MERIAH BERSAMA Di Mana DIA di Hatiku di MPH
Anda mungkin pernah mendengar namanya mungkin juga pernah membaca tulisannya namun belum pernah berkesempatan bertemu dengannya...
Untuk itu... Khusus buat semua peminat Ustaz Pahrol Mohd Juoi yang telah mengenali,
mengikuti dan meminati setiap hasil penulisannya sama ada di buku, majalah atau blog...
Luangkanlah waktu untuk bertemu dengan motivator ini. Ambil gambar dengannya boleh, ambil tanda tangannya boleh dan beramah mesra dengannya juga boleh. Anda dialu-alukan!

Alhamdulillah... berkat promosi yang diuar-uarkan, program `Temu Mesra’ anjuran MPH Bookstores dan Grup Buku Karangkraf ini berjaya mendapat sambutan peminat Ustaz Pahrol Mohd Juoi.
Program yang diadakan pada hari Ahad, 20 Februari 2011 dari jam 4.00 petang ini bertempat di Pulitzer Corner, MPH Bookstore, Mid Valley Megamall. Seawal jam 4.00 petang, telah pun sedia menanti peminat motivator berwajah tenang ini.
Berbekalkan naskhah Di Mana DIA di Hatiku, hadirin tidak melepaskan peluang beramah mesra dengannya. Selain mendapatkan tanda tangan dan bergambar bersama, masa selama hampir dua jam itu juga terisi dengan sesi soal jawab. Yang pasti, semakin banyak dijawab, semakin banyak pula ditanya. Maklumlah, siapa tidak teruja andai setiap pertanyaan dibalas dengan bahasa yang tersusun indah, lancar terlafaz ilmu yang disampaikan dan diiringi dengan senyuman kemesraan. Kupasan demi kupasan diberikan.
Salah satu isu yang menarik perhatian adalah soalan yang dikemukakan oleh Saudara Shahrul yang merupakan tenaga pengajar salah sebuah kolej swasta . Soalannya berkaitan tentang remaja dan pelajar dalam dunia globalisasil cara mengenali dan mencintaii ALLAH bagi menghasilkan pelajar yang berjaya di dunia dan akhirat. Selain itu, Ustaz Pahrol juga ditanya tentang bahan rujukannya dalam menghasilkan penulisan buku ini. Juga, turut ditanya tentang peranan pekerja yang hanya menjadikan wang sebagai pengubat masalah dan di mana letaknya ALLAH dalam melakukah ibadat kerja seharian.Ustaz Pahrol juga turut memberikan tips mendidik anak ketika berumur 1-7 tahun, 8 hingga 14 tahun dan seterusnya anak-anak di alam remaja. Cara penyampaian yang berhemah dan menarik ini berjaya meruntun perasaan hadirin apatah lagi setiap faktanya dikukuhkan dengan cara Nabi mendidik anak-anak menurut kaedah Islam. Malah, setiap patah katanya berjaya menggamit dan mencuit hati Faizal, A'an dan Dira (wakil Karya Bestari @Grupbuku Karangkraf ) yang bergabung tenaga menjayakan program tersebut.Meskipun Di Mana DIA di Hatiku ini telahpun setahun berada di pasaran, namun sokongan pembaca masih berterusan, Penyampaian kandungan yang disampaikan dalam bentuk santai ini bukan sahaja berjaya menambat hati golongan dewasa, malah anak-anak remaja juga turut jatuh hati dengan buku berkonsep motivasi islamik ini. Alhamdulillah...

Mengakhiri program yang berjaya mengeratkan ukhuwah di antara penulis dan peminat ini. Ustaz Pahrol sempat berpesan, “Orang yang cintakan ALLAH akan tenang dengan mengingati-NYA. Orang yang takutkan ALLAH pasti bergetar hati apabila mendengar ayat-ayat-NYA. Andai cinta dan takut ALLAH ada di hati, kita seolah-olah memiliki segala-galanya. Itulah kekayaan, ketenangan dan kebahagiaan yang hakiki dan abadi.”
LUAHAN RASA USTAZ PAHROL..
TUHAN...
dalam letih aku merintih
kelemahan dan kelalaianku
alpa dosa-dosaku
aku lemah tak berdaya
TUHAN...
dalam suka dan duka
tangis dan tawa
melimpahi rahmat dan nikmat-MU
lupa aku mengenang-MU
dalam sibuk dunia yang gawat
KAU lupa kuingat
TUHAN...
ampunilah hatiku yang pilu
tak endah bila menadah
akan kebesaran-MU
ingatkan daku
agar mengingat-MU
TUHAN...
bicara-MU tanpa suara
belaian-MU hanya rasa
KAU terlalu dekat
tanpa suara
namun cinta-MU ketara jua
- Pahrol Mohd Juoi
DI SEBALIK 1001 WAJAH...
“Saya bersyukur ke hadrat ILAHI kerana kini saya dapat melakukan apa yang menjadi minat saya sejak dulu... menulis! Syukurlah... anak kepada seorang yang buta huruf ini akhirnya dengan izin ALLAH boleh menulis untuk memperbaiki diri sendiri di samping mengingati insan lain. Alhamdulillah.” Mungkin itulah yang terdetik di hati seorang lelaki bernama Pahrol Mohd Juoi.
No comments:
Post a Comment