Wednesday, July 31, 2013

Redha dengan kehidupan susah

SAMA ADA hidup susah atau senang, kita wajar menghalakan tujuan hidup semata-mata kerana ALLAH dan bertawakal setelah segala usaha dilakukan. Bagi mereka yang hidupnya miskin, menghadap hidangan seadanya sudah mencukupi kerana sekurang-kurangnya ALLAH tetap memberi rezeki untuk mengisi perut.  
http://malaysiadaily.my/menangani-kemiskinan-tegar
makanan yang sering dijadikan alas perut

Sebenarnya ALLAH Maha Adil dan Bijaksana dalam menentukan hidup hamba-NYA. Hanya manusia sahaja yang berasa diri mereka tidak diadili dengan sebaik-baiknya. Sebagai hamba beriman, usah bersedih jika kita diberi kehidupan miskin dan susah. ALLAH sebenarnya lebih tahu apa yang DIA mahukan untuk hamba-NYA.

Hari ini, ramai yang tidak menyedari bahawa hidup susah atau senang itu sebenarnya ujian ALLAH. Bagi yang beriman, mereka lebih suka memilih hidup yang sarat dengan ujian. Ini kerana dengan cara ini mereka akan dapat memuhasabah diri dan bimbang akan lupa diri jika hidup dalam kesenangan. Justeru, ramai dalam kalangan para sahabat Rasulullah SAW memilih cara hidup yang penuh ujian. 

Malah, kita juga dianjurkan supaya dilindungi daripada kefakiran. Bagaimanapun, sekiranya ketetapan ALLAH memberikan kesusahan hidup kita disarankan agar banyak bersabar dan redha.

Umat yang beriman harus menyedari bahawa ALLAH menetapkan kehidupan susah tidak lain hanya kerana ingin menguji iman di dada. Perkara ini dijelaskan dalam al-Quran surah Al-Baqarah ayat 155-156, yang bermaksud,

Dan sungguh akan KAMI berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar, iaitu orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan, “Innaa lillahi wa innaa ilaihi raaji’uun.”

Tidak dinafikan, kesusahan hidup yang dialami juga boleh berpunca daripada maksiat yang dilakukan. Dengannya kehidupan menjadi sempit serta terhalangnya daripada dibukakan pintu rezeki. Ibnu Abbas r.a pernah berkata, “Sesungguhnya kebaikan itu sinar di wajah, cahaya di dalam hati, kekuatan di badan, keluasan dalam rezeki, kecintaan di dalam hati setiap orang. Sedangkan keburukan adalah kemuraman di wajah, kegelapan di hati, kelemahan di badan, mengurangi rezeki, dan penyebab kebencian di hati orang.”

Hakikatnya, ALLAH tidak pernah menghina hamba-hamba-NYA apabila diberi kesusahan hidup. Malah, DIA sentiasa melindungi dan menjaga kemuliaan dengan cara menguji mereka sama ada dalam bentuk harta, anak-anak atau isteri. Ini ditegaskan oleh Rasulullah SAW dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud, katanya,

Sesungguhnya jika seorang hamba telah ditulis baginya satu kedudukan yang tidak mampu dia capai dengan amalnya, maka ALLAH mengujinya di dalam harta atau badan atau anaknya.

Maka, kita janganlah terlalu memikirkan mengapa ALLAH mentakdirkan kesusahan kerana kita mesti percaya bahawa ada orang lain yang hidupnya lebih susah. Kita hendaklah bersyukur di atas rezeki yang dikurniakan. Kesusahan yang kita alami hanyalah salah satu ujian kecil daripada-NYA. Oleh itu, apabila bangun pada pagi hari janganlah sama sekali kita merungut tentang kesusahan hidup yang dialami, tetapi hendaklah sentiasa berdoa agar dimurahkan rezeki oleh-NYA. Rasulullah SAW telah bersabda,

Barang siapa yang bangun pada waktu pagi sambil bersungut kerana kesusahan hidup, maka seolah-olah dia bersungut kerana perbuatan TUHANnya. Barang siapa menjadi sedih kerana perkara-perkara dunia bererti ia telah marah kepada ALLAH. Dan barang siapa merendahkan dirinya kepada orang kaya kerana kekayaannya maka telah hilang dua pertiga agamanya.

Berusahalah bermanis muka pada setiap pagi dan lemparkan jauh-jauh jika ada masalah yang membelenggu. Mulakan hari baru dengan senyuman kerana ia merupakan sedekah yang tidak perlu mengeluarkan modal tetapi besar ganjarannya!

Petikan: 100 Jejak Peribadi Rasulullah(Karya Bestari)

Kurangkan Berhutang

PADA dasarnya, Islam membolehkan kita berhutang tetapi tidak digalakkan. Ini berdasarkan kepada sebuah hadis daripada Uqbah bin Amir, Rasulullah SAW berkata, 
“Jangan kalian membuat takut bagi jiwa yang selesa tenang.” Mereka bertanya, “Apa itu wahai Rasulullah?” Rasulullah SAW  menjawab, “Berhutang.”
Memberi hutang boleh menjadi wajib sekiranya seseorang itu amat memerlukan atau kerana terdesak. Ini kerana, memberi hutang ibarat menghulurkan pertolongan kepada orang yang sangat memerlukan seperti ditimpa bencana dan kesusahan dalam kehidupan. Ini sesuai dengan penjelasan ALLAH dalam al-Quran surah Al-Maidah ayat 2 yang bermaksud,
Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan kamu tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pencerobohan. Dan bertakwalah kamu kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH amat berat seksa-NYA.
Bagaimanapun, orang yang berhutang wajib melunaskan hutangnya dan janganlah sampai meninggal dunia masih lagi belum sempat membayarnya. Hutang yang tidak dilunaskan sehingga si peminjam meninggal dunia, akan menyebabkan rohnya tergantung antara langit dan bumi sehinggalah hutang itu dijelaskan. Ulamak berpendapat jika tidak dapat dijelaskan oleh waris si mati atas sebab tertentu, hutang itu akan menjadi tanggungan Baitulmal.

Berdosa besar bagi orang yang sengaja tidak membayar hutang. Manakala seseorang yang suka melewat-lewatkan bayaran hutang walaupun berkemampuan, boleh mendatangkan kesan buruk sama ada di dunia atau akhirat. Antaranya:
  1. Hidup akan ditimpa kehinaan dan hilangnya maruah.
  2. Hidup tidak akan mendapat keredhaan dan keberkatan ALLAH.
  3. Perbuatan itu termasuk dalam perbuatan zalim.
  4. Amalan kebajikan tidak akan diterima. Sabda Rasulullah SAW bermaksud,
Penangguhan hutang oleh orang yang berkuasa membayarnya, adalah satu kezaliman, halal maruah dan hukuman ke atasnya (iaitu pemberi hutang boleh mengambil tindakan ke atas diri dan maruahnya). - Riwayat Ibnu Majah

Untuk mengelakkan kekeliruan ketika membayar hutang, si penghutang disaran supaya mencatat butiran hutang seperti jumlah hutang, tarikh berhutang dan tempoh pembayaran hutang. Semuanya hendaklah dilakukan dengan adil dan jika jumlah hutang terlalu banyak ada baiknya diperlukan saksi. Sayyid Qutub berkata, “Tugas mencatat atau menulis hutang piutang itu merupakan satu tugas yang diwajibkan dengan nas, bukannya ditinggalkan kepada pilihan sukarela sahaja dalam urus niaga hutang piutang yang bertempoh. Tugas ini diwajibkan kerana ia mempunyai sesuatu hikmah yang tersirat di sebaliknya.”
Hutang akan membuat kita hidup dalam ketakutan. - Gambar hiasan
Sekadar gambar hiasan

Menurut sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Tabrani, Muaz r.a pernah mengadu kepada Rasulullah SAW mengenai hutangnya kepada seorang Yahudi, baginda kemudian mengajarnya supaya membaca ayat di dalam al-Quran surah Al-Imran ayat 26-27 yang bermaksud,
Katakanlah: “Ya ALLAH yang memiliki kerajaan! Engkau berikan kerajaan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkau cabut (lenyapkan) kerajaan itu daripada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkau muliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan sesiapa yang Engkau kehendaki. Di dalam tangan (kekuasaan) Engkaulah segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau berkuasa di atas segala sesuatu.”
Ayat ini boleh dibaca sebelum tidur. Mudah-mudahan mendapat jalan untuk menyelesaikan bebanan hutang. Di samping berdoa, kita juga disuruh berusaha dengan apa cara sekalipun baik segi fizikal atau mental untuk melunaskan hutang dan tidak hanya mengharapkan rezeki jatuh dari langit semata-mata. Yakinlah... ALLAH sentiasa akan membukakan jalan untuk menyelesaikan bebanan hutang.

Petikan: 100 Jejak Peribadi Rasulullah

Monday, July 22, 2013

Al-QURAN AL KARIM KARYA BESTARI



"Kalau Dah Jodoh... Manisnya Ramadan" - Ustaz Mohd Kazim Elias di Surau Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam....

Anda semua dijemput hadir untuk sama-sama memeriahkan Madrasah Ramadan Karangkraf pada 24 Julai (Rabu) bersamaan 15 Ramadan 1434H.  Bersama personaliti jemputan iaitu Ustaz Kazim Elias yang akan membincangkan tajuk “Kalau Ada Jodoh… Manisnya Ramadan.”
 

Semoga manfaatnya dapat diraih bersama demi mencari malam seribu bulan.  Ayuh! Barakan jiwa Ramadan dan jadilah hamba yang mencari Lailtul Qadar bukan hanya menantinya!


"Kalau Dah Jodoh... Manisnya Ramadan"
Penyampai: Ustaz Mohd Kazim Elias
Tarikh: 24 Julai 2013 (Rabu)
Masa: 5.30-6.30 petang.
Tempat: Di Surau Karangkraf Seksyen 15, Shah Alam, Selangor.
MASUK PERCUMA DAN DI BUKA UNTUK SEMUA.

Wednesday, July 3, 2013

HAJI RASULULLAH SAW

BEBERAPA tahun dahulu, saya cuba mencari maklumat mengenai haji Nabi SAW tetapi tidak menemuinya. Pencarian orang biasa pasti tidak mudah mendapat jawapannya walaupun mungkin ia sebenarnya tidak jauh daripada kita. Ketika itu saya begitu ingin mengetahui apakah jenis haji yang Nabi SAW lakukan? Bagaimana pula kisah perjalanan haji baginda? Namun, saya masih tidak ketemu dalam mana-mana kuliah atau kursus haji yang membicarakan perkara ini.

     Saya pernah bertanya kepada dua orang pembimbing haji dan umrah, tentang jenis haji apakah Nabi SAW lakukan. Maksud saya bukan Haji Wada’, itu saya tahu. Cuma adakah jenis Ifrad, Tamattu’ atau Qiran? Lalu, saya menerima dua jawapan berbeza iaitu, satu kata Haji Tamattu’, satu lagi kata Haji Ifrad. Saya dapat rasakan mereka sendiri tidak yakin dengan jawapan yang diberitahu. Mungkin tidak sangka agaknya ditanya begitu. 

Mungkin ada yang berkata, kursus dan haji yang kita buat hari ini bukan haji cara Nabi. Ya... benar, secara umumnya memanglah begitu. Maksud saya, kita tidak tahu setakat mana peratusan kesamaannya dengan sifat haji Nabi. Sebab kita tidak pernah ambil tahu atau diberitahu. Sedangkan dalam menentukan keutamaan jenis haji pun ada perbezaan pandangan.

     Mungkin ada yang tidak mahu ambil kisah, tetapi bagi yang berminat, tentu ingin tahu. Saya pun sama. Terasa ingin mengetahui sifat haji Nabi dan kisah perjalanan haji baginda. Dialog-dialog dan kejadian-kejadian yang berlaku antara Nabi dan isteri-isteri, antara Nabi dan sahabat-sahabat serta peristiwa dan kejadian sepanjang perjalanan hajinya. Sewajarnya kita mencontohi apa yang ditunjukkan Nabi dalam ibadat haji semampu yang terdaya. Bukankah itu yang sebaiknya? 

      Kalau kita berbeza daripada apa yang Nabi tunjuk dan suruh, persoalannya mengapa? Bukankah kita berhak mendapatkan jawapan dan penjelasannya? Sekurang-kurangnya sebagai pencinta Nabi, kita berhak mengetahui alasan-alasan wajar atas kegagalan melakukan seperti Nabi tunjuki. Sekurang-kurangnya, kita juga mempunyai ilmu haji mengikut sunnah.

     Justeru, sebagai langkah pertama, dikemukakan dua versi ringkas kisah sebagai usaha menyuntik rasa ingin tahu kepada sifat haji Nabi SAW. Langkah kedua, rujuklah kepada ilmuwan sunnah untuk perincian dan penjelasan.

Sifat haji Nabi (sejak berangkat dari Madinah hingga kembali, seakan-akan anda menyertainya) 60
  • Rasulullah SAW tinggal di Madinah selama sembilan tahun dan belum sempat berhaji. (Para ulama bersepakat bahawa Nabi SAW tidak melakukan haji sejak berhijrah ke Madinah kecuali sekali sahaja iaitu Hajjatul Wada’ iaitu pada tahun ke-10 hijrah.)
  • Pada tahun ke-10 Hijrah, baginda mengumumkan kepada kaum muslimin bahawa baginda SAW akan pergi haji pada tahun itu.
  • Atas makluman itu, ramai orang datang ke Madinah. Diumpamakan setiap orang yang boleh datang dengan menaiki tunggangan atau berjalan kaki, pasti akan datang. Manusia saling berebut untuk mendapatkan baginda atau keluar bersama.
  • Baginda SAW bersabda, “Miqat bagi penduduk Madinah adalah Zul Hulaifah, Miqat bagi penduduk di jalur lain adalah Juhfah, Miqat bagi penduduk Iraq adalah Zatu Irq. Miqat bagi penduduk Najed adalah Qarn. Miqat bagi penduduk Yaman adalah Yalamlam.
  • Maka Rasulullah SAW keluar lima hari terakhir dalam bulan Zulkaedah. (Iaitu setelah baginda bersikat, mengenakan wangi-wangian, memakai dua kain di bahagian atas dan bahagian bawah tubuhnya bersama para sahabat. Baginda tidak pernah melarang jenis kain sarung atau kain penutup tubuh lainnya, kecuali yang diwarnai dengan za’faron, sebagaimana yang dijelaskan oleh Ibnu Abbas dalam sahih Bukhari.
     Za’faron adalah sejenis pewarna kuning. Hadis tersebut daripada Ibnu Abbas mengandungi petunjuk yang disyariatkan agar mengenakan pakaian ihram sebelum sampai di Miqat, berbeza dengan pendapat yang tepat), atau setidaknya berhampiran Miqat bagi orang yang berada di kapal terbang dan takut melalui miqat sebelum berihram.

     Demikian juga harus diketahui bahawa tidak disyariat melafazkan niat, baik dalam ihram atau dalam ibadat-ibadat lain seperti bersuci, sembahyang, berpuasa dan sebagainya. Niat disimpan dalam hati sahaja. Riwayat yang sahih daripada Rasulullah SAW mengenai doa yang diucapkan baginda ketika ihram adalah, “Labbaika allahumma ‘umrotan wa hajjan,” cukup hanya sekadar itu sahaja.
  1. Membawa haiwan sembelihan.
  2. Kami (sahabat-sahabat) pun keluar bersama baginda. Turut serta ialah isteri-isteri dan anak sahabat.
  3. Hingga akhirnya kami (sahabat-sahabat) sampai di Zul Hulaifah, dan Asma binti Umais melahirkan Muhammad bin Abi Bakr.
  4. Asma’ mengutuskan orang kepada Rasulullah SAW untuk bertanya, “Apa yang harus aku kerjakan?”
  5. Baginda SAW bersabda, “Mandilah lakukan istitfar dengan kain [tindakan membalut kemaluan dengan kain lebar setelah diisi dengan kapas dan mengikat kedua hujungnya, sehingga dapat menghalang mengalirnya darah haid-nifas], lalu berihramlah.”
  6. Maka Rasulullah SAW sembahyang di masjid sambil berdiam diri.

 Ihram
  • Lalu Rasulullah SAW menaiki Qashwa (unta nabi) hingga ketika unta tersebut betul-betul berdiri tegak di Baida’, baginda langsung berihram untuk haji (lafaz ihlal, ertinya berteriak melakukan talbiah. Dikatakan, “Orang berhaji itu berihlal memulai haji yakni ketika mengenakan pakaian ihram dan meneriak-kan talbiah.”
Demikian diterangkan dalam An-Nihayah. Hadis tersebut mengandungi penjelasan bahawa Rasulullah SAW memulai haji tanpa umrah. Namun dalam hadis Anas dan yang lainnya dalam sahih Bukhari dan Muslim serta yang lainnya disebutkan, baginda berihram untuk haji dan umrah sekali gus. Demikian disebutkan dalam As-Sahihain sebagaimana dijelaskan oleh Ibnul Qayyim dalam Zadul Ma’ad. Beliau memaparkan sekitar 20 hadis daripada 20 orang sahabat bahawa Nabi melakukan Haji Qiran.

     Tetapi sayang, di situ tidak dirujuk kepada ucapan Aisyah r.a, “Wahai Rasulullah SAW, apakah kamu akan mulai melakukan haji dan umrah, sementara aku sendiri melakukan haji?”(HR Bukhari dan Ahmad). Daripada hadis Jabir r.a diketahui bahawa Rasulullah SAW melakukan Haji Qiran. Maka bagaimana mungkin diriwayatkan daripadanya bahawa Rasulullah SAW melakukan ihram untuk haji sahaja secara Ifrad?

     Jawapannya datang dari dua sisi: Pertama, hendaklah ditafsirkan sebagai perbuatan baginda pada awal ihram sebelum baginda singgah di lembah ‘Aqiq di mana baginda pernah diperintahkan membaca al-Quran sebagai-mana dijelaskan oleh Umar bin al-Khattab.Beliau menceritakan, “Aku pernah mendengar Rasulullah SAW pergi ke Lembah ‘Aqiq dan berkata, malam itu datanglah utusan daripada Rabbku dan berkata, “Sembahyanglah di lembah yang penuh berkat ini dan katakan ‘umrah’.” Dalam riwayat lain, ‘Haji’  (HR Bukhari dan yang lainnya).

     Kedua, Jabir r.a. memang tidak pernah mendengar Rasulullah SAW berihram untuk umrah bersama haji. Oleh sebab itu dia hanya meriwayatkan yang dia dengar sahaja. Hal ini agak mustahil kerana Jabir r.a tidak hanya sendirian meriwayatkan kisah itu. Bahkan ramai sahabat lain yang juga meriwayatkannya seperti Aisyah r.a dalam sahih Bukhari dan Muslim dan yang lainnya.

     Dalam riwayat Muslim, Al-Muwatta, dan Ibnu Saad diriwayatkan dengan lafaz riwayat Jabir r.a secara tegas, “Hanya melakukan haji secara Ifrad.” Maka amatlah sukar untuk mentafsirkan bahawa riwayat di atas menunjukkan ketidak-tahuan sahabat Nabi terhadap persoalan tersebut. Anggapan tersebut terbantah oleh kenyataan bahawa riwayat tersebut mempunyai penyertaan daripada Abdul Aziz bin Abu Hazim (dalam satu riwayat disebutkan bahawa baginda memulai ihram Haji Ifrad bersama para sahabat).
  • Jabir r.a melihat sejauh pandangannya iaitu ke depan, kanan, kiri dan belakang. Begitu ramai orang yang sebahagiannya menaiki tunggangan sementara yang lain berjalan kaki, (Imam Nawawi menyatakan, “Hadis itu mengandungi petunjuk boleh melakukan haji dengan berjalan kaki atau menaiki tunggangan. Namun para ulama berbeza pendapat iaitu, kebanyakan ulama menegaskan bahawa menaiki tunggangan itu lebih baik kerana ia memudahkan pelaksanaan manasik yang disyariatkan, selain menaiki tunggangan lebih memerlukan biaya. Abu Dawud menyatakan, ‘Berjalan itu lebih baik kerana lebih sukar.’ Pendapat itu amat keliru, kerana kesukaran bukanlah tujuan syariat”).
Ketika Rasulullah SAW berada di tengah-tengah kami, turun ayat al-Quran kepada baginda. Baginda mengamalkan dan kami juga turut mengamalkannya.[Terdapat pengajaran penting di sini bahawa wahyu/ayat Quran yang diturunkan hanya Nabi yang mempunyai pentafsiran yang benar dan tepat, dan pastinya para sahabat memerlukan pentafsiran dan penjelasan daripada Nabi. Oleh itu, bagi semua kerja ibadat haji (dan begitu yang lain) para sahabat sudah tentu mengikut sahaja apa yang baginda lakukan (atau suruh). Segala apa yang Nabi amalkan akan mereka amalkan bersama].
  • Lalu baginda mula melakukan talbiah dengan kalimat tauhid, “Labbaikallahumma labbaik. Lab-baikala syarika laka labbaik. Innal hamda wan ni’mata laka wal mulka la syarika lak.” (Kami menyambut panggilan-Mu, ya ALLAH, kami menyambut panggilan-Mu, tidak ada sekutu bagi-Mu, kami menyambut panggilan-Mu. Sesungguh-nya segala puji, segala kenikmatan, dan kekuasaan adalah milik-Mu, tidak ada sekutu bagi-Mu.)
  • Kaum muslimin turut melakukan talbiah sebagaimana yang baginda lakukan. Ada juga yang menambahkan lebih daripada itu, “Labbaik Zal Ma’arij, labbaik Zal fawadhil.”  Namun Rasulullah SAW tidak membantah mereka!
  • Rasulullah SAW pula tetap membaca talbiah baginda tersebut.
  • Jabir r.a menceritakan lagi, “Kami selalu mengucapkan, “Labbaikallah humma,” “labbaik bil hajj.” Kami mengucap dengan keras. Kami hanya meniatkan Haji Ifrad sahaja. Kami tidak menggabungkannya bersama umrah.” (Dalam riwayat lain : Kami belum mengenal umrah)
  • Aisyah r.a mulai melakukan umrah. Ketika sampai di Sarif, beliau mengalami haid.

 Memasuki Kota Mekah dan Tawaf
  • Sehingga ketika kami tiba di Baitullah bersama baginda, pada pagi hari kelima Zulhijah.
  • Nabi SAW menghampiri pintu masjid, lalu menghentikan kenderaannya dan masuk ke masjid.
  • Lalu baginda mengusap-usap Rukun (dalam riwayat lain, Hajarul Aswad). Menurut Nawawi dalam Syarh Muslim, mengusap Hajarul Aswad merupakan amalan yang disunatkan pada setiap tawaf.) (Baginda juga menyentuh Rukun Yamani sebagaimana yang disebutkan dalam hadis Ibnu Umar, namun Nabi tidak menciumnya, kecuali mencium Hajarul Aswad sahaja. Semua perbuatan tersebut (menyentuh dan mencium) tidak disyariatkan terhadap rukun-rukun yang lain. Hanya Rukun Yamani yang dianjurkan untuk diusap. Disunatkan juga membaca takbir di sisi Hajarul Aswad pada setiap tawaf berdasarkan hadis Ibnu Abbas yang diriwayatkan, “Rasulullah SAW bertawaf mengelilingi Kaabah sambil menaiki unta. Kalau mendekati rukun, baginda memberi isyarat (menunjukkan ke arahnya) dengan benda apa sahaja yang ada di tangan baginda, lalu baginda bertakbir.” - Riwayat Bukhari
Adapun membaca bismillah, kami belum pernah mendapatnya dalam hadis marfu’. Memang ada riwayat sahih daripada IbnUmar mengatakan baginda mengusap-usap Hajarul Aswad sambil mengucapkan, “Bismillahi, Allahu Akbar.” (Riwayat Baihaqi). Sanadnya dinyatakan sahih sebagaimana dijelaskan oleh Nawawi dan ‘Asqalani).
  • Kemudian baginda berjalan ke arah kanan.
  • Baginda berjalan cepat (Para ulama berkata,Raml adalah berjalan cepat tetapi dengan langkah-langkah pendek.”) [Sampai kembali lagi ke posisi semula] sebanyak tiga pusingan, dan berjalan biasa empat pusingan (Rasulullah SAW melakukan tawaf dengan idhthiba’ (mengenakan kain dengan meletakkan salah satu bahagian di atas bahu kiri dari bahagian atas, dan satu bahagian lagi dari bawah ketiak, bahu kanan terbuka sementara bahu kiri tertutup).
  • Kemudian baginda beranjak ke Makam Ibrahim dan membaca, “Wattakhizu min maqami Ibrahim musholla” (Dan jadikanlah Makam Ibrahim sebagai tempat sembahyang. [Baginda berteriak memperdengarkan suara baginda kepada kaum muslimin].
  • Baginda berdiri menghadap Baitullah, sementara Makam Ibrahim berada di antara baginda dan Kaabah. [Lalu baginda sembahyang dua rakaat].
  • Pada dua rakaat itu baginda membaca (Qul Huwallahu Ahad) dan (Qul ya Ayyuhal kafirun) (Dalam riwayat lain: Qul ya ayyuhal kafirun dan Qul huwallahu Ahad.)
  • Kemudian baginda pergi ke perigi zamzam untuk minum dan menyiramkan ke kepalanya.
  • Baginda kembali lagi ke rukun dan mengusapnya.
 Saie antara Bukit Safa dan Marwah
  • Baginda keluar dari pintu (dalam riwayat: pintu Safa) menuju ke bukit Safa. Ketika sudah mendekati bukit itu, baginda membaca,“Innas sofa wal marwata min sya’airillah” (Sesungguhnya Safa dan Marwa termasuk syiar-syiar ALLAH) Aku memulai (dalam riwayat lain: Kami memulai) dari mana ALLAH memulainya. Baginda memulai dari Safa, mendaki bukit itu sehingga dapat melihat Baitullah.
  • Lalu baginda menghadap kiblat sambil membaca kalimat tauhid dan bertakbir (tiga kali) [bertahmid kepada ALLAH] lalu mengucapkan, Ia ilaha illalllah wahdahu laa syarika lah, lahul mulku walahul hamdu yuhyi wa yumitu] wa huwa ‘ala kulli syaiin qodir la ilaha illallah wahdahu la syarika lah], anjaza wa’dah, wa nashoro ‘abdah, wa haza-mal ahzaba wahdah.” (Tidak ada yang berhak disembah dengan benar melainkan ALLAH semata-mata, tidak ada sekutu bagi-NYA, yang mempunyai kekuasaan, mempunyai segala pujian yang menghidupkan dan mematikan dan Maha berkuasa atas segala sesuatu. Tidak ada yang berhak disembah melainkan ALLAH, Yang Maha Esa, tidak ada sekutu bagi-NYA], yang selalu menunaikan janji-NYA, yang selalu menolong hamba-NYA serta mengalahkan musuh). Kemudian baginda berdoa di antara semua aktiviti tersebut dan mengulanginya sebanyak tiga kali.
  • Baginda turun sambil berjalan menuju Marwah, hingga kedua tapak kaki baginda berdiri tegak di perut lembah, baru baginda berlari-lari kecil. Baginda kembali berjalan sampai ke bukit Marwah. Lalu baginda mendakinya dan memandang ke arah Baitullah. Terdapat hadis menunjukkan bahawa Rasulullah SAW berjalan kaki. Sementara dalam hadis lain disebutkan bahawa baginda mengelilingi antara Safa dan Marwah sambil menaiki unta di antara kaum muslimin, agar mereka dapat bertanya kepada baginda.
Kesimpulannya, baginda pertama kali bersai’e dengan berjalan kaki. Kemudian baginda bersa’ie sambil menaiki tunggangan setelah umat manusia ramai dan berasak-asakan. Itu dikuatkan oleh hadis Ibnu Abbas yang secara tegas menceritakan bahawa baginda memang berjalan terlebih dahulu tetapi ketika manusia sudah semakin ramai, baru baginda menaiki tunggangan. Hadis ini dikeluarkan oleh Muslim dan yang lainnya. Sebagaimana juga disebutkan oleh Ibnul Qayyim dalam Zadul Ma’ad dan dinyatakan hasan oleh beliau.)
  • Baginda melakukan hal serupa di atas bukit Marwah sebagaimana yang baginda lakukan di bukit Safa.

 Perintah Mengubah Haji dan Umrah
  • Di akhir sa’ie (dalam riwayat lain, yakni pada hari ketujuh) di atas bukit Marwah baginda SAW bersabda, “Wahai kaum muslimin, kalau aku boleh mengulangi apa yang telah kulakukan, tentunya aku tidak akan membawa haiwan sembelihan, dan sungguh aku ubah haji ini menjadi umrah. Maka, siapa sahaja yang belum membawa sembelihan, hendaklah ia bertahalul dan menjadikannya sebagai umrah!]” (Dalam riwayat lain baginda SAW bersabda, “Bertahalullah daripada ihram kamu, bertawaflah keliling Baitullah, lakukan sai’e antara Safa dan Marwah, lalu potonglah rambut. (Itulah sunnah orang yang bertamattu’, yakni menggunting rambut tanpa membotakkannya. Kepalanya dibotakkan pada hari Aidil Adha setelah selesai mengerjakan semua manasik haji, sebagaimana dijelaskan oleh Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah dan yang lainnya. Sabda Nabi, “Ya ALLAH, ampunilah orang yang membotakkan kepalanya dalam haji, sebanyak tiga kali”) dan bermukimlah dalam keadaan halal.
Pada hari Tarwiyah, (Iaitu hari kelapan dari Zulhijah) berihramlah untuk haji dan jadikan ibadat haji yang sudah kamu lakukan sebagai Haji Tamattu’. (Iaitu menjadikan haji ifrad yang mereka niatkan sebagai umrah. Mereka menyelesaikan haji mereka sehingga menjadi Tamattu’. Umrah itu disebut sebagai Tamattu’ hanya sebagai kiasan sahaja, kerana kaitan antara keduanya jelas sekali.)
  • Bangkitlah Suraqah bin Malik bin Ju’syum (yang diketika itu berada di kaki bukit Marwah) sambil berkata, “Wahai Rasulullah SAW, apakah menurutmu umrah kita (dalam lafaz lain: Tamattu’ kita) ini, apakah hanya untuk tahun ini sahaja ataukah untuk selama-lamanya?” Baginda menjawab sambil menganyam jari jemarinya, “Umrah sudah masuk bahagian haji hingga hari kiamat. (Imam Nawawi menyatakan, “Ertinya menurut kebanyakan ulama adalah umrah boleh dilakukan pada bulan-bulan haji untuk memansuhkan kebiasaan jahiliah.” Ada juga yang menyatakan bahawa umrah itu termasuk dalam manasik haji. Ada juga yang berpendapat bahawa ertinya kewajipan umrah itu sudah gugur.) “Tidak demikian malah untuk selamanya. [bahkan untuk selama-lamanya (tiga kali)].”
  • Suraqah bertanya, “Wahai Rasulullah SAW, jelaskanlah kepada kami tentang agama kami. Seolah-olah baru sekarang kami diciptakan. Untuk apa kami beramal sekarang? Apakah mengikut ketentuan ILAHI, atau menurut apa yang kami lakukan?” Rasulullah SAW menjawab, “Malah menurut takdir dan menurut ketentuan ILAHI.” Dia kembali bertanya, “Lalu apa gunanya kami beramal [kalau begitu]?” Baginda menjawab lagi, “Beramallah. Sesungguhnya masing-masing akan dimudahkan (kepada apa yang telah ditakdirkan baginya.”)
  • Lalu baginda memerintahkan kami selesai bertahalul untuk menyembelih haiwan dan beberapa orang di antara kami berkumpul melaksanakan perintahny. Masing-masing tujuh orang di antara kami menyembelih seekor unta. Maka sesiapa tidak membawa haiwan sembelihan, hendaklah dia berpuasa tiga hari ditambah tujuh hari lagi kalau sudah pulang ke kampung halamannya.
  • Kami bertanya, “Tahalul yang bagaimana?” Baginda menjawab, “Tahalul akhir.”
  • Hal itu terasa berat dan menyesakkan dada kami.

 Singgah di Batha
  • Kami pun ke Batha. (Yakni Batha’ Mekah. Ertinya sejenis tempat air yang luas, di dalamnya terdapat batu-batu kerikil kecil. Demikian dijelaskan dalam Al-Qamus dan yang lainnya, ia sebuah tempat di timur kota Mekah). Masing-masing berkata dalam hatinya, ‘Hari ini ketika aku kembali ke rumahku.’ (Seolah-olah mereka mengingkari hal itu sehingga menunjukkan bahawa sebahagian mereka bertahalul setelah diperintahkan. Namun hati mereka masih berasa tidak enak. Sementara sebahagian lain mem-perlambat tahalul hingga akhir khutbah berikut ketika Nabi menegaskan lagi perintah untuk mengubah haji menjadi umrah. Akhirnya mereka bertahalul.)
  • Kami saling berbincang dan mengatakan, “Kita keluar sebagai haji, kita hanya menginginkan haji, tidak meniatkan yang lain. Namun ketika jarak antara kita dengan Arafah tinggal empat] (dalam riwayat lain lima [malam]), ba-ginda memerintahkan kami untuk bersama dengan isteri-isteri kami. Kita datang ke Arafah sementara kemaluan kami baru sahaja menitiskan mani? (Itu mengisyaratkan bahawa jarak waktu antara wukuf di Arafah dengan hubungan intim itu amat pendek. Demikian ditegas-kan oleh Nawawi.) [selesai berhubungan intim] Perawi berkata: Jabir r.a mengisyaratkan dengan tangannya (perawi menceritakan): Seolah-olah kami melihat beliau menggerak-gerakkan tangannya tersebut [mereka berkata, “Bagaimana mungkin kami menjadikannya Haji Tamattu’ sementara kami sudah meniatkan haji?”]
  • Kata-kata itu sampai ke telinga Nabi SAW. Kami tidak tahu apakah khabar itu sampai kepada baginda melalui berita dari langit atau dari sebahagian sahabat lain.

 Khutbah Nabi SAW Menegaskan Pembatalan Haji Diganti Dengan Umrah, dan Ketaatan Para Sahabat
  • Lalu Nabi berdiri lantas berkhutbah di hadapan kaum muslimin. Baginda bertahmid dan memuji asma’ ALLAH. Baginda SAW bersabda, “Apakah kamu akan mengajarkanku tentang ALLAH, wahai kaum muslimin?” “Kamu sudah mengetahui bahawa aku adalah orang yang paling bertakwa, paling jujur, dan paling baik di antara kamu.” “Lakukanlah apa yang kuperintahkan kepada kamu. Sesungguhnya aku, kalau tidak terlanjur membawa sembelihan, pasti aku sudah bertahalul seperti yang kamu lakukan [Akan tetapi aku tidak boleh lepas daripada Ihram (yakni tidak boleh menghalalkan yang haram bagiku, iaitu segala yang diharamkan bagi orang yang sedang berhaji. Lihat Fathul Bari.) Ini hingga penyembelihan (yakni hari penyembelihan di Mina): Dan kalau aku boleh mengulang apa yang telah kulakukan, tentu aku tidak akan membawa haiwan sembelihan. Bertahallullah.”
  • Kami pun mulai bersetubuh dengan isteri-isteri kami, memakai minyak wangi, dan mengenakan pakaian biasa. Kami mendengar dan mentati perintah baginda.
  • Kaum muslimin seluruhnya bertahallul dan me-motong rambut mereka, kecuali Nabi SAW dan mereka yang sudah terlanjur membawa haiwan sembelihan.
  • Jabir r.a melanjutkan, ketika itu tidak ada seorang pun yang membawa sembelihan kecuali Nabi SAW dan Talhah. (Itu setakat pengetahuan Jabir r.a tetapi tidak bertentangan dengan ucapan Aisyah r.a, “Ketika itu yang mempunyai haiwan sembelihan adalah Nabi, Abu Bakar, Umar dan orang yang lapang ekonominya.” Juga ucapan saudarinya, Asma. “Zubair juga mempunyai sembelihan sehingga tidak ikut bertahlalul.” (Riwayat Muslim). Orang yang mengetahui mempunyai hujah atas orang yang tidak mengetahui. Orang yang membenarkan adanya suatu kejadian didahulukan daripada yang menyangkal kebenaran suatu kejadian. Lihat Fathul Bari III:473.)

Kedatangan Ali dari Yaman dan Memulai Haji Sebagaimana Nabi SAW Memulainya
  • Ali datang dari tugasan pengumpulan zakat dari Yaman dengan membawa unta Nabi SAW (iaitu daripada pekerjaannya mengumpulkan zakat. Akan tetapi ditetapkan dalam syariat Islam bahawa zakat atau sedekah itu tidak halal bagi keluarga Nabi Muhammad. Kemungkinan Ali r.a memang mengumpulkan sedekah atau zakat dan juga yang lainnya. Atau kemungkinan ia mendapat upah daripada pekerjaan lain, bukan daripada harta zakat, sebagaimana dijelaskan oleh Al-Qadi dan pendapat itu dinyatakan baik oleh Nawawi, hanya sahaja beliau berpendapat bahawa pekerjaan mengumpulkan zakat atau sedekah itu tidak akan mengurangi harta sedekah. Lihat Syarah Sahih Muslim.) 
  • Ali mendapati Fatimah termasuk di antara mereka yang bertahallul [ia bersisir], mengenakan pakaian yang berwarna, dan memakai celak. Ali menyalahkan perbuatan tersebut dan bertanya, “Siapa yang menyuruhmu berbuat demikian?” Fatimah menjawab, “Ayahku yang menyuruhnya.”
  • Ketika itu Ali berkata, “Aku pergi menemui Rasulullah SAW untuk mengadukan Fatimah atas apa yang telah dilakukannya serta menyatakan hukum perbuatannya yang disebutnya berasal daripada perintah Rasulullah SAW itu. Aku beritahu kepada beliau bahawa aku telah menyalahkan perbuatannya namun Fatimah berkata, “Ayahku memerintahkan demikian.” Rasulullah SAW pun bersabda. “Ia berkata benar aku telah memerintahnya melakukan itu.”
  • Nabi bertanya kepada Ali, “Apa yang engkau ucapkan ketika menetapkan niat ibadat haji?” Ali menjawab, “Aku mengucapkan, “Ya ALLAH, aku memulai haji sebagaimana Rasulullah SAW memulainya.”
  • Nabi SAW bersabda, “Sesungguhnya aku mempunyai haiwan sembelihan, maka engkau tidak usah bertahallul” [dan tetaplah dalam keadaan ihram seperti keadaanmu semula].
  • Sekelompok haiwan ternak yang dibawa oleh Ali dari Yaman demikian juga yang dibawa oleh Nabi dari Madinah sebanyak 100 ekor unta.
  • Maka kaum muslimin seluruhnya bartahallul dan memotong rambut, kecuali Nabi dan siapa sahaja yang membawa haiwan ternak sembelihan. (Nawawi menyatakan, “Riwayat berkaitan itu mengandungi contoh penggunaan ungkapan umum untuk makna khusus kerana Aisyah r.a sendiri tidak bertahallul, dan Aisyah r.a termasuk yang tidak membawa haiwan sembelihan. Ertinya, ucapan kaum muslimin seluruhnya adalah kebanyakan mereka.
     Keberadaan Aisyah r.a yang tidak ikut bertahallul amatlah jelas sebagaimana disebutkan dalam beberapa hadis, di antaranya adalah hadis Jabir r.a ini pada perkara selanjutnya. Sementara keberadaan Aisyah r.a yang tidak termasuk yang membawa haiwan sembelihan, dinyatakan oleh Aisyah r.a sendiri. “Maka mereka tidak membawa haiwan sembelihan.” (Riwayat Muslim dan yang lainnya daripada hadis Aisyah r.a).

     (Nawawi berkata, “Ini menjelaskan bahawa sunnahnya adalah hendaklah seseorang tidak berangkat ke Mina sebelum hari Tarwiyah. Malik memakruh tindakan tersebut, meskipun sebahagian salaf berpendapat tidak mengapa. Namun hadis ini menunjukkan bahawa tindakan tersebut menyimpang daripada sunnah.”

Menuju ke Mina Dengan Pakaian Ihram Pada Hari Kelapan
  • Pada Hari Tarwiyah (dan kami menjadikan Mekah di belakang kami). Kaum muslimin beranjak ke Mina. Mereka berihram untuk haji (dari Batha).
  • (Jabir r.a melanjutkan, kemudian Rasulullah SAW menemui Aisyah r.a dan baginda mendapati Aisyah r.a dalam keadaan menangis. Baginda bertanya, “Kenapa engkau menangis?” Aisyah r.a menjawab, “Saya kedatangan haid. Padahal kaum muslimin sudah bertahallul sementara aku belum bertahallul. Aku juga belum sempat bertawaf mengelilingi Baitullah, sementara kaum muslimin sedang pergi melaksanakan haji.” Nabi SAW bersabda, “Itu adalah takdir yang sudah ditentukan oleh ALLAH bagi setiap wanita. Mandilah, kemudian berihramlah untuk haji (kemudian laksanakan manasik haji, dan lakukan apa yang dilakukan oleh kaum muslimin, cuma jangan tawaf mengelilingi Baitullah dan jangan sembahyang). Lalu Aisyah r.a melakukannya (dalam riwayat lain disebutkan: Ia melaksanakan semua manasik, kecuali tawaf keliling Kaabah).
  • Rasulullah SAW menaiki tunggangan dan sembahyang di tempat tersebut (iaitu di Mina atau dalam riwayat lain bersama kami), yakni sembahyang zuhur, asar, maghrib, isyak dan subuh.
  • Baginda berdiam di tempat itu sebentar hingga terbit matahari.
  • Baginda memerintahkan mendirikan (untuk baginda) khemah yang terbuat dari bulu, di Namirah.
  • Maka Rasulullah SAW berjalan. Kaum Quraisy tidak ragu sedikit pun bahawa Rasulullah SAW akan berhenti di Al-Masyar Al-Haram [di Muzdalifah] lalu singgah di situ. Sebagaimana yang boleh dilakukan oleh kaum Quraisy pada masa jahiliah. Namun, Rasulullah SAW ternyata berlalu sehingga baginda sampai di Arafah, baginda pun mendapati khemah sudah didirikan untuk baginda di Namirah dan baginda pun singgah di situ.
  • Ketika matahari sudah mulai tergelincir dari tengah hari, baginda memerintahkan disiapkan untanya, Qashwa, lalu berangkat [menaikinya sehingga sampai di perut lembah].
  • Baginda lalu berkhutbah di hadapan kaum muslimin, “Sesungguhnya darah dan harta kamu adalah kehormatan bagi kamu, seperti kehormatan hari kamu sekarang ini, bulan sekarang ini, dan negeri kamu ini. Ingatlah, sesungguhnya segala perkara jahiliah harus ditinggalkan di bawah tapak kaki ini, dibatalkan seluruhnya. Darah pada masa jahiliah harus segera dibatalkan. Darah pertama yang aku batalkan daripada manusia adalah darah Ibnu Rabiah bin Harith Ibnu Abdul Muttalib, dia dahulu disusui dari suku Bani Saad bin Bakr lalu dibunuh oleh Huzail. Riba pada masa jahiliah juga harus dibatalkan.
     Riba pertama yang aku batalkan adalah riba Abbas bin Abdul Muttalib. Semuanya harus dibatalkan. Maka bertakwalah kepada ALLAH dalam menjaga isteri-isteri kamu kerana kamu mengambil mereka dengan jaminan keamanan, amanah daripada ALLAH, dan kamu menghalalkan kemaluan mereka juga dengan menyebut asma ALLAH.

     Hak kamu atas mereka adalah hendaklah mereka tidak membiarkan orang yang tidak kamu sukai tidur di atas pembaringan kamu. Kalau mereka melanggar larangan tersebut, hendaklah kamu memukul mereka dengan cara yang tidak membahayakan. Mereka juga mempunyai hak untuk kamu beri makan dan pakaian secara layak. Sesungguhnya aku telah meninggalkan kepada kamu sesuatu yang apabila kamu pegang teguh nescaya kamu tidak akan tersesat, yakni Kitabullah. Kamu akan ditanya (dalam satu riwayat: Kamu tanya tentang diriku. Bagaimana jawapan kamu?”

     Mereka menjawab, “Kami bersaksikan bahawa engkau telah menyampaikan [risalah dari Rabb-mu] dan telah menunaikannya dengan baik, engkau telah memberikan nasihat” [kepada umatmu, engkau telah menunaikan tugas yang dibebankan kepadamu. Maka Rasulullah SAW bersabda dengan jari telunjuk menunjuk ke langit, lalu diarahkan kepada kaum muslimin di hadapannya, “Ya ALLAH, saksikanlah! Ya ALLAH, saksikanlah!”
  • Kemudian bilal mengumandangkan azan satu kali.
  • Kemudian bilal mengumandangkan iqamat, lalu baginda sembahyang zuhur, kemudian mengumandangkan iqamat lagi dan baginda sembahyang asar.
  • Baginda tidak sembahyang apa pun antara kedua sembahyang tersebut.

Menjamak Sembahyang dan Berwukuf di Arafah
  • Kemudian Rasulullah menaiki Qashwa hingga di tempat wukuf, lalu baginda meletakkan perut unta itu di batu besar dan menjadikan tempat berkumpulnya para pejalan kaki di hadapan baginda, kemudian baginda menghadap kiblat.
  • Baginda terus berwukuf hingga tenggelam matahari dan hilang sedikit warna kekuningan, hingga bias merahnya benar-benar hilang.
  • Baginda SAW bersabda, “Aku berwukuf di sini dan seluruhnya Arafah adalah tempat wukuf."
  • Baginda memboncengkan Usamah bin Zaid di belakang baginda.
Beranjak dari Arafah
  • Rasulullah SAW beranjak (dalam satu riwayat: Beranjak dengan tenang). Baginda menekan tali kekang untanya yang bernama Qashwa hingga kepala unta mengenai pijakkan tunggangan sambil bersabda dengan memberi isyarat tangan kanan [demikian sambil menunjuk dengan bahagian dalam tapak tangannya ke arah langit], “Wahai kaum muslimin, tenanglah, tenanglah!”   
  • Sampailah baginda di Muzdalifah, lalu sembahyang di sana [baginda menjamak] antara maghrib dan isyak dengan satu kali azan dan dua kali iqamat.
  • Di antara kedua sembahyang itu baginda tidak membaca tasbih walau hanya sekali.
  • Kemudian Rasulullah SAW berbaring hingga terbit fajar.
  • Baginda sembahyang subuh betul-betul terbit fajar, dengan satu azan dan satu iqamat.

Wukuf di Masy’aril Al-Haram
  • Kemudian baginda menaiki Qashwa hingga sampai di Masy’aril Al-Haram [baginda segera mendaki-nya].
  • Baginda menghadap kiblat dan berdoa [dalam lafaz lain disebutkan, lalu baginda bertahmid kepada ALLAH] bertakbir,bertahlil, dan men-tauhid-kan ALLAH.
  • Baginda masih terus berwukuf hingga tinggi matahari.
  • Baginda SAW bersabda, “Aku berwukuf di sini dan seluruh Muzdalifah adalah tempat wukuf.”

Beranjak dari Muzdalifah Menuju Tempat Melontar Jamrah
  • Rasulullah SAW beranjak [dari kumpulan manusia] sebelum matahari terbit [dengan tenang].
  • Baginda memboncengkan Fadhal bin Abbas. Dia adalah seorang pemuda yang berambut indah, berkulit putih, dan tampan.
  • Setelah Rasulullah SAW beranjak, lalu beberapa wanita berlari-lari. Seketika Fadhal memandang ke arah mereka. Rasulullah SAW langsung meletak-kan tangannya di wajah Fadhal, namun Fadhal menolehkan wajahnya ke sisi lain. Baginda pun memindahkan tangannya dari arah lain di wajah Fadhal, memalingkan wajah Fadhal yang melihat dari sisi lain.
  • Ketika baginda sampai di Muhassir, baginda sedikit mempercepat jalannya [sambil bersabda, “Hendaklah kamu tenang”].
  • Kemudian baginda melalui jalan tengah untuk keluar, menuju Jamrah Kubra [sehingga ketika sampai di Jamrah] yang di sisi pohon.
  • Baginda langsung melontar Jamrah pada waktu duha, sebanyak tujuh kerikil.
  • Baginda bertakbir setiap kali melempar satu kerikil.
  • Baginda melempar dari perut lembah [di atas tunggangannya] [dan baginda] bersabda, “Hendaklah kamu mempelajari manasik haji kamu daripadaku kerana aku tidak tahu apakah aku akan kembali berhaji setelah hajiku ini atau tidak.”
  • Jabir r.a melanjutkan, baginda melontar jamrah sesudah hari penyembelihan [pada seluruh hari Tasyriq] apabila matahari sudah tergelincir (zawal).
  • Baginda bertemu dengan Suraqah ketika melontar jamrah Aqabah. Suraqah bertanya, “Wahai Rasulullah SAW, apakah ini khusus bagi kami ketika ini sahaja?” Rasulullah SAW menjawab, “Tidak. Bahkan untuk selamanya.”
  • Kemudian baginda beranjak ke tempat penyembelihan dan menyembelih 63 ekor unta dengan tangan baginda sendiri.
  • Baginda memberi kesempatan kepada Ali untuk menyembelih yang lain [yakni yang tinggal] dan mengikutkan Ali dalam haiwan sembelihannya.
  • Baginda memerintahkan mengambil sekerat daging (badh’ah) dari setiap ekor unta, lalu dimasak. Setelah itu baginda dan Ali menyantap daging dan kuahnya.
  • Dalam riwayat lain disebutkan, Rasulullah SAW menyembelih seekor lembu untuk korban isteri-isteri baginda.
  • Dalam riwayat lain disebutkan bahawa Jabir r.a menceritakan, “Maka kami pun menyembelih unta” (dalam riwayat lain, Baginda menyembelih unta) untuk tujuh orang, dan lembu juga untuk tujuh orang. (Dalam riwayat kelima disebutkan, “Kami, tujuh orang, berkongsi atau bergabung dalam menyembelih seekor unta.” Ada seorang lelaki bertanya, “Apakah lembu juga boleh disembelih untuk bersama?” Rasulullah SAW men-jawab, “Ya...”
  • Sementara dalam riwayat lain disebutkan, Jabir r.a menceritakan, “Kami hanya memakan daging sembelihan kami pada tiga hari di Mina sahaja. Lalu Rasulullah SAW memberikan keringanan kepada kami.” Baginda SAW bersabda, “Silakan makan sembelihan kamu dan jadikan sebahagian lagi untuk bekal kamu.” [Maka kami pun menyantapnya dan menjadikan sebahagiannya sebagai bekal kami] [Sehingga kami sampai di Madinah dengan membawanya].
  • Dalam satu riwayat disebutkan, lalu Rasulullah SAW menyembelih [lantas mencukur rambut].
  • Baginda duduk [di Mina pada hari penyembelihan] di hadapan kaum muslimin. Ketika baginda ditanya, [ketika itu] tentang suatu manasik [yang dibolak-balik pelaksanaannya] baginda selalu menjawab, “Tidak apa-apa, tidak apa-apa.” Sampai ketika ada seorang lelaki bertanya, “Bolehkah aku mencukur sebelum menyembelih?” Baginda menjawab, “Tidak apa-apa.”
  • Kemudian datang lelaki lain dan bertanya, “Bolehkah aku mencukur rambut sebelum melontar jamrah?” Baginda menjawab, “Tidak apa-apa.”
  • Kemudian datang lelaki lain dan bertanya, “Bolehkah aku bertawaf sebelum melontar jamrah?” Baginda menjawab, “Tidak apa-apa.”
  • Lelaki lain bertanya, “Bolehkah aku bertawaf sebelum menyembelih?” Baginda menjawab, “Tidak apa-apa.”
  • Kamudian datang lelaki lain bertanya, “Sesungguhnya aku menyembelih sebelum melontar jamrah.” Baginda SAW bersabda, “Silakan me-lontar jamrah dan tidak apa-apa.”
  • Kemudian Rasulullah SAW bersabda, “Aku sudah menyembelih haiwan di sini dan seluruh daerah Mina adalah tempat penyembelihan.”
  • Setiap lorong di kota Mekah adalah jalan dan tempat penyembelihan pula.
  • “Hendaklah kamu menyembelih di tempat-tempat kamu.”
  • Jabir r.a melanjutkan: Rasulullah SAW ber-khutbah di hadapan kami pada hari penyembelihan itu. Baginda bertanya, “Hari apakah yang paling suci?” Para sahabat menjawab, “Hari kita sekarang ini.” Baginda bertanya lagi, “Bulan apa yang paling suci?” Para sahabat menjawab, “Bulan kita sekarang ini.” Rasulullah SAW bertanya lagi, “Negeri mana yang paling suci?” Para sahabat menjawab, “Negeri kita ini.” Baginda SAW bersabda, “Sesungguhnya darah kamu, harta kamu, adalah suci seperti kesucian hari kamu ini, di negeri kamu ini dan pada bulan kamu ini. Sudahkah aku menyampaikan?” Mereka menjawab, “Sudah.” Baginda berkata, “Ya ALLAH, saksikanlah!”
  • Kemudian Rasulullah SAW menaiki tunggangan dan melakukan Tawaf Ifadah di Baitullah [maka para sahabat juga bertawaf].
  • Namun mereka tidak melakukan sai’e.
  • Lalu baginda sembahyang zuhur di Mekah.
  • Lalu baginda mendatangi Bani Abdul Muttalib sementara mereka menyediakan minuman dari  zamzam, baginda berkata, “Wahai Bani Abdul Muttalib, timbalah air! Andai kata aku tidak khuatir orang berebut dengan kamu menyediakan air, nescaya aku telah ikut menimba bersama kamu.”
  • Maka mereka pun menghulurkan setimba air kepada baginda, lantas diminum.
  • Jabir r.a melanjutkan, sesungguhnya Aisyah r.a mengalami haid, maka dia melakukan semua manasik selain tawaf.
  • Sehingga ketika Aisyah r.a suci daripada haid-nya. Dia bertawaf mengelilingi Kaabah dan melakukan sai’e antara Safa dan Marwah. Kemudian Rasulullah SAW bersabda, “Sekarang engkau telah bertahallul daripada haji dan umrahmu seluruhnya.”
  • Aisyah r.a bertanya, “Wahai Rasulullah SAW, bagaimana mugkin kamu berangkat melaksana-kan haji dan umrah sementara aku melaksanakan haji sahaja?” Baginda menjawab, “Sesungguhnya engkau mendapatkan pahala yang sama dengan yang mereka perolehi.”
  • Aisyah r.a berkata, “Sesungguhnya aku merasakan janggal di hati kerana belum melakukan tawaf di Baitullah hingga selesai haji.”
  • Jabir r.a menceritakan, Rasulullah SAW ada-lah orang yang mudah. Kalau Aisyah r.a mengingin-kan sesuatu, baginda menurutnya.
  • Baginda bersabda,“Wahai Abdurrahman, ajaklah saudarimu itu berumrah dari Tan’in.”
  • Lalu Aisyah r.a memulai umrahnya setelah haji. Kemudian barulah dia kembali. Itu terjadi pada malam Hasbah.
  • Jabir r.a melanjutkan, Rasulullah SAW melakukan tawaf di Baitullah dalan Hajjatul Wada’ di atas tunggangannya sambil memberikan isyarat ke arah Kaabah dengan tongkatnya yang me-lengkung, agar kaum muslimin dapat melihat, mendekat  dan bertanya kepada baginda, sebab ketika itu kaum muslimin mengerumuninya.
  • Jabir r.a melanjutkan ada seorang wanita membawa anak kecilnya kepada Nabi SAW dan bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah anak ini sudah diisyariatkan berhaji?” Baginda menjawab, “Ya, dan engkau pun akan memperoleh pahalanya.”


Info Sunnah Tatacara Ibadat Haji, Umrah dan Ziarah Ke Masjid Nabawi 61
Secara ringkas untuk difahami, terdapat tiga cara untuk kita melakukan ibadat haji iaitu, Haji Tamattu’, Qiran dan Ifrad. Haji Tamattu’ ialah berihram untuk umrah pada bulan-bulan haji (Syawal, Zulkaedah dan 10 hari pertama bulan Zulhijah) dan diselesaikan umrahnya pada waktu-waktu itu. Kemudian berihram untuk haji dari Mekah atau sekitarnya pada hari Tarwiyah (tarikh 8 Zulhijah) pada tahun umrahnya tersebut.

     Haji Qiran ialah berihram untuk umrah dan haji sekali gus, dan terus berihram (tidak tahallul) kecuali pada hari Nahr (10 Zulhijah). Atau berihram untuk umrah terlebih dahulu, kemudian sebelum melakukan tawaf umrah memasukkan niat haji.

     Haji Ifrad ialah, berihram untuk haji dari Miqat, kemudian tetap dalam kedaan ihramnya sampai hari Nahr apabila ia membawa binatang korban. Jika tidak membawanya maka dianjurkan untuk membatalkan niat haji dan menggantikannya dengan umrah. Selanjutnya melakukan tawaf, sai’e, mencukur rambut dan bertahalul sebagaimana perintah Rasulullah SAW terhadap orang yang berihram haji tetapi tidak membawa binatang korban. Begitu pula bagi yang melakukan Haji Qiran, apabila tidak membawa binatang korban, dianjurkannya untuk membatalkan niat qirannya itu dan menggantikannya menjadi umrah, sebagaimana yang telah disebutkan.

Haji Tamattu’  (Umrah Dahulu)
Jenis ibadat haji yang lebih utama ialah Haji Tamattu’ bagi yang tidak membawa binatang korban. Ini kerana Rasullulah SAW telah memerintahkan hal itu dan menegaskannya agar dilakukan oleh para sahabat.
Katakanlah, jika kamu (benar-benar) mencintai ALLAH ikutilah aku, nescaya ALLAH  mencintai dan mengampuni dosa-dosamu. ALLAH Maha pengampun Lagi Maha Penyayang. - Ali Imran: 31
Keterangan: Nabi SAW telah memerintahkan (untuk bertahallul setelah selesai umrah) dan menegaskan kepada para sahabat baginda dengan sabdanya, “Andai kata aku menghadapi apa telah kuperintahkan (kepada kalian) tentu aku tidak akan berpaling. Tidak akan membawa binatang korban, dan tentu aku akan bertahalul bersama kalian.”

Umrah
Apabila hendak berihram untuk umrah, maka mandilah jika berkesempatan kemudian berpakaian ihram. Bacalah talbiah yang bermaksud, “Aku sambut panggilan-Mu untuk menunaikan ibadah umrah. Aku sambut panggilan-Mu. Ya ALLAH, aku sambut panggilan-Mu, aku sambut panggilan-Mu, tiada sekutu bagi-Mu, aku sambut panggilan-Mu. Sesungguhnya segala puji, kenikmatan dan kerajaan adalah milik-Mu, tiada sekutu bagi-Mu.” [Labbaik ertinya: Aku sambut panggilan-Mu untuk menunaikan ibadat haji dan umrah].

     Sampai di Mekah, lakukanlah tawaf umrah mengelilingi Kaabah tujuh kali pusingan, dimulai dari Hajar Aswad dan berakhir di situ semula. Bacalah zikir serta doa yang kita mahu. Akhirkan setiap pusingan dengan membaca,“Wahai TUHAN kami,  berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan lindungilah kami daripada seksaan api neraka.”

     Selepas itu, solatlah dua rakaat di belakang Makam Ibrahim (berdekatan dengan makam (jika munasabah) atau jauh darinya. Tidak mengapa untuk solat jauh di belakang sedikit asalkan masih berhampiran Makam Ibrahim. [Terdapat segelintir memilih untuk bersolat sunat ini betul-betul belakang Makam Ibrahim sedangkan pada masa itu manusia bersesak melakukan tawaf. Tindakan kita berdiri di situ menimbulkan kesusahan kepada orang yang bertawaf dan kepada diri kita sendiri. Kecederaan dan pergaduhan juga boleh berlaku. Ketika itu, kita mungkin telah melakukan yang haram untuk mencapai yang sunat]. 

     Lakukanlah solat itu di bahagian hujung kawasan tawaf atau jika tidak selamat juga, lakukanlah di bahagian bangunan masjid, yang masih di  belakang Maqam Ibrahim. Jika tidak dapat juga, tidak mengapa jika di mana-mana ruang solat di dalam masjid.Kemudian pergilah ke Bukit Safa untuk melakukan sai’e umrah tujuh kali (pusingan atau pergi balik) mesti dimulakan dari Bukit Safa dan berakhir di Bukit Marwah. 

     Berjalanlah dengan cepat di antara tanda hijau, dan berjalan seperti biasa sebelum dan sesudah tanda tersebut. Kemudian naiklah ke atas Bukit Marwah dan bacalah tahmid dan takbir tiga kali jika berpeluang, sama seperti kita lakukan di Bukit Safa. Setelah selesai sai’e, bertahlul dengan menggunting rambut.

     [Semasa tawaf ataupun sai’e, tiada bacaan zikir wajib atau bacaan zikir yang khusus untuk itu. Akan tetapi dibolehkan bagi yang melakukan tawaf atau sai’e untuk membaca zikir dan doa atau bacaan al-Quran yang mudah baginya, dengan mengutamakan bacaan-bacaan zikir dan doa yang bersumber dari tuntutan Rasulullah SAW.]
Selesai perlaksanaan ibadat umrah, salinlah pakaian ihram kepada pakaian biasa.

Haji
Jika melakukan Haji Ifrad atau Qiran, hendaklah berihram dari Miqat. Jika anda tinggal di daerah Miqat,maka berihramlah menurut niat anda dari tempat tersebut.

     Sekiranya melakukan Haji Tamattu’, maka pada pagi hari Tarwiyah tarikh 8 Zulhijah, berihramlah untuk haji dari tempat tinggal anda (Mekah) dengan mandi dahulu jika berkesempatan dan pakailah pakaian ihram kemudian ucapkanlah talbiah,“Aku sambut panggilan-Mu untuk, menunaikan ibadat haji, aku sambut panggilan-Mu,Ya ALLAH, aku sambut panggilan-Mu. Aku sambut panggilan-Mu, tiada sekutu bagi-Mu, aku sambut panggilan-Mu. Sesungguhnya segala puji, kenikmatan dan kerajaan adalah milik-Mu, tiada sekutu bagi-Mu.”

     [Perhatian: Sekiranya merujuk perjalanan haji Nabi SAW, tempat pertama dituju adalah Mina. Bersolat zuhur, asar, maghrib, isyak dan subuh di Mina dengan mengqasar solat-solat yang empat rakaat (masing-masing dilakukan pada waktunya tanpa jama’ takhir dan jama taqdim). Namun realiti yang berlaku ialah  jemaah haji kita dibawa terus ke Arafah dahulu (bukan ke Mina). Adakah ini arahan Tabung Haji atau pihak berkuasa Arab Saudi?]

     Apabila matahari terbit pada tarikh 9 Zulhijah (esoknya), pergilah menuju Arafah dengan tenang tanpa tergesa-gesa. Di Arafah, bersolat zuhur dan asar dengan jama’ taqdim dan qasar (dua rakaat, dua rakaat), dengan satu kali azan dua iqamat. Berdiamlah di Arafah sehingga matahari terbenam. Perbanyakkan zikir dan berdoa sambil menghadap kiblat.

     Apabila matahari terbenam, tinggalkanlah Arafah me-nuju Muzdalifah sambil membaca talbiyah. Bersolat maghrib dan isyak (secara jamak dan qasar) di Muzdalifah. Beradalah di Muzdalifah sehingga solat subuh. Kemudian,  teruskan berdoa dan berzikir sampai terbitnya matahari. Berdoalah dengan mengangkat tangan menghadap kiblat.

     (Jika keadaan anda lemah tidak mampu berasak-asakan semasa melempar jamrah, anda dibolehkan untuk berangkat dari Muzdalifah menuju ke Mina setelah pertengahan malam (malam itu) lalu melempar Jamrah Aqabah sebelum rombongan manusia yang ramai datang).

     Di Muzdalifah, kutip dan kumpul batu-batu kecil sebanyak tujuh biji sahaja untuk melontar  Jamrah Aqabah. Baki batu yang lain, kutiplah di Mina. Begitu juga tujuh biji batu yang akan anda gunakan untuk melempar Jamrah Aqabah pada hari raya. Tidak mengapa bagi anda untuk memungutnya di Mina.

     Apabila telah menghampiri terbitnya matahari, ber-jalanlah menuju ke Mina sambil bertalbiah. Setelah sampai di Mina, lakukanlah hal-hal seperti; melempar Jamrah Aqabah (Kubra) (Jamrah yang paling dekat dengan Mekah) sebanyak tujuh kali lemparan batu kecil secara tertib satu per satu dan bertakbirlah pada setiap kali lemparan.

     Kemudian sembelihlah binatang korban. Makanlah sebahagian dagingnya dan bagikanlah kepada kaum fakir (menyembelih binatang korban ini wajib bagi orang yang melakukan Haji Tamattu’ atau Haji Qiran).

     Cukurlah keseluruhan rambut sehingga bersih kepala anda atau gunting/potong sebahagian rambut sahaja. Mencukur bersih lebih utama daripada sekadar memendekkannya. Manakala bagi kaum wanita, memadai dengan memotong sebahagian rambut kepalanya sebesar hujung jari). Tiga hal tersebut ini jika dapat dilakukan secara berurutan, dimulai dari melempar Jamrah Aqabah, lalu menyembelih binatang korban kemudian mencukur rambut. Tidak mengapa jika tidak dilakukan secara berurutan.

     Setelah melempar dan mencukur rambut, anda telah bertahallul awal dan pakailah pakaian biasa. Pada saat ini, anda dibolehkan melakukan larangan-larangan ihram kecuali melakukan persetubuhan dengan isteri. Kemudian, berangkatlah ke Mekah dan lakukanlah Tawaf Ifadah (Tawaf Haji) diikuti dengan melakukan sai’e haji antara Safa dan Marwah. Apabila selesai, dengan itu anda telah bertahalul Tsani. Maka, anda dibenarkan melakukan segala larangan ihram termasuk bersetubuh dengan isteri.

     Setelah itu, kembalilah ke Mina untuk bermalam di sana pada malam 11 dan 12 Zulhijah. Kemudian, lemparkanlah jamrah ketiga pada hari 11 dan 12 Zulhijah setelah matahari tergelincir ke barat (ba’da zawal) (ba’da zawal tidak bererti perlu tepat masanya setelah zuhur. Boleh juga dilewatkan sedikit ke petang ketika kesesakan manusia sudah berkurang) dimulai dari Jamrah Ula (Jamrah Sughra-Jamrah yang terjauh dari Mekah), Jamrah Wusta kemudian Jamrah Aqabah (Jamrah Kubra).


     Setiap jamrah dilempar sebanyak tujuh kali lemparan secara berurutan dengan bertakbir pada setiap kali lemparan. Setelah melempar Jamrah Ula dan Jamrah Wusta, berdoalah kepada ALLAH sambil menghadap kiblat. Melempar Jamrah ketiga pada dua hari ini tidak sah jika dilakukan sebelum matahari tergelincir (qabla zawal).
     Setelah selesai melempar ketiga-tiga Jamrah pada hari ke 12 Zulhijah, jika ingin tergesa-gesa meninggalkan Mina maka berangkatlah sebelum matahari terbenam. Tetapi jika ingin tetap tinggal dan itu adalah lebih utama. Bermalam sekali lagi di Mina pada malam ke 13 Zulhijah, lalu lemparkanlah Jamrah ketiga-tiganya pada siang hari tanggal ke 13 tersebut setelah matahari tergelincir (ba’da zawal) seperti yang dilakukan pada tanggal ke 12.
     Jika ingin kembali pulang ke negeri anda, lakukanlah Tawaf Wada’ mengelilingi Kaabah tujuh kali pusingan dan kemudiannya memulakan perjalanan pulang. Bagi wanita yang sedang haid dan nifas tidak mempunyai kewajipan Tawaf Wada’.

 
Ziarah Masjid Nabawi di Madinah Munawwarah
Pergilah ke Madinah sebelum ibadat haji atau sesudahnya dengan niat untuk menziarah Masjid Nabawi dan bersolat di dalamnya. Ini kerana solat di situ lebih baik 1000 kali daripada solat di tempat lain kecuali di Masjid al-Haram.

     Jika sudah sampai di Masjid Nabawi, lakukanlah solat tahiyatul masjid dua rakaat atau solat fardu jika sudah iqamat.Lalu pergilah ke kuburan Nabi SAW dan berdirilah di hadapannya serta sampaikanlah salam dengan mengucapkan, “Semoga salam sejahtera, rahmat dan berkah ALLAH selalu dilimpahkan kepadamu, wahai nabi. Semoga ALLAH selalu melimpahkan selawat dan memberikan pahala kebaikan kepadamu.”

     Lalu langkahlah ke sebelah kanan selangkah atau dua langkah untuk berdiri di depan kuburan Abu Bakar r.a dan sampaikanlah salam kepadanya dengan mengucapkan, “Semoga salam sejahtera, rahmat dan berkah ALLAH selalu dilimpahkan kepadamu, wahai Abu Bakar Khalifah Rasulullah. Semoga ALLAH memberi keredhaan dan pahala kebaikan kepadamu.”

     Kemudian, langkahlah ke sebelah kanan lagi selangkah atau dua untuk berdiri di hadapan kuburan Umar dan sampaikanlah salam kepadanya dengan mengucapkan, “Semoga salam sejahtera, rahmat dan berkah ALLAH selalu limpahkan kepadamu, wahai Umar Amirul Mukminin. Semoga ALLAH memberi keredhaan dan pahala kebaikan kepadamu.”

     Pergilah ke Masjid Quba’ dalam keadaan suci dan lakukanlah solat di dalamnya. Pergilah ke Baqi’ dan ziarahlah ke kuburan Uthman r.a. Berdirilah di hadapan kuburan beliau dan sampaikanlah salam kepadanya dengan mengucapkan, “Semoga salam sejahtera, rahmat dan berkah ALLAH selalu limpahkan kepadamu, wahai Usman Amirul Mukminin. Semoga ALLAH memberi keredhaan dan pahala kebaikan kepadamu.” Juga sampaikanlah salam kepada kaum muslimin lainnya yang dikuburkan di Baqi’.

     Pergilah ke Uhud dan ziarahlah ke kuburan Hamzah r.a dan kuburan para syuhada yang lainnya. Sampaikanlah salam kepada mereka dan berdoalah kepada ALLAH untuk selalu memberikan ampunan, rahmat dan keredhaan kepada mereka.
Petikan dari buku "Baitullah Aku Datang"

Marhaban Ya Ramadhan 1434 Hijriyah

Marhaban Ya Ramadhan 1434 Hijriyah… Selamat datang RAMADAN 2013, bulan yang penuh berkah akhirnya kembali menghampiri kita. Sebuah harapan yang tulus semoga di bulan yang suci ini membawa kebaikan tidak terhingga kepada kita semua, kita patut bersyukur kerana kita bisa kembali berjumpa dengan bulan yang suci ini.

Untuk menyambut datangnya bulan Ramadhan 1434 H ini, maka sebahagian besar di Malaysia sudah menjadi tradisi untuk saling mengirim sms diantara saudara, kerabat atau teman. Malah saling berhubung memohon kemaafan sebelum melakukan ibadah puasa. Di bulan ramadan digalakkan membaca al-Quran, sentiasa mengingatkan antara satu dengan lain tentang kebaikan dan larangannya. Basahkan lidah dengan ayat suci dan lembutkanlah hawa telinga dengan bacaan ayat suci mudah-mudahan ALLAH memberi kita hidayah yang sebenarnya.

Seperti biasa di bulan Ramadan, Karya Bestari mengambil berkah dan menyeru supaya membanyakkan membaca buku yang berguna dan membina diri serta berunsur keagamaan. Kurang-kurangkan bahan bacaan yang boleh mencacatkan pahala puasa  serta kurang berfaedah. Kami menyediakan bahan bacaan yang boleh memberikan ilmu bermanfaat dan membina diri supaya mentaati ALLAH dan meninggalkan perkara larangannya.... Nikmati pakej istimewa kami dengan hanya RM155.20 anda berpeluang  mendapatkan 11 buku yang boleh dijadikan bahan bacaan sepanjang bulan ramadan. Jadi langganlah bersama kami... 

Kaedah pembelian adalah.... Anda boleh printkan borang dan dapatkan pakej dan serahkan kepada kami butiran lengkap seperti nama penuh, alamat, no tel seperti yang tertera di borang langganan.