Wednesday, May 25, 2011

Dapatkan tawaran hebat ini segera!

Wednesday, May 4, 2011

INGIN MILIKI BAHAGIA?

Didiklah hati mencintai-NYA... Terdapat 5 buku terbaru karya bestari. Apa kata sempena hari guru dan juga hari jadi rakan-rakan dan keluarga dijadikan hadiah buat mereka. Ingin miliki buku ini bolehlah melanggan terus dengan kami... Anda boleh membuat bayaran secara bank in - bayar (menurut harga buku) terus ke akaun GRUP BUKU KARANGKRAF SDN. BHD. (MBB 014 271 416 077). Fakskan slip bank(nyatakan nama, judul buku, alamat & no. tel) ke 03-55113817 ATAU berlanggan terus dengan kami. Sertakan kiriman wang / cek atas nama GRUP BUKU KARANGKRAF SDN. BHD. Kirimkan ke Alaf21, Lot 12, Persiaran Kemajuan 16/16, Seksyen 16, 40200 Shah Alam, Selangor. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi wan rohana: 019-2557380.

Monday, May 2, 2011

IMBASAN PESTA BUKU

Buku terbaru Mohd Yaakub Mohd Yunus

Seronok melihat kesemua penulis dari Karya Bestari bekerjasama dalam usaha membagunkan masyarakat yang membaca. Bukan setakat membaca tetapi berilmu dan beramal. Terasa sebak di hati apabila melihat kesungguhan mereka dan kegigihan TEAM KARYA BESTARI. Suka duka kami dalam menaikkan peratusan golongan pembaca amat kami kenang sampai bila-bila. Usaha melipat broshure, bersengkang mata mencari idea dan menyiapkan buku dan sebagainya. Memang best walaupun letih tapi kami puas. Best!.. Best sangat-sangat....

Di pesta Buku Antrabangsa merupakan lombong emas ilmu bagi mengetahui sejauh mana golongan pembaca menerima produk kami. Nyata! masih ada tempat di hati pembaca untuk produk kami dan kami merasakan Karya Bestari mampu melangkah dengan lebih jauh. Dengan bilangan kami yang kecil dan kederat yang ada kami yakin kekuatan kami adalah dengan penyatuan hati dan juga titip-titip doa siang dan malam agar ilmu ALLAH ini sampai kepada pembaca. Syukur Alhamdulillah! berkat doa dan kerjasama yang diberikan kepada semua pihak telah membuahkan hasil walaupun bilangannya agak kecil berbanding dengan buku-buku lain namun di hati kami tetap puas apabila melihat pembaca berebut-rebut mendapatkan buku terbaru dan lama kami.

Terima kasih kepada pihak Sinar Harian kerana sudi mengiklankan iklan kami di saat akhir ketika kami benar-benar memerlukan bantuan istimewa untuk pesta buku. TQ so much En. Norden, Zaila dan Khairul Amri. Seterusnya majalah Kumpulan Karangkraf yang banyak membantu mengiklankan iklan kami. Terutama majalah I, I luv Islam dan banyak lagi. Juga kepada team Grup Buku Karangkraf yang teridiri daripada Alaf21, Buku Prima dan Oasis. Tidak terhingga ucapan jutaan terima kasih kepada penaja kami JAKEL, ARIANI, HAJRA, HAJABA, Hotel UitM, Hotel Singgahsana, INTEKMA RESORT, Hi 5, MIX MODA, MPH dan juga AVON. Pembaca amat seronok apabila menerima hadiah dari anda semua. TQ..TQ..TQ Moga hubungan kerjasama ini mendapat keredhaan ALLAH. Salam jumpa lagi ditahun hadapan dengan buku baru kami dan juga penampilan penulis-penulis hebat yang akan muncul seperti bintang. Nantikan mereka!

*Gambar dipetik dari laman web: http://akob73.blogspot.com/

Dr. Rubiah K. Hamzah menemui peminat dengan sentuhan sulung dari Karya Bestari - RAWATLAH HATI.


`Rawatlah Hati itulah judul buku hasil nukilan motivator ini. Hanya dalam waktu seringkas kira-kira sejam sahaja, kaunselor kekeluargaan ini sempat berkongsi rasa bersama para pengunjung Dewan Tun Ismail yang menempatkan Karangkraf Mall.

Setiap patah butir kata Dr. Robiah terasa menusuk hati para pengunjung. Kesempatan yang sedikit itu diambil sepenuhnya oleh bagi mendapatkan tanda tangan dan bergambar kenangan bersama.

Buat yang belum sempat memiliki buku motivasi ini, dapatkan di Pesta Buku Antarabngsa KL dalam masa dua hari terakhir ini. Jom... ramai-ramai serbu Karangkraf Mall ya....

TUHAN... Terimalah Aku merungkai kisah benar di Tanah Suci Mekah.

Alhamdulillah, hari Jumaat yang mulia ini terus terisi dengan pelbagai program yang memanfaatkan semua pengunjung Pesta Buku.

Dalam kesibukan berceramah, Ustaz Daud sempat meluangkan masa bertemu para peminat dengan buah tangan terbarunya, `TUHAN... Terimalah Aku. Buku yang memuatkan himpunan kisah benar yang terjadi di Tanah Suci ini adalah kompilasi majalah Mingguan Wanita.

Buku terbaru ini hanya boleh didapati di Pesta Buku Antarabangsa KL. Jom... luangkan masa untuk bersama kami di Karangkraf Mall, Dewan Tun Ismail, PWTC. Hanya tinggal dua hari sahaja lagi sebelum Pesta Buku melabuhkan tirainya pada jam 9.00 malam, 1 Mei 2011.

BELAILAH KALBU SENTUHAN MANTAP DARI Dr. HM TUah Iskandar al-Haj


Pentas Karangkraf Mall diserikan dengan kemunculan Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj, beberapa jam sebelum Pesta Buku 2011 melabuhkan tirainya. Motivator yang dikenali ramai ini sempat meluangkan masa beramah mesra dengan peminat dan menjawab soalan-soalan yang diajukan padanya.

Kesempatan singkat ini digunakan dengan sebaiknya bagi memperkenalkan buku terbarunya, `Belailah Kalbu' dan siri Jom yang sememangnya mendapat sambutan hangat. Antaranya, `Jom Ngetop', `Jom Menyerlah' dan `Jom Mantop'.