Penulis: MOHD
SHAHRIZAL NASIR ISBN: 978-967-86-0390-4
Harga: RM16.00 Halaman: 288
"Mencari redha ILAHI itu
tidak mudah,tapi itulah ujian buat kita semua. Sebagai tanda kita ini
hamba-NYA, hati yang tunduk dan istiqamah itu perlu sepanjang masa. Hidup ini
juga tidak lama, akhirat sana menjadi kampung abadi buat kita. Sebelum menutup
mata, sempurnakanlah segala tuntutan agama agar kita diterima-NYA."
SYURGA
itu destinasi impian setiap insan yang punya nikmat tidak terhingga. Kenikmatan
ini tidak akan mampu dicapai indera… belum pernah dilihat dek mata, tidak
pernah didengar dek telinga dan tiada pernah terdetik dek fikiran sesiapa pun.
Indahnya syurga hanya layak untuk hamba yang menyerah diri pada-NYA.
Al-jannah itu kurniaan ILAHI
untuk para hamba-NYA yang beriman dan beramal soleh. Bersyukurlah jika hati
cenderung pada-NYA, namun itu bukanlah tiket untuk kita alpa. Godaan dunia
pasti menimpa… menarik kita agar lupa pada-NYA. Dan pada ketika itulah, kita
sebenarnya dihujani ujian sebagai bukti keimanan.
RENUNGAN BUAT PENCINTA SYURGA menggarap pelbagai persoalan
penting yang kita mungkin tanpa sengaja melupakannya. Selidiklah diri agar
sentiasa tetap pada jalan-NYA. Berusahalah… moga setiap amalan yang kita
lakukan, redha ALLAH jua menjadi jaminan ganjaran. Mudah-mudahan syurga itu
milik kita.
Antara Kandungan Menarik: •
Kepentingan Masa Dalam Islam •
Persiapan Diri Menanti Hari Kiamat •
Manfaatkan Peluang Sayyidul Ayyam •
Memuliakan Tetamu Undang Rahmat •
Martabat Guru Setanding Para Ulama •
Hijrah Didik Umat Atur Strategi Hidup •
Bertunang Bukan Lesen Hubungan Bebas •
Redha Ibu Bapa Jamin Keberkatan Hidup •
Malas Berfikir Punca Umat Islam Mundur • Tunai Hak al-Quran Tanggungjawab Semua
“Kita adalah hamba yang punya tanggungjawab untuk mengabdikan seluruh kehidupan kepada-NYA. Namun, ada ketika kita tersasar sehingga ada yang bertuhankan hawa nafsu. Sucikan hati, luruskanlah semula nurani agar pengabdian hidup kita benar-benar bertuhankan Yang Maha Esa. Maka, usah pernah lupakan-NYA kerana DIA sentiasa mengingati kita.”
KITA insan yang tidak sempurna. Tetapi, kita adalah makhluk yang istimewa. Akal fikiran yang dikurniakan mengangkat martabat diri melebihi makhluk lain. ALLAH S.W.T Maha Adil… dorongan nafsu yang berpaksikan as-syaitonirrajim menjadi kayu ukur darjat keimanan yang dimiliki. Andai pernah tersasar ke lorong hitam, masih ada ‘pusingan U’ demi sebuah tekad untuk berubah.
KITA TENGGELAM DALAM NAFSU menampilkan gugusan pengalaman insan yang pernah melalui jalan kegelapan disebabkan kejahilan diri sendiri. Namun, ada janji-NYA terhadap golongan yang ingin kembali ke jalan keimanan. Ada juga ganjaran-NYA bagi yang mahu bertaubat. Semua itu menjadi lambang betapa DIA tidak pernah melupakan kita. Jadikanlah muhasabah diri yang disulami taubat seikhlas hati sebagai panduan menuju kebahagiaan yang hakiki.
RM 16.00 280 halaman ISBN 978-967-86-0389-8 "Perkongsian dua jiwa, dua hati dan dua fitrah berbeza menyebabkan mudahnya terjadi konflik dan salah sangka. Sewaktu kita sakit hati dengan tindakan pasangan, sedarilah...mungkin juga kita banyak menyakitkan hatinya. Bersihkanlah hati, mudah-mudahan segala yang mengiringi perjalanan hidup akan lebih indah dan positif. Yakinlah… kita mampu mencipta masa hadapan yang bahagia tetapi kebahagiaan yang paling hakiki adalah dalam redha ILAHI..."
SETIAP kita inginkan hidup yang bahagia. Kasih sayang adalah fitrah yang wujud dalam diri; kitalah pemegang kunci sama ada untuk menyuburkannya ataupun menguburkannya. Mengenali fitrah diri menjadikan kita insan sebenar, memahami fitrah diri memandu kita kepada kebahagiaan dan menghayati fitrah diri mengajar kita menjadi lebih matang dengan ujian ILAHI.
Melayari hidup bersama adalah suatu perkongsian dua jiwa, dua hati dan dua fitrah berbeza.Kita berkomunikasi dengan manusia, bukannya robot yang boleh dibaiki atau diganti apabila tidak menepati kehendak diri. Berhentilah bermimpi untuk memiliki pasangan yang sempurna dan memenuhi segala keinginan kita sedangkan kita sendiri tidak mampu menjadi sempurna dan memenuhi setiap impian pasangan.
TAKLUKI HATI PASANGAN membawa kita begitu dekat dengan setiap masalah yang dikupas dan menyedarkan kita betapa rahsia penyelesainnya ada pada diri kita. Apabila rahsia tersingkap, matlamat bahagia yang dicari dapat diraih. Jadilah pasangan yang bijak menyelesaikan masalah, bukannya sentiasa menimbulkan masalah. Kenali, fahami dan tawanlah hati pasangan kerana itulah resipi keserasian hubungan.
ANTARA KANDUNGAN MENARIK:
• Elaklah Jadi Derhaka • Bahagia Itu Milik Kita • Beramal dan Berdoalah • Sayang, Hormatlah Sikit • Abang, Romantiklah Sikit • Pilihlah Jalan Kebahagiaan • Air Bah, Pantai Kan Berubah • Pengaruhi Minda, Takluki Hati • Hargai Fitrah Hubungan Indah • Bahagia @ Derita, Kunci di Tangan Kita
Tahniah buat Ruhana Zaki selepas cemerlang dalam penulisannya Kerana-MU Aku Berubah kini lahir pula hasil karya terbaru yang bertajuk KAU Hadir Dalam Munajatku. Memang sentuhannya kali ini lebih menyengat dengan bahasanya dan juga kandungan yang ingin disampaikan. Motivasi Islamik yang mula mendapat tempat pembaca bagi siri Kauthar ini memang tidak disangkal lagi dengan kehadiran banyak buku diterbitkan oleh Karya Bestari. Syukur Alhamdulillah banyak judul kami telah diulang cetak dan kami merasakan ALLAH bersama kami dalam menyampaikan Ilmu-NYA... Moga ilmu yang disampaikan ini memberi syafaat dan juga mendapat rahmat serta perlindungan dari ALLAH. S.W.T...
Selesai sahaja buku ini disiapkan covernya cepat-cepat kami hantarkan kepada penulis. Memang Puan Ruhana Zaki sangat gembira dengan ketibaan cover ini di mukabuku/facebook. Seronoknya bukan kepalang membuatkan hati kami juga berbunga mekar. Sangat exited bila melihat rakan-rakan Puan Ruhana Zaki memberi komen positif dan berkongsi kegembiraan walaupun bukunya tidak lagi berada di pangkuannya. Buku ini masih dalam percetakan dan InsyaALLAH akan berada dipasaran pada penghujung Oktober 2011 ini.
Sedarilah... tanah yang dipijak ini
adalah milik ALLAH S.W.T
dan udara yang dihirup ini juga milik-NYA.
Andai pernah terlanjur membuat-NYA murka,
masih ada masa untuk membuka lembaran baru.
Andai terasa diri sudah sempurna,
teruskanlah amalan hingga ke hujung nyawa.
Semoga kalimah terakhir kita adalah laailaahaillallah...
Nikmatdunia sememangnya tidak akan habis dikejar. Biarlah dunia berlari. Sudah sampai masa kita berjalan dengan tenang untuk mengutip amalan yang tertinggal. Dan sudah sampai masa kita membuang debu-debu kotor yang melekat di badan agar tidak menjadi beban di Padang Mahsyar kelak.
Ketika menyiapkan bekalan, sudah semestinya kita memerlukan kehadiran TUHAN. Rasailah kasih sayang-NYA setiap kali kita melangkah. Tadahlah tangan, serahkanlah sepenuh hati kepada-NYA. Yakinlah... DIA pasti memperkenankan permintaan, melapangkan kesusahan dan menyembuhkan kedukaan.
KAU Hadir Dalam Munajatku mengajak kita mendambakan kehadiran ILAHIdalam segenap penjuru kehidupan. Pulanglah ke jalan TUHAN. Kembalilah kepada rahmat-NYA yang tiada tara itu. Buangkanlah semua keluhan dan runtuhkanlah apa jua jurang. Sujudlah pada-NYA, moga DIA memperkenankan jalan redha… moga kehadiran-NYA dapat dirasai dalam setiap munajat kita.
ANTARA PENGISIAN MENARIK:
Tika Hati Bertasbih
Bicara Hati dan Iman
Terbilang di Sisi TUHAN
Masaku Semakin Hampir
Alam Tidak Pernah Ingkar
Berbekallah Dengan Cukup
Setiap Sendi Benci Maksiat
Pulanglah Dengan Sejahtera
Penghujung Itulah Permulaan
Sebelum Jasad Dimamah Bumi
Sebarang pertanyaanHubungi: Zulia Zakaria - 03-51013649 untuk jualan di sekolah atau anjuran persatuan Hubungi: Rojana Md Nor - 019-2260713 untuk pertanyaan mengenai Karangkraf Mall E-mel untuk menjadi pengedar buku: promogrupbuku@karangkraf.commailto:promogrupbuku@karangkraf.comHubungi Eksekutif pengedaran ini sekiranya tidak terdapat buku-buku kami di kedai: Pantai Timur/ Central: Halim (019-2886263) & Raqib (013-6554415) Utara/ Central: Hanapi (019-2297371) & Saiful Azlan (012-3412411) Selatan/ Central: Azam (012-9897565) & Ibrahim (019-2766876) Mega Bookstores/ MPH, Kinokuniya, Boarders, Popular: Fadzli@Apai (019-6222839) Sabah, Sarawak & Luar Malaysia: 03-5101 3683/84 (Liza).
Buku yang akan dijangkakan akan menembusi pasaran dengan cemerlang dengan isu Kahwin Pada Usia Muda: Bahagia atau Derita? Sesuai dijadikan panduan dan dimiliki oleh setiap generasi muda dan juga bagi mereka yang sudah berkahwin. Banyak ilmu yang disampaikan oleh Fuad Hj. Sam yang boleh dijadikan panduan.
Wahai Ali, ada tiga perkara jangan ditunda-tunda; solat apabila telah tiba waktunya, jenazah apabila telah siap penguburannya, dan perempuan apabila telah datang laki-laki yang sepadan meminangnya.- HR Ahmad
“Mak, saya nak kahwin dengan Milah.”“Umur baru 20 dah nak kahwin?Boleh ke kau tanggung dia?” “Saya boleh kerja. Ulat dalam batu pun boleh hidup!”
Lumrah kehidupan... ada yang mahu berkahwin awal kerana ingin menghalalkan yang haram. Namun, tujuan itu tidak akan diam tanpa cubaan. Pun begitu umur bukanlah persoalannya, tetapi persediaan dari aspek tanggungjawab dan cabaran alam rumah tangga perlu diutamakan.
Maka, untuk memastikan hierarki kasih sayang dalam rumah tangga dapat dibina dengan sempurna, diri sendiri harus di’islah’ terlebih dahulu. Jadikan titipan al-Quran dan sunah sebagai panduan agar perkahwinan berpaksikan Islam bukannya nafsu semata-mata.
KAHWIN PADA USIA MUDA: BAHAGIA ATAU DERITA? Sebuah perkongsian realiti yang diselitkan sketsa kehidupan rumah tangga. Hayatilah… mudah-mudahan panduan ini membantu kita membina keluarga bahagia.
Antara Kandungan menarik: Kahwin Awal vs Kahwin LambatMampukah Saya Berkahwin Awal? Perkahwinan dan Rezeki Agar Kahwin Awal Bahagia Kahwin: Ikut Adat Atau Agama Memilih Pasangan Ideal Tanggungjawab Suami dan Isteri Perkahwinan Dalam Islam Khutbah Nikah Doa Kebahagiaan
Untuk mendapatkan buku kahwin diusia muda ini boleh didapati di Plaza Angsana Johor Baru. Penulisnyapun ada.. Hanya 150 naskah sahaja untuk kami bawa di sana. Siap cepat dia dapat... RM 18.00 sahaja. Ayuh dapatkan buku terbaru ini dengan segre. Anda juga boleh memilikinya melalui pesanan pos. Atau untuk keterangan lanjut boleh menghubungi: Zulia Zakaria - 03-51013649 untuk jualan di sekolah atau anjuran persatuan Hubungi: Rojana Md Nor - 019-2260713 untuk pertanyaan mengenai Karangkraf Mall E-mel untuk menjadi pengedar buku: promogrupbuku@karangkraf.commailto:promogrupbuku@karangkraf.comHubungi Eksekutif pengedaran ini sekiranya tidak terdapat buku-buku kami di kedai: Pantai Timur/ Central: Halim (019-2886263) & Raqib (013-6554415) Utara/ Central: Hanapi (019-2297371) & Saiful Azlan (012-3412411) Selatan/ Central: Azam (012-9897565) & Ibrahim (019-2766876) Mega Bookstores/ MPH, Kinokuniya, Boarders, Popular: Fadzli@Apai (019-6222839) Sabah, Sarawak & Luar Malaysia: 03-5101 3683/84 (Liza). Editorial: Wan Rohana: 019-2557380
JUDUL: AJARKAN AKU WAHAI IBU HARGA: RM11.00 PENULIS: DR MALINA OSMAN ISBN: 978-967-86-0375-1
Kasihnya ibu membawa ke syurga. Berkorban nyawa tanda kasih. Kasihnya ayah tak sanggup berpisah. Berkorban raga rela binasa.
Aduhai ibu…. kasihnya pada kita tiada noktah. Jasanya tidak terhitung, pengorbanannya tidak terbalas. Doa dan kasihnya bagai selimut yang membaluti tubuh. Pelukannya umpama angin yang mendinginkan. Betapa lembutnya teguran diberi kala kita hanyut dalam kelalaian. Namun, alangkah hiba hati kecil mereka andai terguris dek kedegilan yang kita pamerkan.
Dalam keseronokan mengejar duniawi, hadirnya insan rabbani ini membawa peringatan agar kita tidak terus terleka diulit mimpi. Bicaranya tersembunyi sejuta hikmah menuntun kita ke jalan bahagia. Halangnya bukan membantah. Nasihatnya untuk kebaikan. Beruntunglah siapa yang mendengar, rugilah mereka yang ingkar. Ajarkan Aku Wahai Ibu… membawa kita menyelami hati seorang ummi yang membawa mutiara nasihat tidak ternilai buat anakanda tercinta. Fahamilah apa yang diucap. Hayatilah setiap bait yang tercatat. Pasti akan ketemu sesuatu yang bererti buat bekalan di kemudian hari. Percayalah… redha Rabbul Jalil terletak pada redhanya. Lalu, terimalah ia sebagai hadiah daripada seorang ummi yang menyayangi kita….
Adakalanya aku buta dalam cahaya... Adakalanya aku kabur dalam sinar... Adakalanya aku lalai dalam senang... Lalu, ajarkan aku wahai ibu. Kerana... redhamu adalah syurga buatku...
Ajarkan AKU WAHAI IBU SESUAI untuk bacaan ibu dan anak...
100 PESANAN TERAKHIR RASULULLAH Mohd Nasruddin Dasuki RM18.00 416 Halaman ISBN: 978-967-86-0378-2
Syukur Alhamdulillah... Buku 100 Pesanan Rasulullah sudah memasuki kilang. Naskhah semakan editor telah pun berada di tangan Editor dan designer untuk melihat hasil kerja dan kami amat berpuas hati dengan pencetak kami. Tahniah! sangat kemas dan TEAM KB tidak sabar untuk uarkan kepada pembaca. Moga hasil karya Mohd Dasruddin Dasuki ini membuka mata kita tentang pentingnya 100 Pesanan Terakhir Rasulullah itu.
SINOPSIS:
Kehidupan ini sememangnya memiliki rahsia yang tersembunyi. Adakala, apa yang kita harapkan tidak menjadi, sebaliknya apa yang tidak diminta, kita memperolehinya. Usah cepat berputus asa dengan rahmat ILAHI dan terus menghukum bahawa doa kita tidak diperkenankan.
Teruskanlah memohon di samping merenung ke dalam diri apakah yang telah ALLAH limpahkan kepada kita. Sejujurnya, jika hendak dicatatkan, sudah tentu tinta seluas air lautan yang digunakan tidak mencukupi. Ini menggambarkan betapa tidak terhitung nikmat-NYA. Maka, untuk kesejahteraan di dunia dan akhirat, kita perlu sentiasa mengingati pesanan Rasulullah s.a.w agar tidak lalai dengan tipu daya nikmat dunia. Meskipun Rasulullah s.a.w telah meninggalkan kita namun titipannya iaitu al-Quran dan sunah tetap dijadikan panduan. 100 PESANAN TERAKHIR RASULULLAH ini bisa menggetarkan setangkai hati kita andai ada pesanan ini jauh daripada jangkauan apa yang dilaksanakan. Jadikanlah peringatan ini sebagai kayu ukur amalan kita. Moga ada kebaikan yang dapat dikongsi bersama. Insya-ALLAH.
Alhamdulillah, hari Jumaat yang mulia ini terus terisi dengan pelbagai program yang memanfaatkan semua pengunjung Pesta Buku.
Dalam kesibukan berceramah, Ustaz Daud sempat meluangkan masa bertemu para peminat dengan buah tangan terbarunya, `TUHAN... Terimalah Aku. Buku yang memuatkan himpunan kisah benar yang terjadi di Tanah Suci ini adalah kompilasi majalah Mingguan Wanita.
Buku terbaru ini hanya boleh didapati di Pesta Buku Antarabangsa KL. Jom... luangkan masa untuk bersama kami di Karangkraf Mall, Dewan Tun Ismail, PWTC. Hanya tinggal dua hari sahaja lagi sebelum Pesta Buku melabuhkan tirainya pada jam 9.00 malam, 1 Mei 2011.
BUKU: BICARALAH ATAS NAMA KASIH HARGA: RM 17.00MUKA SURAT: 344 TERBITAN: GRUP BUKU KARANGKRAF (KARYA BESTARI) ISBN: 978-967-86-0357-7
"BICARALAH ATAS NAMA KASIH"
KEBAHAGIAAN... menjadi impian setiap insan lebih-lebih lagi dalam melayari bahtera cinta. Kehadiran suami dan permata hati umpama magnet yang me¬lengkap¬kan lagi hari-hari dilalui, seterusnya menjadikan hidup dibasahi cinta. Pastinya bukan hanya cinta yang dicari, tetapi titis keredhaan ILAHI.
`Jangan salah didik, jangan silap asuh. Kelak murka ALLAH tak mampu kita tempuh!’ Itulah lakaran warna-warni kehidupan yang digarap oleh seorang 'ummi' dengan sokongan suami tercinta, USTAZ ZAHARUDDIN ABD RAHMAN. Pengisiannya adalah untuk mencari kebaikan, saling berusaha mencari kesempurnaan, moga akan terlahirlah mukmin sejati, meraih cinta dan kasih ILAHI.
Antara yang menarik: • Muhasabah Cinta • Anugerah Hidayah • Surat Cinta, Suara Cinta • Engkau Terbaik Untukku • Qurratu’ayun... Ayat Cinta Kami - Seharum Kasihmu - Antara Dua Cinta - Pengalaman Iman - Dari Bicara, hadir percaya - Menyemai Kasih Menyubur sayang
INGIN MILIKI BUKU INI?
1. Anda boleh membuat bayaran secara bank in – bayar (RM17.00 – Harga buku) + (Kos pos RM4 senaskhah) terus ke akaun Grup Buku Karangkraf Sdn. Bhd. (MBB 014 271 416 077). Kemudian fakskan slip bank(nyatakan nama, alamat, no. tel, dan akaun alaf (jika ada). No Faks: 03-55113817.
2. Membuat kiriman wang pos / cek kepada kami berjumlah (RM17.00 – Harga buku) + (Kos pos RM4 senaskhah). Atas nama Grup Buku Karangkraf Sdn. Bhd. Kirimkan nama, alamat, emel, pekerjaan, tel, no. kad pengenalan.
Di sebalik kesibukan kita mengejar duniawi, usah sesekali lupa pada insan yang paling berjasa dalam sejarah hidup kita. Setitis kesedihan ayah ibu yang tumpah kerana kita, berberapa langkah sudah terjarak kita daripada redha dan syurga-NYA. Kasihmu Semerbak Firdausi mengajak kita menghayati betapa sucinya kasih ayah dan ibu. Hargailah mereka ketika denyut masih dipinjam-NYA dan teruslah berbakti meskipun jasad mereka sudah reput di mamah bumi...
Hati adalah milik ALLAH dan diamanahkan buat kita. DIA akan memberi cahaya kepada hati jika kita memeliharanya. Hati perlu sentiasa digilap agar bersih dan bercahaya. Andai kita cetek ilmu, maka belajarlah!
Karya Dr. Ridzwan Bakar ini membahaskan: * Mengetuk pintu hati kita agar sentiasa online dengan-NYA * Menekankan peranan Kaabah dalam pengurusan diri * Menjiwai kasih ayah, ibu dan menghargai erti pengorbanan * Menghayati kekuatan dan pengaruh doa di dalam kehidupan * Memacu kejayaan ke puncak tertinggi dan mengupas faktor suksess
Penulis: Dr. Ridzwan Bakar Harga: RM15.00 (SM) / RM18.00 (SS) Muka surat: 302
RAIHLAH BAHAGIA melatih kita menjadi kaunselor kepada diri sendiri dan seterusnya mampu memperbaiki corak kehidupan seharian. Persembahannya dipadatkan dengan aktiviti yang boleh memantapkan lagi pemahaman tentang konsep bahagia.
Siti Marziah Zakaria, memanfaatkan pengalaman sebagai pegawai psikologi untuk bersama-sama kita menyelusuri jalan menuju bahagia. Setiap persoalan disentuh daripada perspektif psikologi dan Islam, juga amalan yang boleh mendekatkan ke arah kebahagiaan dunia dan akhirat.
Antara yang menarik:
Pengertian Bahagia
Ciri-Ciri Insan Bahagia
Tips Meraih Bahagia
Halangan-Halangan Bahagia
Jejakilah Rahsia Kebahagiaan
Waspada dengan Sikap Sendiri
Nikmati Anugerah Kehidupan
Amalan untuk Ketenangan Jiwa
Jadilah Pasangan yang Bahagia
Ciptalah Keluargaku Syurgaku
Aktiviti Pemantapan
Kajian Kes
Yakinlah... DIA yang Maha Pengasih sentiasa mendengar permintaan setiap hamba-NYA
Menjadi insan cemerlang dan diredhai ALLAH adalah impian setiap muslim. Namun, ia tidak mudah dicapai jika kita kekurangan istiqamah dan semangat yang jitu. Justeru, Untukmu Umat diterbitkan sebagai panduan buat setiap individu untuk menuju ke arah kehidupan yang diredhai-NYA.
Misi buku ini adalah untuk memberikan kita rasa bahagia, seakan 'syurga' sebagaimana ungkapan 'rumahku syurgaku.' Justeru, hujah Dr. Tuah Iskandar al-Haj di dalam karya ini adalah berpaksikan pendirian suci ini apabila mengetengahkan persoalan untuk mencipta syurga di hati. Sesungguhnya syurga di hati mampu dibentuk bergantung pada kesediaan hati itu sendiri...
Penulis: Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj Harga: RM15.00 (SM) / RM18.00 (SS) Muka surat: 320