Tuesday, January 22, 2013

KARNIVAL BUKU KARANGKRAF KEMBALI LAGI 2013... Jom sama-sama memeriahkannya....

Jom para peminat Karya Bestari beramai-ramai datang ke perkarangan Kumpulan Karangkraf. Karnival buku yang sentiasa di tunggu-tunggu oleh mereka yang gemar membeli buku secara borong dan menikmati diskaun menarik yang diberikan. Selain daripada itu terdapat pelbagai aktiviti dan juga program yang menarik di adakan.

Kembali dengan lebih hebat dan panas... datanglah bersama keluarga tersayang agar ilmu dan buku dapat dikongsikan bersama. Mengilmukan amalan masyarakat dari nukilan jiwa islami kami membuka lembaran baru minda buat semua. Karnival buku kali ini akan diadakan pada 1,2 dan 3 Februari 2013. Bermula jam 9.00 sehingga 7 malam untuk hari jumaat dan ahad. Manakala pada hari sabtu pula  kami panjangkan waktu 9.00 pagi sehingga 10.00 malam untuk pengunjung hadir  di sebelah malam dengan pelbagai aktiviti forum.  Pelbagai motivator terkenal dan artis turut serta. Jom sama-sama memeriahkan...

Pelbagai majalah buku agama, umum, resipi , novel dan banyak lagi genre yang boleh dimiliki dengan diskaun yang hebat. 100 penulis turun padang dengan pelbagai aktiviti dan juga sembang buku yang panas dan terhangat... Juga tidak ketinggalan 20 gerai menjual pelbagai barangan  atau pameran auto... Di sebleh malam pula kami ada program yang sentiasa mendapat sambutan hangat iaitu program: BICARA CINTA ANAK MUDA dengan kerjasama Majalah I menampilkan penceramah tersohor.

Lokasi yang terhangat semestinya di Perkarangan Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, No 1, Jalan renggam 15/5, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor. Kemudahan dengan tempat letak kereta yang luas, pelbagai juadan dan menu yang sedap serta ruang makan dan solat yang besar dan selesa. Apa tunggu lagi mari sama-sama sediakan masa anda bersama kami... editor, penulis dan grafik serta semua yang terlibat. "tak kenal maka tak cinta...".

Salam ceria dan jumpa nanti... :)