Wednesday, October 6, 2010

ADAKAH ANDA WANITA YANG DIRINDUI SYURGA? (BAKAL TERBIT)

TAJUK BUKU: WANITA YANG DIRINDUI SYURGA
HARGA: RM11.00
ISBN: 978-967-86-0350-8
KOMPILASI RUANGAN SRIKANDI MAJALAH DARA.COM

Ingin sekali aku menjadi sepertimu...semekar iman srikandi Islam
terus-terusan dikenang kerana teguhnya menyayangi Islam,
berjihad demi Islam dan hidup untuk Islam.

Selusurilah perjuangan srikandi Islam yang sentiasa melakukan kebaikan, menghindari keburukan, berjihad demi membela agama dan beriman sepenuh hati kepada-NYA. Meskipun hakikatnya kita tidak perlu lagi berjihad bagaikan pada zaman Rasulullah dahulu, namun cukuplah andai memilih untuk berjuang menentang nafsu demi menegakkan agama Islam. Sukar sangatkah?

Sebuah pengisian yang disampaikan secara mudah tetapi padat dengan mesej tersirat. Ambillah iktibar daripada setiap kisah yang dipaparkan. Meskipun jasad mereka telah dimamah bumi, namun iman mereka terus mewangi... jasa dan bakti terus dikenang dan menjadi sebutan. Kongsikan kisah `wanita pewaris syurga' ini dengan seisi keluarga... tanpa mengira usia... sesuai untuk bacaan semua!
SINOPSIS:
Firman ALLAH S.W.T yang bermaksud:
“Sesiapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki mahupun wanita sedangkan dia orang yang beriman, mereka itu pasti akan masuk ke syurga dan tidak akan dianiaya walau sedikit pun.” – Surah an-Nisa’: 124
ALLAH yang Maha Adil telah menjanjikan syurga kepada semua hamba-NYA dengan syarat mestilah beriman dan ikhlas melakukan amal soleh. Insan yang mengorbankan jiwa raga demi menegakkan kebenaran Islam yang suci akan diberikan kedudukan yang tinggi lagi terpuji di sisi-NYA. Meski diuji dengan pelbagai azab yang dahsyat, namun keyakinan kepada ALLAH S.W.T tetap tidak goyah.

43 orang srikandi Islam yang dipaparkan ini terdiri daripada isteri-isteri dan anak Rasulullah s.a.w, isteri Khulafa ar-Rasyidin serta wanita terbilang yang hidup pada zaman baginda. Meskipun jasad mereka telah terkubur, namun segala keperibadian mulia wanita solehah ini terus dikenang kerana teguhnya diri menyayangi Islam. Sama-samalah kita jadikan kekentalan iman dan pengorbanan srikandi ini sebagai teladan dalam melayari kehidupan.

ANTARA KANDUNGAN MENARIK:
  • Demi Cinta Zainab
  • Maryam Puteri Imran
  • Kisah Balqis Ratu Saba’
  • Keutuhan Iman Masyita
  • Asiah Isteri Firaun yang Beriman
  • Kisah Aminah Bunga Mawar Quraisy
  • Fatimah yang Hidup Penuh Kesederhanaan
  • Diseksa Tidak Mengubah Pendirian Zinnirah
  • Khadijah Penyuntik Semangat Rasulullah s.a.w
  • Naelah Gadai Nyawa Demi Khalifah Uthman al-Affan

Dapatkan naskhah AKIDAH KITA NYAWA KITA di KLIBF 2011!!!

AKIDAH KITA NYAWA KITA
Penulis: Yussamir Yusof
• RM 16.00 • 320 halaman

Sinopsis

AL-MASIH ISA putera Maryam, seorang Rasul mulia utusan ALLAH untuk semua Bani Israel pada ketika itu. Ajaran baginda ditaati para hawariun, pembantu setia yang tidak pernah lelah berjuang mempertahankan tauhid pada Yang Esa. Paul hadir lalu mencorak citra baru ajaran baginda. Kristianiti muncul dan lakarannya pula tidak senada. Tapi ia mampu mencapai agenda, mencuri hati para pemujanya.

Islam datang lantas diterima warga dunia.
Katanya “ALLAH itu Esa, Isa itu kekasih-NYA.” Inilah yang diuar-uarkan saat Muhammad menjadi pesuruh-NYA. Dan ia akan terus berkumandang sehingga tibanya saat yang pasti…
Namun, jalan tauhid itu penuh cabaran. Diuji para hamba-NYA sebagai bukti tanda keimanan.

Sesungguhnya Islam sudah lama bertapak di sini. Kehadirannya tidaklah semudah yang disangka. Banyak cabaran yang dilalui hingga menggugat kedudukannya di tanah bertuah ini. Justeru, bagaimanakah cara terbaik untuk menghadapinya? Ingatlah... pertahankanlah akidah! Jangan ragu-ragu! Inilah satu-satunya harta yang kita ada! Bekalan saat bertemu dengan-NYA...


Antara Kandungan MenariKk:
  • Biografi Jesus Dalam Dua Agama Besar
  • Jesus Bukan Beragama Kristian
  • Hawariun yang Setia
  • Sejarah, Objektif & Pendekatan Kristianisasi
  • Mengapa Islam Menjadi Sasaran?
  • Isu Murtad di Malaysia
  • Isu Penggunaan Nama ALLAH
  • Memahami Makna Nama ALLAH
  • Sarjana Kristian Juga Menolak
  • Impak Negatif Perebutan Nama ALLAH
  • Muslim di Malaysia: Apa Tindakan Kita?

Friday, September 24, 2010

MURAH BETUL... PAKEJ JIMAT RM85 SAHAJA! JOM BELI...

Biar Betul! Mesti perkataan ni terpacul dari mulut anda.

Macam tak percaya jer tengok iklan ni, kan! Rm85 sahaja untuk kesemua buku termasuk kos pos. Memang niat kami untuk memberi harga termurah dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai masyarakat membaca.

Jadi... jangan lepaskan peluang ini dengan melanggan terus dengan kami.

Caranya:
  1. Download borang ataupun fotostat borang tersebut.
  2. Isi borang berkenaan dan poskan kepada. Krimkan PO/CEK/MO (menurut harga buku)
  3. Atau anda boleh membuat bayaran terus melalui maybank2u. Fakskan ke 03-55113817 borang yang telah dilengkapi..
Jangan lupa lengkapkan butiran tersebut. Rugi kalau tak beli! Selamat membaca.

Wednesday, September 22, 2010

BUKU MENCARI PASANGAN HIDUP & AKU SANGGUP DUHAI MUHAMMAD TERSENARAI TOP 20 BUKU TERLARIS MPH(NON FICTION) MINGGU INI!

Syukur Alhamdulillah! Rasa terharu juga bila buku kami tersenarai dalam carta TOP 20 buku terlaris di MPH MidValley dalam kategori non fiction minggu ini. Sekali lagi terima kasih buat MPH MidValley kerana memberi penghargaan kepada buku keluaran kami. Buku ini menduduki tempat ke 7 carta terlaris. Memang dijangkakan buku ini akan mendapat tempat di hati pembaca kerana pengisiannya di dasari bimbingan daripada al-Quran dan al-Sunnah. Manual lengkap mencari jodoh ini harus dimiliki oleh segenap isi rumah untuk membentuk keluarga bahagia.

Ucapan tahniah juga buat Ustaz Emran Ahmad kerana berjaya menghasilkan buku yang berkualiti dari segi ilmu dan penyampaian. Bagi sesiapa yang ingin memiliki buku ini boleh dapakannya di MPH dan boleh melanggan terus dengan kami.

Buku kami di bawah Grup Buku Karangkraf juga menjadi pilihan pembaca adalah Aku Sanggup Duhai Muhammad.

Buku ini mengisahkan 100 kisah musuh mengejar, diburu, ditindah, terbelit tipu muslihat, digoda wanita, dicemburui umat dan pengakuan isteri-isteri.

Buku yang menduduki tempat ke 14 ini memang bagus untuk dimiliki. Dapatkan di kedai berhampiran. Tahniah juga buat penulis; Muhd Nasruddin Dasuki kerana berjaya menghasilkan karya yang mesti dibaca oleh segenap lapisan masyarakat.

Monday, September 13, 2010

TAHNIAH! DARI KAMAR SYARIAH -TOP 20 CARTA POPULAR BUKU UMUM MPH MIDVALLEY

Tahniah buat Kamaazura Md Kamel. Buku sulungnya Dari Kamar Syariah tersenarai dalam carta popular buku umum MPH di Midvalley. Memang sudah dijangkakan buku ini mampu menduduki carta terlaris di MPH memandangkan buku ini penuh dengan ilmu dan sesuai dijadikan rujukan oleh wanita. Pengisiannya menarik dan sesuai dengan permasalahan semasa yang melibatkan masalah perkahwinan, perceraian, pembahagian harta, hatra pusaka dan wasiat. Memang berbaloi dan diharapkan buku dan ilmu yang disampaikan dapat membantu anda di luarsana megembangkan ilmu di dada. http://www.mphonline.com/books/bestseller.aspx

Dari Kamar Syariah
memuatkan pelbagai persoalan yang sering terjadi dalam kehidupan seharian. Kesemua 72 soalan dan jawapan amat sesuai untuk pelbagai peringkat umur memandangkan pengisiannya melibatkan hal-hal kekeluargaan.

Antara pengisian menarik:

  • Pernikahan di Selatan Thai
  • Hak Isteri dalam Perkahwinan
  • Apabila Suami Berkahwin Lagi
  • Berkahwin Tanpa Kebenaran Wali
  • Rundingan Sulh
  • Cerai dan Ingin Rujuk
  • Jatuhkah Talak Atas Paksaan Ibu?
  • Suami Enggan Mengaku Jatuhkan Talak
  • Hak Penjagaan Sementara
  • Mendaftarkan Anak Angkat
  • Bekas Suami Cuai Nafkah Anak
  • Pembahagian Harta Sepencarian
  • KWSP Arwah Ayah
  • Pembahagian Harta Pusaka
  • Menyelesaikan Pusaka Terbeku
  • Keputusan Wasiat Dipertikaikan

Tuesday, September 7, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DARI TEAM KARYA BESTARI!

Sempena lebaran yang mulia ini, kami warga kerja Karya Bestari @ Grup Buku Karangkraf mengucapkan Salam Syawal buat semua penulis, kenalan dan pembaca setia yang jauh di mata, namun tetap di hati.
Di kesempatan ini juga, kami menyusun sepuluh jari memohon maaf di atas segala keterlanjuran kata-kata dan perbuatan… maklumlah selagi bernama manusia, pasti tidak terlepas melakukan dosa… mohon dimaafkan dan tidak disimpan di dalam hati, ya...
Khusus buat para penulis dan pembaca tersayang… jutaan terima kasih di atas sokongan selama ini. Teriring doa daripada kami… moga silaturahim yang telah dijalinkan ini akan berterusan. Mudah-mudahan ukhuwah ini dilimpahi rahmat dan keberkatan-NYA.
“Selamat konvoi beramai-ramai… pulang ke kampung halaman, bertemu ayah bonda dan sanak saudara tercinta. Hati-hati bila memandu, kalau tak larat… berhentilah di R & R dahulu…”
Salam Aidil Fitri… mohon maaf zahir batin.

Monday, September 6, 2010

GRUP BUKU KARANGKRAF MENANG!


Para pemenang dan finalis bergambar kenangan

ISNIN 6 Sept 2010: Buat kesekian kalinya, penulis-penulis novel dari Grup Buku Karangkraf mengungguli pertandingan Pilihan Pembaca POPULAR/ Berita Harian.

Pertandingan ini bermula dari bulan Jun hingga Julai lalu. Buku-buku yang terpilih dibahagi kepada dua kategori iaitu fiksyen dan bukan fiksyen dan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Para pembaca telah diberi peluang untuk memilih penulis-penulis yang mereka minati berdasarkan buku yang telah mereka baca. Mereka dikehendaki mengisi borang penyertaan yang boleh didapati di dalam akhbar Berita Harian ataupun di mana-mana cawangan kedai buku POPULAR seluruh Malaysia.

Bagi kategori fiksyen Bahasa Melayu, seramai 10 orang penulis dari pelbagai syarikat penerbitan novel telah disenaraikan. Lima orang penulis Grup Buku Karangkraf turut tercalon, iaitu dari Alaf 21; Ramlee Awang Murshid (novel Mikhail), Aisya Sofea (novel Yang Sebenarnya), Anis Ayuni (novel Sungguh Aku Cinta) dan Damya Hanna (novel Ilham Hati). Manakala Buku Prima diwakili oleh Siti Rosmiza (novel Cinta Kau dan Aku).

Keputusan akhir yang diumumkan telah menobatkan Aisya Sofea sebagai pemenang tempat pertama manakala tempat kedua menjadi milik Siti Rosmizah. Anis Ayuni pula berjaya menduduki tempat ketiga. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh tetamu kehormat jemputan iaitu Sasterawan Negara, Dato’ A. Samad Said. Para pemenang menerima replika, sijil dan wang tunai.

Kepada semua peminat Alaf 21 dan Buku Prima, jutaan terima kasih kami ucapkan kerana sentiasa memberikan sokongan padu yang tidak berbelah bahagi kepada penulis-penulis Grup Buku Karangkraf. Terima kasih daun keladi!

Aisya Sofea di tempat pertama

Delegasi dari Grup Buku Karangkraf

Siti Rosmizah mewakili Buku Prima

Tuesday, August 31, 2010

SELAMAT PAGI MALAYSIA! - RUHANA ZAKI KE UDARA (2 Sept 2010)

Jangan lupa saksikan Ruhana Zaki di TV 1. Jom! ramai-ramai tengok penulis ni berceloteh.

Monday, August 30, 2010

"YANG DIPENDAM HAPUSKANLAH... YANG DIKESALI... MAAFKANLAH..ITULAH KUNCI KEBAHAGIAAN SYURGA RUMAH TANGGA..."

BUKU: BICARALAH ATAS NAMA KASIH HARGA: RM 17.00 MUKA SURAT: 344
TERBITAN: GRUP BUKU KARANGKRAF (KARYA BESTARI)
ISBN: 978-967-86-0357-7
"BICARALAH ATAS NAMA KASIH"
KEBAHAGIAAN... menjadi impian setiap insan lebih-lebih lagi dalam melayari bahtera cinta. Kehadiran suami dan permata hati umpama magnet yang me¬lengkap¬kan lagi hari-hari dilalui, seterusnya menjadikan hidup dibasahi cinta. Pastinya bukan hanya cinta yang dicari, tetapi titis keredhaan ILAHI.

`Jangan salah didik, jangan silap asuh. Kelak murka ALLAH tak mampu kita tempuh!’ Itulah lakaran warna-warni kehidupan yang digarap oleh seorang 'ummi' dengan sokongan suami tercinta, USTAZ ZAHARUDDIN ABD RAHMAN. Pengisiannya adalah untuk mencari kebaikan, saling berusaha mencari kesempurnaan, moga akan terlahirlah mukmin sejati, meraih cinta dan kasih ILAHI.

Antara yang menarik:
• Muhasabah Cinta
• Anugerah Hidayah
• Surat Cinta, Suara Cinta
• Engkau Terbaik Untukku
• Qurratu’ayun... Ayat Cinta Kami
- Seharum Kasihmu
- Antara Dua Cinta
- Pengalaman Iman
- Dari Bicara, hadir percaya
- Menyemai Kasih Menyubur sayang

INGIN MILIKI BUKU INI?
1. Anda boleh membuat bayaran secara bank in – bayar (RM17.00 – Harga buku) + (Kos pos RM4 senaskhah) terus ke akaun Grup Buku Karangkraf Sdn. Bhd. (MBB 014 271 416 077). Kemudian fakskan slip bank(nyatakan nama, alamat, no. tel, dan akaun alaf (jika ada). No Faks: 03-55113817.
2. Membuat kiriman wang pos / cek kepada kami berjumlah (RM17.00 – Harga buku) + (Kos pos RM4 senaskhah). Atas nama Grup Buku Karangkraf Sdn. Bhd. Kirimkan nama, alamat, emel, pekerjaan, tel, no. kad pengenalan.

Sunday, August 29, 2010

SYUKUR ALHAMDULILLAH... RAWATLAH HATI BAK PISANG GORENG PANAS!

Team KB, Azhar dan Nadirah telah menyertai kursus ESQ - MCB (Mission Charector Building) di Shah Alam Convention Centre (SAAC). Kursus yang berlangsung pada hari Sabtu dan Ahad lalu bersamaan 18 dan 19 Ramadan 1431, memberikan banyak pengalaman buat kedua mereka. Antara paling utama ialah membentuk peribadi cemerlang berlandaskan al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w.

Penulis kami, Dr. Robiah K. Hamzah turut meluangkan masa sebagai alumni untuk recharge. Pakar motivasi dan kaunseling keluarga ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada peminat terutama soalan demi soalan berkaitan buku terbaru dari Karya Bestari iaitu ‘RAWATLAH HATI’. Buku yang panas dari kilang ini dijual bak ‘pisang goreng panas’. Syukur alhamdullillah... apa yang penting... bukan jumlah buku yang terjual tetapi ilmu yang dapat disampaikan, sejajar dengan hasrat membudayakan masyarakat membaca. Buku Rawatlah Hati ini sedang dalam pengedaran ke pasaran. Jom singgah ke kedai buku untuk mendapatkan sentuhan ibu ini. Atau CALL WAN ROHANA: 019-2557380 & RJ ShahFaizal: 017-5782309

Monday, August 23, 2010

RAWATLAH HATI MERUNGKAI SERIBU SATU MASALAH ANDA

PAKAR MOTIVASI & KAUNSELING KELUARGA
DR. ROBIAH K. HAMZAH
MERUNGKAI SERIBU SATU MASALAH ANDA.

“Ya ALLAH... dinginkanlah panasnya kalbuku ini dengan dingin salju keyakinan. Padamkanlah bara jiwaku ini dengan renjisan air keimanan.”
SINOPSIS:
LIKU-LIKU hidup ini tidak cukup indah tanpa melalui sedikit pengalaman getir kerana ia adalah guru terbaik yang mengajar kita nikmat kehidupan. Elakkan luka semalam kekal memenjara hati kerana ini bermakna kita menjadikan ia pemusnah kebahagiaan sedangkan ALLAH itu amat luas rahmat-NYA.

Hati itu adalah raja kepada anggota tubuh. Jagalah, usah dikotori kerana jika daging yang satu itu rosak, maka rosaklah seluruh amalannya. Bersihkan hati dengan meyakini bahawa ALLAH adalah pembekal kasih sayang, bantuan, kebaikan dan kebahagiaan. Yakinlah bahawa setiap sakit ada ubatnya, carilah... agar kehidupan menjadi lebih bermakna.

Moga setiap luka ditemui penawarnya di baris-baris yang khusus ditulis untuk anda. Mudah-mudahan RAWATLAH HATI mampu dijadikan ambulans kecemasan sementara menanti bantuan yang lebih besar daripada-NYA yang Maha Pengasih dan Maha Mengetahui.


Rawatlah Hati mengadun rasa pedas, manis, masam, masin dan pahit:

Meraih cinta anak pada orang tua
Membina semula cinta yang pudar
Memupuk keintiman dengan ILAHI
Mengukuh keyakinan dan ketakwaan
Memerdekakan belenggu di dalam diri
Menangani emosi dan tekanan perasaan
Mencari rangkulan kudus yang Maha Esa
Membuang rasa ego, takbur dan penyakit hati
Memaafkan dan mengusir dendam kesumat
Menjadi insan sukses; bebas luka, bebas derita

INGIN MILIKI BUKU INI?

  1. Anda boleh membuat bayaran secara bank in – bayar (RM19.90 – Harga buku) + (Kos pos RM4 senaskhah) terus ke akaun Grup Buku Karangkraf Sdn. Bhd. (MBB 014 271 416 077). Kemudian fakskan slip bank(nyatakan nama, alamat, no. tel, dan akaun alaf (jika ada). No Faks: 03-55113817.
  2. Membuat kiriman wang pos / cek kepada kami berjumlah (RM19.90 – Harga buku) + (Kos pos RM4 senaskhah). Atas nama Grup Buku Karangkraf Sdn. Bhd. Kirimkan nama, alamat, emel, pekerjaan, tel, no. kad pengenalan.
Klik borang untuk besarkan imej. Boleh di print dan di fotokopi.

Tuesday, August 10, 2010

PAKEJ JIMAT RM90 SAHAJA. JOM BELI!

TAWARAN ISTIMEWA!
PAKEJ JIMAT RM90 SAHAJA
“Miliki buku-buku Karya Bestari di pasaran atau melanggan terus dengan kami.”
1. Download borang langganan yang tertera dan poskan kepada kami. (Borang boleh di fotostat). Sertakan MO/PO/Cek atas nama GRUP BUKU KARANGKRAF SDN. BHD. Kirimkan ke Alaf 21, Lot 12, Persiaran Kemajuan 16/16, 40200 Shah Alam, Selangor. Tel: 03-55118820/21.
2. Bankin terus atau Maybank2u: Anda boleh membuat bayaran secara bank in/maybank2u - bayar (menurut harga buku) terus ke akaun Grup Buku Karangkraf Sdn. Bhd. (MBB 014271416077). Fakskan slip bank (nyatakan nama, judul buku, alamat, no. akaun alaf (jika ada), & no.tel) ke 03-55113817.
3. Datang terus ke premis kami dengan membawa borang berkenaan.

Monday, August 9, 2010

DAPATKAN TAZKIRAH RAMADAN PERCUMA DARI GRUP BUKU KARANGKRAF

Bagi yang berminat untuk mengedarkannya di masjid, surau, pusat pengajian dan sebagainya... sila datang sendiri ke premis kami di:

ALAF 21 SDN. BHD.
Lot 12, Persiaran Kemajuan 16/16, Seksyen 16, 40200 Shah Alam, Selangor.

Tel: 03--55118820/21
Faks: 03-55113817
Emel: wan.rohana@alaf21.com.my / roziyana.omar@alaf21.com.my

Seeloknya, anda e-mel dahulu kepada kami jumlah yang dikehendaki, tarikh dan waktu `Tazkirah Ramadan' ini hendak diambil bagi memudahkan urusan (jumlah pemberian tertakluk kepadda stok baki yang kami ada).

Mudah-mudahan segala urusan kita dipermudahkan-NYA.

AHLAN WA SAHLAN Ya Ramadan buat semua...
Download pdf: pg1-16 / pg17-32 / pg33-48 / pg49-64

Wednesday, August 4, 2010

KARYA BESTARI DI BAWAH NAUNGAN GRUP BUKU KARANGKRAF!


Grup Buku Karangkraf dengan entiti dinamiknya iaitu Karya Bestari, Alaf21, Buku Prima dan Oasis Buku telah menerbitkan purata 20 novel dan buku pelbagai genre yang berkualiti setiap bulan di dalam misi kami untuk membina tamadun budaya membaca di kalangan rakyat Malaysia.