Sunday, October 31, 2010

RAGAM PENGUNJUNG HARI KEDUA FIESTA BUKU 2010

FIESTA BUKU anjuran GRUP BUKU KARANGKRAF mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada peminat-peminat buku! Fiesta Buku yang bermula pada 29 Oktober 2010 dan akan berakhir pada 31 Oktober 2010 ini menawarkan potongan harga sebanyak 30% bagi setiap pembelian.

Malah, setiap pembelian RM50 dan ke atas akan mendapat hadiah percuma sebuah buku. Terdapat juga buku-buku terpilih yang diberi potongan harga sebanyak 60%.

Fiesta Buku ini diserikan dengan kehadiran penulis-penulis hebat seperti Murni Aqila iaitu novelis Cinta Aku Seadanya, Herna Diana dengan buku yang sedang hangat diperkatakan iaitu Cinta 3 Suku serta Rania Firdaus dengan novelnya Senyuman Manismu.

Herna Diana
Rania Firdaus

Penulis buku Travelog tentang kehidupan Anak Felda Keratong, Mohd Fudzail Mohd Nor bersama Murni Aqila, penulis novel Cinta Aku Seadanya.

Bagi peminat-peminat novel Travelog iaitu hasil tulisan Fudzail Mohd Nor, berpeluang bertemu dengan penulis trilogi ini. Pembeli juga berpeluang ntuk memenangi percutian ke New Zealand serta sebuah i-pod dengan pembelian lima buah bukunya bernilai RM100! Buku-buku terbitan ‘Oasis Buku’ tersebut adalah Teruja Cinta Maori Wainuiomata, Penggoda dan Penggodam Roewyo dan Cinta Tiga segi Aotearoa serta dua buah buku terbitan Dewan Bahasa Dan Pustaka. Selain itu, pengunjung juga berpeluang untuk mendapatkan hadiah-hadiah menarik dengan melanggan majalah keluaran Kumpulan Media Karangkraf di kaunter yang disediakan.

Kanan: Tengku Azlina, Mazlina dan Norhidayah

Seorang pengunjung yang dikenali sebagai Tengku Azlina sanggup berhabis wang untuk mendapatkan novel-novel kegemarannya. Azlina yang baru pulang dari Festival Buku Terengganu bergegas ke Fiesta Buku ini setelah mendapat informasi menerusi facebook serta laman web Alaf 21. Bila ditanya tentang novelis idolanya Azlina lantas menjawab, Norhayati Berahim, Sri Diah, Dhiya Zafira dan Ramlee Awang Murshid.

Dua orang kenalan rapat yang datang dari USJ memperuntukkan RM200 seorang untuk mendapatkan buku-buku keluaran Grup Buku Karangkraf. Norhidayah dan rakannnya Mazlina memang menanti-nantikan Fiesta Buku sebegini. Menurut mereka, diskaun yang ditawarkan amat menarik dan semestinya tidak melepaskan peluang sebaik ini. ”Kami sudah pun menyediakan senarai novel yang kami inginkan seminggu sebelum ke sini, “ ujar Norhidayah yang meminati novelis Aisya Sofea, Anis Ayuni, Damya Hanna, Siti Rosmizah dan Emma Maizura.

Ramai juga pengunjung terdiri daripada mereka yang kerap mengunjungi Toko Buku Yaacob di Kumpulan Karangkraf, Seksyen 15 Shah Alam. Mereka mengetahui informasi tentang Fiesta Buku ini daripada facebook, laman web Alaf 21, Buku Prima serta informasi daripada rakan-rakan.

Kepada anda yang belum berkesempatan ke Fiesta Buku ini, tinggal satu hari sahaja hari lagi sebelum berakhir esok hari, 30 Oktober 2010. Rugi kalau tak datang!!! Macam-macam ada!!! Berbaloi-baloi!!! Bakul-bakul pun disediakan untuk mereka yang hendak memborong! Borong jangan tak borong! 30 % diskaun bagi setiap pembelian!!!!

Wednesday, October 27, 2010

ESOK BERMULANYA FIESTA BUKU GRUP BUKU KARANGKRAF!

Jangan lupa dapatkan tawaran hebat ini segera. Salah satu siri yang mendapat tempat di hati peminat adalah siri soal jawab. Banyak persoalan yang diutarakan dijawab dengan baik dan jelas berdasarkan sentuhan islami.
Satu-satunya tawaran diskaun melebihi 30% diskaun. Tawaran istimewa ini di sediakan khas untuk peminat buku Karya Bestari. Bayangkan harga kedua-dua buku ini berjumlah RM60 tetapi telah diberi diskaun sehingga RM35.00 sahaja. Murah dan berbaloi-baloi! Segra dapatkan pakej jimat ini hanya di pesta buku Grup Buku Karangkraf ini.Dapatkan buku terbaru untuk genre Ad-Deen iaitu Wanita Yang Dirindui Syurga. Fresh! dari Kilang. Dan juga Akidah Kita Nyawa Kita; satu kajian perbandingan agama. Menarik perbahasan yang dibahaskan sewajarnya dimiliki dijadikan panduan untuk anak cucu nanti. Buku yang bakal terbit pula Khazanah Cinta ILAHI berkaitan tentang terjemahan ringkas sebahagian daripada ijtihad-ijtihad beliau. Naskhah ini mendedahkan kepada kita cara terbaik untuk meraih cinta ALLAH melalui proses penyucian jiwa (tazkiyah an-nafs) yang digarap daripada wahyu-NYA.
Untuk genre Raudah sememangnya pengisian yang mantap dan mudah diterima umum.Untuk genre Kauthar adalah siri motivasi Islamik yang mendapat perhatian pembaca. Perkongsian rasa dan muhasabah diri serta motivasi yang benar-benar memberikan kesan di dalam hati. Bersama kita berubah sebelum kita rebah....

Tuesday, October 26, 2010

TINGGAL 3 HARI LAGI PESTA BUKU! JOM KITA MEMBELI BELAH

Tinggal 3 hari lagi untuk Fiesta Buku Grup Buku Karangkraf. Grup buku yang terdiri dari produk Alaf 21, Karya Bestari, Buku Prima dan Buku Oasis. Dijangkakan akan mendapat sambutan luar biasa dari pesta buku sebelum ini. Jadi jangan lepaskan peluang ini untuk memborong buku-buku lama dan terbaru semestinya yang berkualiti dari segi penghasilan dan juga mutu karya kami. Datang awal boleh mengelakkan kesesakan. Ingin memborong banyak sehingga lenguh memegang buku kami... Jangan risau.. bakul kami sediakan...

Wednesday, October 20, 2010

30% DISKAUN TERHEBAT UNTUK PEMINAT BUKU AGAMA DAN SEMUA GENRE

Fiesta Buku kembali lagi! Sememangnya dinantikan acara gilang gemilang ini oleh peminat buku Karya Bestari / Alaf 21 / Buku Prima dan Oasis. Dapatkan semua jenis genre buku dengan diskaun terhebat 30%. Novel, buku kanak-kanak, resipi, kraf, umum dan banyak lagi menanti anda. Bukan buku lama sahaja malah juga buku terbaru turut diberikan diskaun 30% fresh dari kilang. Jangan lupa singgah tau.

GERAI GRUP BUKU DISERBU PENGUNJUNG DI CIAST

GERAI Grup Buku Karangkraf diserbu peminat buku! Itulah yang berlaku di CIAST, Shah Alam sempenan Pertandingan Kemahiran Malaysia 2010 yang berlangsung pada 14 - 17 Oktober yang lalu.

Jualan buku tersebut dibuka pada jam 9.00 pagi sehingga 5.00 petang menarik ramai pembeli yang kebanyakannya adalah terdiri daripada tenaga pengajar serta pelatih-pelatih CIAST dari seluruh Malaysia antaranya dari Kedah, Terengganu, Kelantan dan Selangor.

Ramai juga pengunjung-pengunjung luar yang tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan buku-buku terbitan Alaf 21, Buku Prima, Karya Bestari dan Oasis Buku yang juga dikenali sebagai Grup Buku Karangkraf. Diskaun sebanyak 20% diberikan untuk kesemua buku menyebabkan banyak buku yang dibawa kehabisan stok! Insya'Allah jika diberi peluang di lain waktu, kita akan berjumpa lagi!

Monday, October 11, 2010

GRUP BUKU KARANGKRAF SERTAI FIESTA BUKU DI PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

8 Ogos - Buat pertama kali, Grup Buku Karangkraf telah mengadakan kerjasama dengan Perpustakaan Negara Malaysia menganjurkan Fiesta Buku. Tujuan aktiviti ini untuk memupuk minat membaca dikalangan kanak-kanak dari peringkat tadika sehingga sekolah rendah.

Acara Mari Dengar Cerita telah diadakan di Auditoriun Kanak-kanak, Perpustakaan Negara Malaysia. Dua penulis buku kanak-kanak iaitu Iris Ixora dan Ainin Naufal telah dijemput memeriahkan majlis.

Seramai 200 kanak-kanak dari sekolah tadika dan sekolah rendah di sekitar Kuala Lumpur telah dihiburkan dengan dua buah cerita dari Kisah Amar oleh Ainin Naufal dan Kisah Sooty oleh Iris Ixora. Props dan puppet yang membantu jalan cerita agar lebih menarik. Dua cerita ini telah disampaikan dengan bantuan visual dan gaya penceritaan yang menarik.

Sebagaimana yang kita tahu, kanak-kanak cepat mempelajari apa yang mereka dengar. Pelajaran ini menjadi lebih mudah dengan bantuan visual dan gaya penceritaan yang menarik. Justeru, pendedahan terhadap cerita-cerita dan tingkah laku yang baik sejak awal adalah penting untuk mereka mempelajari nilai-nilai positif dan mencontohinya.

Daya imaginasi kanak-kanak tiada batasnya. Melalui cerita, mereka boleh menjiwai sesebuah cerita. Walaupun dibaca atau diceritakan berulang kali, mereka tetap tidak jemu atau puas. Watak-watak dalam cerita adalah ‘hidup’ bagi mereka sehingga mereka ikut, hafal dan tiru apa yang ada dalam sesebuah cerita. Ada juga kanak-kanak yang boleh menjadi begitu intim dengan watak-watak yang mereka sayangi.

Konsep penceritaan untuk unit kanak-kanak ini akan banyak diambil daripada kisah-kisah para nabi dan rasul serta kisah-kisah tauladan yang amat mementingkan nilai agama yang kukuh dan semangat jati diri yang kental. Genre buku kanak-kanak juga akan menyasarkan bahan bacaan untuk golongan kanak-kanak bawah 5 tahun supaya semangat sukakan membaca dapat disemai sejak awal usia lagi.

Kisah Sooty, sebuah terbitan Alaf 21, merupakan buku cerita kanak-kanak yang menampilkan keunikan individu pada setiap watak kucing. Watak-watak kucing ini dicipta untuk memenuhi kehendak emosi dan imaginasi kanak-kanak. Kisah Sooty bukan sahaja menjadi penghibur tetapi juga ikon yang diharap boleh memberi motivasi dan inspirasi kepada setiap kanak-kanak yang mengikuti kisah ini.

Menurut Irix Ixora, dia amat teruja bila diberi peluang ini. "Sebenarnya saya memang berangan-angan mahu membacakan buku tulisan saya di depan kanak-kanak. Tak sangka ia menjadi kenyataan apatah lagi acara ini berlangsung pula di Perpustakaan Negara Malaysia. Syukur sangat kepada ALLAH kerana semuanya berjalan lancar."


Perasaan yang sama juga turut dikongsi oleh Ainin Naufal penulis buku Kisah Amar. Walaupun persediaan yang dibuat begitu singkat, tapi dia gembira kerana diberi peluang membacakan buku cerita di depan khalayak ramai.

"Saya mahu Kisah Amar yang mengisahkan tentang seorang pelajar sekolah rendah yang tidak tahu membaca menjadi contoh kepada kanak-kanak lain yang lambat membaca. Akhirnya Amar boleh membaca dengan lancar kerana usaha dan dorongan daripada kawan-kawan dan keluarganya. Jadi, moralnya di situ, mereka yang menghadapi masalah seperti Amar, akan berjaya jika berusaha."

Setiap penerbitan buku cerita kanak-kanak bersama Grup Buku Karangkraf yang terdiri dari penerbit Alaf 21 dan Buku Prima mengambil kira faktor pengajaran yang boleh memberikan mesej yang mulia untuk kanak-kanak terutamanya di dalam dunia siber dan teknologi masa kini. Menjadi hasrat syarikat untuk menerbitkan lebih banyak lagi bahan bacaan untuk kanak-kanak di masa akan datang.


Kanak-kanak dihiburkan dengan aktiviti senaman dan nyanyian.

Sunday, October 10, 2010

PAKEJ JIMAT RM 55 YANG HARUS DIMILIKI! RUGI KALAU TAK BELI...

PAKEJ JIMAT RM 55 YANG MESTI DIMILIKI.
Gandingan pakej jimat yang baik dengan barisan penulis yang mantap seperti Dr. Robiah K. Hamzah pakar motivasi terkenal tanah air, Isteri Ustaz Zaharuddin Abd Rahman, Yussamir Yusuf dengan buku terbaru kajian perbandingan agama dan kompilasi Wanita yang dirindui Syurga yang sememangnya patut dimiliki oleh setiap wanita yang penuh dengan kisah tauladan dan panduan.

Cara membeli:
TAWARAN ISTIMEWA! PAKEJ JIMAT RM55 UNTUK PELANGGAN POS SAHAJA
  1. Download borang langganan yang tertera dan poskan kepada kami. (Borang boleh di fotostat). Sertakan MO/PO/Cek atas nama GRUP BUKU KARANGKRAF SDN. BHD. Kirimkan ke Alaf 21, Lot 12, Persiaran Kemajuan 16/16, 40200 Shah Alam, Selangor. Tel: 03-55118820/21.
  2. Bankin terus atau Maybank2u: Anda boleh membuat bayaran secara bank in/maybank2u - bayar (menurut harga buku) terus ke akaun Grup Buku Karangkraf Sdn. Bhd. (MBB 014271416077). Fakskan slip bank (nyatakan nama, judul buku, alamat, no. akaun alaf (jika ada), & no.tel) ke 03-55113817.
  3. Datang terus ke premis kami dengan membawa borang berkenaan.

Wednesday, October 6, 2010

ADAKAH ANDA WANITA YANG DIRINDUI SYURGA? (BAKAL TERBIT)

TAJUK BUKU: WANITA YANG DIRINDUI SYURGA
HARGA: RM11.00
ISBN: 978-967-86-0350-8
KOMPILASI RUANGAN SRIKANDI MAJALAH DARA.COM

Ingin sekali aku menjadi sepertimu...semekar iman srikandi Islam
terus-terusan dikenang kerana teguhnya menyayangi Islam,
berjihad demi Islam dan hidup untuk Islam.

Selusurilah perjuangan srikandi Islam yang sentiasa melakukan kebaikan, menghindari keburukan, berjihad demi membela agama dan beriman sepenuh hati kepada-NYA. Meskipun hakikatnya kita tidak perlu lagi berjihad bagaikan pada zaman Rasulullah dahulu, namun cukuplah andai memilih untuk berjuang menentang nafsu demi menegakkan agama Islam. Sukar sangatkah?

Sebuah pengisian yang disampaikan secara mudah tetapi padat dengan mesej tersirat. Ambillah iktibar daripada setiap kisah yang dipaparkan. Meskipun jasad mereka telah dimamah bumi, namun iman mereka terus mewangi... jasa dan bakti terus dikenang dan menjadi sebutan. Kongsikan kisah `wanita pewaris syurga' ini dengan seisi keluarga... tanpa mengira usia... sesuai untuk bacaan semua!
SINOPSIS:
Firman ALLAH S.W.T yang bermaksud:
“Sesiapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki mahupun wanita sedangkan dia orang yang beriman, mereka itu pasti akan masuk ke syurga dan tidak akan dianiaya walau sedikit pun.” – Surah an-Nisa’: 124
ALLAH yang Maha Adil telah menjanjikan syurga kepada semua hamba-NYA dengan syarat mestilah beriman dan ikhlas melakukan amal soleh. Insan yang mengorbankan jiwa raga demi menegakkan kebenaran Islam yang suci akan diberikan kedudukan yang tinggi lagi terpuji di sisi-NYA. Meski diuji dengan pelbagai azab yang dahsyat, namun keyakinan kepada ALLAH S.W.T tetap tidak goyah.

43 orang srikandi Islam yang dipaparkan ini terdiri daripada isteri-isteri dan anak Rasulullah s.a.w, isteri Khulafa ar-Rasyidin serta wanita terbilang yang hidup pada zaman baginda. Meskipun jasad mereka telah terkubur, namun segala keperibadian mulia wanita solehah ini terus dikenang kerana teguhnya diri menyayangi Islam. Sama-samalah kita jadikan kekentalan iman dan pengorbanan srikandi ini sebagai teladan dalam melayari kehidupan.

ANTARA KANDUNGAN MENARIK:
  • Demi Cinta Zainab
  • Maryam Puteri Imran
  • Kisah Balqis Ratu Saba’
  • Keutuhan Iman Masyita
  • Asiah Isteri Firaun yang Beriman
  • Kisah Aminah Bunga Mawar Quraisy
  • Fatimah yang Hidup Penuh Kesederhanaan
  • Diseksa Tidak Mengubah Pendirian Zinnirah
  • Khadijah Penyuntik Semangat Rasulullah s.a.w
  • Naelah Gadai Nyawa Demi Khalifah Uthman al-Affan