-mel untuk jadi pengedar buku: promogrupbuku@karangkraf.com. Editorial: Wan (019-2557380)


Tuesday, February 22, 2011

FORUM BEBAS DARI BELENGGU BERJAYA MENDAPAT SAMBUTAN

Buat julung kalinya, Grup Buku Karangkraf telah diundang menjalinkan usaha sama dengan team ILuvIslam.com dan INSPIRE Club (UIAM), menganjurkan program FEWWIT (Fun Exciting Week With IluvIslam Team).
Program yang berlangsung pada 20. 2. 2011, jam 9.00 pagi-12.00 tengah hari ini bertempat di auditorium utama, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Alhamdulillah…. program yang disertai oleh seramai 500 peserta ini mendapat sanbutan memberangsangkan. Forum ini menampilkan tiga orang panelis, iaitu Dr. Azhar Sarip, penulis buku Bebas Dari Belenggu yang juga seorang motivator, Ustaz Saharom Abd. Aziz, editor Iluvislam terbitan Kumpulan Karangkraf dan Ustaz Hamid Jusoh, pensyarah Kuliah Undang-undang UIAM. Pengisian utama forum ini adalah membincangkan tentang betapa pentingnya kita mendekatkan diri pada-NYA agar mendapat ilham untuk keluar dari apa jua belenggu keresahan. Antara persoalan yang disentuh ialah cara kita berterima kasih kepada ALLAH, cara menangani masalah, manisnya memberi maaf, bagaimana untuk mencintai ALLAH dan kaedah meraih ketenangan jiwa. Menurut Dr. Azhar, “Lawanlah dunia dengan akhirat. Maksudnya, andai kita diuji masalah, kembalilah pada ALLAH S.W.T kerana DIA Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kita. Ingatlah... masalah hanya persepsi dan kelihatan negatif kerana ia tidak selaras dengan keinginan kita. Renungkanlah ke dalam diri kerana di situ ada lubuk yang dipanggil kebijaksanaan. Tenangkanlah hati kerana jiwa akan lebih mantap hasil keyakinan yang jitu kepada-NYA. Ayuh! Bebaskan dirimu dari belenggu!”

Ya, itulah saranan motivator yang murah dengan senyuman dan kaya dengan ilmu ini.
Apa yang lebih menarik lagi, masa tiga jam berlalu dengan begitu pantas sekali. Apa tidaknya, setiap soalan yang dilontarkan oleh moderator berjaya dijawab dengan begitu bernas oleh setiap ahli panel. Isu-isu yang dibincangkan berkait rapat dengan kehidupan seharian, hubungan dengan ALLAH juga sesama insan. Peserta program yang majoritinya adalah mahasiswa/i tampak begitu teruja dengan penyampaian berkesan yang disampaikan oleh ketiga-tiga ahli panel. Alhamdulillah… program yang diakhiri dengan sesi soal jawab ini ternyata memberi impak positif dan berjaya memenuhi matlamat program. Apa yang menariknya, forum ini juga berjaya menarik minat peserta untuk memiliki buku Bebas Dari Belenggu setelah berakhirnya majlis tersebut. Harapan kami agar perkongsian ilmu ini dapat dimanfaatkan demi kebaikan bersama. Terima kasih daun keladi buat tenaga muda pihak Iluvislam. com (Imran Koyube, Wan Mohd Firdaus, Dzulhafidz Yahaya & the team) yang sudi mengundang kami dan menjadikan program forum ini sebagai aktiviti bulanan. Insya-ALLAH, jangan lupa kosongkan kalendar anda untuk bersama forum FEWWIT pada 20 Mac 2011 di UKM Bangi dengan topik `Di Mana DIA di Hatiku’.

Monday, February 21, 2011

MERIAH BERSAMA : Di Mana DIA Di Hatiku di MPH, MidValley Bangsar.

MERIAH BERSAMA Di Mana DIA di Hatiku di MPH

Anda mungkin pernah mendengar namanya mungkin juga pernah membaca tulisannya namun belum pernah berkesempatan bertemu dengannya...
Untuk itu... Khusus buat semua peminat Ustaz Pahrol Mohd Juoi yang telah mengenali,
mengikuti dan meminati setiap hasil penulisannya sama ada di buku, majalah atau blog...
Luangkanlah waktu untuk bertemu dengan motivator ini. Ambil gambar dengannya boleh, ambil tanda tangannya boleh dan beramah mesra dengannya juga boleh. Anda dialu-alukan!

Alhamdulillah... berkat promosi yang diuar-uarkan, program `Temu Mesra’ anjuran MPH Bookstores dan Grup Buku Karangkraf ini berjaya mendapat sambutan peminat Ustaz Pahrol Mohd Juoi.
Program yang diadakan pada hari Ahad, 20 Februari 2011 dari jam 4.00 petang ini bertempat di Pulitzer Corner, MPH Bookstore, Mid Valley Megamall. Seawal jam 4.00 petang, telah pun sedia menanti peminat motivator berwajah tenang ini.
Berbekalkan naskhah Di Mana DIA di Hatiku, hadirin tidak melepaskan peluang beramah mesra dengannya. Selain mendapatkan tanda tangan dan bergambar bersama, masa selama hampir dua jam itu juga terisi dengan sesi soal jawab. Yang pasti, semakin banyak dijawab, semakin banyak pula ditanya. Maklumlah, siapa tidak teruja andai setiap pertanyaan dibalas dengan bahasa yang tersusun indah, lancar terlafaz ilmu yang disampaikan dan diiringi dengan senyuman kemesraan. Kupasan demi kupasan diberikan.

Salah satu isu yang menarik perhatian adalah soalan yang dikemukakan oleh Saudara Shahrul yang merupakan tenaga pengajar salah sebuah kolej swasta . Soalannya berkaitan tentang remaja dan pelajar dalam dunia globalisasil cara mengenali dan mencintaii ALLAH bagi menghasilkan pelajar yang berjaya di dunia dan akhirat. Selain itu, Ustaz Pahrol juga ditanya tentang bahan rujukannya dalam menghasilkan penulisan buku ini. Juga, turut ditanya tentang peranan pekerja yang hanya menjadikan wang sebagai pengubat masalah dan di mana letaknya ALLAH dalam melakukah ibadat kerja seharian.
Ustaz Pahrol juga turut memberikan tips mendidik anak ketika berumur 1-7 tahun, 8 hingga 14 tahun dan seterusnya anak-anak di alam remaja. Cara penyampaian yang berhemah dan menarik ini berjaya meruntun perasaan hadirin apatah lagi setiap faktanya dikukuhkan dengan cara Nabi mendidik anak-anak menurut kaedah Islam. Malah, setiap patah katanya berjaya menggamit dan mencuit hati Faizal, A'an dan Dira (wakil Karya Bestari @Grupbuku Karangkraf ) yang bergabung tenaga menjayakan program tersebut.Meskipun Di Mana DIA di Hatiku ini telahpun setahun berada di pasaran, namun sokongan pembaca masih berterusan, Penyampaian kandungan yang disampaikan dalam bentuk santai ini bukan sahaja berjaya menambat hati golongan dewasa, malah anak-anak remaja juga turut jatuh hati dengan buku berkonsep motivasi islamik ini. Alhamdulillah...
Mengakhiri program yang berjaya mengeratkan ukhuwah di antara penulis dan peminat ini. Ustaz Pahrol sempat berpesan, “Orang yang cintakan ALLAH akan tenang dengan mengingati-NYA. Orang yang takutkan ALLAH pasti bergetar hati apabila mendengar ayat-ayat-NYA. Andai cinta dan takut ALLAH ada di hati, kita seolah-olah memiliki segala-galanya. Itulah kekayaan, ketenangan dan kebahagiaan yang hakiki dan abadi.”

LUAHAN RASA USTAZ PAHROL..

TUHAN...
dalam letih aku merintih
kelemahan dan kelalaianku
alpa dosa-dosaku
aku lemah tak berdaya

TUHAN...
dalam suka dan duka
tangis dan tawa
melimpahi rahmat dan nikmat-MU
lupa aku mengenang-MU
dalam sibuk dunia yang gawat
KAU lupa kuingat

TUHAN...
ampunilah hatiku yang pilu
tak endah bila menadah
akan kebesaran-MU
ingatkan daku
agar mengingat-MU

TUHAN...
bicara-MU tanpa suara
belaian-MU hanya rasa
KAU terlalu dekat
tanpa suara
namun cinta-MU ketara jua

- Pahrol Mohd Juoi


DI SEBALIK 1001 WAJAH...
“Saya bersyukur ke hadrat ILAHI kerana kini saya dapat melakukan apa yang menjadi minat saya sejak dulu... menulis! Syukurlah... anak kepada seorang yang buta huruf ini akhirnya dengan izin ALLAH boleh menulis untuk memperbaiki diri sendiri di samping mengingati insan lain. Alhamdulillah.” Mungkin itulah yang terdetik di hati seorang lelaki bernama Pahrol Mohd Juoi.

Wednesday, February 16, 2011

USTAZ PAHROL MOHD JUOI DI BOOKSTORES, MID VALLEY, BANGSAR.

Jom! TEMU MESRA MOTIVATOR Pahrol Mohd Juoi di MPH BOOKSTORES, Mid Valley, Bangsar pada 20.2.2011. Majlis temu mesra ini bertujuan mendekatkan penulis degan pembaca dan bertemu secara live serta bersembang ilmu dengan penulis tersohor ini. Di Mana Dia Di Hatimu merupakan siri motivasi diri yang telah mendapat tempat di hati peminat dan merupakan produk BEST SELER! keluaran Grup Buku Karangkraf dalam genre Kauthar.
“Orang yang cintakan ALLAH akan tenang dengan mengingati-NYA. Orang yang takutkan ALLAH pasti bergetar hati apabila mendengar ayat-ayat-NYA. Andai cinta dan takut ALLAH ada di hati, kita seolah-olah memiliki segala-galanya. Itulah kekayaan, ketenangan dan kebahagian yang hakiki dan abadi.

Di Mana DIA Di Hatiku adalah suara kalbu yang mengungkapkan segala rintih pedih, ratap harap serta suka duka seorang hamba yang sentiasa mengharap redha-NYA. Sesungguhnya ALLAH itu dekat, pintu keampunan-NYA lebih luas daripada pintu kemurkaan-NYA.” Jangan lupa dapatkan juga buku ini dengan harga Rm15 untuk mengetahui lebih banyak mutiara ilmu yang terkandung di dalamnya. Kosongkan kalendar anda sekarang juga untuk bersamanya di sana!

PROGRAM: Temu Mesra
JEMPUTAN: Ustaz Pahrol Mohd Juoi
TEMPAT: MPH Bookstores, Mid Valley
TARIKH: 20 Februari 2011 (Ahad)
MASA : 4.00 petang - 6.00 petang.

Orang ramai dijemput hadir.
Jumpa di sana...

Tuesday, February 15, 2011

TAHNIAH! KELAB SUKAN & REKREASI KARAGKRAF JOHAN UNTUK SEPANDUK TERBAIK (KATEGORI BADAN BERKANUN/SWASTA/IPTA/IPTS) SEMPENA SAMBUTAN MAULIDULRASUL 1432H

Syukur Alhamdulillah dan tahniah diucapkan kepada Kelab Sukan dan Rekreasi Karangkraf kerana berjaya mendapat TEMPAT PERTAMA UNTUK SEPANDUK TERBAIK (KATEGORI BADAN BERKANUN/SWASTA/IPTA/IPTS) Sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Selangor Tahun 1432H/2011M. Tahun lepas kita mendapat tempat KETIGA.
Tahun 2011 tahun pencapaian cemerlang dengan membawa pulang trofi kejayaan, wang tunai RM1500.00, sijil dan cederahati kenang-kenangan. Peserta Grup buku yang turut bersama-sama bekerjasama adalah Norhayati Mat Kassem, Muhamad Faizal Jaafar, Norhayati, Patonah, Normala, Raja Shah Faizal dan yang lain.Bila di tanya tentang pengalaman kami. Memang menyeronokkan. Bukan keseronokan kemenangan menjadi anjakan kepada kami tetapi keseronokan dapat berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w. Mengingati peristiwa hari kelahiran Nabi dan perjuangannya sebagai nabi akhir zaman. Kemenangan pada kami merupakan satu bonus dan rezeki dari ALLAH. Perarakan yang dimulai di Stadium Melawati seterusnya ke stadium besar seksyen 13 Shah alam. Seawal pagi bersedia di stadium dengan pakaian tema kami untuk lelaki berbaju batik manakala wanita berjubah corak ala harimau gitu. Dengar juga usikan kontijen lain dengan membuat ngaumman singa kepada kami... Huhuhu memang lucu. Memang lain dari yang lain dan penuh ceria walaupun tidak berbunga manggar untuk perarakan kali ini.
Sepanduk kami yang membawa tuah

Kami mempertaruhkan banting/sepanduk kami dengan slogan "Rasulullah s.a.w ikutan sepanjang zaman" dengan tulisan khat jenis Diwani ini berjaya mencuit dan mencuri hati pengadil memilih kami sebagai sepanduk paling kreatif. Syukur dengan usaha yang sedikit mendapat pulangan yang besar. Itulah yang dikatakan rezeki... Perarakan tersebut dapat memupuk semangat kerjasama, satu hati, jujur , amanah, tanggugjawab dan yang paling utama adalah keikhlasan hati. Salam jumpa lagi tahun hadapan dengan tema kami yang lain. TUNGGU!...

Tuesday, February 8, 2011

Salam Maulidulrasul 1432H.

Salam Maulidulrasul 1432H. Alhamdulilah dan Syukur dipanjatkan buat TUHANku yang satu...
Dan Buat kekasih tercinta, suri tauladan buat umat sekelian alam. kedatanganMU membawa tauladan buat diri kerdil ini. Moga rahmat dan sejahtera keatasMU wahai MUHAMMAD Solla wahualaihiwassalam beserta keluargaMU. Jom sahabat-sahabat ku yang dirahmati Allah. Mari kita raikan kelahiran agung ini di sepanjang bulan Rabiulawwal 1432H. Dan Perbanyakkan ikuti sunnahNYA. Moga perjuanganNYA membawa Islam tidak kita sia-siakan..
Sempena Maulidul rasul kali ini Team kami mempromosikan pakej istimewa untuk para pembaca untuk memiliki buku ini dengan tawaran harga istimewa. Murah dan berbaloi memilikinya dengan harga RM75.00 sahaja.