Wednesday, December 22, 2010

PAKEJ JIMAT BESTARI! RM75 BUKU TERMASUK KOS POS

Pakej Jimat Bestari semestinya pakej yang ditunggu-tungu setiap bulan. Pakej yang memberikan nilai wang yang berbaloi untuk memiliki buku ini secara terus dengan kami. Berlangganlah dengan mengisi borang yang disediakan dan ikut butiran yang tertera seperti yang dinyatakan di dalam borang. Apa tunggu lagi dengan RM75 sahaja anda boleh memiliki kesemua buku terbaru Karya Bestari ini. Tawaran ini termasuk kos pos tau! Cepat jangan tunggu lama-lama. Yang pasti tiada tarikh luput anda perlu kirimkan semula salinan borang ini kepada kami...

Tuesday, December 7, 2010

MUHAMMAD NAZIR MOHAMMED KHALID - SELAMAT PAGI MALAYSIA TV 1

Jangan ketinggalan menonton Selamat Pagi Malaysia di TV 1. Jam 8.15 pagi waktu anggaran pada 9 Disember 2010. Topik perbincangan mengenai kuasai ilmu tajwid dan hafazan melalui buku yang diterbitkan oleh Karya Bestari. Jangan lupa saksikan...

KERANAMU AKU BERUBAH KINI BOLEH DIMILIKI... - RUHANA ZAKI

Buku terbaru sentuhan Ruhana Zaki ini memfokuskan tentang gadis dan wanita tanpa mengira peringkat usia bagaimana kita mendidik hati dan mencintai ILAHI. Meyakini bahawa hidup kita boleh berubah dengan adanya keyakinan dalam diri dan mendekatkan diri kepada ALLAH S.W.T. Buku pertamanya pula menjurus kepada pengorbanan ayah dan ibu yang harus dimiliki oleh setiap orang. dapatkan kedua-dua buku Ruhana Zaki dengan muat turun dan mengisi borang tertera dan pos atau faks kan kepada kami.

SINOPSIS:
Ilmu ILAHI tiada kesudahannya. Semakin digali semakin tidak cukup. Oleh kerana itu, marilah kita menjadi hamba-NYA yang tawaduk, yang tidak malu untuk mengakui kesilapan diri. Elakkanlah menjadi insan yang bangga diri. Bergaullah dengan golongan yang bersih dan luhur lidah mereka, barulah kita kenal akan akhlak mulia.

Matlamat nyawa kita bukanlah di atas dunia semata-mata. Nyawa kita masih diperlukan di alam abadi nanti. Ketika itulah tingkah laku di dunia men­jadi cagaran­nya. Nikmatilah setiap denyut nafas yang dipinjamkan-NYA meng­­ikut acuan yang telah ditetapkan syariat. Cara hidup Islam bukan untuk menyusah­kan sesiapa, sebaliknya menjanjikan kebahagiaan abadi yang berganda-ganda.

Kerana-MU Aku Berubah mengajak kita mencintai ILAHI dan Islam, satu-satu­nya agama dan cara hidup yang diredhai. ALLAH S.W.T sudah ada janjinya. Yakinlah... DIA sentiasa menyediakan jalan pulang. Seluas lautan, setinggi langit dan segunung dosa sekalipun, setiap kekhilafan masih boleh dibasuh. Disucikan dengan keinsafan dan taubat yang bersungguh-sungguh.

ANTARA PENGISIAN MENARIK:
  • Indahnya Janji TUHAN
  • Meraih Cinta Al-Khaliq
  • Kerana Kita Insan Terpilih
  • Cinta Nabi Pada Umatnya
  • Tiada Iman Jika Tiada Malu
  • Didiklah Zuriatmu Sebaiknya
  • Manisnya Hidup Dalam Redha
  • Secerdik Aisyah, Sehebat Khadijah
  • Membentuk Cinta yang Sempurna
  • Di Bawah Arasy-MU Aku Bernaung

Thursday, November 25, 2010

ANAKKU... DIDIKLAH HATI MENCINTAI-NYA (AKAN BERADA DI PASARAN SEDIKIT MASA LAGI)


ANAKKU, DIDIKLAH HATI MENCINTAI-NYA
FUAD HJ. SAM
RM17.00 392 halaman
ISBN: 978-967-86-0362-1
KATEGORI: KAUTHAR

Ya bunayaa... jadilah zuriat soleh yang berjaya di dunia dan akhirat. Itulah doa yang sering dipanjatkan saban waktu. Lahirnya adalah satu kurnia. Pada mereka dicurahkan kasih sayang. Diri dibekalkan santapan iman agar hidup diiringi redha ILAHI. Jiwa pula disemai nur hidayah agar setiap langkah tidak tersasar ke arah kefasadan.

Lihatlah... terlalu banyak yang telah kita
berikan kepada mereka. Tujuannya ialah mengharapkan kecemerlangan duniawi dan ukhrawi. Namun, apakah setiap tuntunan itu mampu membawa mereka merentasi impian yang dicita-citakan? Lalu, perhatikanlah... apakah benar cara kita mencorak liku-liku hidup mereka? Jika tidak, carilah... di mana silapnya ketika membentuk diri mereka menjadi insan yang berjaya.

Anakku... Didiklah Hati Mencintai-NYA, sebuah pengisian yang membawa kita ke arah menjadi murabbi terhebat dalam membina kecemerlangan hidup anak-anak. Galilah ilmu di dalamnya. Moga ditemui tunjuk arah untuk membentuk generasi rabbani, impian setiap ibu bapa. Hayatilah setiap baris ayat, mudah-mudahan ia mampu dijadikan tarbiah dalam mencipta jati diri aulad yang sejati.

ANTARA PENGISIAN MENARIK:
• Doa Pilihan untuk Kecemerlangan

• 33 Kaedah Mendidik Anak
• 10 Kesilapan Ibu Bapa Mendidik Anak
• Permasalahan Dalam Berdoa
• Memacu Anak Cemerlang dan Unggul
• Kaedah Lazim Mendidik Anak
• Kisah dan Pengajaran daripada Al-Quran
• Petua Melahirkan Anak Kreatif
• Persediaan Melahirkan Anak Cemerlang
• Tip Meningkatkan Potensi Anak

Wednesday, November 24, 2010

SELAMAT PAGI MALAYSIA TV 1 - BERUSAHA JADI YANG PERTAMA ( Dr. Azhar Hj. Sarip)

Jangan lupa saksikan penulis buku BEBAS DARI BELENGGU dan kolumnis majalah Mingguan Wanita ini akan membicarakan tentang "Berusaha jadi yang pertama". Apakah maksud tersirat dari topik yang menarik ini? Ayuh saksikan penampilannya dan pandangan serta buah fikiran yang bernas dapat meningkatkan motivasi dan mengharungi cabaran hidup masa kini... Jangan lupa menonton. (7.30 pagi waktu anggagaran, 29 November 2010 - ISNIN di TV 1)

PENGUMUMAN!

Bawa keluarga dan Sahabat Handai ke KARNIVAL JUALAN di MUZIUM NEGARA pada 27-28 Nov 2010 (Sabtu & Ahad) jam 9.00 pagi - 6.00 petang! Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan buku-buku serta majalah-majalah terbitan Kumpulan Media Karangkraf!!! Temui juga SALIKIN SIDEK iaitu Penulis buku VARIASI BUSANA TRADISIONAL pada ...27 Nov 2010, jam 12.00 tnghri - 2.00 petang!


Perhatian orang Pulau Pinang, jom ramai-ramai memeriahkan BAZAR BACA PULAU PINANG pada:


Tarikh : 1 Dis 2010 Hingga 2 Januari 2011 (33 Hari)
Tempat: Lot B40, Pesta Pulau Pinang, Sg.Nibong.
Masa : 6 ptg hingga 11.30 mlm

Diskaun hebat hingga 70%
Antara Acara Menarik:
~ Penampilan Khas Upin & Ipin
~ Bintang Kecil Pesta
~ Pertandingan Nasyid

Monday, November 22, 2010

KHAZANAH CINTA ILAHI DI PASARAN SEKARANG!

Dapatkah buku terbaru keluaran Grup Buku Karangraf - Karya Bestari. Buku yang menarik untuk di baca dan dijadikan panduan bagi mencintai ALLAH.

KHAZANAH CINTA ILAHI
Dr. Rushdi Ramli
RM14.00 292 halaman
ISBN: 978-967-86-0359-1
KATEGORI: AD-DEEN

Imam Shaykh al-Islam Taqiyuddin Ahmad Ibn Taymiyyah (1263-1328M), seorang mujtahid yang lahir sebagai penyelesai masalah umat. Hadir berbekalkan keimanan yang jitu dan ketajaman akal fikiran, kewibawaan beliau tidak mampu diganggu gugat.

Bukti kebijaksanaan termaktub pada himpunan fatwa-fatwa di dalam karya besar beliau yang bertajuk Majmu` Fatawa Shaykh al-Islam Ahmad Ibn Taymiyyah.

Secara umum, Khazanah Cinta ILAHI merupakan terjemahan ringkas sebahagian daripada ijtihad-ijtihad beliau. Naskhah ini mendedahkan kepada kita cara terbaik untuk meraih cinta ALLAH melalui proses penyucian jiwa (tazkiyah al-nafs) yang digarap daripada wahyu-NYA.

Kekaburan mengenai falsafah ibadat dalam Islam, persoalan tasawuf, isu-isu tarekat serta amalan ahli sufi, menjadikan buku ini dilihat sebagai ‘cahaya penyuluh’ untuk kita memahami dengan lebih jelas dan mendalam apa yang dikatakan sebagai cara terbaik lagi sempurna bagi mencapai kasih-NYA. Marilah kita bersama-sama menghayati pemikiran beliau ini. Ambillah manfaat daripadanya...


ANTARA KANDUNGAN MENARIK:

• Hukum Meninggalkan Amalan Soleh yang Disyariatkan Kerana Takut Dikatakan Riak
• Golongan Ahli Sufi dan Ahli Tarekat yang Melampau Lagi Tersasar
• Dua Tanda Nyata Orang yang Benar-benar Mencintai-NYA
• Kaedah Berzikir Terbaik Menurut Imam Ahmad Ibn Taymiyyah
• Kedudukan ‘Ledakan Kerohanian yang Keterlaluan’ Dalam Konteks Dosa dan Pahala
• Antara Amalan Hati dan Ibadat Lahiriah.
Manakah yang Lebih Wajib dan Perlu Diutamakan?

Thursday, November 18, 2010

PAKEJ JIMAT UNTUK BUKU TERBARU

Dapatkan buku terbaru yang telah dipakejkan. Memang jimat dan berbaloi anda boleh muat turun borang ini untuk mendapatkan harga yang sungguh memberangsangkan. Cepat selagi tawaran masih ada....

SALAM BAITULLAH - USTAZ EMRAN AHMAD DI TV 1

Penulis buku Mencari Pasangan Hidup (Karya Bestari) Ustaz Emran Ahmad
akan muncul sebagai tetamu dalam rancangan Salam Baitullah.
Kali ini membicarakan topik Haji Mabrur. Jangan lupa saksikan :

Program : Salam Baitullah TV1
Tarikh : 19 Nov 2010 (Jumaat)
Masa : 9.00 malam

Selamat Menonton!
Menimba ilmu itu, tidak pernah ada penghujungnya…
Grup Buku Karangkraf…. We Keep You Reading…

Thursday, November 11, 2010

BELI DAN MENANG SAKAN!


JOM ke MPH! Rebut peluang memenangi hadiah wang tunai bernilai RM5,000 dan buku bernilai RM2,000 dengan setiap pembelian produk terbitan Grup Buku Karangkraf & Grup Majalah Karangkraf bernilai RM50 ke atas! Dapatkan borang penyertaan anda di cawangan MPH yang terpilih!

Sunday, October 31, 2010

RAGAM PENGUNJUNG HARI KEDUA FIESTA BUKU 2010

FIESTA BUKU anjuran GRUP BUKU KARANGKRAF mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada peminat-peminat buku! Fiesta Buku yang bermula pada 29 Oktober 2010 dan akan berakhir pada 31 Oktober 2010 ini menawarkan potongan harga sebanyak 30% bagi setiap pembelian.

Malah, setiap pembelian RM50 dan ke atas akan mendapat hadiah percuma sebuah buku. Terdapat juga buku-buku terpilih yang diberi potongan harga sebanyak 60%.

Fiesta Buku ini diserikan dengan kehadiran penulis-penulis hebat seperti Murni Aqila iaitu novelis Cinta Aku Seadanya, Herna Diana dengan buku yang sedang hangat diperkatakan iaitu Cinta 3 Suku serta Rania Firdaus dengan novelnya Senyuman Manismu.

Herna Diana
Rania Firdaus

Penulis buku Travelog tentang kehidupan Anak Felda Keratong, Mohd Fudzail Mohd Nor bersama Murni Aqila, penulis novel Cinta Aku Seadanya.

Bagi peminat-peminat novel Travelog iaitu hasil tulisan Fudzail Mohd Nor, berpeluang bertemu dengan penulis trilogi ini. Pembeli juga berpeluang ntuk memenangi percutian ke New Zealand serta sebuah i-pod dengan pembelian lima buah bukunya bernilai RM100! Buku-buku terbitan ‘Oasis Buku’ tersebut adalah Teruja Cinta Maori Wainuiomata, Penggoda dan Penggodam Roewyo dan Cinta Tiga segi Aotearoa serta dua buah buku terbitan Dewan Bahasa Dan Pustaka. Selain itu, pengunjung juga berpeluang untuk mendapatkan hadiah-hadiah menarik dengan melanggan majalah keluaran Kumpulan Media Karangkraf di kaunter yang disediakan.

Kanan: Tengku Azlina, Mazlina dan Norhidayah

Seorang pengunjung yang dikenali sebagai Tengku Azlina sanggup berhabis wang untuk mendapatkan novel-novel kegemarannya. Azlina yang baru pulang dari Festival Buku Terengganu bergegas ke Fiesta Buku ini setelah mendapat informasi menerusi facebook serta laman web Alaf 21. Bila ditanya tentang novelis idolanya Azlina lantas menjawab, Norhayati Berahim, Sri Diah, Dhiya Zafira dan Ramlee Awang Murshid.

Dua orang kenalan rapat yang datang dari USJ memperuntukkan RM200 seorang untuk mendapatkan buku-buku keluaran Grup Buku Karangkraf. Norhidayah dan rakannnya Mazlina memang menanti-nantikan Fiesta Buku sebegini. Menurut mereka, diskaun yang ditawarkan amat menarik dan semestinya tidak melepaskan peluang sebaik ini. ”Kami sudah pun menyediakan senarai novel yang kami inginkan seminggu sebelum ke sini, “ ujar Norhidayah yang meminati novelis Aisya Sofea, Anis Ayuni, Damya Hanna, Siti Rosmizah dan Emma Maizura.

Ramai juga pengunjung terdiri daripada mereka yang kerap mengunjungi Toko Buku Yaacob di Kumpulan Karangkraf, Seksyen 15 Shah Alam. Mereka mengetahui informasi tentang Fiesta Buku ini daripada facebook, laman web Alaf 21, Buku Prima serta informasi daripada rakan-rakan.

Kepada anda yang belum berkesempatan ke Fiesta Buku ini, tinggal satu hari sahaja hari lagi sebelum berakhir esok hari, 30 Oktober 2010. Rugi kalau tak datang!!! Macam-macam ada!!! Berbaloi-baloi!!! Bakul-bakul pun disediakan untuk mereka yang hendak memborong! Borong jangan tak borong! 30 % diskaun bagi setiap pembelian!!!!

Wednesday, October 27, 2010

ESOK BERMULANYA FIESTA BUKU GRUP BUKU KARANGKRAF!

Jangan lupa dapatkan tawaran hebat ini segera. Salah satu siri yang mendapat tempat di hati peminat adalah siri soal jawab. Banyak persoalan yang diutarakan dijawab dengan baik dan jelas berdasarkan sentuhan islami.
Satu-satunya tawaran diskaun melebihi 30% diskaun. Tawaran istimewa ini di sediakan khas untuk peminat buku Karya Bestari. Bayangkan harga kedua-dua buku ini berjumlah RM60 tetapi telah diberi diskaun sehingga RM35.00 sahaja. Murah dan berbaloi-baloi! Segra dapatkan pakej jimat ini hanya di pesta buku Grup Buku Karangkraf ini.Dapatkan buku terbaru untuk genre Ad-Deen iaitu Wanita Yang Dirindui Syurga. Fresh! dari Kilang. Dan juga Akidah Kita Nyawa Kita; satu kajian perbandingan agama. Menarik perbahasan yang dibahaskan sewajarnya dimiliki dijadikan panduan untuk anak cucu nanti. Buku yang bakal terbit pula Khazanah Cinta ILAHI berkaitan tentang terjemahan ringkas sebahagian daripada ijtihad-ijtihad beliau. Naskhah ini mendedahkan kepada kita cara terbaik untuk meraih cinta ALLAH melalui proses penyucian jiwa (tazkiyah an-nafs) yang digarap daripada wahyu-NYA.
Untuk genre Raudah sememangnya pengisian yang mantap dan mudah diterima umum.Untuk genre Kauthar adalah siri motivasi Islamik yang mendapat perhatian pembaca. Perkongsian rasa dan muhasabah diri serta motivasi yang benar-benar memberikan kesan di dalam hati. Bersama kita berubah sebelum kita rebah....

Tuesday, October 26, 2010

TINGGAL 3 HARI LAGI PESTA BUKU! JOM KITA MEMBELI BELAH

Tinggal 3 hari lagi untuk Fiesta Buku Grup Buku Karangkraf. Grup buku yang terdiri dari produk Alaf 21, Karya Bestari, Buku Prima dan Buku Oasis. Dijangkakan akan mendapat sambutan luar biasa dari pesta buku sebelum ini. Jadi jangan lepaskan peluang ini untuk memborong buku-buku lama dan terbaru semestinya yang berkualiti dari segi penghasilan dan juga mutu karya kami. Datang awal boleh mengelakkan kesesakan. Ingin memborong banyak sehingga lenguh memegang buku kami... Jangan risau.. bakul kami sediakan...

Wednesday, October 20, 2010

30% DISKAUN TERHEBAT UNTUK PEMINAT BUKU AGAMA DAN SEMUA GENRE

Fiesta Buku kembali lagi! Sememangnya dinantikan acara gilang gemilang ini oleh peminat buku Karya Bestari / Alaf 21 / Buku Prima dan Oasis. Dapatkan semua jenis genre buku dengan diskaun terhebat 30%. Novel, buku kanak-kanak, resipi, kraf, umum dan banyak lagi menanti anda. Bukan buku lama sahaja malah juga buku terbaru turut diberikan diskaun 30% fresh dari kilang. Jangan lupa singgah tau.

GERAI GRUP BUKU DISERBU PENGUNJUNG DI CIAST

GERAI Grup Buku Karangkraf diserbu peminat buku! Itulah yang berlaku di CIAST, Shah Alam sempenan Pertandingan Kemahiran Malaysia 2010 yang berlangsung pada 14 - 17 Oktober yang lalu.

Jualan buku tersebut dibuka pada jam 9.00 pagi sehingga 5.00 petang menarik ramai pembeli yang kebanyakannya adalah terdiri daripada tenaga pengajar serta pelatih-pelatih CIAST dari seluruh Malaysia antaranya dari Kedah, Terengganu, Kelantan dan Selangor.

Ramai juga pengunjung-pengunjung luar yang tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan buku-buku terbitan Alaf 21, Buku Prima, Karya Bestari dan Oasis Buku yang juga dikenali sebagai Grup Buku Karangkraf. Diskaun sebanyak 20% diberikan untuk kesemua buku menyebabkan banyak buku yang dibawa kehabisan stok! Insya'Allah jika diberi peluang di lain waktu, kita akan berjumpa lagi!