Monday, July 26, 2010

DAPATKAN BUKU TERBARU DARI KARYA BESTARI!

“Lawanlah dunia dengan akhirat. Maksudnya, andai kita diuji masalah, kembalilah pada ALLAH S.W.T kerana DIA Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kita. Ingatlah... masalah ha­nya persepsi dan kelihatan negatif kerana ia tidak selaras dengan keinginan kita. Amalkan berdoa sebelum memulakan kehidupan harian. Tenangkanlah hati kerana jiwa akan lebih mantap hasil keyakinan yang jitu kepada-NYA...”

Benarkah punca masalah adalah disebabkan hubungan kita de­ngan ALLAH S.W.T? Yakinlah... andai kita men­dekat­kan diri pada-NYA, kita akan mendapat ilham untuk keluar dari belenggu keresahan. Renungkanlah ke dalam diri kerana di situ ada lubuk yang dipanggil kebijaksanaan.

Berhentilah bercerita tentang kegagalan lalu. Biarlah masalah lampau menjadi sejarah dan lihatlah masa hadapan dengan lebih jelas. Lakarkan ke­jayaan baru dan sejarah inilah yang perlu diulang berkali-kali. Ketahuilah bahawa orang yang berjaya adalah orang yang tahu bagai­mana untuk menukarkan sejarah silam yang gelap ke sejarah cerah hari esok. Antara yang menarik:

• Rezeki Itu Ketentuan-NYA
• Terima Kasih, Ya ALLAH

• Memberi Maaf Itu Penawar
• Kenapa Perlu Ada Masalah?
• Petua Bantutkan Api Kemarahan

• Merdekalah dalam Berfikir
• Menjadi Manusia Luar Biasa

• Bagaimana Melihat Kegagalan?
• Kekayaan Jiwa Kekayaan Hakiki
• Belajar di Universiti Pengalaman

Tajuk: BEBAS DARI BELENGGU
Selenggaraan:
Dr. Azhar Hj. Sarip
Harga: RM15.00 Halaman: 322

MERINTIS KECEMERLANGAN ISLAM

Prof. Madya Rasid Muhamad mengajak pembaca mendalami sejarah umat Islam yang dirintis sebermula kebangkitan Muhammad bin Abdullah sebagai Rasulullah ribuan tahun lalu. Karya ini menjengah kecemerlangan kelompok sarjana muslim terdahulu yang telah berjaya membentuk sisi unggul tamadun Islam. Rahmatan lil alamin… Benarlah kalimah ini. Kegemilangan ini tentunya dicapai hasil roh islami yang bertiup dalam sanubari umat Muhammad. Percikannya menyelubungi empat penjuru dunia. Alam Melayu tidak terlepas daripada tempiasnya. Islam hadir sebagai pelengkap perjalanan kehidupan.

Islam sudah bertapak di rantau ini dan kehadirannya memberi impak yang besar, terutamanya Malaysia. Agama ini menerobos masuk, lantas mula mencorak-warnakan seluruh kehidupan masyarakat. Agama, sosial, ekonomi, politik, sastera dan budaya telah menyerap prinsip-prinsip Islam dalam perlaksanaannya. Maka, lahirlah Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang terbentuk hasil daripada pengaruh ajaran-NYA.

Tajuk: MERINTIS KECEMERLANGAN ISLAM
Selenggaraan:
Prof Madya Rasid Muhamad
Harga: RM16.00 Halaman: 352
Borang Langganan

Wednesday, July 21, 2010

Ahlan Wasahlan Ya Ramadan!

"Miliki buku-buku Karya Bestari di pasaran atau melanggan terus dengan kami. Sajian bahan-bahan bacaan sempena Ramadan Al Mubarak ini diharapkan dapat dikongsi ilmunya, moga kita beroleh rahmat dan keredhaan-NYA."
Anda boleh membuat bayaran secara bank in - bayar (menurut harga buku) terus ke akaun Grup Buku Karangkraf Sdn. Bhd. (MBB 014271416077). Fakskan slip bank (nyatakan nama, judul buku, alamat, no. akaun alaf (jika ada), & no.tel) ke 03-55113817 ATAU berlanggan terus de­ngan kami. Sertakan MO/PO/Cek atas nama GRUP BUKU KARANGKRAF SDN. BHD. Kirimkan ke Alaf 21, Lot 12, Persiaran Kemajuan 16/16, 40200 Shah Alam, Selangor. Tel: 03-55118820/21.