Wednesday, October 6, 2010

ADAKAH ANDA WANITA YANG DIRINDUI SYURGA? (BAKAL TERBIT)

TAJUK BUKU: WANITA YANG DIRINDUI SYURGA
HARGA: RM11.00
ISBN: 978-967-86-0350-8
KOMPILASI RUANGAN SRIKANDI MAJALAH DARA.COM

Ingin sekali aku menjadi sepertimu...semekar iman srikandi Islam
terus-terusan dikenang kerana teguhnya menyayangi Islam,
berjihad demi Islam dan hidup untuk Islam.

Selusurilah perjuangan srikandi Islam yang sentiasa melakukan kebaikan, menghindari keburukan, berjihad demi membela agama dan beriman sepenuh hati kepada-NYA. Meskipun hakikatnya kita tidak perlu lagi berjihad bagaikan pada zaman Rasulullah dahulu, namun cukuplah andai memilih untuk berjuang menentang nafsu demi menegakkan agama Islam. Sukar sangatkah?

Sebuah pengisian yang disampaikan secara mudah tetapi padat dengan mesej tersirat. Ambillah iktibar daripada setiap kisah yang dipaparkan. Meskipun jasad mereka telah dimamah bumi, namun iman mereka terus mewangi... jasa dan bakti terus dikenang dan menjadi sebutan. Kongsikan kisah `wanita pewaris syurga' ini dengan seisi keluarga... tanpa mengira usia... sesuai untuk bacaan semua!
SINOPSIS:
Firman ALLAH S.W.T yang bermaksud:
“Sesiapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki mahupun wanita sedangkan dia orang yang beriman, mereka itu pasti akan masuk ke syurga dan tidak akan dianiaya walau sedikit pun.” – Surah an-Nisa’: 124
ALLAH yang Maha Adil telah menjanjikan syurga kepada semua hamba-NYA dengan syarat mestilah beriman dan ikhlas melakukan amal soleh. Insan yang mengorbankan jiwa raga demi menegakkan kebenaran Islam yang suci akan diberikan kedudukan yang tinggi lagi terpuji di sisi-NYA. Meski diuji dengan pelbagai azab yang dahsyat, namun keyakinan kepada ALLAH S.W.T tetap tidak goyah.

43 orang srikandi Islam yang dipaparkan ini terdiri daripada isteri-isteri dan anak Rasulullah s.a.w, isteri Khulafa ar-Rasyidin serta wanita terbilang yang hidup pada zaman baginda. Meskipun jasad mereka telah terkubur, namun segala keperibadian mulia wanita solehah ini terus dikenang kerana teguhnya diri menyayangi Islam. Sama-samalah kita jadikan kekentalan iman dan pengorbanan srikandi ini sebagai teladan dalam melayari kehidupan.

ANTARA KANDUNGAN MENARIK:
  • Demi Cinta Zainab
  • Maryam Puteri Imran
  • Kisah Balqis Ratu Saba’
  • Keutuhan Iman Masyita
  • Asiah Isteri Firaun yang Beriman
  • Kisah Aminah Bunga Mawar Quraisy
  • Fatimah yang Hidup Penuh Kesederhanaan
  • Diseksa Tidak Mengubah Pendirian Zinnirah
  • Khadijah Penyuntik Semangat Rasulullah s.a.w
  • Naelah Gadai Nyawa Demi Khalifah Uthman al-Affan

No comments: