Monday, November 18, 2013

DEMI REDHA IBU BAPA SUDAH BERADA DI PASARAN.

Alhamdulillah buku ini telah pun berada di pasaran. Tahniah buat Norlela Ibrahim kerana telah melahirkan sebuah lagi buku bersama Karya Bestari. Buku sebelumnya memang laris dan sekarang berada dalam senarai ulang cetak. Buku bersama Karya Bestari ialah Doa & Tip Keluarga Bahagia dan Doa Dan Tips Khas Untuk Pelajar dari penerbitan Buku Prima. 

Buku Doa & Tip Khas Untuk Pelajar ini adalah hasil penulisan seorang guru yang mengharapkan para pelajar dapat mencapai kejayaan bukan sahaja cemerlang di dunia tetapi juga gemilang di akhirat.

Mempunyai 10 menu utama yang merangkumi tip-tip motivasi mengikut perspektif Islam untuk mencapai kejayaan yang diberkati lagi diredhai-NYA melalui usaha yang bersungguh-sungguh, berdoa, bertawakal kepada ALLAH SWT disertai dengan akhlak yang mulia. Selain itu, diselitkan juga doa-doa menuntut ilmu serta panduan solat fardu dan beberapa solat sunat untuk membimbing para pelajar mengamalkan amalan-amalan sunat tanpa meninggalkan amalan yang wajib. Manakala Surah Yasin sebagai penutup buku ini berperanan untuk memudahkan para pelajar membawanya ketika menghadiri program kerohanian di samping dapat menjadikan bacaan surah ini sebagai salah satu rutin harian mereka.

 
SINOPSIS BUKU DEMI REDHA IBU BAPA:
DUHAI anak… tidak akan ada dirimu di dunia ini tanpa ayah ibu. Walaupun pernah ditatang bagai minyak yang penuh, namun tidak semua kata-kata mereka diturutimu. Apabila mereka semakin berusia, balaslah jasa keduanya dengan memberikan sepenuh perhatian dan bantuan. Jagai hati mereka dengan ketulusan serta kesabaran. Adakah dirimu mahu dianggap anak derhaka walaupun hanya dengan ungkapan ‘ah’? 

Wahai ayah ibu… jagalah ‘amanah’ ini dengan sebaik-baiknya. Terapkan didikan duniawi dan ukhrawi agar mereka menjadi hamba yang bertakwa. Pasti pengorbananmu akan diganjari di dunia dan akhirat. Bimbinglah dengan keikhlasan bukan keterpaksaan. Moga pemergianmu nanti akan ditangisi, ketiadaanmu dirindui. Sesungguhnya doa anak yang soleh menjadi bekalanmu di alam abadi. 

DEMI REDHA IBU BAPA mengajak kita bermuhasabah untuk memperbaiki kekhilafan dan kealpaan diri dalam mendidik permata hati. Tunaikan tanggungjawab masing-masing agar ayah ibu dan anak-anak saling menghormati, menghargai lagi diberkati. Usah mudah mengalah dengan ujian kerana itulah tanda kecintaan-NYA buat hamba yang dikasihi. 


Untuk memiliki buku ini sila layari http://mall.karangkraf.com/webshaper/store/viewProd.asp?pkProductItem=3644

1 comment:

Pakej Umrah Dan Haji Mabrur said...

As Salamualaikum Wa Rahmatullah! ........


Semoga Kita Semua Di Ampuni, Di Rahmati, Diberi Hidayah Dan Di Kurniakan Rezeki Oleh Allah swt Senantiasa!...Dan Semoga Kita Di Jemput Menjadi Tetamu Allah SWT Untuk Mengerjakah Ibadah Umrah Dan Haji Dan Mendapat Umrah Dan Haji Yang Mabrur , InsyaAllah ! Amin!!


【Say – Amin!!! 】


Serta Tahniah kerana merupakan salah satu saluran dakwah yang banyak manfaat untuk kita semua!....


http://on.fb.me/1k6iuNw


►| BERITA TERKINI | PROMOSI | LIKE | SHARE | SUBSCRIBE | ◄