Sunday, September 23, 2012
Wednesday, September 19, 2012
Monday, September 3, 2012
MERIAH PROGRAM IMARAH MASJID di MASJID AS-SALAM - Menyubur Ilmu, Membenih Cinta
Alhamdulillah… berkat izin-NYA, segala perancangan telah menjadi realiti.
Bertempat di Masjid As-Salam, Puchong Perdana, program IMARAH MASJID anjuran Karya Bestari @ Grup Buku Karangkraf bersama Majalah i @ Kumpulan Media Karangkraf ini mendapat sokongan sepenuhnya daripada pihak pengurusan Masjid As-Salam, Puchong Perdana.
Aktiviti
seterusnya ialah `Kenali Ayat Cinta Rasulullah’ yang dikendalikan oleh
penulis buku Takluk Hati Pasangan, Prof Madya Dr. Mohd Nor Mamat. Jika
aktiviti sebelum ini disertai oleh anak-anak cilik, kali ini anak-anak
remaja pula menunjukkan bakat. Berpandukan keratan hadis yang dimasukkan
dalam kotak dan dicabut sendiri, dapat dilihat secara jelas kredibiliti
setiap peserta ketika menghuraikan maksud hadis. Ada yang agak gugup
dan malu-malu tetapi tetap berbakat! Syabas anak-anakku!
Seusai solat zuhur,
majlis Jamuan Hari Raya Masjid As-Salam mula dikunjungi ramai. Kariah
dan penduduk setempat tidak putus-putus memeriahkan pekarangan masjid
yang telah dipenuhi dengan pelbagai gerai juadah. Pemberian duit raya
juga antara sesi yang amat menyeronokkan khususnya bagi kanak-kanak.
Booth jualan buku dan majalah juga turut menjadi tumpuan. Walaupun 1
September 2012 berlanjutan dengan cuti hujung minggu, cuti umum Hari
Kebangsaan dan masih dalam mood raya-rayaan, namun kehadiran khalayak
memang di luar dugaan. Alhamdulillah… inilah yang dikatakan rezeki
Syawal.
Sesi petang pula diteruskan dengan Aktivti Mewarna. Sebagaimana yang dijangka, sambutan kanak-kanak amat menggalakkan. Terserlah kreativiti dan bakat masing-masing menerusi hasil kerja tangan yang disiapkan.
Dan… pada jam 3.00 petang, suasana ruang legar Masjid As-Salam semakin gamat sejurus bermulanya aktiviti `Bila Ustaz Sibuk di Dapur’. Penulis Karya Bestari yang lain juga turut hadir memeriahkan akitiviti ini antaranya En. Anwar Nursi (Anakku... Hidup sekali biar bererti). Menyokong penuh aktiviti ini sepanjang majlis berlangsung. Tambahan sikap sporting Ustaz Mohd Yaakub Mohd Yunus dan Ustaz Mohd Nor Mamat menceriakan suasana. Teman sekuliah ketika di UIA dahulu kini digandingkan dan hasilnya… Sambal Udang Manisnya Iman dan Ayam Golek Takluk Hati Pasangan siap sedia terhidang. Tahniah ya ustaz berdua kerana menunjukkan teladan bahawa inilah antara ciri suami mithali… tidak segan silu menyingsing lengan membantu cik isteri. Apa-apapun, terima kasih pada buku `Koleksi Menu Orang Bujang’ dan Koleksi Menu Harian’ (terbitan Alaf 21) yang telah menghasilkan resipi yang `pasti jadi’ ini!
Alhamdulillah… cuaca yang baik
melancarkan perjalanan majlis. Sebelum solat asar, `Pelancaran Imarah
Masjid’ disempurnakan oleh Datuk Abd. Jalil Ali. Dalam ucapan ringkas,
Penasihat Eksekutif Editorial Kumpulan Media Karangkraf ini sempat
menyuarakan rasa teruja di atas inisiatif murni pihak pengurusan masjid
yang turut menjemput pemimpin dari rumah ibadat bukan Islam. Moga
ukhuwah sesama kita dapat dieratkan tanpa mengenal bangsa.
Pada sebelah malamnya, berlangsung Pelancaran Kelab Haji Muda dan
Pelancaran Pujuklah Rasa (karya terbaru Dr. Robiah K. Hamzah). Kedua-dua
majis ringkas itu disempurnakan oleh Ustaz Muhammad Sujak Muhammad
Dasuki (Pegawai Tadbir Agama Daerah Petaling). Grup Buku Karangkraf dan
Kumpulan Media Karangkraf juga telah menyumbangkan wakaf bahan bacaan
kepada beberapa sekolah berdekatan dan perpustakaan pusat sumber Masjid
As-Salam bagi memenuhi matlamat visi dan misi perkongsian ilmu.
Acara kemuncak, sudah semestinya Forum Bicara Cinta Anak Muda, anjuran
Majalah i. Forum Siri 6 ini menampilkan koloborasi mantap ahli panel
iaitu motivator kekeluargaan Dr. Robiah K. Hamzah serta artis Yatt
Hamzah dan Farah Asyikin Zulkifli. Syaqif Zulakifli (DJ IKIMfm) sebagai
moderator berjaya mengendalikan forum yang bermula pada jam 9.00 malam
itu. Perkongsian rasa `Mencari Jalan ke Syurga’ menyuntik kesedaran
bahawa kita sebagai hamba-NYA usah sesekali memandang rendah kepada
mereka yang mahu berubah.
Pengisian yang mantap membuatkan
setiap sudut empat buah khemah dipenuhi hinggakan tambahan tikar
terpaksa dibentang. Malah, khalayak hadirin tidak berganjak hinggalah
forum berakhir menjelang detik 12.00 tengah malam.
Secara
keseluruhannya, terima kasih tidak terhingga buat semua para penulis,
pengurusan Masjid As-Salam di bawah kelolaan nazir, Tuan Hj Yasim
Mohamed, dan semua karyawan/team/pihak terlibat (maaf, tidak tersebut
satu per satu) yang telah memberi komitmen sepenuhnya. Mudah-mudahan
matlamat utama untuk memupuk semangat cintakan masjid diberkati dan
diredhai-NYA. Bagi pihak Grup Buku Karangkraf dan Kumpulan Media
Karangkraf, kami memohon maaf di atas segala kekurangan dan
keterlanjuran. Insya-ALLAH, panjang umur, ada rezeki… IMARAH MASJID akan
kembali!
* Terima kasih setulus hati buat Majalah i, Sinar Harian dan semua karyawan Kumpulan Media Karangkraf . Juga, terima kasih daun keladi buat semua anak beranak di team promo, sales, logistik, editorial Alaf 21, Buku Prima dan Karya Bestari @ Grup Buku Karangkraf. Alhamdulillah… segala usaha kita dipermudahkan-NYA berkat doa dan team work bersama. Sememangnya, Benar-benar `membarakan jiwa dan minda’ walaupun… (penatlah jugak…)...Syukur…
Bertempat di Masjid As-Salam, Puchong Perdana, program IMARAH MASJID anjuran Karya Bestari @ Grup Buku Karangkraf bersama Majalah i @ Kumpulan Media Karangkraf ini mendapat sokongan sepenuhnya daripada pihak pengurusan Masjid As-Salam, Puchong Perdana.
Seawal jam 10.00 pagi, Sabtu 1 September 2012, En. Muhammad Nazir Mohammed Khalid ...(penulis
buku Belajar Tajwid Cara Mudah) telah bersedia dengan sekumpulan
anak-anak cilik dalam `Kuiz Bahasa Al-Quran’. Aktiviti selama sejam itu
terasa begitu cepat berlalu kerana respons yang begitu positif daripada
semua peserta. Setiap soalan dalam bentuk permainan silang kata berjaya
dijawab dan ini menunjukkan bahawa pemahaman anak-anak sekolah rendah
terhadap al-Quran begitu baik sekali. Alhamdulillah…
Sesi
tazkirah bersama Dr. Ridzwan Bakar (penulis buku Rinduku Pada Baitullah)
kemudiannya mengambil tempat di ruang legar Masjid As-Salam.
Perkongsian pengalaman sendiri selama berada di tanah suci membuatkan
setiap patah kata memberi mesej yang bermanfaat sekali. Berpegang pada,
`ALLAH tidak pernah lupakan kita’, pengisian yang mengajak kita
menguatkan tekad untuk ke rumah-NYA membuatkan kita turut merasai
kemanisan dan ketenangan di bumi Raudhah itu,. Presiden Kelab Haji Muda
ini juga tidak lokek berkongsi cara pengurusan diri yang sebaiknya
sepanjang mengerjakan haji dan umrah.
Sesi petang pula diteruskan dengan Aktivti Mewarna. Sebagaimana yang dijangka, sambutan kanak-kanak amat menggalakkan. Terserlah kreativiti dan bakat masing-masing menerusi hasil kerja tangan yang disiapkan.
Dan… pada jam 3.00 petang, suasana ruang legar Masjid As-Salam semakin gamat sejurus bermulanya aktiviti `Bila Ustaz Sibuk di Dapur’. Penulis Karya Bestari yang lain juga turut hadir memeriahkan akitiviti ini antaranya En. Anwar Nursi (Anakku... Hidup sekali biar bererti). Menyokong penuh aktiviti ini sepanjang majlis berlangsung. Tambahan sikap sporting Ustaz Mohd Yaakub Mohd Yunus dan Ustaz Mohd Nor Mamat menceriakan suasana. Teman sekuliah ketika di UIA dahulu kini digandingkan dan hasilnya… Sambal Udang Manisnya Iman dan Ayam Golek Takluk Hati Pasangan siap sedia terhidang. Tahniah ya ustaz berdua kerana menunjukkan teladan bahawa inilah antara ciri suami mithali… tidak segan silu menyingsing lengan membantu cik isteri. Apa-apapun, terima kasih pada buku `Koleksi Menu Orang Bujang’ dan Koleksi Menu Harian’ (terbitan Alaf 21) yang telah menghasilkan resipi yang `pasti jadi’ ini!
Team Promosi Grup Buku dan Majalah I yang sering membantu kami menjayakan program ini. |