Monday, June 28, 2010

SOLAT BESTARI KINI BERADA DI PASARAN!

Lahirkan kemanisan solat dengan khusyuk yang sempurna!

Sesungguhnya solat itu tiang agama. Jika runtuh tiang itu, maka pincanglah segala amalan. Jika baik solatnya, maka baiklah segala amalan. Ketika mendekatkan diri kepada Yang Maha Esa, tahukah kita akan lafaz yang dibaca semasa solat? Mampukah kita menghadirkan khusyuk tanpa benar-benar memahami yang tersirat? Alangkah indahnya jika setiap bacaan itu mampu difahami dan dihayati. Dan ketahuilah bahawa setiap bacaan itu disambut oleh-NYA!

SOLAT BESTARI ini diterbitkan dengan harapan dapat dijadikan modul dalam melaksanakan solat dengan lebih sempurna. Ia lebih memfokuskan ter­jemahan bacaan dalam solat juga pergerakan asas solat bagi lelaki dan wanita. Teknik penyampaian yang dilengkapi rajah bergambar juga dapat membantu pembaca lebih memahami dan mendapat gambaran yang lebih realistik.

Antara yang menarik di dalam:

~ Penerangan bergambar tentang rukun wuduk
~ Dilampirkan ayat daripada al-Quran dan juga hadis sebagai rujukan
~ Beberapa surah dari Juz Amma
~ Terjemahan lengkap mengikut setiap ayat daripada setiap surah dan bacaan solat

~ Terjemahan perkataan dalam bahasa Melayu, Inggeris dan tulisan jawi
~ Kedudukan hukum tajwid serta penerangan ringkas
~Informasi tentang fokus dan hikmah daripada ibadat solat yang dilakukan
~ Penerangan bergambar tentang rukun solat dan bacaan sunat di dalam solat serta terjemahannya
~ Beberapa doa pilihan dan harian serta terjemahannya
~ Informasi tentang perkataan yang terpilih dan asbabunnuzul sesuatu surah



Tajuk: SOLAT BESTARI
Selenggara: MUHAMMAD NA
ZIR MOHAMMED KHALID
Harga: RM19.90
Halaman: 216

Borang Langganan

No comments: