Thursday, November 25, 2010

ANAKKU... DIDIKLAH HATI MENCINTAI-NYA (AKAN BERADA DI PASARAN SEDIKIT MASA LAGI)


ANAKKU, DIDIKLAH HATI MENCINTAI-NYA
FUAD HJ. SAM
RM17.00 392 halaman
ISBN: 978-967-86-0362-1
KATEGORI: KAUTHAR

Ya bunayaa... jadilah zuriat soleh yang berjaya di dunia dan akhirat. Itulah doa yang sering dipanjatkan saban waktu. Lahirnya adalah satu kurnia. Pada mereka dicurahkan kasih sayang. Diri dibekalkan santapan iman agar hidup diiringi redha ILAHI. Jiwa pula disemai nur hidayah agar setiap langkah tidak tersasar ke arah kefasadan.

Lihatlah... terlalu banyak yang telah kita
berikan kepada mereka. Tujuannya ialah mengharapkan kecemerlangan duniawi dan ukhrawi. Namun, apakah setiap tuntunan itu mampu membawa mereka merentasi impian yang dicita-citakan? Lalu, perhatikanlah... apakah benar cara kita mencorak liku-liku hidup mereka? Jika tidak, carilah... di mana silapnya ketika membentuk diri mereka menjadi insan yang berjaya.

Anakku... Didiklah Hati Mencintai-NYA, sebuah pengisian yang membawa kita ke arah menjadi murabbi terhebat dalam membina kecemerlangan hidup anak-anak. Galilah ilmu di dalamnya. Moga ditemui tunjuk arah untuk membentuk generasi rabbani, impian setiap ibu bapa. Hayatilah setiap baris ayat, mudah-mudahan ia mampu dijadikan tarbiah dalam mencipta jati diri aulad yang sejati.

ANTARA PENGISIAN MENARIK:
• Doa Pilihan untuk Kecemerlangan

• 33 Kaedah Mendidik Anak
• 10 Kesilapan Ibu Bapa Mendidik Anak
• Permasalahan Dalam Berdoa
• Memacu Anak Cemerlang dan Unggul
• Kaedah Lazim Mendidik Anak
• Kisah dan Pengajaran daripada Al-Quran
• Petua Melahirkan Anak Kreatif
• Persediaan Melahirkan Anak Cemerlang
• Tip Meningkatkan Potensi Anak

3 comments:

Siti Nadira said...

Assalamualaikum wbt,
Penulis ini pensyarah kami. Tentu sesuai beliau menulis buku seperti ini kerana sepanjang kami mengenali beliau, beliau amat menekankan tentang pembentukan anak yang cemerlang. Lebih-lebih lagi semua anak En. Fuad melanjutkan pelajaran ke luar negara kerana keputusan peperiksaan yang cemerlang. Syabas En Fuad Sam. Encik memang layak untuk menulis buku ini. Dapatlah kami tahu rahsia encik! INSYAALLAH.

Adibah Md Yunos said...

Assalamualaikum..
Hebat! Pengisian buku ini amat menarik. Ada banyak perkara yang kita tahu tapi kita lalai untuk melakukannya demi anak-anak kita. buku ini sesuai untuk dibaca untuk semua lapisan kerana terdapat juga tip-tip yang berguna untuk dijadikan panduan. Saya telah memiliki buku ini. Saya bangga apabila beberapa orang bangsa Cina meminjam buku ini untuk dijadikan rujukan mereka. mereka memberikan maklum balas yang positif.
Syabas En. Fuad.

Karya Bestari said...

Syukur Alhamdulillah buku ini amat sesuai dan kami sentiasa menyajikan bahan bacaaan yang berilmu untuk anda semua. Tidak mengira umur, bangsa dan sesuai untuk segenap lapisan masyarakat... untuk membeli buku ini anda boleh ke kedai buku dan secara on line di http://mall.karangkraf.com/webshaper/store/viewCat.asp?catID=91