Monday, May 31, 2010

Promo DI MANA DIA DI HATIKU? di TV 1

Assalamualaikum...

Satu lagi berita baik kepada para pembaca nashkah Karya Bestari. Anda berpeluang untuk mendengar sendiri ulasan daripada Ustaz Pahrol Mohd Juoi berkenaan buku beliau, DI MANA DIA DI HATIKU?. Berikut adalah perinciannya:

Program: Selamat Pagi Malaysia (SPM) TV1
Waktu: 8.20 Pagi
Tarikh: 3 Jun 2010 / Khamis

Semoga perkongsian ilmu ini akan dapat memberi manfaat kepada kita semua. Jangan lupa yer...

Notis Perubahan- MENCARI PASANGAN HIDUP DI TV3

Assalamualaikum kepada semua....

Memandangkan terdapat perkara yang tidak dapat dielakkan, promo MENCARI PASANGAN HIDUP DI TV3 telah ditunda kepada tarikh baru seperti berikut:

Program: Malaysia Hari Ini (MHI)
Tarikh: 4 Jun 2010 / Jumaat

Masa: 7.45 pagi

Semoga kita mendapat manfaat daripada program tersebut. Sekian

Thursday, May 27, 2010

MENCARI PASANGAN HIDUP di TV3 - Ustaz Emran Ahmad

Assalamualaikum kepada semua...

Insya-ALLAH... jika tiada aral melintang, Ustaz Emran Ahmad akan muncul di TV3 bagi mempromosikan buku MENCARI PASANGAN HIDUP, terbitan Karya Bestari.

Program: Malaysia Hari Ini (MHI) , TV3
Waktu: 7.45 Pagi (anggaran waktu)
Tarikh: 31 Mei 2010 / Isnin

Saksikan kepetahan pendakwah bebas ini membicarakan topik menarik tentang alam pra rumahtangga. Pasti banyak manfaat yang boleh diambil dari kupasan yang akan dibuat nanti.
Jangan lupa yer saksikan program tersebut...

Zakat

Zakat adalah salah satu daripada Rukun Islam. Pemerintah berhak mengenakan hukuman kepada individu muslim yang ingkar membayar zakat. Sedangkan Rasulullah sendiri telah memberi amaran keras kepada sesiapa yang enggan melaksanakannya.

Antara kandungan menarik:
* Kadar nisab dan haul
* Perkara yang wajib dizakatkan
* Syarat wajib zakat
* Golongan penerima zakat
* Zakat fitrah
* Zakat pelabur saham
* Zakat keuntungan
* Zakat perniagaan
* Zakat emas, perak dan barang berharga
* Zakat simpanan, pendapatan dan bonus
* Zakat harta
* Zakat pinjaman, sewaan dan hutang
* Sedekah
* Persoalan umum lain


Selenggaraan: Abu Ruwais al-Syubrawi
Harga: RM18.00 (SM) / RM21.00 (SS)
Halaman: 416
ISBN: 9789678603201

Puasa

Puasa merupakan salah satu Rukun Islam yang lima. Ia merupakan ibadat yang mulia. Beristiqamah dalam melakukannya pastilah mendapat balasan dan darjat yang tinggi daripada-NYA. Hanya DIA sahaja yang mengetahui berapa banyak ganjaran yang akan diperolehi oleh muslim yang rajin berpuasa.

Buku ini merupakan himpunan soalan dan jawapan mengenai persoalan puasa bermula denagn puasa Ramadan, melihat anak bulan, bersahur, berbuka, berbuka, keuzuran puasa, dan sebagainya. Kesemua jawapan adalah berdasarkan dalil naqli dan huraian para ulama muktabar.

Antara kandungan menarik:
* Melihat anak bulan
* Kedatangan Ramadan al-mubarak
* Persoalan niat puasa
* Persoalan sahur
* Persoalan berbuka puasa
* Persoalan lelaki dan puasa
* Persoalan wanita dan puasa
* hari-hari yang dilarang berpuasa
* Puasa-puasa yang disunatkan
* Puasa ganti, fidyah dan kifarat

Selenggaraan: Sakinah Ariff Johor
Harga: RM18.00 (SM) / RM21.00 (SS)
Halaman: 560
ISBN: 9789678603157

Jenazah

Menguruskan jenazah adalah fardu kifayah ke atas umat Islam. Ini bermakna, dalam satu masyarakat, mesti ada sekelompok muslim yang mampu melaksanakan urusan jenazah seperti memandi, mengkafan, menyembahyang dan seterusnya mengebumikannya. Jika tidak, semua yang berada dalam masyarakat itu akan menanggung dosa.

Oleh yang demikian, setiap muslim mesti mengetahui ilmu pengurusan jenazah sebagai satu tuntutan agama. Ilmu menguruskan jenazah ini perlu difamah dengan jelas oleh setiap muslim agar tidak bercampur-baur dengan unsur-unsur khurafat.

Antara kandungan menarik:
* Membaca Surah Yasin
* Talqin orang nazak
* Meninggal semasa bersalin
* Mandi selepas memandikan mayat
* Pahala mengusung jenazah
* Tangguh pengebumian
* Bacaan semasa mengebumikan
* Janin muslim dan kristian
* Tanam dengan keranda
* Tazkirah atau ceramah atas kubur


Selenggaraan: Sakinah Ariff Johor & Mohd. Yusof Arbain
Harga: RM18.00 (SM) / RM21.00 (SS)
Halaman: 356
ISBN: 9678603096

Barzakh dan Kiamat

Alam barzakh adalah tempat sementara bagi insan yang telah meninggal dunia sebelum memasuki alam akhirat. Setelah memasuki liang lahad, kubur mereka y ang beriman akan dilapangkan, malah mereka dapat melihat nikmat yang bakal diperolehi di syurga kelak. Tetapi jika mereka kufur dan ingkar, kubur mereka pastilah akan disempitkan. Bahang kepanasan api neraka pula akan 'ditayangkan' di hadapan mata.

Kiamat pula merupakan hari di mana semua umat manusia dihimpunkan untuk perhitungan, pertimbangan amal, meniti sirat al-mustaqim dan sebagainya. Tika ini seluruh manusia akn berasak-asak dengan hanya memikirkan jalan untuk menyelamatkan diri serta mengharapkan syafaat para nabi dan rasul.

Antara kandungan menarik:
* Cara mayat disoal
* Mati sebelum baligh
* Roh saling berziarah
* Azab kubur penghapus dosa
* Al-Quran yang hilang
* Status hadis berkenaan al-Mahdi
* Hisab orang kafir
* Umat manusia dihalau
* Peristiwa hisab
* Hadis palsu tentang umur dunia


Selenggaraan: Sakinah Ariff Johor
Harga: RM18.00 (SM) / RM21.00 (SS)
Halaman: 390
ISBN: 9678603140

Syurga dan Neraka


Kepercayaan kepada syurga dan neraka sebagai destinasi terakhir bagi semua manusia merupakan salah satu cabang keimanan. Sesiapa yang ingkar, maka tertolaklah imannya.

Segala kenikmatan yang ada di syurga itu tidak pernah kira lihat, tidak pernah didengar dan tidak pernah terlintas dalam hati seorang hamba pun di dunia ini. Itulah sebaik-baik balasan atas kesabaran mereka selama di dunia.

Bagi penghuni neraka pula, mereka akan diseksa sekeras-kerasnya kerana mengingkari suruhan agama, berbuat dosa, mengikut hawa nafsu dan hasutan syaitan. Malah, berbuat maksiat terhadap ALLAH Taala!

Demikianlah janji ALLAH yang diulang-ulang di dalam al-Quran dan al-Sunnah nabi-NYA. Ingatlah, sesungguhnya janji ALLAH itu benar!

Antara kandungan menarik:
* Umur ahli syurga
* Tempoh hisab mukmin dan kafir
* Berjumpa dengan ALLAH
* Kahwini dua lelaki
* Antara isteri dan bidadari
* Melukis gambar syurga
* Ahli Kitab yang masuk syurga
* Kenangan semasa di dunia
* Haram di dunia, halal di syurga
* Bahasa ahli syurga


Selenggaraan: Sakinah Ariff Johor
Harga: RM18.00 (SM) / RM21.00 (SS)
Halaman: 390
ISBN: 9678603133

Tuesday, May 25, 2010

Layari Katalog ini Bagi Mendapatkan Buku-buku Terbitan Kami....




Ini adalah katalog terbaru kami mengenai buku-buku yang ditawarkan untuk anda sekalian. Sentiasalah melayari blog ini kerana kami akan sentiasa menyajikan buku-buku baru sebagai santapan rohani anda. Jadi... jangan malu-malu untuk menghubungi kami jika ada di antara buku-buku ini yang menarik perhatian anda....

Monday, May 24, 2010

JUARA MILIK KITA! KARYA BESTARI & ALAF 21

Karya Bestari & Alaf 21 mara dan terus mara!

Berbekalkan doa dan semangat jitu, barisan gadis manis ALAF & KB melangkah penuh yakin ke dalam gelanggang. `ALAF & KB BOLEH!’ itulah azam setiap barisan pemain lincah kami sebaik kedengaran tiupan wisel pertama sebagai tanda permainan bermula.

Bertempat di padang S.U.K, Shah Alam, bermula dari jam 9.00 – 12.00 tengah hari, tarikh 23 Mei 2010 menyaksikan pertandingan hebat antara ALAF 21 dengan empat saingan kami. Bermula dengan 7-4 menewaskan Jabatan Advertising, diikuti 7-1 menumpaskan Sinar Harian, ALAF terus mengungguli permainan dengan menumbangkan Ultimate Print 10-0 dan akhirnya menundukkan Dasar Cetak 5-4. Bukan berbangga diri, tapi sekadar catatan peribadi untuk dijadikan pemacu semangat buat dua team bola sepak ALAF yang akan bertanding 30 Mei nanti. Awas ya Pak Roslan, Pak Arif, Pak Napi, Pak Didie, Pak Eri, Pak Baein, Pak RJ n da team… jangan buat malu kaum r….. kalau pompuan juara netball, lelaki mesti juara n naib juara tau.. awas dong.. jangan kecundang r… take d challenge babe! YAKIN BOLEH! Insya-ALLAH...

Syukur ke hadrat ILAHI… percubaan pertama kami menghantar team netball sebagai sokongan kepada aktiviti Kelab Sukan dan Rekreasi Karangkraf ternyata tidak sia-sia. RM800 sebagai hadiah utama JOHAN bukan lagi mimpi kosong, tapi ternyata kemenangan ini adalah satu realiti! Ya… ALAF BOLEH!!! Nazia lincah, Liza tangkas, Pija cumels, Eyna mummy hot, Ziana vogue… kuikuikui… CT mama malatops, Yatt ayu, Moon a.k.a Murni Aqila, Mala maniss, Ina cantekss, Hanna sexy dan Nurul Khai merealisasikan impian ALAF 21… berjuang habis-habisan di bawah terik dan silauan mentari… sehingga termaterailah hari ini dalam sejarah… ALAF 21 JUARA Netball Kumpulan Karangkraf!!! Alhamdulillah…

Apa-apa pun, kemenangan ini juga adalah hasil kerja keras tanpa mengenal penat lelah oleh jurulatih yang diimport khas dari Sijangkang… Encik Muhamad Faizal Jaafar! Teriakan dan jeritan ala-ala komandonya boleh membuatkan orang sakit jantung dan sesak nafas … tapi itulah trademark Faizal… garang tapi power babe! Kuikuikui… Sebagaimana gigihnya jejaka bersuara `tak soprano’ ni melatih team nasyid ALAF hingga mampu meraih tempat ketiga, begitulah juga semangat kental jurulatih netball ni! Tahniah Faizal.. tahniah kerana berjaya membawa anak-anak didikmu bersatu hati dan tenaga ke mercu kegemilangan… hammmm.. hammmmm…. hambekkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!

Buat semua penyokong kuat ALAF / KB dan Cheer Club a.k.a Pompom Girgle yang dibarisi oleh Dodie, Dilla, Molee n da gang… juga semua kengkawan yang mendoakan dari mana sahaja berada… sesungguhnya kemenangan ini adalah milik kita bersama. Kemenangan JUARA ini adalah kenangan terindah buat kita semua… berkat usaha, kerjasama, komitmen dan rasa kasih kepada ALAF 21 & KB… yeahhh ALAF & KB BOLEHHH!!! Hammmmm… hammmmmmm…. hambekkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!!

Terakhir, buat semua kumpulan yang bersaing bersama kami, ampun maaf dipinta andai terlanggar… tertolakkk… tergolekkk… semua `terrr’ itu tanpa disengajakan ya… semata-mata atas nama perlawanan persahabatan. Anda semua tetap terbaik di hati kami… cuma rezeki je menyebelahi kami di percubaan julung-julung kali ini. Teristimewa buat team Advertising, Dasar Cetak, Ultimate n Sinar Harian… it’s okay… it’s alrite… common baby… fight fight fight!!! Yeahhhhhh (tq dilla 4 d nice n catchy lyric… go go pompom girgle…)

Tahniah ALAF & KB… syukur ke hadrat ALLAH… moga segala usaha kita diberkati dan dipermudahkan-NYA….

Tuesday, May 11, 2010

BAKAL TERBIT! SOLAT BESTARI

Sesungguhnya solat itu tiang agama. Jika runtuh tiang itu, maka pincanglah segala amalan. Jika baik solatnya, maka baiklah segala amalan. Dalam ketika mendekatkan diri kepada Yang Maha Esa, tahukah kita akan lafaz yang dibaca ketika solat? Mampukah kita menghadirkan khusyuk tanpa benar-benar memahami yang tersirat? Alangkah indahnya jika setiap bacaan itu mampu difahami dan dihayati. Dan ketahuilah bahawa setiap bacaan itu disambut oleh-NYA!
SOLAT BESTARI ini diterbitkan dengan harapan dapat dijadikan modul dalam melaksanakan solat dengan lebih sempurna. Ia lebih memfokuskan terjemahan bacaan dalam solat juga pergerakan asas solat bagi lelaki dan wanita. Teknik penyampaian yang dilengkapi rajah bergambar juga dapat membantu pembaca lebih memahami dan mendapat gambaran yang lebih realistik.

Antara yang menarik di dalam:
  • Penerangan bergambar tentang rukun wuduk
  • Dilampirkan ayat daripada al-Quran dan juga hadis sebagai rujukan
  • Beberapa surah dari Juz Amma
  • Terjemahan lengkap mengikut setiap ayat daripada setiap surah dan bacaan solat
  • Terjemahan perkataan dalam bahasa Melayu, Inggeris dan tulisan jawi
  • Kedudukan hukum tajwid serta penerangan ringkas
  • Informasi tentang fokus dan hikmah daripada ibadat solat yang dilakukan
  • Penerangan bergambar tentang rukun solat dan bacaan sunat di dalam solat serta terjemahannya
  • Beberapa doa pilihan dan harian serta terjemahannya
  • Infomasi tentang perkataan yang terpilih dan asbabunnuzul sesuatu surah
Solat Bestari merupakan buku berwarna pertama bakal diterbitkan oleh pihak Karya Bestari. Ia mengandungi gambar yang berkonsepkan ‘step by step’ yang memerlukan proses ‘shooting’ dilakukan. Seiring dengan objektif untuk memastikan pembaca benar-benar faham akan kandungan buku itu, kami telah bersetuju penggambaran itu dilakukan. Kami juga percaya, dengan adanya gambar, menjadikan buku itu kelihatan lebih realistik untuk difahami.