Thursday, June 9, 2011

KARANGKRAF MALL KINI DIBUKA UNTUK ORANG RAMAI. JOM SINGGAH...

Rasa amat bertuah dan seronok apabila melihat Karangkraf Mall dibina dan dibuka untuk staff dan keperluan orang ramai. Kedai buku yang terletak di bangunan Grup Media Karangkraf ini amat menarik, moden dan sesuai dijadikan ruang santai membawa anak-anak membaca sambil berlibur. TEAM KB tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama menyusun dan menghias buku-buku untuk tatapan peminat di luar sana. Jika ada kelapangan waktu singgahlah ke Karangkraf Mall kami. Sajian dari buku resipi, agama, novel, motivasi, umum, jahitan, selebriti kraf serta bacaan anak-anak kecil. Datang... jangan tak datang kerana anda mungkin berpeluang bersuai kenal bersama editor buku dan juga penulis di sini.
Karangkraf Mall ini dibuka dari jam 9.30 pagi sehingga jam 9.30 malam. Jika anda tidak berpeluang untuk membeli pada waktu bekerja anda boleh meluangkan masa di waktu sebelah malam. Diskaun 15 % diberikan kepada anda.
Kami juga memberi carta 10 terhangat bagi setiap kategori untuk panduan pembeli dan list terbaru buku di pasaran. Jangan malu janganlah segan kerana pegawai urusan kami akan melayan anda dengan sebaik mungkin. Jika anda masih tidak berkesempatan anda juga boleh membeli secara online dan layari http://mall.karangkraf.com/webshaper/store/viewCat.asp?catID=91

6 comments:

Anonymous said...

kat mana mall karang kraff ni??

Karya Bestari said...

Assalamm... Karangkraf Mall ni teretak di bangaunan Media Karangkraf di Seksyen 15, Shah Alam. Anda boleh membeli buku di sini dengan mendapat diskaun 15% bagi setiap pembelian. Anda juga boleh membelinya secara on line http://mall.karangkraf.com/webshaper/store/viewCat.asp?catID=91

mira said...

setiap hari ke Karangkraf Mall ni di buka? termasuk sabtu dan ahad?

Nor Razilla said...

Saya berminat dengan buku Laman keluaran 2012 hingga 2014 masih ada lagi keluaran tersebut macamana untuk saya mendapatkan

Nor Razilla said...

Saya berminat dengan buku Laman keluaran 2012 hingga 2014 masih ada lagi keluaran tersebut macamana untuk saya mendapatkan

Nor Razilla said...

Saya berminat dengan buku Laman keluaran 2012 hingga 2014 masih ada lagi keluaran tersebut macamana untuk saya mendapatkan