Showing posts with label Nashkah Terbaru. Show all posts
Showing posts with label Nashkah Terbaru. Show all posts

Thursday, March 17, 2011

BAKAL TERBIT! DOA & TIP KELUARGA BAHAGIA

Buku Bakal Terbit!
Tajuk: Doa dan Tip Keluarga Bahagia
ISBN: 9789678603706
RM16.00 :: Sabah/Sarawak RM19.00

Syukur alhamdulillah! Sebuah lagi buku terbaru keluaran Karya Bestari akan memberi saingan dalam dunia buku untuk genre agama. Team KB merasakan buku yang amat cantik ini merupakan satu pakej istimewa dengan cover yang cantik dan garapan serta pengisian yang amat baik sesuai dijadikan panduan seisi keluarga. Dapatkannya di kedai dan juga di PESTA BUKU ANTRABANGSA nanti. Tunggu sehingga pengumuman di pasaran di uar-uarkan. Ayuh simpan duit untuk membeli buku kami dan banyak topik menarik yang harus dimiliki... Nukilan Jiwa Islami semestinya pilihan untuk masa hadapan... Hanya yang terbaik dari kami - Karya Bestari :)

SINOPSIS:
KEBAHAGIAAN sesebuah rumah tangga itu tidak datang bergolek. Ciptalah melalui cinta yang sejati untuk merasai bagaimana manisnya keharmonian itu. Amalkan sikap saling memberi dan menerima setiap kelebihan dan kekurangan pasangan kerana tiada satu makhluk pun yang diciptakan serba sempurna.


Mohonlah kepada-NYA agar kehidupan kita sentiasa dipayungi dengan nikmat sakinah, mawaddah dan rahmah. Ceriakanlah diri agar tidak mudah melatah dengan mainan hidup di dunia yang fana ini. Andai sesekali diuji, anggaplah bahawa cabaran itu adalah untuk memantapkan lagi iman kita. Jadikanlah hati kita hati yang sentiasa bersyukur, lidah yang berzikir dan akal yang berfikir.

DOA & TIP KELUARGA BAHAGIA ini amat sesuai sebagai pedoman agar hidup kita sentiasa diiringi doa, harapan dan kasih sayang. Lihatlah... betapa indahnya perjalanan kehidupan bulan yang sentiasa bertolak ansur dengan matahari. Pabila waktu malam sudah sampai penghujungnya, bulan seolah-olah memberi laluan untuk matahari keluar dari persembunyian. Begitulah perancangan dan ketetapan ALLAH yang sangat teratur dan penuh makna tersirat. Moga kita dapat mencontohinya; tenang membina kebahagiaan di dunia dalam landasan TUHAN, di akhirat pula mendapat ganjaran yang dijanjikan. Insya-ALLAH.

ANTARA KANDUNGAN MENARIK:
• Ayat-ayat Cinta
• Berdoalah Selalu
• Mencipta Bahagia
• Jaga Diri Hiasi Peribadi
• Tip Manja-manja Kucing
• Kenangi Saat-saat Indah
• Adab-adab Ketika Bersama
• Indahnya Keluarga Bersyariat
• Sketsa Kehidupan Buat Teladan
• Kenali Sikap Kita dan Pasangan

BAKAL TERBIT! MOHONLAH HANYA PADANYA

Buku Bakal Terbit!
Tajuk: Mohonlah Hanya Pada-NYA
ISBN: 9789678603690
RM14.00 :: Sabah/Sarawak RM17.00

Buku terbaru bakal terbit! hasil penulisan Dzul Karnain H,M & Mohd Dzul Fadhli memberi nafas redha kepada sesiapa yang membacanya... Sangat bagus menyedarkan kita tentang kelemahan diri. DIA mahu mendidik kita agar sentiasa membasahi bibir dengan zikrullah dan kembali merindui kasih sayang-NYA. Nukilan Jiwa Islami semestinya pilihan untuk masa hadapan... Hanya yang terbaik dari kami - Karya Bestari :)

SINOPSIS:
FITRAH manusia, kita adalah makhluk yang lemah. Kita tidak dapat menduga apa yang akan berlaku… hari ini mungkin sihat tetapi esok atau lusa, kita mungkin diuji dengan kesakitan. Sesungguhnya, sakit itu adalah satu daripada aturan kehidupan. Kita tidak mampu menjamin kesihatan berpanjangan kerana setiap denyut nafas kita berada di bawah kekuasaan-NYA. Orang yang tahu bersyukur akan merasai hikmahnya sakit dan redha meng-hadapi setiap dugaan dengan positif.

Sedarilah bahawa setiap kesakitan yang datang
adalah ibarat tarbiah daripada-NYA;
untuk menguji sejauh mana kesabaran kita sebagai hamba yang redha.
DIA turunkan sedikit musibah agar kita menganalisa apa yang telah dilakukan sepanjang dikurniakan kesihatan yang baik.
Berdoa adalah terapi terbaik bagi mengubati sesuatu penyakit. Berimanlah sepenuh hati kepada ALLAH S.W.T dan menerima bahawa sakit yang datang itu semakin mendekatkan diri kita kepada-NYA. Jadikanlah al-Quran sebagai penawar untuk terus berusaha. Bertawakallah dan yakin bahawa setiap sakit pasti ada ubatnya. Sesungguhnya, DIA tidak menurunkan penyakit melainkan DIA juga menurunkan ubatnya. Mohonlah hanya pada-NYA....

Antra Kandungan menarik; munajat Ramadan, pembunuh senyap, keajaiban terapi doa, pengamalan al-Ma'turat, riadah dan menangani tekanan, ayat-ayat syifa', senyuman perawat, hikmah yang tersirat, Al-quran dan selawat dan dengan izin ALLAH jua.

Wednesday, February 23, 2011

BANGKITLAH SELEPAS BERCERAI SIAP SEDIA BERADA DI PASARAN...

SAAT tangan dijabat, harapan suci terlukis di jiwa. Hati melakar impian indah hidup bahagia bersama ke akhir hayat. Saat doa diaminkan, kalbu terasa sayu. Tekad dipahat... syurga ini akan dipertahankan walau apa pun jua dugaan mendatang. Namun...
“Aku ceraikan kau dengan talak....” Jelas terngiang ucap lafaz itu.
Pedih!
“Ya... kami berpisah akhirnya...” Sayu, hiba dan kesal berbaur satu.
Sekelip mata, dunia bertukar gelap. Ada yang tersungkur, terjatuh atau terduduk. Lidah menjadi kelu secara tiba-tiba. Sesungguhnya, perceraian adalah satu hakikat yang amat menyedihkan dan terlalu getir untuk diterima.

Tapi... benarkah begitu keadaannya? Pernahkah terfikir yang perceraian itu sebenarnya merupakan satu peluang keemasan buat mereka untuk memperbaiki jati diri agar menjadi lebih baik pada masa hadapan? Pernahkah terlintas di minda bahawa perceraian itu sebenarnya membawa hikmah yang mereka gagal untuk memahaminya?

BANGKITLAH SELEPAS BERCERAI amat sesuai sebagai santapan jiwa buat mereka yang bercelaru akibat kecundang... sama ada diceraikan atau menceraikan. Ingatlah... perceraian itu bukanlah penamat segala kebahagiaan dan perampas kegembiraan yang selama ini pernah dikecapi bersama. Yakinlah... ALLAH itu Maha Mengetahui setiap perjalanan langkah hidup hamba-NYA. Pasti ada kesenangan menanti di setiap dugaan yang melanda.

ISI KANDUNGAN MENARIK
• Cari Ketenangan Diri
• Hidup Ini Penuh Ujian
• Perceraian Dalam Islam
• Mengapa Bercerai Muda?
• Anakku Disihir Orang!
• Anak dan Isteri Sebagai Amanah
• MasalahTidak Akan Pernah Hilang
• Hadapi Perceraian Dengan Hikmah
• Kita Bukan Phoenix yang Bangkit Dari Api!
• Perkahwinan Bukan Jaminan Kelangsungan Cinta

Antara sebahagian bab yang terkandung di dalam buku Bangkitlah selepas bercerai...

Untuk dapatkan buku atau mengedar buku tersebut anda boleh menghubungi Eksekutif pengedaran kami: Pantai Timur/ Central: Halim (019-2886263) & Raqib (013-6554415) Utara/ Central: Hanapi (019-2297371) & Saiful Azlan (012-3412411) Selatan/ Central: Azam (012-9897565) & Ibrahim (013-3330591) Mega Bookstores/ MPH, Kinokuniya, Boarders, Popular: Fadzli@Apai (019-6222839) Sabah, Sarawak & Luar Malaysia: Liza (03-55118820) E-mel untuk jadi pengedar buku: promogrupbuku@karangkraf.com. Editorial: Wan (019-2557380)


Wednesday, October 6, 2010

Dapatkan naskhah AKIDAH KITA NYAWA KITA di KLIBF 2011!!!

AKIDAH KITA NYAWA KITA
Penulis: Yussamir Yusof
• RM 16.00 • 320 halaman

Sinopsis

AL-MASIH ISA putera Maryam, seorang Rasul mulia utusan ALLAH untuk semua Bani Israel pada ketika itu. Ajaran baginda ditaati para hawariun, pembantu setia yang tidak pernah lelah berjuang mempertahankan tauhid pada Yang Esa. Paul hadir lalu mencorak citra baru ajaran baginda. Kristianiti muncul dan lakarannya pula tidak senada. Tapi ia mampu mencapai agenda, mencuri hati para pemujanya.

Islam datang lantas diterima warga dunia.
Katanya “ALLAH itu Esa, Isa itu kekasih-NYA.” Inilah yang diuar-uarkan saat Muhammad menjadi pesuruh-NYA. Dan ia akan terus berkumandang sehingga tibanya saat yang pasti…
Namun, jalan tauhid itu penuh cabaran. Diuji para hamba-NYA sebagai bukti tanda keimanan.

Sesungguhnya Islam sudah lama bertapak di sini. Kehadirannya tidaklah semudah yang disangka. Banyak cabaran yang dilalui hingga menggugat kedudukannya di tanah bertuah ini. Justeru, bagaimanakah cara terbaik untuk menghadapinya? Ingatlah... pertahankanlah akidah! Jangan ragu-ragu! Inilah satu-satunya harta yang kita ada! Bekalan saat bertemu dengan-NYA...


Antara Kandungan MenariKk:
  • Biografi Jesus Dalam Dua Agama Besar
  • Jesus Bukan Beragama Kristian
  • Hawariun yang Setia
  • Sejarah, Objektif & Pendekatan Kristianisasi
  • Mengapa Islam Menjadi Sasaran?
  • Isu Murtad di Malaysia
  • Isu Penggunaan Nama ALLAH
  • Memahami Makna Nama ALLAH
  • Sarjana Kristian Juga Menolak
  • Impak Negatif Perebutan Nama ALLAH
  • Muslim di Malaysia: Apa Tindakan Kita?

Sunday, June 13, 2010

WANITA BUTA UNDANG-UNDANG?

Setiap kita pasti mengharapkan yang terbaik dalam hidup ini. Namun, andai tiba-tiba dugaan menimpa, perlukah hanya berdiam diri dan menyerah kalah? Tidak! Sesungguhnya, Islam itu indah kerana setiap masalah pasti ada penyelesaian. Maka, setiap kita mesti lebih celik undang-undang tentang hak yang ada dan boleh dituntut. Dapatkanlah khidmat nasihat dalam bidang perundangan syariah agar kita yakin dengan apa jua keputusan yang dibuat.
Dari Kamar Syariah memuatkan pelbagai persoalan yang sering terjadi dalam kehidupan seharian. Kesemua 72 soalan dan jawapan amat sesuai untuk pelbagai peringkat umur memandangkan pengisiannya melibatkan hal-hal kekeluargaan.

'Berkata benarlah walaupun pahit!’ Ya... itulah matlamat buku ini... memberikan jawapan telus berdasarkan hukum yang termaktub dalam perundangan Islam. Setiap penerangan disampaikan sejelasnya bagi memastikan ketepatan huraian. Yakinlah bahawa setiap kita berhak memiliki apa yang sepatutnyamenjadi hak. Usah gusar untuk menuntut satu keadilan atas nama kebenaran!
Antara pengisian menarik: