Wednesday, March 6, 2013

ALHAMDULILLAH KEJAYAAN DEMI KEJAYAAN SEMUANYA DATANG DARIPADA ALLAH SWT...

PRODUK KARYA BESTARI DAPAT SAMBUTAN
Selama 10 hari, telah berlangsung Ekspo Buku Islam 6 di kompleks Perbadanan Putrajaya bermula 22 Februari dan berakhir 3 Mac, baru-baru ini. Sepanjang ekspo berlangsung, buku-buku Karya Bestari antara yang mendapat sambutan positif pengunjung... Pembaca dilihat berpuas hati dengan pembelian melalui pakej jimat serta diskaun istimewa yang ditawarkan. Antara yang mencuri perhatian; pelancaran kad keahlian My Karangkraf, forum-forum yang dikendalikan para karyawan Karya Bestari dan sesi temu mesra bersama penulis-penulis buku BESTSELLER! Terima kasih kepada pengunjung yang sudi mendapatkan produk Karya Bestari sekali gus memeriahkan ekspo.

Barisan penulis Karya Bestari yang hadir pada hari terakhir pesta buku di Putrajaya.
Booth semakin sesak dengan pengunjung, alhamdulillah. Jom ke Ekspo Buku Islam 6, Putrajaya! Kunjungi booth Grup Buku Karangkraf dan dapatkan diskaun menarik sepanjang ekspo berlangsung! Baucar buku juga diterima! =)
Forum yang seronok di dengar. Pelbagai gaya penyampaian untuk setiap motivator menghujahkan hujahan. Selingan cerita ringkas yang tidak kering gusi mendengarnya. 

No comments: