Showing posts with label PENGUMUMAN. Show all posts
Showing posts with label PENGUMUMAN. Show all posts

Monday, January 2, 2012

FUAD HJ. SAM maju bersama Karya Bestari

Dapatkan ketiga-tiga buku Fuad Hj. Sam. Yang terbaru adalah buku KAHWIN PADA USIA MUDA yang telah pun diulang cetak. Syukur alhamdulillah mmoga En. Fuad akan sukses di dunia dan di akhirat.

Monday, December 19, 2011

BUKU KAHWIN PADA USIA MUDA BERADA DALAM CETAKAN KE DUA... TAHNIAH BUAT FUAD HJ. SAM

Syukur Alhamdulillah baru sahaja sebulan lebih buku KAHWIN PADA USIA MUDA sudah memasuki cetakan ke dua. Ada yang menarik pada kandungan buku ini. Pengisiannya meleraikan kemusykilan kita sama ada kahwin usia muda lebih baik atau sebaliknya. Penuh dengan tips dan motivasi agar kesempurnaan yang di cari di capai pada tingkat tertinggi. Boleh dimiliki di kedai buku dan juga di Karnival Karangkraf 27-29 Jan 2012 nanti.... Tahniah buat Fuad Hj. Sam kerana berjaya menghasilkan karya yang bermutu.

Wednesday, November 30, 2011

ESOK FIESTA BUKU GRUP BUKU KARANGKRAF. DATANGLAH BERAMAI-RAMAI MENIKMATI DISKAUN BUKU SEHINGGA 70%.

Jom sahabat dan semua pembaca tegar atau baru, kami menjemput anda bersama-sama menikmati diskaun buku dari 25% sehingga 70% di perkarangan Kompleks Kumpulan Media Karangkraf. Fiesta yang diadakan selama 3 hari ini bermula dai jam 9 pagi sehingga 6 petang, Jumaat sampai hari Ahad. Banyak buku terbaru yang akan dijual di fiesta buku ini dan fresh dari kilang. Antaranya Menerokai Kegemilangan Saintis Islam juga boleh diperolehi, Kahwin Pada Usia Muda, Kau Hadir Dalam Munajatku, Soalan Bocor Dari Kubur dan 100 Pesanan Terakhir Rasulullah yang baru sahaja mendapat title Best Seller!. Bagi penggemar buku siri ad-deen kami ada penulisan Mohd Fikri Che Hussain - AWAS! Ancaman Orientalis Terhadap Kita.

Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Jom memeriahkan Fiesta Buku Grup Buku Karangkraf kerana bukan sahaja buku agama Karya Bestari sahaja yang ada malah kami bersama dengan brand Alaf 21 dengan buku hotnya OMBAK RINDU yang sedang ditayangkan di pawagam, juga buku kanak-kanak, resipi, kraf, umum dan buku prima. Bacalah...

Thursday, August 25, 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITI DARI TEAM KARYA BESTARI

Sempena Hari Raya Aidilfitri TEAM KARYA BESTARI mengambil kesempatan memohon kemaafan andainya berlakunya kesilapan dari kami sepanjang berurusan. Pesanan buat pembaca diluar sana agar pandu berhati-hati di luar sana. Gembiralah berpada-pada agar yang terluka tidak berasa disisihkan. Hari ini hari gembira mungkin esok hari kita berduka... Gembiralah seadanya ingatlah pada yang tiada. Jaga kesihatan, jaga tingkah laku dan jangan lupakan orang yang tersayang terutama ibu-bapa yang telah meniti di usia senja. Jagalah mereka sebagaimana mereka menjaga kita dari sebesar ibu jari sehingga kita dewasa seperti sekarang. Tanpa mereka, tanpa keringat mereka, tanpa cintanya kepada kita maka kita tidak wujud di atas muka bumi ALLAH ini. Buatlah sesuatu atas dasar cinta kepada ALLAH agar kita tidak rasa terbeban dan tidak membebankan. Keikhlasan yang lahir dari ketulusan hati akan diberkati ALLAH Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyanyang. Akhir kata Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir & Batin dari KARYA BESTARI...
Editor Kanan kami, Kak Wan katanya balik ke Johor tahun ni. Sempat berpesan kepada kami agar pandu berhati-hati.
Faizal selaku Junior Art Director bahagian Grafik balik ke Melaka. Seronok berhari raya dengan 17 orang anak buah. Keluarga besarlah katakan...
Yat, satu-satunya gadis dari cik Siti Wan Kembang, Negeri Kelantan sudah pun pulang ke Kelantan lebih awal. Takut jem ya...
Kak Ros tahun ni beraya di Bangi dan Termeloh, Pahang. Selamat bersalin ya Kak Ros... Doa-doalah file kerja tu tak error... supaya tenang bersalin nanti... Moga Kak Ros selamat bersalin dan sihat. Amin...
Amal Hayati selembut namanya balik ke Utara, Kedah. Selamat pulang dan berhati-hati balik ke utara tu sebab jauh perjalanannya. Tanya tentang persiapan, katanya sederhana sahaja. Namun, meriah dengan kuih raya. Huhuhu...
Azhar pula tahun ni tahun pertama menjadi suami orang. Katanya tahun ini beraya di banting dan klang sahaja. Dekat sahaja... Senang katanya. Tidak sampai beberapa jam boleh berada di tempat yang berlainan. "Siaplah duit raya Azhar... Dah ada dua bapa, dua emak dan bertambah anak buah dari sebelah Azhar dan dari sebelah isterinya..." Huhuhu...
Nadirah, satu-satunya pereka grafik wanita di Karya Bestari. Dira beraya di Kuala Nerang, Kedah. Awal juga balik beraya. Katanya hatinya sudah berada di sana bertemu insan tersayang ibu dan bapa serta adik beradiknya...

Wednesday, August 17, 2011

BEST SELLER! TAHNIAH KEPADA PENULIS YANG BERUSAHA KERAS....

Tahniah kepada penulis buku tersebut kerana buku ini baru sahaja dalam cetakan dan terus mendapat pengiktirafan BEST SELLER! dan sekarang dalam cetakan kedua. Syukur Alhamdulillah... ALLAH sahaja kami panjatkan rasa syukur. Mudah-mudahan ilmu ALLAH ini tersebar luas demi mencapai hasrat kami menjadikan masyarakat Malaysia yang membaca dan celik ilmu agama. Amin....
Belajar TAJWID Dengan Berkesan - Berharga RM19.90 oleh Muhammad Nazir Mohamed Khalid.
Merupakan manual ringkas mempelajari hukum bacaaan al-Quran dengan mudah. Bermula dengan pengenalan huruf, hinggalah kepada pecahan hukum tajwid yang lima dan seterusnya. Teknik penyampaian mudah difahami. Buku ini penuh warna warni.
Rinduku Pada BAITULLAH - Berharga RM16.00 oleh Dr. Ridzuan Bakar.
Yakinlah bahawa ALLAh tidak pernah lupakan kita. Ayuh kuatkan tekad untuk ke rumah-NYA, Baitullah al-Haram. Rasailah kemanisan dan ketenangan berada di bumi Raudhah ini. Panduan ringkas mengurusan diri jemaah haji dan umrah.


Menyelami Pengurusan UMAR ABDUL AZIZ - Berharga RM15.00 oleh Prof. Madya Rasid Muhamad.
Bukan harta yang dicari. Bukan juga kekuasaan yang mahu digenggami. Meski terhampar kemilau duniawi, ALLAH jua tetap di hati. Redha ALLAh digali walau durimemenuhi jalan yang dilangkahi. lalu, pentadbiran dipimpin sepenuh hati meskipun gusar menguasai diri. Dialah UMAR ABDUL AZIZ... insan istimewa... pemimpin idola sepanjang zaman.

TUHAN Terimalah Aku... Berharga RM16.00 oleh Dato' Hj. Md. Daud Che' Ngah.
Himpunan kisah benar yang terjadi di tanah Suci untuk iktibar bersama. Jadikanlah cerita yang baik sebagai teladan dan cerita ddnegatif sebagai panduan agar terhindar daripada melakukan sebarang ketelanjuran kata-kata dan perbuatan.
Belailah Kalbu - Berharga RM19.90 oleh Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj.
Damaikanlah jiwa agar lunak menerima apa jua halangan. Bersihkanlah hati agar dapat menerima cabaran dengan tenang. Yakinlah... ketentun-NYA telah sedia tersimpan jauh lebih dahulu daripada kewujudan kita. Moga kesulitan bukan lagi penghalang bahagia!

Tuesday, August 9, 2011

SELAMAT PAGI MALAYSIA BERSAMA USTAZ HAMIZUL ABDUL HAMID DI TV 1

Jom rakan kita saksikan Ustaz Hamizul berdiskusi tentang Zakat Terapi Kekayaan.

Tuesday, July 26, 2011

RAMADAN AL-MUBARAK - Bulan Penyucian Jiwa

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Telah tiba kepada kamu bulan Ramadan iaitu bulan yang penuh keberkatan. ALLAH telah mewajibkan kepada kamu agar berpuasa pada bulan itu.” - HR Ahmad

Alhamdulillah… syukur ke hadrat ALLAH S.W.T dengan limpah dan rahmat-NYA, dapat kita bertemu dengan Ramadan 1432H. Saban lama kita merindui bulan mulia ini, akhirnya… Ahlan wa sahlan Ya Ramadan!

Sesungguhnya, ALLAH S.W.T telah memuliakan bulan Ramadan dengan pelbagai keistimewaan berbanding bulan-bulan yang lain. Antaranya disyariatkan berpuasa seperti yang dituntut dalam rukun Islam, diturunkan al-Quran kepada Rasulullah s.a.w, terdapat malam lailatulqadar yang lebih mulia daripada 1000 bulan, pintu syurga terbuka luas, pintu neraka tertutup rapat juga dirantaikan semua jin dan syaitan.

Mengapa perlu dibiarkan Ramadan berlalu begitu sahaja tanpa kita berlumba-lumba untuk meningkatkan amal ibadat? Ketahuilah bahawa setiap perintah yang ditaati, kita akan memperolehi ganjaran yang berlipat ganda daripada-NYA. Tambahan pula, pintu rahmat yang terbuka luas turut memberi kesempatan kepada kita untuk bertaubat memohon keampunan di atas segala kekhilafan diri.

Selain itu, ibadat puasa yang dijalani memberikan kita peluang untuk membentuk peribadi muslim yang cemerlang sama ada dari segi pengisian rohani mahupun kesihatan fizikal. Kita bukan hanya menahan lapar dan dahaga, tetapi mengawal diri daripada melakukan perkara yang ditegah oleh syariat Islam. Selama sebulan kita berpuasa umpama berada di dalam sebuah latihan demi meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada ALLAH S.W.T. Firman-NYA yang bermaksud:

“Wahai orang yang beriman, kamu semua diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan kepada orang yang terdahulu daripada kamu agar kamu bertakwa.” - Surah al-Baqarah: 183

Justeru itu, pihak Karya Bestari mengucapkan Selamat Menyambut Ramadan al-Mubarak 1432H. Sama-samalah kita memperbanyakkan amal ibadah seikhlas hati seolah-olah inilah Ramadan yang terakhir bagi kita. Jutaan kemaafandipohon di atas segala salah dan silap daripada kami. Sesungguhnya, tiada yang sempurna melainkan DIA yang Maha Esa.

Di samping mengerjakan amalan soleh, usah dibiarkan masa yang terluang berlalu begitu sahaja. Isilah dengan perkara yang bermanfaat seperti membaca buku-buku terbitan Karya Bestari. Insya-ALLAH, ilmu yang dikongsi dan disebar akan mendapat keberkatan daripada-NYA.

Wednesday, June 22, 2011

OBSES PADA BUKU? WAN ROHANA WAN ABDUL MANAF KE UDARA

Dengarkan orang kuar Karya Bestari Wan Rohana Wan Abdul manaf dalam program DARI HATI KE HATI pada petang ini jam 3.45 petang....

Thursday, June 9, 2011

KARANGKRAF MALL KINI DIBUKA UNTUK ORANG RAMAI. JOM SINGGAH...

Rasa amat bertuah dan seronok apabila melihat Karangkraf Mall dibina dan dibuka untuk staff dan keperluan orang ramai. Kedai buku yang terletak di bangunan Grup Media Karangkraf ini amat menarik, moden dan sesuai dijadikan ruang santai membawa anak-anak membaca sambil berlibur. TEAM KB tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama menyusun dan menghias buku-buku untuk tatapan peminat di luar sana. Jika ada kelapangan waktu singgahlah ke Karangkraf Mall kami. Sajian dari buku resipi, agama, novel, motivasi, umum, jahitan, selebriti kraf serta bacaan anak-anak kecil. Datang... jangan tak datang kerana anda mungkin berpeluang bersuai kenal bersama editor buku dan juga penulis di sini.
Karangkraf Mall ini dibuka dari jam 9.30 pagi sehingga jam 9.30 malam. Jika anda tidak berpeluang untuk membeli pada waktu bekerja anda boleh meluangkan masa di waktu sebelah malam. Diskaun 15 % diberikan kepada anda.
Kami juga memberi carta 10 terhangat bagi setiap kategori untuk panduan pembeli dan list terbaru buku di pasaran. Jangan malu janganlah segan kerana pegawai urusan kami akan melayan anda dengan sebaik mungkin. Jika anda masih tidak berkesempatan anda juga boleh membeli secara online dan layari http://mall.karangkraf.com/webshaper/store/viewCat.asp?catID=91

Wednesday, June 8, 2011

TAHNIAH BUAT PAHROL MOHD JUOI DAN NORLELA IBRAHIM


Syukur alhamdulillah ke hadrat ALLAH kerana buku Di Mana DIA Di Hatiku tulisan Pahrol Mohd Juoi dan Doa & Tip Keluarga Bahagia tulisan Norlela Ibrahim telah memasuki cetakan baru. Buku Di Mana DIA Di Hatiku telah memasuki cetakan ke-4 manakala Doa & Tip telah memasuki cetakan ke-2 dan penjualannya amat memberangsangkan. Tahniah buat ustaz dan ustazah berdua. Kami dari TEAM KB amat gembira kerana buku ini telah dilabelkan Best Seller! kerana penjualan buku di dalam ruang masa yang singkat.

Tuesday, April 19, 2011

Panas! Panas! Panas!

Kami di Karya Bestari amat teruja dengan kehadiran Pesta Buku Antarabangsa kali ini. Bertempat di Dewan Tun Dr. Ismail, PWTC, kami akan menghidangkan bahan ilmiah menarik yang merangkumi pelbagai genre untuk anda semua. Anda juga boleh memilih apa jua bahan ilmiah yang menepati citarasa anda - sama ada Raudhah untuk perkara berkaitan hukum, Kauthar untuk buku motivasi islami, Siri Soal Jawab bagi merungkai persoalan anda dan juga Ad-Deen bagi yang mahukan bahan ilmiah yang agak berat untuk tatapan minda.

Malah, kami juga bakal memberikan yang terbaik dengan menawarkan buku-buku terbaru terbitan kami. Antaranya:

  • Siri Soal Jawab Manisnya Iman oleh Mohd Yaakub Mohd Yunus
  • Siri Soal Jawab Belailah Kalbu oleh Dr. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
  • TUHAN... Terimalah Aku oleh Dato' Hj. Md Daud Che' Ngah
  • Rinduku Pada Baitullah oleh Dr. Ridzwan Bakar
  • Terima Kasih TUHAN Atas Cinta Ini oleh Zuhriah Mohamad Juoi
  • Doa dan Tip Keluarga Bahagia oleh Norlela Ibrahin
  • Belajar Tajwid dengan Berkesan oleh Muhammad Nazir Mohammed Khalid
  • Mohonlah Hanya Pada-NYA oleh Iskandar Dzul Karnain H.M dan Mohd Dzul Fadhil
  • Bangkitlah Selepas Bercerai oleh Ustaz Emran Ahmad

Anda juga boleh mendapatkan buku-buku lain di pesta buku antarabangsa ini. Diskaun menarik menanti setiap pembelian! Jangan lepaskan peluang ini... hanya yang terbaik dari Karya Bestari.

Jangan lupa 22 April sehingga 1 Mei dari jam 10 pagi sehingga 9 malam. Kami TEAM KB akan sama-sama berkampung disana melayan anda untuk membeli dan berkongsi pengalaman dan cerita di Dewan Tun Dr. Ismail. Banyak hadiah menarik menanti anda antara penaja kami untuk pembelian produk Karya Bestari ialah Jakel, Ariani, MPH Book Store, Intekma, Hotel Singgahsana dan banyak lagi... Jom membeli!

Monday, March 7, 2011

TAHNIAH KEPADA PENULIS KARYA BESTARI KERANA BUKU MEREKA DALAM CARTA REPRINT

Syukur Alhamdulillah dan rasa gembira yang tidak terhingga dengan limpah kurnianya maka buku-buku hasil karya mereka telah diulang cetak berdasarkan permintaan luar biasa dari pembaca diluar sana.
"Rasa terharu, tidak terkata, tergamam dan yang paling penting adalah syukur kepada ALLAH" kata Ustaz Noor Hisham apabila bukunya MENCARI REDHA-MU telah sampai kepada pembaca dan diulang cetak dalam masa yang singkat. Buku tersebut akan mendapat pengiktirafan dari K.B sebagai buku BEST SELLER!.

Tidak ketinggalan juga tahniah buat Dr. Rubiah K. Hamzah kerana bukunya juga RAWATLAH HATI mendapat pengiktirafan yang sama untuk cetakan ke tiga. Selain daripada itu buku NIKMATKAH MAKSIAT? hasil penulisan Drs. Hj. Hanafi Mohamed, MA & Hjh. Siti Zaimah Ab. Rahman turut mendapat sambutan dan sesuai dimiliki oleh segenap lapisan umur (cetakan ke dua). Manakala buku Merintis Kecemerlangan Islam oleh Prof Madya Rasid Muhamad disenaraikan dalam ulang cetak ke dua.

Apa-apapun tahniah buat anda semua dan TEAM KB mengucapkan rasa syukur kepada ALLAH s.w.t. Selamat membaca...

Tuesday, February 8, 2011

Salam Maulidulrasul 1432H.

Salam Maulidulrasul 1432H. Alhamdulilah dan Syukur dipanjatkan buat TUHANku yang satu...
Dan Buat kekasih tercinta, suri tauladan buat umat sekelian alam. kedatanganMU membawa tauladan buat diri kerdil ini. Moga rahmat dan sejahtera keatasMU wahai MUHAMMAD Solla wahualaihiwassalam beserta keluargaMU. Jom sahabat-sahabat ku yang dirahmati Allah. Mari kita raikan kelahiran agung ini di sepanjang bulan Rabiulawwal 1432H. Dan Perbanyakkan ikuti sunnahNYA. Moga perjuanganNYA membawa Islam tidak kita sia-siakan..
Sempena Maulidul rasul kali ini Team kami mempromosikan pakej istimewa untuk para pembaca untuk memiliki buku ini dengan tawaran harga istimewa. Murah dan berbaloi memilikinya dengan harga RM75.00 sahaja.

Tuesday, January 18, 2011

Monday, May 31, 2010

Promo DI MANA DIA DI HATIKU? di TV 1

Assalamualaikum...

Satu lagi berita baik kepada para pembaca nashkah Karya Bestari. Anda berpeluang untuk mendengar sendiri ulasan daripada Ustaz Pahrol Mohd Juoi berkenaan buku beliau, DI MANA DIA DI HATIKU?. Berikut adalah perinciannya:

Program: Selamat Pagi Malaysia (SPM) TV1
Waktu: 8.20 Pagi
Tarikh: 3 Jun 2010 / Khamis

Semoga perkongsian ilmu ini akan dapat memberi manfaat kepada kita semua. Jangan lupa yer...

Notis Perubahan- MENCARI PASANGAN HIDUP DI TV3

Assalamualaikum kepada semua....

Memandangkan terdapat perkara yang tidak dapat dielakkan, promo MENCARI PASANGAN HIDUP DI TV3 telah ditunda kepada tarikh baru seperti berikut:

Program: Malaysia Hari Ini (MHI)
Tarikh: 4 Jun 2010 / Jumaat

Masa: 7.45 pagi

Semoga kita mendapat manfaat daripada program tersebut. Sekian

Thursday, May 27, 2010

MENCARI PASANGAN HIDUP di TV3 - Ustaz Emran Ahmad

Assalamualaikum kepada semua...

Insya-ALLAH... jika tiada aral melintang, Ustaz Emran Ahmad akan muncul di TV3 bagi mempromosikan buku MENCARI PASANGAN HIDUP, terbitan Karya Bestari.

Program: Malaysia Hari Ini (MHI) , TV3
Waktu: 7.45 Pagi (anggaran waktu)
Tarikh: 31 Mei 2010 / Isnin

Saksikan kepetahan pendakwah bebas ini membicarakan topik menarik tentang alam pra rumahtangga. Pasti banyak manfaat yang boleh diambil dari kupasan yang akan dibuat nanti.
Jangan lupa yer saksikan program tersebut...