Assalam semua... Buku Terapi Hati telah
memasuki cetakan baru. Untuk itu kami telah memberi nafas baru untuk
cover buku ini. Jangan lupa dapatkan buku TERAPI HATI ini kelak...
http://mall.karangkraf.com/webshaper/store/viewProd.asp?pkProductItem=3149
Thursday, November 21, 2013
Wednesday, November 20, 2013
Monday, November 18, 2013
BAKAL TERBIT! KEWANGAN HARIAN KITA: HALAL @ HARAM?
KEWANGAN HARIAN KITA HALAL@HARAM?
RM17.00
SETIAP
hari kita menggunakan wang untuk jual beli produk ataupun membayar
perkhidmatan. Namun bagaimana pengurusan tersebut dijalankan, itulah
yang perlu dititikberatkan. Kewajipan kita dengan memastikan sumber
rezeki, cara pengurusan dan ke mana ia disalurkan perlu menepati
piawaian syariat Islam. Paling penting perbelanjaan kita mestilah bersih
daripada riba, tidak terlalu boros atau kedekut, tiada penyelewengan
dan menghormati hak orang lain.
Kewangan Harian Kita Halal @ Haram membincangkan beberapa aspek muamalat Islam yang menjadi asas dalam pengurusan ekonomi kita. Sistem ekonomi Islam sangat istimewa. Ia diatur sendiri oleh ALLAH SWT yang sememangnya menjaga kebajikan, menolak kemudaratan dan tidak menyekat hak kita untuk memiliki harta. Tetapi, kita mestilah mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh syarak. Moga rezeki kita lebih halal, berkat dan hidup bahagia dalam redha-NYA.
Untuk tempahan buku ini sila layari ke mall.karangkraf.com.
INDAHNYA CINTA RASULULLAH BERADA DI PASARAN SEKARANG!
Sebuah kisah cinta agung Rasulullah yang menggetarkan jiwa & memberi inspirasi. Wajib Miliki!
Buku yang sangat bagus dimiliki pengisiannya membuatkan hati terusik betapa CINTA RASULULLAH memang halus, tulus dan berseni malah cintanya tidak ternilai oleh kita...
“Ya Rasulullah, cintamu pada kami tidak pernah padam
Hidayahmu jua merentasi alam. Walau tidak sedikit
yang mendustakan namun engkau tegar menyampai peringatan.
Ya Habibullah… hadirmu membawa cahaya
Demi menerangi jiwa yang kelam.”
Hidayahmu jua merentasi alam. Walau tidak sedikit
yang mendustakan namun engkau tegar menyampai peringatan.
Ya Habibullah… hadirmu membawa cahaya
Demi menerangi jiwa yang kelam.”
“1001 warna-warni kehebatan cinta Rasulullah terhadap isteri, anak, cucu, sahabat, jiran dan mereka yang berada di sekeliling baginda. Menabur kasih dan sayang umpama menyemai cinta untuk dikutip sebagai saham akhirat.”
Ajaibnya cintamu ya Rasulullah. Inilah yang dapat digambarkan mengenai kasih sayang yang dicurahkan oleh baginda kepada umatnya hatta yang beriman mahupun ingkar. Demi ALLAH... perhatikanlah sifat-sifat baginda yang sering diteladani segenap insan. Maka benarlah, Rasulullah itu diutuskan sebagai rahmat bagi semesta alam.
Baginda tidak marah kecuali sentiasa tersenyum. Baginda tidak menengking kecuali menasihati. Baginda tidak mengusir kecuali mengajak sekalipun mereka yang memusuhinya. Baginda tidak berkasar kecuali berlemah lembut dan baginda tidak akan menolak kecuali bersebab. Subahanallah... betapa hebatnya akhlakmu ya Rasulullah SAW.
Indahnya Cinta Rasulullah ini bisa menggetarkan jiwa dan mencairkan hati yang kian membeku dengan khilaf. Ternyata, cinta Rasulullah itu tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Moga lembaran kisah dalam buku ini menjadi pengubat rindu kita kepada baginda di samping ALLAH SWT jua akan merindui cinta kita kepada-NYA. Insya-ALLAH.
Antara kandungan menarik:

- Cinta Rasulullah di Dalam Rumah Tangganya
- Cinta Rasulullah Terhadap Hamba dan Pelayan
- Cinta Rasulullah Terhadap Si Tukang Sapu
- Cinta Rasulullah yang Telus dan Ikhlas
- Cinta Rasulullah Terhadap Isterinya
- Cinta Rasulullah Terhadap Anaknya
- Cinta Rasulullah Terhadap Cucunya
- Cinta Rasulullah Terhadap Jirannya
- Cinta Rasulullah Terhadap Sahabat
- Cinta Rasulullah di Saat Wafatnya
DEMI REDHA IBU BAPA SUDAH BERADA DI PASARAN.
Alhamdulillah buku ini telah pun berada di pasaran. Tahniah buat Norlela Ibrahim kerana telah melahirkan sebuah lagi buku bersama Karya Bestari. Buku sebelumnya memang laris dan sekarang berada dalam senarai ulang cetak. Buku bersama Karya Bestari ialah Doa & Tip Keluarga Bahagia dan Doa Dan Tips Khas Untuk Pelajar dari penerbitan Buku Prima.
Buku Doa & Tip Khas Untuk Pelajar ini adalah hasil penulisan seorang guru yang mengharapkan para pelajar dapat mencapai kejayaan bukan sahaja cemerlang di dunia tetapi juga gemilang di akhirat.
Mempunyai 10 menu utama yang merangkumi tip-tip motivasi mengikut perspektif Islam untuk mencapai kejayaan yang diberkati lagi diredhai-NYA melalui usaha yang bersungguh-sungguh, berdoa, bertawakal kepada ALLAH SWT disertai dengan akhlak yang mulia. Selain itu, diselitkan juga doa-doa menuntut ilmu serta panduan solat fardu dan beberapa solat sunat untuk membimbing para pelajar mengamalkan amalan-amalan sunat tanpa meninggalkan amalan yang wajib. Manakala Surah Yasin sebagai penutup buku ini berperanan untuk memudahkan para pelajar membawanya ketika menghadiri program kerohanian di samping dapat menjadikan bacaan surah ini sebagai salah satu rutin harian mereka.

SINOPSIS BUKU DEMI REDHA IBU BAPA:
DUHAI anak… tidak akan ada dirimu di dunia ini tanpa ayah ibu. Walaupun pernah ditatang bagai minyak yang penuh, namun tidak semua kata-kata mereka diturutimu. Apabila mereka semakin berusia, balaslah jasa keduanya dengan memberikan sepenuh perhatian dan bantuan. Jagai hati mereka dengan ketulusan serta kesabaran. Adakah dirimu mahu dianggap anak derhaka walaupun hanya dengan ungkapan ‘ah’?
Wahai ayah ibu… jagalah ‘amanah’ ini dengan sebaik-baiknya. Terapkan didikan duniawi dan ukhrawi agar mereka menjadi hamba yang bertakwa. Pasti pengorbananmu akan diganjari di dunia dan akhirat. Bimbinglah dengan keikhlasan bukan keterpaksaan. Moga pemergianmu nanti akan ditangisi, ketiadaanmu dirindui. Sesungguhnya doa anak yang soleh menjadi bekalanmu di alam abadi.
DEMI REDHA IBU BAPA mengajak kita bermuhasabah untuk memperbaiki kekhilafan dan kealpaan diri dalam mendidik permata hati. Tunaikan tanggungjawab masing-masing agar ayah ibu dan anak-anak saling menghormati, menghargai lagi diberkati. Usah mudah mengalah dengan ujian kerana itulah tanda kecintaan-NYA buat hamba yang dikasihi.
Untuk memiliki buku ini sila layari http://mall.karangkraf.com/webshaper/store/viewProd.asp?pkProductItem=3644
Subscribe to:
Posts (Atom)