Wednesday, June 22, 2011

BACK TO SCHOOL TEMA BULAN JUN KUMPULAN KARANGKRAF

ORANG-ORANG sekeliling, rakan taulan, ibu bapa, Ramlee Awang Murshid, peminat-peminat biasa dan luar biasa sering cakap dengan jujur bahawa warga Grup Buku Karangkraf (GBK) semuanya ekstra ceria dan awet muda. Disebabkan percaya sepenuh hati dengan pujian yang bertubi-tubi dilemparkan, maka kami pun cukurlah jambang dan jamah jamu Mak Dara untuk bergaya sakan pada satu hari ni.

Pada hari yang indah itu, bersamaan hari Khamis, 16 Jun 2011 lalu, para karyawan Grup Buku (Alaf 21, Buku Prima dan Karya Bestari) dengan bangganya berpakaian seragam pelajar sekolah sempena tema Back to School. Kejutan demi kejutan muncul pada pagi hari pertama sesi persekolahan ini. Bersungguh-sungguh mereka merayu dan memberi janji palsu dengan anak kandung atau anak saudara untuk meminjam uniform.

Unit pereka bentuk buku sepakat memilih untuk beraksi seperti murid-murid sekolah. Kebanyakan yang keterampilan semalamnya seperti bapa budak tampil bersih ala pelajar harapan bawah umur. Baju putih bersinar lepas diclorox, tanda nama dan lengkap dengan sticker lencana sekolah khas yang baru direka seolah-olah membuat mereka hilang ingatan dengan beban kerja.

Tuan puan di unit editorial pula bergaya seperti barisan guru-guru pendokong aspirasi negara. Diketuai oleh puan pengetua, Puan Sri Diah, mereka berikrar untuk terus memacu kejayaan syarikat GBK. Memori indah dengan cikgu kesayangan terpacul semula apabila melihat wajah mereka.

Sebagai tanda ingatan, sila cemburu dengan paparan gambar demi gambar yang kami sisipkan untuk tatapan mereka di luar sana.

2 comments:

Anonymous said...

So ader tak buat apa2 persembahan semperna tema back to school nie..cam sektsa ker

Karya Bestari said...

takde tapi ada projek lain sempena tema tu... Tunggu....