Monday, August 27, 2012

ANUGERAH PILIHAN PEMBACA POPULAR – BERITA HARIAN 2012


ANUGERAH PILIHAN PEMBACA POPULAR – BERITA HARIAN 2012

Bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre pada 25 Ogos 2012, bersamaan 7 Syawal 1433H, telah berlangsung Anugerah Pilihan Pembaca Popular – Berita Harian 2012. Majlis yang bermula pada jam 2.00 petang ini telah disempurnakan oleh YBhg Datuk Johan Jaafar.

Alhamdulillah… empat buah buku terbitan Grup Buku Karangkraf telah tercalon sebagai finalist Top 10 (Kategori Non-Fiction).

Tahniah buat Ustaz Noor Hisham Ismail (Men ...
cari Redha-MU) dan Ustaz Drs. Hj. Hanafi Mohamed & Hajah Siti Zaimah Abd. Rahman (Nikmatkah Maksiat) yang turut menjadi pilihan ke peringkat akhir melalui karya sulung masing-masing @ Karya Bestari. Mudah-mudahan kejayaan ini akan menjadi peledak semangat untuk terus menghasilkan karya yang lebih bermutu dari semasa ke semasa.

Syukur juga ke hadrat ILAHI kerana di atas izin-NYA, karya Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj (Oi! Bangunlah Oi!) terbitan Alaf 21 terpilih sebagai pemenang tempat ketiga. Terbukti bahawa Dr. Tuah mempunyai khalayak pengikut yang sentiasa menanti setiap karya terbaru beliau.

Dan, tentunya Syawal tahun ini menjadi kenangan manis buat Tuan Nasruddin Dasuki yang dinobatkan sebagai pemenang tempat kedua melalui `100 Pesanan Terakhir Rasulullah’. Moga kejayaan yang diraih melalui pilihan pembaca ini digunakan sebaiknya bagi meningka
tkan lagi kualiti pengisian buku seterusnya agar terus dapat diterima ramai.







Bagi pihak Grup Buku Karangkraf, kami mengucapkan syabas kepada semua penulis terlibat. Mudah-mudahan usaha Berita Harian dan Popular Book Store ini membuka ruang dan peluang agar semua pihak lebih yakin dengan hasil usaha yang ditangani. Apa-apapun, buat semua penulis yang lain... anggaplah apa jua kemenangan atau anugerah yang diterima adalah sebagai bonus, tapi lebih daripada itu... bukan kemenangan menjadi taruhan tapi ilmu yang membawa kebaikan itulah menjadi keutamaan. Moga segala usaha kita sentiasadiberkati dan diredhai-NYA.

No comments: