Friday, September 24, 2010

MURAH BETUL... PAKEJ JIMAT RM85 SAHAJA! JOM BELI...

Biar Betul! Mesti perkataan ni terpacul dari mulut anda.

Macam tak percaya jer tengok iklan ni, kan! Rm85 sahaja untuk kesemua buku termasuk kos pos. Memang niat kami untuk memberi harga termurah dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai masyarakat membaca.

Jadi... jangan lepaskan peluang ini dengan melanggan terus dengan kami.

Caranya:
  1. Download borang ataupun fotostat borang tersebut.
  2. Isi borang berkenaan dan poskan kepada. Krimkan PO/CEK/MO (menurut harga buku)
  3. Atau anda boleh membuat bayaran terus melalui maybank2u. Fakskan ke 03-55113817 borang yang telah dilengkapi..
Jangan lupa lengkapkan butiran tersebut. Rugi kalau tak beli! Selamat membaca.

Wednesday, September 22, 2010

BUKU MENCARI PASANGAN HIDUP & AKU SANGGUP DUHAI MUHAMMAD TERSENARAI TOP 20 BUKU TERLARIS MPH(NON FICTION) MINGGU INI!

Syukur Alhamdulillah! Rasa terharu juga bila buku kami tersenarai dalam carta TOP 20 buku terlaris di MPH MidValley dalam kategori non fiction minggu ini. Sekali lagi terima kasih buat MPH MidValley kerana memberi penghargaan kepada buku keluaran kami. Buku ini menduduki tempat ke 7 carta terlaris. Memang dijangkakan buku ini akan mendapat tempat di hati pembaca kerana pengisiannya di dasari bimbingan daripada al-Quran dan al-Sunnah. Manual lengkap mencari jodoh ini harus dimiliki oleh segenap isi rumah untuk membentuk keluarga bahagia.

Ucapan tahniah juga buat Ustaz Emran Ahmad kerana berjaya menghasilkan buku yang berkualiti dari segi ilmu dan penyampaian. Bagi sesiapa yang ingin memiliki buku ini boleh dapakannya di MPH dan boleh melanggan terus dengan kami.

Buku kami di bawah Grup Buku Karangkraf juga menjadi pilihan pembaca adalah Aku Sanggup Duhai Muhammad.

Buku ini mengisahkan 100 kisah musuh mengejar, diburu, ditindah, terbelit tipu muslihat, digoda wanita, dicemburui umat dan pengakuan isteri-isteri.

Buku yang menduduki tempat ke 14 ini memang bagus untuk dimiliki. Dapatkan di kedai berhampiran. Tahniah juga buat penulis; Muhd Nasruddin Dasuki kerana berjaya menghasilkan karya yang mesti dibaca oleh segenap lapisan masyarakat.

Monday, September 13, 2010

TAHNIAH! DARI KAMAR SYARIAH -TOP 20 CARTA POPULAR BUKU UMUM MPH MIDVALLEY

Tahniah buat Kamaazura Md Kamel. Buku sulungnya Dari Kamar Syariah tersenarai dalam carta popular buku umum MPH di Midvalley. Memang sudah dijangkakan buku ini mampu menduduki carta terlaris di MPH memandangkan buku ini penuh dengan ilmu dan sesuai dijadikan rujukan oleh wanita. Pengisiannya menarik dan sesuai dengan permasalahan semasa yang melibatkan masalah perkahwinan, perceraian, pembahagian harta, hatra pusaka dan wasiat. Memang berbaloi dan diharapkan buku dan ilmu yang disampaikan dapat membantu anda di luarsana megembangkan ilmu di dada. http://www.mphonline.com/books/bestseller.aspx

Dari Kamar Syariah
memuatkan pelbagai persoalan yang sering terjadi dalam kehidupan seharian. Kesemua 72 soalan dan jawapan amat sesuai untuk pelbagai peringkat umur memandangkan pengisiannya melibatkan hal-hal kekeluargaan.

Antara pengisian menarik:

  • Pernikahan di Selatan Thai
  • Hak Isteri dalam Perkahwinan
  • Apabila Suami Berkahwin Lagi
  • Berkahwin Tanpa Kebenaran Wali
  • Rundingan Sulh
  • Cerai dan Ingin Rujuk
  • Jatuhkah Talak Atas Paksaan Ibu?
  • Suami Enggan Mengaku Jatuhkan Talak
  • Hak Penjagaan Sementara
  • Mendaftarkan Anak Angkat
  • Bekas Suami Cuai Nafkah Anak
  • Pembahagian Harta Sepencarian
  • KWSP Arwah Ayah
  • Pembahagian Harta Pusaka
  • Menyelesaikan Pusaka Terbeku
  • Keputusan Wasiat Dipertikaikan

Tuesday, September 7, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DARI TEAM KARYA BESTARI!

Sempena lebaran yang mulia ini, kami warga kerja Karya Bestari @ Grup Buku Karangkraf mengucapkan Salam Syawal buat semua penulis, kenalan dan pembaca setia yang jauh di mata, namun tetap di hati.
Di kesempatan ini juga, kami menyusun sepuluh jari memohon maaf di atas segala keterlanjuran kata-kata dan perbuatan… maklumlah selagi bernama manusia, pasti tidak terlepas melakukan dosa… mohon dimaafkan dan tidak disimpan di dalam hati, ya...
Khusus buat para penulis dan pembaca tersayang… jutaan terima kasih di atas sokongan selama ini. Teriring doa daripada kami… moga silaturahim yang telah dijalinkan ini akan berterusan. Mudah-mudahan ukhuwah ini dilimpahi rahmat dan keberkatan-NYA.
“Selamat konvoi beramai-ramai… pulang ke kampung halaman, bertemu ayah bonda dan sanak saudara tercinta. Hati-hati bila memandu, kalau tak larat… berhentilah di R & R dahulu…”
Salam Aidil Fitri… mohon maaf zahir batin.

Monday, September 6, 2010

GRUP BUKU KARANGKRAF MENANG!


Para pemenang dan finalis bergambar kenangan

ISNIN 6 Sept 2010: Buat kesekian kalinya, penulis-penulis novel dari Grup Buku Karangkraf mengungguli pertandingan Pilihan Pembaca POPULAR/ Berita Harian.

Pertandingan ini bermula dari bulan Jun hingga Julai lalu. Buku-buku yang terpilih dibahagi kepada dua kategori iaitu fiksyen dan bukan fiksyen dan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Para pembaca telah diberi peluang untuk memilih penulis-penulis yang mereka minati berdasarkan buku yang telah mereka baca. Mereka dikehendaki mengisi borang penyertaan yang boleh didapati di dalam akhbar Berita Harian ataupun di mana-mana cawangan kedai buku POPULAR seluruh Malaysia.

Bagi kategori fiksyen Bahasa Melayu, seramai 10 orang penulis dari pelbagai syarikat penerbitan novel telah disenaraikan. Lima orang penulis Grup Buku Karangkraf turut tercalon, iaitu dari Alaf 21; Ramlee Awang Murshid (novel Mikhail), Aisya Sofea (novel Yang Sebenarnya), Anis Ayuni (novel Sungguh Aku Cinta) dan Damya Hanna (novel Ilham Hati). Manakala Buku Prima diwakili oleh Siti Rosmiza (novel Cinta Kau dan Aku).

Keputusan akhir yang diumumkan telah menobatkan Aisya Sofea sebagai pemenang tempat pertama manakala tempat kedua menjadi milik Siti Rosmizah. Anis Ayuni pula berjaya menduduki tempat ketiga. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh tetamu kehormat jemputan iaitu Sasterawan Negara, Dato’ A. Samad Said. Para pemenang menerima replika, sijil dan wang tunai.

Kepada semua peminat Alaf 21 dan Buku Prima, jutaan terima kasih kami ucapkan kerana sentiasa memberikan sokongan padu yang tidak berbelah bahagi kepada penulis-penulis Grup Buku Karangkraf. Terima kasih daun keladi!

Aisya Sofea di tempat pertama

Delegasi dari Grup Buku Karangkraf

Siti Rosmizah mewakili Buku Prima