Wednesday, April 20, 2011

TAWARAN PAKEJ BESTARI MENJIMATKAN. JOM KE PESTA BUKU ANTRABANGSA UNTUK MEMBELI...

Menyahut langkah kerajaan menjana dan membina tamadun membaca merupakan salah satu hala tuju bagi Karya Bestari. Sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur Team KB menawarkan Pakej Bestari dengan potongan harga yang cukup lumayan agar masyarakat Malaysia boleh membeli dengan kadar harga yang berpatutan dan murah. Jimat sambil memiliki ilmu. Sebanyak 8 pakej kami sediakan untuk anda memilih buku mana yang harus dimiliki.

KONSEP KAMI: BELI SATU MURAH, BELI SECARA PAKEJ LAGI MURAH!Nikmati dengan harga pakej yang diberi. Lebih mudah print dan bawa ke pesta buku jika ada petugas disana hulurkan sahaja kertas kepada petugas dan petugas akan carikan buku untuk anda. Mudah dan jimat masa dan tenaga serta tidak perlu berhimpit-himpit untuk mencari buku yang dimiliki. Sementara menunggu petugas kami mengumpulkan koleksi pakej, anda bolehlah membelek buku kami yang lain. Jika anda membeli buku yang tiada didalam pakej kami, jangan risau masih ada lagi diskaun 15%... Jadi, apa tunggu lagi gerakkan kaki anda untuk mencari ilmu yang penuh bermakna dalam hidup ke Pesta Buku Antarabangsa K.Lumpur.

Belikanlah untuk anak-anak, jiran, mahupun rakan taulan. Kita pun boleh berkongsi pengalaman dan juga keberkatan. Moga ALLAH merahmati usaha kita mengilmukan masyarakat dengan amalan yang sepatutnya. Amin...

No comments: