Thursday, December 1, 2011

PAGI YANG MERIAH! PESTA BUKU GRUP BUKU KARANGKRAF DI KERUMUNI SEAWAL PAGI... ALHAMDULILLAH...

Ada pelanggan sudah hadir seawal jam 8 pagi. Amat mengharukan perasaan. Bersyukur kepada ALLAH dan dengan berkat doa kami ramai yang hadir ke Pesta Buku Karangkraf. Kami di gerai Karya Bestari juga mendapat tempias dengan kehadiran ramai dari pelbagai golongan.Muhamad Faizal - Junior art Director kami juga melayan tetamu dan mengenali pembaca dengan lebih dekat lagi.
Pilihan buku dari pelbagai genre untuk setiap lapisan pembaca. Puan Firdaus juga turun padang mempromosi buku Soalan Bocor Dari Kubur antara buku Best Seller! keluaran Karya Bestari.
Keseronokkan apabila mereka berlumba-lumba mendapatkan buku kegemaran mereka sambil diperhatikan manager sales Puan Shaharah Ibrahim dan Manager Operasi Cik Roziyana Omar Grup Buku Karangkraf.
Rambang mata untuk memilih buku mana yang sedap kerana dengan diskaun hebat membuatkan mereka ingin memiliki semua buku kami. Tetapi kami faham dengan budget yang ada anda berhak memilih kerana semua buku yang dihasilkan berkualiti untuk santapan seisi keluarga.
Jom beramai-ramai menikmati diskaun dan memborong buku-buku kami...
Orang ramai berpusu-pusu membeli dan memiliki buku keluaran grup buku... Seronok melihatnya. Setelah berpenat lelah menghasilkan buku tersebut sama ada graffik, editor, pembantu stor, sales dan semua unit terubat dengan melihat orang ramai membeli dengan bayak buku-buku ini. Syabas usaha kami membudayakan msyarakat membaca mula bercambah... Alhamdulillah... Bagi mereka yang berada diluarsana jangan lupa datang dan membawa anak0anak dan rakan taulan serta famili bagi memeriahkan suasana....

2 comments:

ainhany said...

Alhamdulillah dan syabas team KB@alaf21.. Amboi meriah sakan noo berfiesta...

muga ada kesempatan bersama..insyaALLAH

Karya Bestari said...

Alhamdulillah ainhany.. Sudi-sudikan datang memeriahkan suasana dan menikmati diskaun terhebat kami... :)