Sunday, October 31, 2010

RAGAM PENGUNJUNG HARI KEDUA FIESTA BUKU 2010

FIESTA BUKU anjuran GRUP BUKU KARANGKRAF mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada peminat-peminat buku! Fiesta Buku yang bermula pada 29 Oktober 2010 dan akan berakhir pada 31 Oktober 2010 ini menawarkan potongan harga sebanyak 30% bagi setiap pembelian.

Malah, setiap pembelian RM50 dan ke atas akan mendapat hadiah percuma sebuah buku. Terdapat juga buku-buku terpilih yang diberi potongan harga sebanyak 60%.

Fiesta Buku ini diserikan dengan kehadiran penulis-penulis hebat seperti Murni Aqila iaitu novelis Cinta Aku Seadanya, Herna Diana dengan buku yang sedang hangat diperkatakan iaitu Cinta 3 Suku serta Rania Firdaus dengan novelnya Senyuman Manismu.

Herna Diana
Rania Firdaus

Penulis buku Travelog tentang kehidupan Anak Felda Keratong, Mohd Fudzail Mohd Nor bersama Murni Aqila, penulis novel Cinta Aku Seadanya.

Bagi peminat-peminat novel Travelog iaitu hasil tulisan Fudzail Mohd Nor, berpeluang bertemu dengan penulis trilogi ini. Pembeli juga berpeluang ntuk memenangi percutian ke New Zealand serta sebuah i-pod dengan pembelian lima buah bukunya bernilai RM100! Buku-buku terbitan ‘Oasis Buku’ tersebut adalah Teruja Cinta Maori Wainuiomata, Penggoda dan Penggodam Roewyo dan Cinta Tiga segi Aotearoa serta dua buah buku terbitan Dewan Bahasa Dan Pustaka. Selain itu, pengunjung juga berpeluang untuk mendapatkan hadiah-hadiah menarik dengan melanggan majalah keluaran Kumpulan Media Karangkraf di kaunter yang disediakan.

Kanan: Tengku Azlina, Mazlina dan Norhidayah

Seorang pengunjung yang dikenali sebagai Tengku Azlina sanggup berhabis wang untuk mendapatkan novel-novel kegemarannya. Azlina yang baru pulang dari Festival Buku Terengganu bergegas ke Fiesta Buku ini setelah mendapat informasi menerusi facebook serta laman web Alaf 21. Bila ditanya tentang novelis idolanya Azlina lantas menjawab, Norhayati Berahim, Sri Diah, Dhiya Zafira dan Ramlee Awang Murshid.

Dua orang kenalan rapat yang datang dari USJ memperuntukkan RM200 seorang untuk mendapatkan buku-buku keluaran Grup Buku Karangkraf. Norhidayah dan rakannnya Mazlina memang menanti-nantikan Fiesta Buku sebegini. Menurut mereka, diskaun yang ditawarkan amat menarik dan semestinya tidak melepaskan peluang sebaik ini. ”Kami sudah pun menyediakan senarai novel yang kami inginkan seminggu sebelum ke sini, “ ujar Norhidayah yang meminati novelis Aisya Sofea, Anis Ayuni, Damya Hanna, Siti Rosmizah dan Emma Maizura.

Ramai juga pengunjung terdiri daripada mereka yang kerap mengunjungi Toko Buku Yaacob di Kumpulan Karangkraf, Seksyen 15 Shah Alam. Mereka mengetahui informasi tentang Fiesta Buku ini daripada facebook, laman web Alaf 21, Buku Prima serta informasi daripada rakan-rakan.

Kepada anda yang belum berkesempatan ke Fiesta Buku ini, tinggal satu hari sahaja hari lagi sebelum berakhir esok hari, 30 Oktober 2010. Rugi kalau tak datang!!! Macam-macam ada!!! Berbaloi-baloi!!! Bakul-bakul pun disediakan untuk mereka yang hendak memborong! Borong jangan tak borong! 30 % diskaun bagi setiap pembelian!!!!

No comments: