TAHNIAH! 5 BUKU KARYA BESTARI DI CARTA KEDAI BUKU POPULAR - Carta Paling
Laris - Ogos 2012 ~ (20 Ogos 2012 - 26 Ogos 2012). SEKALUNG TAHNIAH
buat penulis semua....
Tuesday, August 28, 2012
IMARAH MASJID: IKUTI FORUM BICARA CINTA ANAK MUDA
Jangan lupa temu janji kita untuk program
IMARAH MASJID; ikuti FORUM BICARA CINTA ANAK MUDA bertajuk Mencari Jalan
Ke Syurga pada 1 September ini bertempat di Masjid As-Salam Puchong
Perdana! ^_^
Like page Karya Bestari: http://www.facebook.com/ KaryaBestari
Alhamdulilah & InsyaALLAH dengan izin ALLAH, KHM akan dilancarkan seperti berikut:-
Tarikh: 1 Sept 2012 (Sabtu)
Tempat: Masjid As Salam, Puchong Perdana Selangor
Tentatif Program:
12.30pm-1.20pm: Tazkirah ringkas dan preview KHM
1.20pm Solat Zuhur berjamaah
1.30pm-6pm Jamuan Raya & aktiviti program imarah masjid
8pm Solat isya, pelancaran KHM dan Forum Remaja Imarah Masjid.
Anda semua dijemput hadir. Jangan lupa datang tau...
Like page Karya Bestari: http://www.facebook.com/
Pelancaran Kelab Haji Muda
Tarikh: 1 Sept 2012 (Sabtu)
Tempat: Masjid As Salam, Puchong Perdana Selangor
Tentatif Program:
12.30pm-1.20pm: Tazkirah ringkas dan preview KHM
1.20pm Solat Zuhur berjamaah
1.30pm-6pm Jamuan Raya & aktiviti program imarah masjid
8pm Solat isya, pelancaran KHM dan Forum Remaja Imarah Masjid.
Anda semua dijemput hadir. Jangan lupa datang tau...
Monday, August 27, 2012
5 BUKU DALAM SENARAI 20 TERLARIS MPH BOOKSTORE
Syukur Alhamdulillah 5 Buku Karya Bestari dalam senarai TOP 20 MPH ONLINE... Tahniah buat semua yang terlibat...
ANUGERAH PILIHAN PEMBACA POPULAR – BERITA HARIAN 2012
ANUGERAH PILIHAN PEMBACA POPULAR – BERITA HARIAN 2012
Bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre pada 25 Ogos 2012, bersamaan 7 Syawal 1433H, telah berlangsung Anugerah Pilihan Pembaca Popular – Berita Harian 2012. Majlis yang bermula pada jam 2.00 petang ini telah disempurnakan oleh YBhg Datuk Johan Jaafar.
Alhamdulillah… empat buah buku terbitan Grup Buku Karangkraf telah tercalon sebagai finalist Top 10 (Kategori Non-Fiction).
Tahniah buat Ustaz Noor Hisham Ismail (Men ...

cari
Redha-MU) dan Ustaz Drs. Hj. Hanafi Mohamed & Hajah Siti Zaimah
Abd. Rahman (Nikmatkah Maksiat) yang turut menjadi pilihan ke peringkat
akhir melalui karya sulung masing-masing @ Karya Bestari. Mudah-mudahan
kejayaan ini akan menjadi peledak semangat untuk terus menghasilkan
karya yang lebih bermutu dari semasa ke semasa.
Syukur juga ke hadrat ILAHI kerana di atas izin-NYA, karya Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj (Oi! Bangunlah Oi!) terbitan Alaf 21 terpilih sebagai pemenang tempat ketiga. Terbukti bahawa Dr. Tuah mempunyai khalayak pengikut yang sentiasa menanti setiap karya terbaru beliau.
Dan, tentunya Syawal tahun ini menjadi kenangan manis buat Tuan Nasruddin Dasuki yang dinobatkan sebagai pemenang tempat kedua melalui `100 Pesanan Terakhir Rasulullah’. Moga kejayaan yang diraih melalui pilihan pembaca ini digunakan sebaiknya bagi meningka tkan lagi kualiti pengisian buku seterusnya agar terus dapat diterima ramai.
Bagi pihak Grup Buku Karangkraf, kami mengucapkan syabas kepada semua penulis terlibat. Mudah-mudahan usaha Berita Harian dan Popular Book Store ini membuka ruang dan peluang agar semua pihak lebih yakin dengan hasil usaha yang ditangani. Apa-apapun, buat semua penulis yang lain... anggaplah apa jua kemenangan atau anugerah yang diterima adalah sebagai bonus, tapi lebih daripada itu... bukan kemenangan menjadi taruhan tapi ilmu yang membawa kebaikan itulah menjadi keutamaan. Moga segala usaha kita sentiasadiberkati dan diredhai-NYA.

Saturday, August 18, 2012
BERSAING SENDIRIAN...
Hari ini, saya mendapat satu motivasi! Iaitu, saya mengatakan kepada diri: bersainglah dengan diri sendiri.
Bersaing dengan diri sendiri sekurang-kurangnya dapat mengelakkan perasaan mazmumah terhadap orang lain. Jika
hendak bersaing dengan orang, paling tidak, harta benda dan kekayaan
mereka pasti menjadi ukuran. Jika mereka kaya, kita juga mahu kaya.
Kalau boleh mahu lebih kaya daripada mereka. Ah, jarang pula manusia
mahu bersaing dari sudut amal ibadah. Fizikal juga yang menjadi punca
persaingan.
Jika orang lain cantik, kita tentu mahu lebih
cantik, hingga sanggup buat apa sahaja bagi mencapai tujuan itu,
termasuklah berhasad dengki dan berhutang sana-sini.
Benarlah,
jika hendak bersaing tentang dunia, kita tak akan pernah puas.
Manusia…jika sudah mendapat dua gunung emas pun masih mahukan gunung
yang ketiga, itu kata Nabi.
Oleh sebab itu, lebih baik bersaing
dengan diri sendiri sahaja. Nak marahpun, diri sendiri. Nak tegurpun
diri sendiri juga. Tak ada hati lain yang terasa. Paling penting,
bersainglah untuk menjadi insan yang lebih baik hari demi hari.
Tanyalah pada diri sendiri, apakah hari ini lebih baik daripada
semalam? Apa persediaan hari ini untuk menghadapi hari esok yang lebih
baik? Apa warisan yang akan ditinggalkan supaya anak-anak tidak hidup
susah? Sudahkah usia yang singkat ini digunakan untuk mengumpulkan
sebanyak-banyak amalan?
Bayangkan, jika kita tanya soalan ini
kepada orang lain, belum tentu mereka suka. Sebab itulah soalan-soalan
tersebut lebih baik ditanya kepada diri sendiri sahaja. Dan
soalan-soalan seumpama itulah yang menjadi titik tolak muhasabah ke arah
pembentukan iman dan jati diri yang lebih kental.
Tiada
sesiapapun yang mahu hidupnya merosot. Kalau boleh, setiap umur
bertambah, hidup juga makin berkualiti. Lalu, bersainglah dengan diri
sendiri untuk membina hidup yang berkualiti. Buat sementara waktu, tak
perlu pentingkan sangat persaingan dari segi duniawi dengan
manusia-manusia lain. Yang penting diri kita dahulu. Pabila kualiti
positif sudah mampu dibina dalam diri, perkara-perkara lain dah tak
kisah!
http://tintanasuha.wordpress.com/
RUHANA ZAKI - PENULIS KARYA BESTARI (KAU HADIR DALAM MUNAJATKU)
Wednesday, August 15, 2012
Dr. Robiah k. Hamzah gembira bukunya dijadikan sajian Aidilfitri
"Carilah hatimu di tiga tempat;
Temui hatimu sewaktu bangun membaca AL-QURAN.
Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan SOLAT.
Jika tidak kau temui juga, kau carilah hatimu ketika duduk tafakur MENGINGATI MATI.
Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada ALLAH... pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati..." - Imam Al-Ghazali

- Moga ada kebaikan yang dapat dimanfaatkan dalam perkongsian ilmu PUJUKLAH RASA..
Dr. Robiah K. Hamzah gembira buku terbarunya
PUJUKLAH RASA dijadikan sajian Aidilfitri... Dapatkannya di pasaran
dengan harga RM 19.90 atau boleh dimiliki di karangkraf mall. http://www.karangkraf.com/.
Suka, duka, pahit manis,
kecewa hiba, marah, dendam semuanya saling berbaur. Dan di penghujung
PUJUKLAH RASA, tika membaca tentang hari akhir kita, ketika dihitung
dosa pahala, pasti... sekeras hati mana pun seseorang itu akan terpujuk
juga rasanya untuk berubah...insya-ALLAH...
Tahniah buku Karya Bestari siap sedia untuk diedarkan dipasaran...
Buku terbaru siap printing... PUJUKLAH RASA dan
PERANGI SYIRIK. Sedia menerima tempahan dan akan diedarkan mulai esok.
Puan Ros editor kedua-dua buku ini gembira dan menganggap ia sajian
istimewa hari raya untuk peminat Karya Bestari @ Grup Buku Karangkraf...
Monday, August 13, 2012
ZIARAH MAHABBAH RAMADAN KAMPUNG ORANG ASLI DI LANDAP, SUNGAI SIPUT, PERAK
Sesungguhnya ALLAH SWT tidak sekali-kali menganiaya (seseorang) sekalipun seberat zarah (debu) dan kalaulah (amal yang seberat zarah) itu amal kebajikan, nescaya akan menggandakannya dan akan memberi, dari sisiNya, pahala yang amat besar. (An-Nisa’ Ayat 40).
Mereka belajar erti rasa syukur biarpun
keadaan kehidupan yang serba kekurangan... Tegar mengatur langkah meniti liku-liku kehidupan dengan penuh
sabar dan syukur demi mengenal erti kebenaran... begitulah penghargaan insan buat
anugerah kehidupan yang dikurniakan ILAHI.
Berat mata memandang, berat lagi bahu
memikul... begitulah paparan realiti sebuah kehidupan buat insan yang menadah
tangan mengharapkan pemberian ikhlas. Berdiri di bumi mereka berpijak,
menjadikan peluang mendekati dan mengeratkan hubungan silaturahim sebagai
perkongsian penuh makna agar kita menghulurkan tangan membantu serta
memberi sumbangan bagi meringankan beban yang dilalui oleh
insan-insan yang memerlukan.
Program Ziarah Mahabbah Perkampungan Orang Asli di Landap, Sungai siput, Perak merupakan satu pengalaman menarik bagi sukarelawan dari Team Karya Bestari, Yayasan Nur Karangkraf, Majalah i, Kelab Kembara Selangor, Sukarelawan dari Kuala Lumpur dan Universiti Teknologi Petronas.

‘Ku mangharapkan Ramadan kali ini penuh
makna...’
Program yang telah berlangsung pada 11 Ogos 2012 (Sabtu) memberi
makna yang sangat mendalam dan tidak ternilai buat sukarelawan mahupun
penduduk setempat. Keberkatan Ramadan disemarakkan dengan pendekatan nilai-nilai murni
di antara sukarelawan dan penduduk dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim
sesama muslim. Di samping itu, memberi pendedahan dan kefahaman agama serta
menyuntik semangat tolong-menolong. Sebuah program
yang melahirkan rasa ihsan dalam hati dan sanubari...Penulis Karya Bestari: Ustaz Mohd Yaakub , En. Nazir dan Dr. Mohd Nor Mamat berdiskusi sebelum bertolak. |
Ketika dalam perjalanan memasuki perkampungan
yang terletak di tengah ladang kelapa sawit, kami berselisih dengan beberapa
buah trak yang mengangkut pekerja buruh dari ladang. Sawit merupakan sumber
pendapatan utama penduduk selain bergantung kepada sumber-sumber lain.
Ketibaan para sukarelawan disambut baik dan
mesra oleh penduduk kampung yang majoriti di kalangan mereka sudah memeluk
agama Islam sekitar 15 tahun yang lalu. Dari kejauhan, kelihatan anak-anak riang
bermandi manda dan bermain di gigi air. Sungai merupakan sumber keperluan asas
penduduk walaupun telah dilengkapi dengan saliran air paip. Bagi mereka, sungai
adalah sumber air yang mudah dan jimat untuk keperluan harian. Alhamdulillah, Sukarelawan
juga tidak melepaskan peluang menikmati kedinginan air sungai yang jernih, bersih dan bebas dari pencemaran.
Juadah berbuka puasa dan bubur lambok
disediakan secara gotong-royong oleh sukarelawan dan penduduk kampung. Kami dan ahli kumpulan berserta penulis team penulis menuruni bukit dan mengharung sungai bagi mengambil bekalan air
untuk masakan dan minuman. Mujur ada ADABI menaja
bubur lambuk yang kesedapannya tidak terkata itu. Manakala makanan untuk berbuka puasa ditaja oleh
YAYASAN NUR KARANGKRAF PEDULI.
Penulis Karya Bestari Anwar Nursi dan En. Nazir membantu memasak bubur lambuk tajaan ADABI. Team KB, Faizal turut serta bersama orang kuat ADABI, Shidi. |
Pada masa yang sama, team kami juga berpeluang
memberi tunjuk ajar dan beramah mesra bersama Anak-anak orang asli dalam
aktiviti mewarna. Aktiviti ini dijalankan di surau yang sangat sederhana tanpa
berkipas tapi syukur berlampu kalimantang. Kepanasan itu terasa apabila meniti
tengah hari namun tidak mematahkan semangat kami meneruskan aktiviti malah
mampu tersenyum bersama kanak-kanak kecil. Mata bersinar jernih menanti
perkongsian ilmu... ‘Ajarkan aku, kerana aku amat memerlukan ilmu’ begitulah
suara hati mereka. Dalam renungan sinar mata itu juga lahir seribu satu harapan
untuk mengubah haluan hidup agar menjadi lebih baik dan berjaya suatu hari
kelak... Mereka amat memerlukan motivasi sebagai penguat semangat untuk masa
depan yang lebih cerah dan terjamin.
Setelah aktiviti mewarna selesai, kami
bersama-sama mandi di sungai berhampiran kediaman mereka. Sambil mandi manda
kami berbual dan menyelami perasaan mereka serta bertukar pendapat dan pandangan.
Setelah selesai, kami bersedia untuk berbuka dan menunaikan solat maghrib bersama.
Yang seronoknya, penulis-penulis kami tidak mengeluh langsung dan merasakan
aktiviti ini sangat berharga dalam hidup mereka. DR. HM TUAH ISKANDAR al-HAJ
merakamkan video untuk simpanan peribadi manakala yang lain bergambar untuk
kenangan.
Setelah selesai berbuka puasa dan solat maghrib, tazkirah ringkas isampaikan oleh Dr. Mohd Nor Mamat dan
seterusnya mengimamkan solat Isyak. Aktiviti diteruskan dengan menyampaikan
bantuan pakaian dan makanan kepada penduduk. Rasa lega di
wajah mereka tergambar ketika memikul beras, kuih raya serta baju
raya yang dibekalkan. Kata mereka, "Jangan lupakan kami... selalulah menjenguk
kami di sini..."
Insya-ALLAH ada kelapangan waktu dan diizinkan ALLAH sampailah kami suatu hari nanti," balas Acap mewakili kumpulan kami.
Seorang remaja lelaki kelihatan bergenang menitiskan air mata. Ternyata pertemuan singkat itu meskipun sedetik cuma, namun mampu membuatkan hatinya terasa dekat dengan kami. Sayangnya, apa boleh buat, waktu mencemburui kami...

Dengan rasa berat hati mereka melepaskan kami
pulang selepas sesi bergambar kenang kenangan. Dari air muka dari sinar mata,
terserlah harapan agar ukhuwah ini tidak terhenti di sini. Moga silaturahim kita terus berkekalan tanpa wujud sebarang perbezaan.
“Kalau ada sumur di ladang, boleh saya menumpang mandi, kalau ada umur yang panjang, boleh kita berjumpa lagi. Moga ALLAH merahmati kita semua. Ameen... Insya-ALLAH panjang umur dan atas izin-NYA kita akan bertemu lagi pada 1 September 2012 dalam IMARAH MASJID di Masjid As-Salam Puchong Perdana.
Laporan lokasi kejadian disediakan oleh Dira, Faizal dan Azhar.
“Kalau ada sumur di ladang, boleh saya menumpang mandi, kalau ada umur yang panjang, boleh kita berjumpa lagi. Moga ALLAH merahmati kita semua. Ameen... Insya-ALLAH panjang umur dan atas izin-NYA kita akan bertemu lagi pada 1 September 2012 dalam IMARAH MASJID di Masjid As-Salam Puchong Perdana.
Subscribe to:
Posts (Atom)