Monday, October 31, 2011

KAHWIN USIA MUDA- BAHAGIA ATAU DERITA?


FRAGMEN 1 - BUKU KAHWIN PADA USIA MUDA

Wanita yang keji untuk lelaki yang keji. Dan lelaki yang keji untuk wanita yang keji (pula) dan wanita-wanita yang baik diperuntukkan bagi lelaki yang baik, dan lelaki yang baik diperuntukkan bagi wanita yang baik (pula). - Surah an-Nur: 26
Mereka yang pernah berkahwin tentu mem­punyai cerita tersendiri tentang bagaimana indah­nya memasuki gerbang rumah tangga. Semakin sulit proses untuk mencapai apa yang dicita, semakin indah dan puasnya nikmat dirasa apabila hajat tercapai. Sememangnya ada yang tidak mempunyai masalah untuk melangkah ke gerbang perkahwinan. Tetapi, tidak kurang juga yang terpaksa menghadapi 1001 kepayahan untuk mencapai apa yang diimpikan. Namun, kepayahan itulah yang menjadi pengalaman indah dan bertukar menjadi manis apabila impian murni ini berjaya dilaksanakan.

Lazimnya, kisah percintaan sepasang kekasih sering dipaparkan di media-media utama dan dijadikan bahan tarikan kepada masyarakat masa kini. Pembaca sendiri pasti sudah biasa menonton sketsa kehidupan di kaca TV mahupun di pawagam tentang kisah percintaan dua sejoli menghadapi pelbagai onak dan duri untuk membina kehidupan bersama.


Pelbagai rintangan yang perlu diharungi sama ada mendapat tentangan hebat daripada keluarga seperti ibu bapa, abang atau adik-beradik yang lain, semuanya digarap menjadi suatu bentuk penceritaan yang menarik dan tragis. Seolah-olah memasuki alam perkahwinan ini merupakan suatu proses peralihan yang amat genting dan kritikal selain sering menjadi buah mulut orang.


Sama seperti pasangan lain, saya sendiri mem­punyai pengalaman yang agak tragis dan genting dalam usaha ‘mendirikan masjid’. Pertama kali saya membuka mulut untuk berkahwin dengan gadis pilihan (kini isteri saya), ialah ketika berusia 20 tahun. Memandangkan gadis tersebut merupakan jiran sekampung dan terkenal dengan kehidupan yang agak ‘menyedihkan’ ketika itu, hati saya terpaut untuk mendekati dan membelanya. Seluruh penduduk kampung mengenali gadis itu kerana status anak yatimnya. Siapa yang tidak mengenali anak Raja Jalil di Larkin Jaya, Johor Bahru 30 tahun yang lalu? Ayahnya meninggal dunia ketika dia berusia empat tahun.

Saya mempunyai alasan tersendiri mengapa saya benar-benar jatuh hati padanya. Mungkin ia tidak logik dek akal, tetapi itulah hakikatnya. Saya menyukainya kerana dia anak yatim piatu. Apabila ayahnya meninggal dunia, dia membesar selama sepuluh tahun bersama ibunya. Tidak lama selepas itu, ibunya pula pulang ke rahmatullah meninggalkan mereka tujuh beradik.


Pada usia 14 tahun dia sudah menyandang gelaran anak yatim piatu. Kakak sulungnya terpaksa berhempas pulas menjalankan perniagaan dari rumah ke rumah. Abangnya terpaksa berhenti sekolah dan bekerja bagi menampung lima lagi adiknya. Sememangnya gadis yang berjaya mencuri hati saya ini tidak pernah merasai kemewahan semenjak kecil lagi. Sehinggakan apabila saya ingin menyuntingnya jelas terserlah ketabahan dan kecekalan melalui seraut wajah tenangnya itu.


Alam perkahwinan

Benarkah untuk memasuki alam rumah tangga ini merupakan suatu proses yang kritikal dan sering mendapat tentangan? Persoalan ini boleh jadi benar dan boleh jadi tidak, bergantung kepada individu-individu terlibat yang memainkan peranan dan perasaan pada saat genting itu. Ini kerana, sebaik sahaja sepasang mempelai memasuki gerbang per­kahwinan, pelbagai perubahan akan terjadi dalam kehidupan sama ada dari segi peranan, emosi, tanggungjawab dan seumpamanya. Kehidupan keluarga di pihak lelaki mahupun perempuan tentu sekali akan mengalami perubahan. Si ibu akan mula berasa kehilangan anaknya. Si ayah pula akan sedikit demi sedikit melepaskan tanggungannya.

Selepas itu, timbul pula kegusaran di hati mereka tentang kehidupan anak perempuan yang kini sudah terlepas ke tangan jejaka yang digelar menantu. Pelbagai perasaan mula bermain dalam diri sehingga adakalanya, mengganggu emosi semua pihak; apakah bahagia anak perempuannya kelak bersama lelaki yang bergelar suami atau sebaliknya?


Apakah anak lelakinya dilayan dengan sempurna oleh menantu perempuan? Apakah menantunya mampu memberi kebahagiaan kepada anaknya? Jika salah seorang daripada pasangan tersebut gagal menjalankan tanggungjawab yang sepatutnya, sudah tentu sedikit sebanyak akan memberi tamparan hebat terhadap kedua ibu bapa yang memelihara anak mereka dengan baik selama berpuluh-puluh tahun lamanya.


Begitulah juga dengan gadis idaman yang saya gilai itu. Walaupun proses untuk menyuntingnya tidak mempunyai tentangan kedua orang tua, namun sedikit sebanyak halangan daripada abang sulungnya tetap ada. Pun begitu, akhirnya si abang dapat menerima saya seadanya.


Kini, timbul pula halangan daripada pihak ibu bapa saya sendiri.
“Ayah, saya nak kahwin dengan anak Raja Jalil tu...” Begitulah lebih kurang ungkapan pertama yang keluar dari mulut saya ketika menyampaikan hasrat hati. Mengangguk pun tidak, menghalang pun tidak. Ayah seolah-olah terperanjat mendengar hasrat saya itu. Kemudian dia hanya tersenyum.

“Sekarang dia tinggal dengan siapa?” Ayah mula menjalankan ‘siasatannya’, apatah lagi ketika itu saya sedang berhadapan dengan seorang ayah merangkap seorang pegawai polis yang terkenal dengan disiplin dan ketegasannya. Akhirnya, saya menceritakan segala-galanya yang saya tahu. Ayah pula hanya tersenyum mendengar.

‘Baik juga anak aku ini, rupa-rupanya...’ mungkin itulah agaknya kata-kata di sebalik senyuman ayah saya ketika itu. Gembira tidak terkata hati saya kerana senyuman itu saya anggap tiada halangan daripadanya.

“Macam mana nak tanggung dia tu nanti?” tanya ayah. Sememangnya saya sudah bersedia dengan soalan-soalan yang akan ditanya.

“Biasiswa ada. Bolehlah tolong dia sikit-sikit.” jawab saya penuh yakin.


“Ingat senang ke bila dah kahwin?” tanya kakak saya suatu hari dahulu ketika ayah meminta pandangannya tentang hasrat saya.

“Sebelum kahwin semua nampak indah macam dalam dunia fantasi, tapi nanti selepas kahwin... baru tahu langit tu tinggi atau rendah. Masa itu, baru tahu pahit getirnya hidup berumah tangga. Sekarang ini semua manis-manis saja,” panjang lebar leterannya pada saya. Waima, ketika itu dia sendiri pun masih belum berumah tangga.

“Kau kan masih belajar lagi. Umur pun muda lagi. Boleh ke nak jaga anak orang?” sampuk ayah pula.

Sebaik sahaja perkataan ‘muda’ diucapkan, saya terus terkedu. Bermacam-macam soalan timbul dalam benak. ‘Aduh! Tak dapatlah nak kahwin kalau macam ini. Masih muda ke aku ni? Tak boleh bahagia ke kalau kahwin muda?’ Pelbagai soalan bermain dalam hati saya.


Namun, pada saya muda atau tua sama saja, yang penting bertanggungjawab. Saya juga berfikiran bahawa berkahwin atau tidak, langsung tiada kena-mengena dengan pelajaran. Tengok sahaja berapa ramai penuntut di universiti yang masih cemerlang walaupun sudah beranak pinak. Mustahil saya yang belum mempunyai keluarga besar tidak mampu meneruskan pelajaran.

Saya tidak pernah menganggap saya masih muda walaupun ketika itu baru berusia 20 tahun. Lagipun berkahwin muda atau berkahwin pada usia yang lewat pun sama sahaja, yang penting perkahwinan dapat menghalalkan perhubungan. Saya percaya, perkahwinan itu tentu akan mengubah kehidupan saya dan isteri ke tahap yang lebih baik dan bukan sebaliknya. Susah atau senang alam perkahwinan itu bergantung kepada orang yang hidup di dalamnya.


Ada juga teman yang memberi sokongan dan menasihati saya, “Kau nak kahwin sekarang atau lewat bergantung pada cara bagaimana kau nak hadapi situasi itu. Mungkin tahun-tahun pertama agak sukar. Tapi, mana-mana rumah tangga pun pasti ada cabarannya. Perkahwinan ini umpama kita belayar di lautan yang bergelora. Insya-ALLAH, bila sudah dapat rima yang sesuai lancarlah pelayaran kita walau hebatnya ombak yang memukul.” Saya amat menghormati pandangannya kerana tiada salah melainkan benar belaka!


Berkahwin ketika saya sedang belajar atau menangguhkannya ketika sudah mendapat pekerjaan, sama sahaja. Apa yang penting, bagaimana untuk menangani semua kemungkinan dan cabaran yang bakal mendatang. Maka, menjadi tugas suami dan isterilah yang mencorakkan sama ada bahtera yang dilayari itu mampu sampai ke destinasi atau tidak.

Setelah menentang arus, akhirnya tercapai juga hasrat untuk menyunting gadis pilihan. Dengan segala kesulitan, saya tabahkan diri kerana pasti setiap usaha akan memperoleh ganjaran setimpal. Segala kepayahan dan kepahitan yang dialami menjadi pengalaman indah dalam mengharungi bahtera kehidupan bersama.

Apatah lagi isteri saya dan keluarganya bukanlah jenis yang demand. Dia bukan ada ibu bapa yang meminta hantaran sehingga RM6000 (itu standard hantaran bagi keluarga yang berada pada zaman itu). Tidak ada sesiapa pun daripada pihak perempuan yang menetapkan berapa hantaran untuk adik perempuannya itu. Seingat saya, gadis kegilaan saya itu sendiri yang menetapkan RM2500 sebagai wang hantaran.


Dugaan? Pastinya ada. Saya percaya sama ada kahwin awal atau lewat, cubaan akan hadir mengiringi hidup kita. Kita sebagai hamba yang beriman sudah tentu akan diuji. Firman ALLAH:
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman,” sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya KAMI telah menguji orang sebelum mereka, maka sesungguhnya ALLAH mengetahui orang yang benar dan sesungguhnya DIA mengetahui orang yang dusta.” - Surah al-Ankabut: 2-3
Apatah lagi kita bukannya manusia sempurna. Melalui ujian dan dugaanlah seseorang itu akan belajar untuk mengendalikan kehidupan agar lebih sempuna dan teratur. Yang penting, asas perkahwinan perlu dipelajari. Tanggungjawab terhadap keluarga sama ada suami terhadap isteri mahupun sebaliknya mesti dipenuhi. Sebaik sahaja perhubungan sebagai suami isteri termaktub dan sah, maka kenikmatan berumah tangga akan muncul. Hanya mereka yang pernah melalui dan merasainya sahaja mengetahui betapa bahagianya saat itu.

Ingin miliki buku ini sila hubungI: (RM18.00 SAHAJA)
Zulia Zakaria - 03-51013649 untuk jualan di sekolah atau anjuran persatuan Hubungi: Rojana Md Nor - 019-2260713 untuk pertanyaan mengenai Karangkraf Mall E-mel untuk menjadi pengedar buku: promogrupbuku@ka­rangkraf.com mailto:promogrupbuku@karangkraf.com Hubungi Eksekutif pengedaran ini sekiranya tidak terdapat buku-buku kami di kedai: Pantai Timur/ Central: Halim (019-2886263) & Raqib (013-6554415) Utara/ Central: Hanapi (019-2297371) & Saiful Azlan (012-3412411) Selatan/ Central: Azam (012-9897565) & Ibrahim (019-2766876) Mega Bookstores/ MPH, Kinokuniya, Boarders, Popular: Fadzli@Apai (019-6222839) Sabah, Sarawak & Luar Malaysia: 03-5101 3683/84 (Liza).

Wednesday, October 26, 2011

Sunday, October 23, 2011

DOWNLOAD BROSHURE TERBARU KARYA BESTARI DAN MILIKI LANGGANAN SECARA POS.

BAKAL TERBIT: MENEROKAI KEGEMILANGAN SAINTIS ISLAM

TAHNIAH! Buat penulis baru Dr. Yazid Abdul Manap kerana buat pertama kalinya buku diterbitkan bersama Karya Bestari. Buku ini berharga RM15.00, boleh didapati di KARANGKRAF MALL dan juga di kedai buku dijangkakan akan berada di pasaran pada pertengahan November kelak. Anda boleh membeli secara terus di kedai buku dan sekiranya kedai buku yang diingini tiada dikedai buku berkenaan anda boleh menghubungi pegawai bertugas kami di bahagian sale mengikut zon masing masing...(rujuk di akhir teks di bawah).

Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa al-Quran itu benar. – Surah Fussilat: 53

Islam tidak pernah kering dengan catatan perjalanan umatnya. Pada Zaman Kegemilangan, Islam telah melahirkan begitu ramai tokoh ilmuwan ulung yang berjaya mencetuskan idea untuk pembangunan ummah. Golongan ini membawa mercu budaya dan tamadun Islam ke seluruh dunia sehingga ia menjadi ikutan arus kemodenan negara Barat.

Hari ini kita banyak didedahkan dengan penemuan saintis Barat dan hanya sedikit tentang keagungan ilmuwan Islam. Malah, ramai yang tidak mengetahui bahawa ilmuwan ini telah mendahului saintis Barat dalam penemuan beberapa teori. Sudahnya, banyak ciptaan ilmuwan kita digunapakai dan Barat dengan mudah mengaku bahawa penciptaan itu milik mutlak mereka!

Rentetan daripada senario inilah, MENEROKAI KEGEMILANGAN SAINTIS ISLAM mengajak kita menyelami sendiri sejarah cendekiawan yang tidak pernah surut menyumbang ke arah kemajuan tamadun Islam. Juga membawa kita merentasi keagungan al-Quran sebagai sumber sains serta membongkar sains para Nabi ALLAH. Iqra’... dengan nama TUHAN agar ditemui kebenaran yang nyata.


Antara Kandungan Menarik:

  • Membongkar Sains Para Nabi ALLAH
  • Menyelami Sumbangan Ilmuwan Islam
  • Mengenali Tokoh Saintis Barat
  • Meneroka Kegemilangan Sains Tamadun Islam
  • Mencungkil Rahsia Solat Dari Sudut Sains
  • Menggali Amalan Pemakanan Saintis Islam
  • Memerlukan Sains Untuk Mentadbir Alam
  • Mematuhi Etika Dalam Sains
  • Menyedari Kehebatan Kejadian Manusia
  • Meyakini Al-Quran Sebagai Sumber Sains


Hubungi:
Zulia Zakaria - 03-51013649 untuk jualan di sekolah atau anjuran persatuan Hubungi: Rojana Md Nor - 019-2260713 untuk pertanyaan mengenai Karangkraf Mall E-mel untuk menjadi pengedar buku: promogrupbuku@ka­rangkraf.com mailto:promogrupbuku@karangkraf.com Hubungi Eksekutif pengedaran ini sekiranya tidak terdapat buku-buku kami di kedai: Pantai Timur/ Central: Halim (019-2886263) & Raqib (013-6554415) Utara/ Central: Hanapi (019-2297371) & Saiful Azlan (012-3412411) Selatan/ Central: Azam (012-9897565) & Ibrahim (019-2766876) Mega Bookstores/ MPH, Kinokuniya, Boarders, Popular: Fadzli@Apai (019-6222839) Sabah, Sarawak & Luar Malaysia: 03-5101 3683/84 (Liza).

Monday, October 17, 2011

BAKAL TERBIT! TAHNIAH BUAT RUHANA ZAKI. KAU HADIR DALAM MUNAJATKU

Tahniah buat Ruhana Zaki selepas cemerlang dalam penulisannya Kerana-MU Aku Berubah kini lahir pula hasil karya terbaru yang bertajuk KAU Hadir Dalam Munajatku. Memang sentuhannya kali ini lebih menyengat dengan bahasanya dan juga kandungan yang ingin disampaikan. Motivasi Islamik yang mula mendapat tempat pembaca bagi siri Kauthar ini memang tidak disangkal lagi dengan kehadiran banyak buku diterbitkan oleh Karya Bestari. Syukur Alhamdulillah banyak judul kami telah diulang cetak dan kami merasakan ALLAH bersama kami dalam menyampaikan Ilmu-NYA... Moga ilmu yang disampaikan ini memberi syafaat dan juga mendapat rahmat serta perlindungan dari ALLAH. S.W.T...

Selesai sahaja buku ini disiapkan covernya cepat-cepat kami hantarkan kepada penulis. Memang Puan Ruhana Zaki sangat gembira dengan ketibaan cover ini di mukabuku/facebook. Seronoknya bukan kepalang membuatkan hati kami juga berbunga mekar. Sangat exited bila melihat rakan-rakan Puan Ruhana Zaki memberi komen positif dan berkongsi kegembiraan walaupun bukunya tidak lagi berada di pangkuannya. Buku ini masih dalam percetakan dan InsyaALLAH akan berada dipasaran pada penghujung Oktober 2011 ini.

Sedarilah... tanah yang dipijak ini

adalah milik ALLAH S.W.T

dan udara yang dihirup ini juga milik-NYA.

Andai pernah terlanjur membuat-NYA murka,

masih ada masa untuk membuka lembaran baru.

Andai terasa diri sudah sempurna,

teruskanlah amalan hingga ke hujung nyawa.

Semoga kalimah terakhir kita adalah laailaahaillallah...


Nikmat dunia sememangnya tidak akan habis dikejar. Biarlah dunia berlari. Sudah sampai masa kita berjalan dengan tenang untuk mengutip amalan yang tertinggal. Dan sudah sampai masa kita membuang debu-debu kotor yang melekat di badan agar tidak menjadi beban di Padang Mahsyar kelak.

Ketika menyiapkan bekalan, sudah semestinya kita memerlukan kehadiran TUHAN. Rasailah kasih sayang-NYA setiap kali kita melangkah. Tadahlah tangan, serahkanlah sepenuh hati kepada-NYA. Yakinlah... DIA pasti memperkenankan permintaan, melapangkan kesusahan dan menyembuhkan kedukaan.

KAU Hadir Dalam Munajatku mengajak kita mendambakan kehadiran ILAHI dalam segenap penjuru kehidupan. Pulanglah ke jalan TUHAN. Kembalilah kepada rahmat-NYA yang tiada tara itu. Buangkanlah semua keluhan dan runtuhkanlah apa jua jurang. Sujudlah pada-NYA, moga DIA memperkenankan jalan redha… moga kehadiran-NYA dapat dirasai dalam setiap munajat kita.

ANTARA PENGISIAN MENARIK:

  • Tika Hati Bertasbih
  • Bicara Hati dan Iman
  • Terbilang di Sisi TUHAN
  • Masaku Semakin Hampir
  • Alam Tidak Pernah Ingkar
  • Berbekallah Dengan Cukup
  • Setiap Sendi Benci Maksiat
  • Pulanglah Dengan Sejahtera
  • Penghujung Itulah Permulaan
  • Sebelum Jasad Dimamah Bumi
Sebarang pertanyaan Hubungi: Zulia Zakaria - 03-51013649 untuk jualan di sekolah atau anjuran persatuan Hubungi: Rojana Md Nor - 019-2260713 untuk pertanyaan mengenai Karangkraf Mall E-mel untuk menjadi pengedar buku: promogrupbuku@ka­rangkraf.com mailto:promogrupbuku@karangkraf.com Hubungi Eksekutif pengedaran ini sekiranya tidak terdapat buku-buku kami di kedai: Pantai Timur/ Central: Halim (019-2886263) & Raqib (013-6554415) Utara/ Central: Hanapi (019-2297371) & Saiful Azlan (012-3412411) Selatan/ Central: Azam (012-9897565) & Ibrahim (019-2766876) Mega Bookstores/ MPH, Kinokuniya, Boarders, Popular: Fadzli@Apai (019-6222839) Sabah, Sarawak & Luar Malaysia: 03-5101 3683/84 (Liza).

BAKAL BERADA DI PASARAN: KAHWIN PADA USIA MUDA

Buku yang akan dijangkakan akan menembusi pasaran dengan cemerlang dengan isu Kahwin Pada Usia Muda: Bahagia atau Derita? Sesuai dijadikan panduan dan dimiliki oleh setiap generasi muda dan juga bagi mereka yang sudah berkahwin. Banyak ilmu yang disampaikan oleh Fuad Hj. Sam yang boleh dijadikan panduan.

Wahai Ali, ada tiga perkara jangan ditunda-tunda; solat apabila telah tiba waktunya, jenazah apabila telah siap penguburannya,
dan perempuan apabila telah datang laki-laki yang sepadan meminangnya.- HR Ahmad


“Mak, saya nak kahwin dengan Milah.” “Umur baru 20 dah nak kahwin? Boleh ke kau tanggung dia?” “Saya boleh kerja. Ulat dalam batu pun boleh hidup!”

Lumrah kehidupan... ada yang mahu berkahwin awal kerana ingin menghalalkan yang haram. Namun, tujuan itu tidak akan diam tanpa cubaan. Pun begitu umur bukanlah persoalannya, tetapi persediaan dari aspek tanggungjawab dan cabaran alam rumah tangga perlu diutamakan.

Maka, untuk memastikan hierarki kasih sayang dalam rumah tangga dapat dibina dengan sempurna, diri sendiri harus di’islah’ terlebih dahulu. Jadikan titipan al-Quran dan sunah sebagai panduan agar perkahwinan berpaksikan Islam bukannya nafsu semata-mata.

KAHWIN PADA USIA MUDA: BAHAGIA ATAU DERITA? Sebuah perkongsian realiti yang diselitkan sketsa kehidupan rumah tangga. Hayatilah… mudah-mudahan panduan ini membantu kita membina keluarga bahagia.

Antara Kandungan menarik:
Kahwin Awal vs Kahwin
Lambat
Mampukah Saya Berkahwin Awal?
Perkahwinan dan Rezeki
Agar Kahwin Awal Bahagia
Kahwin: Ikut Adat Atau Agama
Memilih Pasangan Ideal
Tanggungjawab Suami dan Isteri
Perkahwinan Dalam Islam
Khutbah Nikah
Doa Kebahagiaan
Untuk mendapatkan buku kahwin diusia muda ini boleh didapati di Plaza Angsana Johor Baru. Penulisnyapun ada.. Hanya 150 naskah sahaja untuk kami bawa di sana. Siap cepat dia dapat... RM 18.00 sahaja. Ayuh dapatkan buku terbaru ini dengan segre. Anda juga boleh memilikinya melalui pesanan pos. Atau untuk keterangan lanjut boleh menghubungi: Zulia Zakaria - 03-51013649 untuk jualan di sekolah atau anjuran persatuan Hubungi: Rojana Md Nor - 019-2260713 untuk pertanyaan mengenai Karangkraf Mall E-mel untuk menjadi pengedar buku: promogrupbuku@ka­rangkraf.com mailto:promogrupbuku@karangkraf.com Hubungi Eksekutif pengedaran ini sekiranya tidak terdapat buku-buku kami di kedai: Pantai Timur/ Central: Halim (019-2886263) & Raqib (013-6554415) Utara/ Central: Hanapi (019-2297371) & Saiful Azlan (012-3412411) Selatan/ Central: Azam (012-9897565) & Ibrahim (019-2766876) Mega Bookstores/ MPH, Kinokuniya, Boarders, Popular: Fadzli@Apai (019-6222839) Sabah, Sarawak & Luar Malaysia: 03-5101 3683/84 (Liza). Editorial: Wan Rohana: 019-2557380