Menyediakan ruang rehat dan ruang penulis untuk melayan tetamu yang hadir. Memang meriah Pesta Buku kali ini dengan pelbagai aktiviti dan judul buku telah di pamer dan dijual. Kali ini kami berpesta sakan dengan menemui peminat dengan lebih dekat malah dapat beramah mesra dengan mereka. Keadaan di luar perkarangan bangunan Karangkraf dilihat seolah-olah dilitupi salji putih walhal berpuluh khemah bewarna putih yang memenuhi ruang legar disini. Sambutan dari peminat juga amat memberangsangkan. Syukur Alhamdulillah peminat dapat melihat sendiri kemeriahan dengan adanya booth penulis yang kami anggap mereka setia juga prolifik dengan penerbitan kami. Di Karya Bestari kami menggabungkan penulis-penulis yang berkesempatan untuk turun padang mempromosi buku-buku mereka sama ada baru dan lama. Antara yang hadir pada hari ini adalah Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman, Dr. Robiah K. Hamzah, Ustaz Dato' Daud Che Ngah, Prof Madya Rasid Mohammad, Mohammed Nazir, Mohd Yaakub Mohd Yunus dan penulis baru iaitu Mohd Shahrizal Nasir. Kami sempat bersembang di booth penulis tentang isu buku dan yang paling menarik kami dapat merasakan mereka sangat gembira dengan sambutan terhadap buku mereka.
Dipenuhi peminat yang berpusu-pusu untuk membayar dan juga membeli. Sapa kata orang Malaysia hanya membaca 2 lembar sahaja. Jika dilihat puluhan buku dalam satu bakul dan ada juga beratus-ratus ringgit berhabis dengan membeli buku. Sesuai dengan impian kami membudayakan masyarakat membaca.
Sebelah petang kami memeriahkan susasana dibilik auditorium yang serba indah dengan aktiviti sembang buku. Yang terlibat Ustaz Mohd Yaakub sebagai moderator, panelnya adalah Ustaz Dr. Zaharuddin, Prof Madya Mohd Rasid dan juga Dr. Robiah K. Hamzah. Melebihi 200 orang berpusu-pusu memasuki bilik forum. Tajuk yang diperbincangkan adalah "6 Kaki Dalam Tanah. Bersediakan Kita?
Jom hadiri Pesta Buku dan dapatkan buku terbaru Karya Bestari. Masih ada dua hari lagi untuk bersama kami... Diskaun buku menarik pasti anda tertarik. Ayuh apa tunggu lagi...
No comments:
Post a Comment