TAJUK : BID’AH HASANAH : TOKOK TAMBAH AMALAN RASULULLAH
PENULIS : Mohd Yaakub bin Mohd Yunus
PENYUNTING : Ustaz Mohamad Khairi bin Nawawi
PENERBIT : Karya Bestari (Karangkraf)
MUKASURAT : 204
HARGA : Semenanjung Malaysia – RM10.00 Sabah / Sarawak – RM13.00
UNTUK MELANGGAN : Sila ke http://www.mallkarangkraf.com/ atau hubungi 03-51013888/019-7906628 (Raja Shah Faizal), 019-2557380(Wan Rohana).
Matlamat tidak menghalalkan cara. Begitulah ungkapan yang sesuai bagi menggambarkan haramnya perbuatan menokok tambah atau bid’ah dalam ibadah. Pengharaman ini jelas disebut dalam al-Qur’an, sunnah mahupun kitab-kitab ulama terdahulu. Hakikatnya Islam telah sempurna dan tidak perlu kepada tokok tambah. Bahkan perbuatan ini dapat memburukkan wajah Islam dek timbulnya percanggahan fakta dan amalan yang membebankan umat. Tambahan pula, ia menjadi punca perpecahan umat Islam.
Malangnya, terdapat pihak yang cuba menghalalkan tokok tambah dalam agama dengan menyatakan ia Bid’ah Hasanah. Alasan merela ialah: “Apa salahnya? Amalan ini baik dan ini ibadah, bukannya maksiat.” Mereka juga menggunakan kata-kata Imam al-Syafie dan ulama-ulama lain sebagai hujah menyokong kenyataan mereka.
Bolehkah kita melakukan tokok tambah dalam agama dengan alasan niat yang baik? Adakah benar para ulama khususnya mazhab Syafie membenarkan tokok tambah dalam ibadah? Segala kemusykilan serta salah faham berhubung dalil-dalil yang membolehkan bid’ah hasanah ini dikupas dan diolah di dalam buku ini dengan hujah yang jelas daripada al-Qur’an dan al-Sunnah.
Jangan lepaskan peluang keemasan membeli buku ini memandangkan banyak perkara kecil yang kita terlepas pandang. Jadikan amalan membaca untuk meningkatkan tingkat ilmu kita. Wallahualam...
1 comment:
Assalamualaikum Warahmatullah,
Memang betul, matlamat tidak menghalalkan cara. Tetapi hakikatnya ialah bukan semua benda yang baru termasuk dalam istilah bid'ah dhalalah.
Contohnya, azan kedua hari Jumaat yang dilaksanakan oleh Sayyidina Utsman. Tidakkah beliau melestarikan penambahan ini sebagai menyelesaikan pemasalahan penduduk Madina yang bertambah sehingga tidak kedengaran azan yang pertama ?
Adalah amat jelas bahawa ini adalah satu penambahan pada bab agama. Dan amatlah jelas bahawa penambahan ini tidak sedikit pun dilihat sebagai bid'ah oleh para sahabat lain yang hidup ketika itu.
Ini jelas menunjukkan bahawa pemahaman bid'ah oleh golongan yang mengelarkan diri mereka sebagai Salafi adalah silap.
Apa yang dilaksanakan oleh Sayyidina Utsman dan kemudiannya diiyakan oleh para Sahabat yang lain membuktikan bahawa mereka mempunyai pemahaman bid'ah yang tidak sama dengan golongan Salafi hari ini.
Persoalannya ialah - siapakah yang lebih arif tentang maksud bid'ah ? Dan siapakah yang harus kita ikut dalam pemahaman ini, para Sahabat kah atau Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab/Ibnu Taymiyyah/Bin Baz/Al-Utsaimin ?
Bagi mereka yang menyatakan bahawa semua yang baru dalam bab agama adalah bid'ah harus menjawab persoalan ini - dimanakah Sayyidina Utsman ? Di dalam syurga sebagaimana telah dijanjikan Allah atau di dalam neraka kalau menurut pemahaman bid'ah oleh golongan Salafi ?
Hakikatnya ialah Sayyidina Utsman telah menambah sesuatu dalam bab agama. Bukan sahaja azan dua kali tetapi juga dalam bab pengumpulan Al-Quran.
Dalam bahasa mudahnya, Sayyidina Utsman sudah membuat bid'ah.
Jadi persoalannya kepada golongan Salafi - dimanakah Sayyidina Utsman sekarang : di dalam syurga atau di dalam neraka jikalau semua yang baru adalah bid'ah yang sesat lagi menyesatkan ?
Post a Comment