Tuesday, May 11, 2010

BAKAL TERBIT! SOLAT BESTARI

Sesungguhnya solat itu tiang agama. Jika runtuh tiang itu, maka pincanglah segala amalan. Jika baik solatnya, maka baiklah segala amalan. Dalam ketika mendekatkan diri kepada Yang Maha Esa, tahukah kita akan lafaz yang dibaca ketika solat? Mampukah kita menghadirkan khusyuk tanpa benar-benar memahami yang tersirat? Alangkah indahnya jika setiap bacaan itu mampu difahami dan dihayati. Dan ketahuilah bahawa setiap bacaan itu disambut oleh-NYA!
SOLAT BESTARI ini diterbitkan dengan harapan dapat dijadikan modul dalam melaksanakan solat dengan lebih sempurna. Ia lebih memfokuskan terjemahan bacaan dalam solat juga pergerakan asas solat bagi lelaki dan wanita. Teknik penyampaian yang dilengkapi rajah bergambar juga dapat membantu pembaca lebih memahami dan mendapat gambaran yang lebih realistik.

Antara yang menarik di dalam:
  • Penerangan bergambar tentang rukun wuduk
  • Dilampirkan ayat daripada al-Quran dan juga hadis sebagai rujukan
  • Beberapa surah dari Juz Amma
  • Terjemahan lengkap mengikut setiap ayat daripada setiap surah dan bacaan solat
  • Terjemahan perkataan dalam bahasa Melayu, Inggeris dan tulisan jawi
  • Kedudukan hukum tajwid serta penerangan ringkas
  • Informasi tentang fokus dan hikmah daripada ibadat solat yang dilakukan
  • Penerangan bergambar tentang rukun solat dan bacaan sunat di dalam solat serta terjemahannya
  • Beberapa doa pilihan dan harian serta terjemahannya
  • Infomasi tentang perkataan yang terpilih dan asbabunnuzul sesuatu surah
Solat Bestari merupakan buku berwarna pertama bakal diterbitkan oleh pihak Karya Bestari. Ia mengandungi gambar yang berkonsepkan ‘step by step’ yang memerlukan proses ‘shooting’ dilakukan. Seiring dengan objektif untuk memastikan pembaca benar-benar faham akan kandungan buku itu, kami telah bersetuju penggambaran itu dilakukan. Kami juga percaya, dengan adanya gambar, menjadikan buku itu kelihatan lebih realistik untuk difahami.

No comments: