Sunday, June 6, 2010

RENTUNG KERANA BOLA DAN TARIK TALI

DENGAN memakai cermin mata hitam, Naz and ahli-ahli Cheer yang lain (kumpulan wanita termasuk yang sudah beranak-pinak) turun ke padang selepas subuh dengan tujuan untuk menyaksikan barisan cowok-cowok Alaf 21 dan Karya Bestari beraksi di padang bola.

Atas semangat berpasukan, Cheer group tak kisah datang awal, walaupun ada pihak lawan yang menjeling-jeling (tak faham jelling sebab apa. Mesti suara si Naz yang lantang tu walaupun dia tak pernah masuk kelas vokal). Perlawanan kali ini membariskan 16 pasukan bola sepak antara jabatan-jabatan di Karangkraf.

Tepat jam 10.30 pagi, Karya Bestari membariskan pemain-pemain ala macho (ada yang sawo matang, ada yang putih melepak, ada yang tinggi, ada juga yang boroi, ada yang kurus melidi, dan tak ketinggalan ada juga pemain import Kapten Netball tersesat masuk dalam team ini. Tapi tak kisah sebab bila Kapten Netball mula mengelecek bola, memang menangis tengok, cuma sepakan kapten tu saja yang lari dari garisan latitude yang sepatutnya, sebab selalunya kapten pegang bola dengan tangan, tapi kali ni dia kena sepak, itu yang menggagau tu).

Harapan yang menggunung tinggi mula rendah membukit, bila team Karya Bestari tewas 3-0 dibelasah oleh Ultimate Group. Ada yang kata kekalahan ini di sebabkan padang becaklah, sebab tak praktislah, sebab pagi sangatlah, sebab belum sarapanlah, sebab mengantuklah, sebab suara sorakan tak kuatlah (padahal Naz dah go picing paling tinggi tuh. Cikgu AF pun mesti tabik spring kat Naz), sebab kasutlah dan malah ada yang salahkan tiang gol.

Kami kumpulan wanita dah berbuih mulut beri nasihat… Wan Nong, Napi, RJ, Faizal, Atai, Lan, Saat, Joe, Azhar dan Jamal, Practice! Practice ! Tapi mereka ni degil! HAMBEKKK!!! 3-0 , yang kosong tu boleh buat telur goreng ya. Harapkan muka aje yang garang.

Masuk permainan kedua dengan barisan pemain Iqbal, Ikhwan, Eri, Baien, Khai, Fuad, Epit, Didi & Shidi, Alaf 21 mengasak-ngasak pihak lawan iaitu Advertiger. Boleh ke ni? Nama pun dah gerun. Tiger katanya… Memang betul, team Alaf 21 kena tusukan gigi pemain-pemain Tiger. Semua serangan Alaf 21 tak menjadi. Kita tewas 1-0.

Keputusan muktamad setelah beberapa perlawanan, Alaf 21 dan Karya Bestari tidak tersenarai langsung dalam apa-apa carta. Jumpa lagi di tahun hadapan 2011. Kira sempatlah nak practice untuk tahun depan kan…

TARIK TALI, NAIB JOHAN

Walaupun acara bola sepak kami kalah, tetapi Alaf 21 mendapat rezeki dalam acara tarik tali. Kami menang naib Johan tau. Tahniah!

Terima kasih pada Cik Lan yang bertindak sebagai coach bidan terjun yang tiba-tiba saja dilantik tanpa watikah. Tapi tabik spring sebab mereka ni dah biasa angkat kotak buku yang berat kat stor. Wak, Baen, Arif, Fuad, RJ, CD, Saat, Epiq, Fery, Afif, Wan Nong... dahsyat masa tarik. Berkerut muka menahan sakit. Nasib baik tekong iaitu Afif yang belakang saiznya comel.

Azhar dari Karya Bestari berhempas pulas sekuat tenaga menarik tali

Pacak!! Pacak!!! Tarikk !!! Tarikk!! Yang tak tarik pun, jeritannya macam orang kena rasuk. Akhirnya, pihak lawan terkesima.

No comments: