Monday, April 11, 2011

KLIBF 22 April 2011 - 1 Mei 2011... jumpa kami di sana....!!!!

Assalamualaikum kepada semua.... Seperti tahun-tahun sebelumnya, Kumpulan Media Karangkraf akan melibatkan diri dalam acara ini. Acara tahunan ini adalah anjuran Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM), Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama MABOPA, MBA. MBEIA, PPPBBM dan MAPIM. Ia dihadiri oleh ratusan penerbit buku tempatan dan luar negara.
Kami menawarkan pelbagai
produk yang bersesuaian dengan anda..... daripada rangkaian majalah seperti DARA. COM, NUR, MINGGUAN WANITA, PESONA PENGANTIN, RASA, LIBUR, APARTMENT, DAPUR DAN PA & MA sehinggalah kepada buku yang pelbagai tajuk dan genre seperti NOVEL, RESIPI, BUKU KANAK-KANAK, BUKU AGAMA, GAYA HIDUP dan KRAF.
Kami juga memberikan diskaun hebat kepada para pembeli. Jika bernasib baik, anda juga akan membawa pulang hadiah-hadiah hebat daripada para penaja kami.....
Pelbagai aktiviti menarik turut disajikan di sepanjang acara ini berlangsung. Antaranya program bertemu penulis-penulis kesayangan anda semua.
Jadi... jangan lepaskan peluang ini...!!!
Jumpa kami di DEWAN TUN DR. ISMAIL, PWTC pada 22 APRIL HINGGA 1 MEI 2011. Kami menanti anda semua di sana...!!!

No comments: