Syukur alhamdulillah...
PADA
4 dan 5 Februari yang lalu, Grup Buku Karangkraf - Karya Bestari, Grup Majalah dan Sinar Harian berpeluang turut serta dalam sebuah program 'Cinta Masjid'
bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul tahun in. Program anjuran TV al-Hijrah itu bertujuan untuk mengimarahkan institusi masjid sekaligus menjadikannya sebagai pusat perkembangan ilmu dan kegiatan kemasyarakatan seperti yang dituntut agama.... (Untuk cerita lanjut klik pada gambar)
Turut memeriahkan booth jualan Grup Buku Karangkraf, ikon Karya Bestari Muhamad Nazir Mohammad Khalid telah didatangkan khas bagi menyerikan sesi bertemu pembaca sekali gus mempromosikan karya-karya beliau. Selain itu, beliau turut mewakili Karya Besatri mengupas buku '100 Pesanan Terakhir Rasulullah' Karya Muhd Nasruddin Dasuki dalam rancangan ASSALAMUALAIKUM yang berlintas langsung daripada lokasi program di TV al-Hijrah.
Dalam siaran langsung itu, beliau menekankan beberapa pesanan Rasulullah di dalam buku tersebut seperti Solat dan mengamalkan al-Quran. Antara lain, beliau juga menyatakan dorongan peribadi atas usaha murni penulis membukukan ilmu kerana penghasilan karya sebegini adalah salah satu cara untuk mendekatkan masayarakat dengan agama Islam...
No comments:
Post a Comment