Syukur Alhamdulillah... Karya Bestari telah dilihat masyarakat. Buku
agama yang dijangka akan melebarkan sayapnya sepanjang tahun dan
seterusnya akan menjadi perhatian untuk muslimin dan muslimat tak
mengira usia. Warta dari Berita Harian membuktikan masyarakat menerima
kehadiran KARYA BESTARI. Syukur sangat-sangat dan terima kasih kepada
pembaca kerana bersama kami. Amin....
"Selain buku kanak-kanak, syarikat terbabit turut yakin bahawa buku agama akan mencatat perkembangan ekoran pasarannya yang besar dan andaian itu dibuat berdasarkan keuntungan yang dicatat buku agama di bawah jenama Karya Bestari untuk tahun lalu meningkat tiga kali ganda berbanding tahun sebelumnya."
"Satu daripadanya adalah faktor pendekatan dalam penghasilan buku agama yang lebih meruntun jiwa. Kita tidak lagi bercakap soal buat jahat dibalas neraka, tetapi pendekatan yang lebih dekat dengan jiwa pembaca. Misalnya keindahan syurga dan paling laris ketika ini ialah SOALAN BOCOR DARI KUBUR" - Sri Diah Shaharuddin.
"Buku dengan judul mendamaikan jiwa adalah strategi yang lebih berkesan dalam memikat perhatian pembaca, bukan sekadar kulit buku menarik kerana mereka kini tidak lagi di momokkan dengan balasan neraka seperti suatu ketika dahulu..."Untuk itu jangan lepaskan peluang dapatkan buku-buku bermutu terbitan Karya Bestari di pesta buku karangkraf pada 27-29 Januari 2012. Di seksyen 15, Shah Alam, Selangor. Jangan lupa temui kami di sana...
2 comments:
TAHNIAH KARYA BESTARI..
SAYA JUGA SALAH SEORANG PEMBACA BUKU TERBITAN KARYA BESTARI..
SAYA JUGA INGIN MENYAHUT SERUAN
PADA MASA YANG SAMA CABARAN JUGA..
JEMPUT KE E-STORE BOOK SAYA JUGAK..
www.stormreaders.net/ululalbab
teruskan menyebarkan ilmu yang bermanfaat..
Terima Kasih memberi sokongan kepada kami.
Post a Comment