Friday, January 27, 2012

PESTA BUKU KARANGKRAF 2012 PALING MERIAH

Menyediakan ruang rehat dan ruang penulis untuk melayan tetamu yang hadir. Memang meriah Pesta Buku kali ini dengan pelbagai aktiviti dan judul buku telah di pamer dan dijual. Kali ini kami berpesta sakan dengan menemui peminat dengan lebih dekat malah dapat beramah mesra dengan mereka. Keadaan di luar perkarangan bangunan Karangkraf dilihat seolah-olah dilitupi salji putih walhal berpuluh khemah bewarna putih yang memenuhi ruang legar disini. Sambutan dari peminat juga amat memberangsangkan. Syukur Alhamdulillah peminat dapat melihat sendiri kemeriahan dengan adanya booth penulis yang kami anggap mereka setia juga prolifik dengan penerbitan kami. Di Karya Bestari kami menggabungkan penulis-penulis yang berkesempatan untuk turun padang mempromosi buku-buku mereka sama ada baru dan lama. Antara yang hadir pada hari ini adalah Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman, Dr. Robiah K. Hamzah, Ustaz Dato' Daud Che Ngah, Prof Madya Rasid Mohammad, Mohammed Nazir, Mohd Yaakub Mohd Yunus dan  penulis baru iaitu Mohd Shahrizal Nasir. Kami sempat bersembang di booth penulis tentang isu buku dan yang paling menarik kami dapat merasakan mereka sangat gembira dengan sambutan terhadap buku mereka.
 
Dipenuhi peminat yang berpusu-pusu untuk membayar dan juga membeli. Sapa kata orang Malaysia hanya membaca 2 lembar sahaja. Jika dilihat puluhan buku dalam satu bakul dan ada juga beratus-ratus ringgit berhabis dengan membeli buku. Sesuai dengan impian kami membudayakan masyarakat membaca.
Sebelah petang kami memeriahkan susasana dibilik auditorium yang serba indah dengan aktiviti sembang buku. Yang terlibat Ustaz Mohd Yaakub sebagai moderator, panelnya adalah Ustaz Dr. Zaharuddin, Prof Madya Mohd Rasid dan juga Dr. Robiah K. Hamzah. Melebihi 200 orang berpusu-pusu memasuki bilik forum. Tajuk yang diperbincangkan adalah "6 Kaki Dalam Tanah. Bersediakan Kita?
Jom hadiri Pesta Buku dan dapatkan buku terbaru Karya Bestari. Masih ada dua hari lagi untuk bersama kami... Diskaun buku menarik pasti anda tertarik. Ayuh apa tunggu lagi...

Monday, January 16, 2012

BUKU BAKAL TERBIT: RENUNGAN BUAT PENCINTA SYURGA akan berada di pesta buku karangkraf pada 27-29 Januari 2012.


RENUNGAN BUAT PENCINTA SYURGA

Penulis: MOHD SHAHRIZAL NASIR
ISBN: 978-967-86-0390-4
Harga: RM16.00
 Halaman: 288
 "Mencari redha ILAHI itu tidak mudah,tapi itulah ujian buat kita semua. Sebagai tanda kita ini hamba-NYA, hati yang tunduk dan istiqamah itu perlu sepanjang masa. Hidup ini juga tidak lama, akhirat sana menjadi kampung abadi buat kita. Sebelum menutup mata, sempurnakanlah segala tuntutan agama agar kita diterima-NYA."
SYURGA itu destinasi impian setiap insan yang punya nikmat tidak terhingga. Kenikmatan ini tidak akan mampu dicapai indera… belum pernah dilihat dek mata, tidak pernah didengar dek telinga dan tiada pernah terdetik dek fikiran sesiapa pun. Indahnya syurga hanya layak untuk hamba yang menyerah diri pada-NYA.

Al-jannah itu kurniaan ILAHI untuk para hamba-NYA yang beriman dan beramal soleh. Bersyukurlah jika hati cenderung pada-NYA, namun itu bukanlah tiket untuk kita alpa. Godaan dunia pasti menimpa… menarik kita agar lupa pada-NYA. Dan pada ketika itulah, kita sebenarnya dihujani ujian sebagai bukti keimanan.

RENUNGAN BUAT PENCINTA SYURGA menggarap pelbagai persoalan penting yang kita mungkin tanpa sengaja melupakannya. Selidiklah diri agar sentiasa tetap pada jalan-NYA. Berusahalah… moga setiap amalan yang kita lakukan, redha ALLAH jua menjadi jaminan ganjaran. Mudah-mudahan syurga itu milik kita.

Antara Kandungan Menarik:  
• Kepentingan Masa Dalam Islam 
• Persiapan Diri Menanti Hari Kiamat 
• Manfaatkan Peluang Sayyidul Ayyam 
• Memuliakan Tetamu Undang Rahmat 
• Martabat Guru Setanding Para Ulama 
• Hijrah Didik Umat Atur Strategi Hidup 
• Bertunang Bukan Lesen Hubungan Bebas 
• Redha Ibu Bapa Jamin Keberkatan Hidup 
• Malas Berfikir Punca Umat Islam Mundur 
• Tunai Hak al-Quran Tanggungjawab Semua

Mohd Sharizal Nasir

UNTUKMU UMAT KINI WAJAH DAN SAIZ YANG BARU!

Berita untuk peminat buku Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman. Buku untukmu Umat yang bersaiz kecil kini bertukar kepada saiz yang besar sedikit dan berwajah baru. Dapatkan buku terlaris ini dipesta buku Karangkraf nanti... 27-29 Januari 2012.

Thursday, January 12, 2012

2012 MENJANJIKAN TERBAIK UNTUK PASARAN BUKU AGAMA

Syukur Alhamdulillah... Karya Bestari telah dilihat masyarakat. Buku agama yang dijangka akan melebarkan sayapnya sepanjang tahun dan seterusnya akan menjadi perhatian untuk muslimin dan muslimat tak mengira usia. Warta dari Berita Harian membuktikan masyarakat menerima kehadiran KARYA BESTARI. Syukur sangat-sangat dan terima kasih kepada pembaca kerana bersama kami. Amin....
"Selain buku kanak-kanak, syarikat terbabit turut yakin bahawa buku agama akan mencatat perkembangan ekoran pasarannya yang besar dan andaian itu dibuat berdasarkan keuntungan yang dicatat buku agama di bawah jenama Karya Bestari untuk tahun lalu meningkat tiga kali ganda berbanding tahun sebelumnya."
 "Satu daripadanya adalah faktor pendekatan dalam penghasilan buku agama yang lebih meruntun jiwa. Kita tidak lagi bercakap soal buat jahat dibalas neraka, tetapi pendekatan yang lebih dekat dengan jiwa pembaca. Misalnya keindahan syurga dan paling laris ketika ini ialah SOALAN BOCOR DARI KUBUR" - Sri Diah Shaharuddin.
"Buku dengan judul mendamaikan jiwa adalah strategi yang lebih berkesan dalam memikat perhatian pembaca, bukan sekadar kulit buku menarik kerana mereka kini tidak lagi di momokkan dengan balasan neraka seperti suatu ketika dahulu..."
Untuk itu jangan lepaskan peluang dapatkan buku-buku bermutu terbitan Karya Bestari di pesta buku karangkraf pada 27-29 Januari 2012. Di seksyen 15, Shah Alam, Selangor. Jangan lupa temui kami di sana... 

Thursday, January 5, 2012

FIESTA BUKU KARANGKRAF KEMBALI LAGI! JOM BERAMAI-RAMAI MENGHADIRKAN DIRI...

Bertemu dengan Mohd Yaakub Mohd Yunus di pesta buku nanti ya...

Monday, January 2, 2012

FUAD HJ. SAM maju bersama Karya Bestari

Dapatkan ketiga-tiga buku Fuad Hj. Sam. Yang terbaru adalah buku KAHWIN PADA USIA MUDA yang telah pun diulang cetak. Syukur alhamdulillah mmoga En. Fuad akan sukses di dunia dan di akhirat.