Tuesday, September 7, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DARI TEAM KARYA BESTARI!

Sempena lebaran yang mulia ini, kami warga kerja Karya Bestari @ Grup Buku Karangkraf mengucapkan Salam Syawal buat semua penulis, kenalan dan pembaca setia yang jauh di mata, namun tetap di hati.
Di kesempatan ini juga, kami menyusun sepuluh jari memohon maaf di atas segala keterlanjuran kata-kata dan perbuatan… maklumlah selagi bernama manusia, pasti tidak terlepas melakukan dosa… mohon dimaafkan dan tidak disimpan di dalam hati, ya...
Khusus buat para penulis dan pembaca tersayang… jutaan terima kasih di atas sokongan selama ini. Teriring doa daripada kami… moga silaturahim yang telah dijalinkan ini akan berterusan. Mudah-mudahan ukhuwah ini dilimpahi rahmat dan keberkatan-NYA.
“Selamat konvoi beramai-ramai… pulang ke kampung halaman, bertemu ayah bonda dan sanak saudara tercinta. Hati-hati bila memandu, kalau tak larat… berhentilah di R & R dahulu…”
Salam Aidil Fitri… mohon maaf zahir batin.

5 comments:

Anonymous said...

wahh.. mantap.. keta editor pun lompat jugaks... hehehe..

selamat hari raya maaf zahir batin dari saya: SURI:

Anonymous said...

wahh.. mantap.. ketua editor pun lompat jugaks... hehehe..

selamat hari raya maaf zahir batin dari saya: SURI:

Mohd Yaakub bin Mohd Yunus said...

Assalaamu'alaikum..

gambar yg sunggu ceria...syabas...

Selamat Hari Raya daripada akob...

Ampun maaf dipinta jika ada terkasar bahasa

Semoga amalan kita semua diterima oleh Allah SWT.

From King Akob

tintanasuha said...

best nye tengok geng KB beraya...ceria & happy selalu...

mohon ampun dan maaf drpd semua, terima kasih kerana byk membantu.

geecantik said...

kami memang sentiasa ceria.huhuh