Sunday, April 24, 2011

Kami di serbu di Pesta Buku Antrabangsa Kuala Lumpur.

Syukur Alhamdulillah, memang meriah di Pesta Buku kali ini. Ruang Karya Bestari kali ini berada betul-betul di pintu masuk hadapan di Dewan Tun Dr. Ismail, PWTC. Sudah 4 hari pesta buku berlangsung di PWTC. Banyak kenangan manis sempat kami rakamkan... Terima kasih juga kepada pembaca yang tidak jemu-jemu datang memeriahkan pesta buku kali ini.Pembaca sanggup bersesak untk mendapatkan produk terbar kami.
Pesta buku kali ini diserikan dengan pelbagai aktiviti menarik terutama pertemuan secara live dengan penulis buku kami. Antara penulis yang memberi sokongan kepada Karya Bestari adalah Ustaz Noor Hisham Ismail, En. Mohammad Nazir, Dr. Hm Tuah Iskandar al-Haj, Puan Norlela Ibrahim, Ustaz Yaakub dan ramai lagi.
Hm. Tuah Iskandar al-Haj, Ustaz Noor Hisham Ismail dan En. Muhammad Nazir bersama-sama mempromosikan buku rakan seperjuagan.
Puan Norlela Ibrahim bersama dengan buku terbarunya Doa & Tip Keluarga BahagiaEn. Muhammad Nazir sibuk menandatangani dan memberi kata-kata semangat kepada para peminatnya.
Dr. Hm Tuah Iskandar al-Haj bergambar kenangan bersama penatnya.Dr. Hm Tuah Iskandar al-Haj ditemubual oleh pemberita TV3 berkaitan perkembangan penulisannya. Buku terbaru terbitan Karya Bestari - Belailah Kalbu mendapat sambutan hangat dar peminat.Buku terbaru Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj daripada Karya Bestari
Tahun ini Karya Bestari mendapat sponsor besar dari Jakel, Ariani, Mix Moda, Hajra, maka ramailah pembaca yang mendapat hadah istimewa ini teruma kepada mereka yang membeli buku berjmlah RM100-120 ke atas akan mendapat tudung Ariani, Kain shffon dari Jakel, tudung Hajra yang menarik dan selendang istimewa dari Mix Moda.... Bagi mereka yang membeli melebihi Rm50 akan mendapat Baucher Diskaun dari MPH, HAJABA, High 5, AVON dan bayaklagi. Memang seronok melihat gelagat pembaca yang berpusu-pusu membeli buku islamik kami.
Selain dari pada itu Karya Bestari ada slot MANTAP MENGAJI yang berlangsung pada hari Ahad lepas. Banyak ilmu yang disampaikan memang memberi impak positif kepada tetamu yang hadir. Majlis ringkas selama 1 jam berupa talk show itu memang mendapat sambutan yang hangat apabila terdapat soalan demi soalan diajukan kepada En. Mohd Nazir. Pengurus Besar Puan Sri Diah juga turut hadir dan teruja dengan sikap dan tanggungjawab serta kegigihan En. Nazir menghasilkan 4 buku bercorak islamik yang jarang ada pada penulis muda ini. Terdapat 5 pembeli terawal dan bertuah an medapat tajaan dari JAKEL dan ARIANI.
Bergambar dengan 5 peminat bertuah yang menyerbu selepas diumumkan untuk memiliki pakej buku En. Nazir. Masing-masing meerima hadiah daripada tajaan ARIANI dan JAKEL.
Buku yang dihias indah dengan riben untuk para pembaca yang membeli secara pakej. Boleh dihadiahkan untuk insan tersayang. Juga sesuai dihadiahkan untuk hari ibu dan hari guru yang akan tiba tidak lama lagi.
TEAM KB bersama Ustaz Rawi dalam program keagamaan turut teruja dengan buku penulisan Belajar Tajwid Dengan Berkesan oleh En.Mohammad Nazir.Y.A.B. Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Bin Mohd Yassin turut hadir ke Dewan Tun Dr. Ismail. Meliha dengan dekat produk Grup Buku Karankraf. Sempat juga Dato' melihat buku Smart Muqaddam dan juga Kerana-MU Aku Berubah keluara Karya Bestari.
Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj bersama mantan Perdana Menteri Malaysia. Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Datanglah beramai-ramai... Ada lagi 6 hari untuk anda menikmati diskaun menarik buku-buku terbitan Grup Buku Karangkraf. Jom beli buku bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi mungkin juga
dijadikan hadiah untuk hari jadi, hari ibu, atau hari guru. Belikanlah hadiah berupa ilmu kerana ilmu yang disampaikan tidak akan hilang malah akan mendapat keberkatan. Sesekali ubahlah pemberian dalam bentuk ilmu. Mungkin untuk pasangan kekasih atau sahabat serta teman baik. Tentu sekali akan memberi pandangan luar biasa kepada anda. Jangan tunggu lagi mari memborong buku secara menerus dan pilih buku yang sesuai dengan kehendak anda...

Wednesday, April 20, 2011

TAJAAN KARYA BESTARI

Alhamdulillah... segala rasa kesyukuran dipanjatkan pada-NYA kerana telah mempermudahkan usaha kami. Bagi Pesta Buku Antarabangsa kali ini, kami telah mendapat tajaan dari jenama utama seperti JAKEL, HAJRA dan ARIANI. Juga penaja lain seperti AVON, HOTEL SINGGAHSANA, HOTEL UITM, MPH, HI5, HAJABA, MIX MODA & INTEKMA RESORT.

Kerjasama pihak penaja ini amat disanjung tinggi dan diucapkan ribuan terima kasih. Sebagai menghargai pembaca budiman... bagi setiap pembelian minimum RM120 bagi buku-buku Karya Bestari (dalam satu resit), anda layak mendapat hadiah menarik seperti kain, tudung dan hi-tea. Tapi... konsepnya... `Cabut sendiri dapat hadiah apa... sapa cepat dia dapat ya... dan selagi stok masih ada!' So... apalagi... jom serang Dewan Tun Ismail bermula Jumaat 22 April ni.

Dan bagi pembelian RM50 buku-buku Karya Bestari, anda layak memenangi pelbagai baucar diskaun yang menarik! Macam-macam baucar ada... pasti memikat hati! Jadi, inilah masanya untuk membeli pelbagai bacaan kami... kalau rasa bukan untuk diri sendiri, belilah stok buku Karya Bestari untuk dijadikan hadiah buat insan tersayang.... Hari Ibu dan Hari Guru pun dah tak lama lagi kan... so siap22 le standby beli buku2 kami untuk dijadikan hadiah! Sure gembira hati si penerima kan...

Sekali lagi, buat semua penaja yang bermurah hati, doa tulus kami iringi mudah2n semakin dilimpahi rezeki. Moga kerjasama ini memberi kebaikan kepada semua pihak, insyllh. Dan buat semua penulis, rakan sekerja Frup Buku Karangkraf dan semua pihak berkaitan, jutaan terima kasih diucapkan di atas segala komitmen yang telah dicurahkan. Moga segala usaha kita dipermudahkan dan diberkati-NYA... luv uolssss.... muahhhhhhh
Sementara tentera-tentera kami berada di PWTC untuk mempamer dan menyusun buku. Ros di pejabat bertungkus lumus membuat dan menyusun bungkusan barangan dari JAKEL, ARIANI, MIX MODA dan banyak lagi barangan dari penaja.

TAWARAN PAKEJ BESTARI MENJIMATKAN. JOM KE PESTA BUKU ANTRABANGSA UNTUK MEMBELI...

Menyahut langkah kerajaan menjana dan membina tamadun membaca merupakan salah satu hala tuju bagi Karya Bestari. Sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur Team KB menawarkan Pakej Bestari dengan potongan harga yang cukup lumayan agar masyarakat Malaysia boleh membeli dengan kadar harga yang berpatutan dan murah. Jimat sambil memiliki ilmu. Sebanyak 8 pakej kami sediakan untuk anda memilih buku mana yang harus dimiliki.

KONSEP KAMI: BELI SATU MURAH, BELI SECARA PAKEJ LAGI MURAH!Nikmati dengan harga pakej yang diberi. Lebih mudah print dan bawa ke pesta buku jika ada petugas disana hulurkan sahaja kertas kepada petugas dan petugas akan carikan buku untuk anda. Mudah dan jimat masa dan tenaga serta tidak perlu berhimpit-himpit untuk mencari buku yang dimiliki. Sementara menunggu petugas kami mengumpulkan koleksi pakej, anda bolehlah membelek buku kami yang lain. Jika anda membeli buku yang tiada didalam pakej kami, jangan risau masih ada lagi diskaun 15%... Jadi, apa tunggu lagi gerakkan kaki anda untuk mencari ilmu yang penuh bermakna dalam hidup ke Pesta Buku Antarabangsa K.Lumpur.

Belikanlah untuk anak-anak, jiran, mahupun rakan taulan. Kita pun boleh berkongsi pengalaman dan juga keberkatan. Moga ALLAH merahmati usaha kita mengilmukan masyarakat dengan amalan yang sepatutnya. Amin...