Friday, February 10, 2012

Dr. H.M Tuah Iskandar al-Haj menang Anugerah Perdana Za'aba.

Syukur alhamdulillah... kami Team KB tumpang gembira dengan berita kemenangan Dr. H.M Tuah Iskandar al-Haj kerana dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Perdana Za'ba 2012. Anugerah itu disampaikan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed dalam satu majlis gilang-gemilang di Dewan Merdeka, di Pusat Dagangan Dunia Putra, baru-baru ini. 

Dr. H.M Tuah Iskandar al-Haj juga adalah penghasil buku terbanyak setakat ini dengan jumlah karya 100. Kebanyakkan karya beliau diterbitkan oleh Alaf21 dan Karya Bestari. Karya ke-100 beliau berjudul 'Jaga Jangan Kantoi' telah dilancarkan oleh Menteri Perdagangan dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Dato' Seri Ismail Sabri bin Yaakob semasa Festival Penulis Grup Buku Karangkraf bersempena Karnival Karangkraf di Shah Alam baru-baru ini.
Sementelah itu, setelah CIPTA SYURGA HATI dari Karya Bestari mendapat tempat di hati peminat, kini muncul pula buku  terbaru beliau iaitu 101 Rahsia Penguat Nurani bakal menjadi hadiah kepada peminat motivasi. Jangan lupa dapatkannya di pasaran tidak lama lagi. InsyaALLAH akan berada di pasaran hujung bulan ini. Atau akan berada di Pesta Buku Islamik di Putrajaya pada 24 Februari 2012 sehingga 4 Mac 2012. Di adakan di Dewan Cempaka Sari, Presint 3, Putrajaya. Berhadapan Masjid Sultan Mizan. (Masjid Besi). Jadi Jangan lepaskan peluang tersebut dengan memiliki buku terbaru 101 Rahsia Penguat Nurani setebal 472 muka surat itu berharga Rm19.90. Info lanjut... boleh menghubungi Wan Rohana di talian: 019-2557380.

Berikut adalah buku Cipta Syurga Hati dan disertakan kulit buku untuk 101 Rahsia Penguat Nurani.

2 comments:

my story said...

dah beli kedua-dua buku ni.Apa tajuk buku terbaru dr tuah sekarang ni yg belum berada di pasaran tetapi telah dicetak ?

Karya Bestari said...

Buku terbaru Dr. HM Tuah yang terbaru adalah KOMPLIKASI JIWA MUSLIM. Boleh di dapati dikedai buku... dengan harga RM 19.90.