Wednesday, April 20, 2011

TAJAAN KARYA BESTARI

Alhamdulillah... segala rasa kesyukuran dipanjatkan pada-NYA kerana telah mempermudahkan usaha kami. Bagi Pesta Buku Antarabangsa kali ini, kami telah mendapat tajaan dari jenama utama seperti JAKEL, HAJRA dan ARIANI. Juga penaja lain seperti AVON, HOTEL SINGGAHSANA, HOTEL UITM, MPH, HI5, HAJABA, MIX MODA & INTEKMA RESORT.

Kerjasama pihak penaja ini amat disanjung tinggi dan diucapkan ribuan terima kasih. Sebagai menghargai pembaca budiman... bagi setiap pembelian minimum RM120 bagi buku-buku Karya Bestari (dalam satu resit), anda layak mendapat hadiah menarik seperti kain, tudung dan hi-tea. Tapi... konsepnya... `Cabut sendiri dapat hadiah apa... sapa cepat dia dapat ya... dan selagi stok masih ada!' So... apalagi... jom serang Dewan Tun Ismail bermula Jumaat 22 April ni.

Dan bagi pembelian RM50 buku-buku Karya Bestari, anda layak memenangi pelbagai baucar diskaun yang menarik! Macam-macam baucar ada... pasti memikat hati! Jadi, inilah masanya untuk membeli pelbagai bacaan kami... kalau rasa bukan untuk diri sendiri, belilah stok buku Karya Bestari untuk dijadikan hadiah buat insan tersayang.... Hari Ibu dan Hari Guru pun dah tak lama lagi kan... so siap22 le standby beli buku2 kami untuk dijadikan hadiah! Sure gembira hati si penerima kan...

Sekali lagi, buat semua penaja yang bermurah hati, doa tulus kami iringi mudah2n semakin dilimpahi rezeki. Moga kerjasama ini memberi kebaikan kepada semua pihak, insyllh. Dan buat semua penulis, rakan sekerja Frup Buku Karangkraf dan semua pihak berkaitan, jutaan terima kasih diucapkan di atas segala komitmen yang telah dicurahkan. Moga segala usaha kita dipermudahkan dan diberkati-NYA... luv uolssss.... muahhhhhhh
Sementara tentera-tentera kami berada di PWTC untuk mempamer dan menyusun buku. Ros di pejabat bertungkus lumus membuat dan menyusun bungkusan barangan dari JAKEL, ARIANI, MIX MODA dan banyak lagi barangan dari penaja.

No comments: