

Wednesday, February 23, 2011
TEMU MESRA PENULIS KARYA BESTARI - RUHANA ZAKI

BANGKITLAH SELEPAS BERCERAI SIAP SEDIA BERADA DI PASARAN...


“Aku ceraikan kau dengan talak....” Jelas terngiang ucap lafaz itu.Sekelip mata, dunia bertukar gelap. Ada yang tersungkur, terjatuh atau terduduk. Lidah menjadi kelu secara tiba-tiba. Sesungguhnya, perceraian adalah satu hakikat yang amat menyedihkan dan terlalu getir untuk diterima.
Pedih! “Ya... kami berpisah akhirnya...” Sayu, hiba dan kesal berbaur satu.
Tapi... benarkah begitu keadaannya? Pernahkah terfikir yang perceraian itu sebenarnya merupakan satu peluang keemasan buat mereka untuk memperbaiki jati diri agar menjadi lebih baik pada masa hadapan? Pernahkah terlintas di minda bahawa perceraian itu sebenarnya membawa hikmah yang mereka gagal untuk memahaminya?
BANGKITLAH SELEPAS BERCERAI amat sesuai sebagai santapan jiwa buat mereka yang bercelaru akibat kecundang... sama ada diceraikan atau menceraikan. Ingatlah... perceraian itu bukanlah penamat segala kebahagiaan dan perampas kegembiraan yang selama ini pernah dikecapi bersama. Yakinlah... ALLAH itu Maha Mengetahui setiap perjalanan langkah hidup hamba-NYA. Pasti ada kesenangan menanti di setiap dugaan yang melanda.
ISI KANDUNGAN MENARIK
• Cari Ketenangan Diri
• Hidup Ini Penuh Ujian
• Perceraian Dalam Islam
• Mengapa Bercerai Muda?
• Anakku Disihir Orang!
• Anak dan Isteri Sebagai Amanah
• MasalahTidak Akan Pernah Hilang
• Hadapi Perceraian Dengan Hikmah
• Kita Bukan Phoenix yang Bangkit Dari Api!
• Perkahwinan Bukan Jaminan Kelangsungan Cinta



Tuesday, February 22, 2011
FORUM BEBAS DARI BELENGGU BERJAYA MENDAPAT SAMBUTAN


Program yang berlangsung pada 20. 2. 2011, jam 9.00 pagi-12.00 tengah hari ini bertempat di auditorium utama, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Alhamdulillah…. program yang disertai oleh seramai 500 peserta ini mendapat sanbutan memberangsangkan.
Forum ini menampilkan tiga orang panelis, iaitu Dr. Azhar Sarip, penulis buku Bebas Dari Belenggu yang juga seorang motivator, Ustaz Saharom Abd. Aziz, editor Iluvislam terbitan Kumpulan Karangkraf dan Ustaz Hamid Jusoh, pensyarah Kuliah Undang-undang UIAM. Pengisian utama forum ini adalah membincangkan tentang betapa pentingnya kita mendekatkan diri pada-NYA agar mendapat ilham untuk keluar dari apa jua belenggu keresahan. Antara persoalan yang disentuh ialah cara kita berterima kasih kepada ALLAH, cara menangani masalah, manisnya memberi maaf, bagaimana untuk mencintai ALLAH dan kaedah meraih ketenangan jiwa.
Menurut Dr. Azhar, “Lawanlah dunia dengan akhirat. Maksudnya, andai kita diuji masalah, kembalilah pada ALLAH S.W.T kerana DIA Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kita. Ingatlah... masalah hanya persepsi dan kelihatan negatif kerana ia tidak selaras dengan keinginan kita. Renungkanlah ke dalam diri kerana di situ ada lubuk yang dipanggil kebijaksanaan. Tenangkanlah hati kerana jiwa akan lebih mantap hasil keyakinan yang jitu kepada-NYA. Ayuh! Bebaskan dirimu dari belenggu!”
Ya, itulah saranan motivator yang murah dengan senyuman dan kaya dengan ilmu ini. Apa yang lebih menarik lagi, masa tiga jam berlalu dengan begitu pantas sekali. Apa tidaknya, setiap soalan yang dilontarkan oleh moderator berjaya dijawab dengan begitu bernas oleh setiap ahli panel. Isu-isu yang dibincangkan berkait rapat dengan kehidupan seharian, hubungan dengan ALLAH juga sesama insan. Peserta program yang majoritinya adalah mahasiswa/i tampak begitu teruja dengan penyampaian berkesan yang disampaikan oleh ketiga-tiga ahli panel.
Alhamdulillah… program yang diakhiri dengan sesi soal jawab ini ternyata memberi impak positif dan berjaya memenuhi matlamat program. Apa yang menariknya, forum ini juga berjaya menarik minat peserta untuk memiliki buku Bebas Dari Belenggu setelah berakhirnya majlis tersebut. Harapan kami agar perkongsian ilmu ini dapat dimanfaatkan demi kebaikan bersama. Terima kasih daun keladi buat tenaga muda pihak Iluvislam. com (Imran Koyube, Wan Mohd Firdaus, Dzulhafidz Yahaya & the team) yang sudi mengundang kami dan menjadikan program forum ini sebagai aktiviti bulanan. Insya-ALLAH, jangan lupa kosongkan kalendar anda untuk bersama forum FEWWIT pada 20 Mac 2011 di UKM Bangi dengan topik `Di Mana DIA di Hatiku’.


Ya, itulah saranan motivator yang murah dengan senyuman dan kaya dengan ilmu ini. Apa yang lebih menarik lagi, masa tiga jam berlalu dengan begitu pantas sekali. Apa tidaknya, setiap soalan yang dilontarkan oleh moderator berjaya dijawab dengan begitu bernas oleh setiap ahli panel. Isu-isu yang dibincangkan berkait rapat dengan kehidupan seharian, hubungan dengan ALLAH juga sesama insan. Peserta program yang majoritinya adalah mahasiswa/i tampak begitu teruja dengan penyampaian berkesan yang disampaikan oleh ketiga-tiga ahli panel.

Monday, February 21, 2011
MERIAH BERSAMA : Di Mana DIA Di Hatiku di MPH, MidValley Bangsar.
MERIAH BERSAMA Di Mana DIA di Hatiku di MPH
Anda mungkin pernah mendengar namanya mungkin juga pernah membaca tulisannya namun belum pernah berkesempatan bertemu dengannya...
Untuk itu... Khusus buat semua peminat Ustaz Pahrol Mohd Juoi yang telah mengenali,
mengikuti dan meminati setiap hasil penulisannya sama ada di buku, majalah atau blog...
Luangkanlah waktu untuk bertemu dengan motivator ini. Ambil gambar dengannya boleh, ambil tanda tangannya boleh dan beramah mesra dengannya juga boleh. Anda dialu-alukan!
Untuk itu... Khusus buat semua peminat Ustaz Pahrol Mohd Juoi yang telah mengenali,
mengikuti dan meminati setiap hasil penulisannya sama ada di buku, majalah atau blog...
Luangkanlah waktu untuk bertemu dengan motivator ini. Ambil gambar dengannya boleh, ambil tanda tangannya boleh dan beramah mesra dengannya juga boleh. Anda dialu-alukan!
Alhamdulillah... berkat promosi yang diuar-uarkan, program `Temu Mesra’ anjuran MPH Bookstores dan Grup Buku Karangkraf ini berjaya mendapat sambutan peminat Ustaz Pahrol Mohd Juoi.
Program yang diadakan pada hari Ahad, 20 Februari 2011 dari jam 4.00 petang ini bertempat di Pulitzer Corner, MPH Bookstore, Mid Valley Megamall. Seawal jam 4.00 petang, telah pun sedia menanti peminat motivator berwajah tenang ini.

Salah satu isu yang menarik perhatian adalah soalan yang dikemukakan oleh Saudara Shahrul yang merupakan tenaga pengajar salah sebuah kolej swasta . Soalannya berkaitan tentang remaja dan pelajar dalam dunia globalisasil cara mengenali dan mencintaii ALLAH bagi menghasilkan pelajar yang berjaya di dunia dan akhirat. Selain itu, Ustaz Pahrol juga ditanya tentang bahan rujukannya dalam menghasilkan penulisan buku ini. Juga, turut ditanya tentang peranan pekerja yang hanya menjadikan wang sebagai pengubat masalah dan di mana letaknya ALLAH dalam melakukah ibadat kerja seharian.










LUAHAN RASA USTAZ PAHROL..
TUHAN...
dalam letih aku merintih
kelemahan dan kelalaianku
alpa dosa-dosaku
aku lemah tak berdaya
TUHAN...
dalam suka dan duka
tangis dan tawa
melimpahi rahmat dan nikmat-MU
lupa aku mengenang-MU
dalam sibuk dunia yang gawat
KAU lupa kuingat
TUHAN...
ampunilah hatiku yang pilu
tak endah bila menadah
akan kebesaran-MU
ingatkan daku
agar mengingat-MU
TUHAN...
bicara-MU tanpa suara
belaian-MU hanya rasa
KAU terlalu dekat
tanpa suara
namun cinta-MU ketara jua
- Pahrol Mohd Juoi
DI SEBALIK 1001 WAJAH...
“Saya bersyukur ke hadrat ILAHI kerana kini saya dapat melakukan apa yang menjadi minat saya sejak dulu... menulis! Syukurlah... anak kepada seorang yang buta huruf ini akhirnya dengan izin ALLAH boleh menulis untuk memperbaiki diri sendiri di samping mengingati insan lain. Alhamdulillah.” Mungkin itulah yang terdetik di hati seorang lelaki bernama Pahrol Mohd Juoi.
Wednesday, February 16, 2011
USTAZ PAHROL MOHD JUOI DI BOOKSTORES, MID VALLEY, BANGSAR.

“Orang yang cintakan ALLAH akan tenang dengan mengingati-NYA. Orang yang takutkan ALLAH pasti bergetar hati apabila mendengar ayat-ayat-NYA. Andai cinta dan takut ALLAH ada di hati, kita seolah-olah memiliki segala-galanya. Itulah kekayaan, ketenangan dan kebahagian yang hakiki dan abadi.Di Mana DIA Di Hatiku adalah suara kalbu yang mengungkapkan segala rintih pedih, ratap harap serta suka duka seorang hamba yang sentiasa mengharap redha-NYA. Sesungguhnya ALLAH itu dekat, pintu keampunan-NYA lebih luas daripada pintu kemurkaan-NYA.” Jangan lupa dapatkan juga buku ini dengan harga Rm15 untuk mengetahui lebih banyak mutiara ilmu yang terkandung di dalamnya. Kosongkan kalendar anda sekarang juga untuk bersamanya di sana!
PROGRAM: Temu Mesra
JEMPUTAN: Ustaz Pahrol Mohd Juoi
TEMPAT: MPH Bookstores, Mid Valley
TARIKH: 20 Februari 2011 (Ahad)
MASA : 4.00 petang - 6.00 petang.
JEMPUTAN: Ustaz Pahrol Mohd Juoi
TEMPAT: MPH Bookstores, Mid Valley
TARIKH: 20 Februari 2011 (Ahad)
MASA : 4.00 petang - 6.00 petang.
Orang ramai dijemput hadir. Jumpa di sana...
Tuesday, February 15, 2011
TAHNIAH! KELAB SUKAN & REKREASI KARAGKRAF JOHAN UNTUK SEPANDUK TERBAIK (KATEGORI BADAN BERKANUN/SWASTA/IPTA/IPTS) SEMPENA SAMBUTAN MAULIDULRASUL 1432H






Sepanduk kami yang membawa tuah
Kami mempertaruhkan banting/sepanduk kami dengan slogan "Rasulullah s.a.w ikutan sepanjang zaman" dengan tulisan khat jenis Diwani ini berjaya mencuit dan mencuri hati pengadil memilih kami sebagai sepanduk paling kreatif. Syukur dengan usaha yang sedikit mendapat pulangan yang besar. Itulah yang dikatakan rezeki... Perarakan tersebut dapat memupuk semangat kerjasama, satu hati, jujur , amanah, tanggugjawab dan yang paling utama adalah keikhlasan hati. Salam jumpa lagi tahun hadapan dengan tema kami yang lain. TUNGGU!...
Tuesday, February 8, 2011
Salam Maulidulrasul 1432H.

Dan Buat kekasih tercinta, suri tauladan buat umat sekelian alam. kedatanganMU membawa tauladan buat diri kerdil ini. Moga rahmat dan sejahtera keatasMU wahai MUHAMMAD Solla wahualaihiwassalam beserta keluargaMU. Jom sahabat-sahabat ku yang dirahmati Allah. Mari kita raikan kelahiran agung ini di sepanjang bulan Rabiulawwal 1432H. Dan Perbanyakkan ikuti sunnahNYA. Moga perjuanganNYA membawa Islam tidak kita sia-siakan..
Sempena Maulidul rasul kali ini Team kami mempromosikan pakej istimewa untuk para pembaca untuk memiliki buku ini dengan tawaran harga istimewa. Murah dan berbaloi memilikinya dengan harga RM75.00 sahaja.
Subscribe to:
Posts (Atom)