Tuesday, September 27, 2011

SOALAN BOCOR DARI KUBUR BOLEH DIMILIKI SEKARANG!

“Setiap yang hidup pasti akan merasai mati.”
- Surah al-Imran: 185

SEMENJAK di lohmahfuz lagi, kematian kita telah direncanakan oleh ALLAH S.W.T. Walaupun mati itu pasti, namun tiada seorang pun mengetahui bila dan di mana Izrail akan menjemput kita menghadap ILAHI. Usah jadikan ‘rahsia’ tersebut sebagai alasan untuk kita tidak mempersiapkan diri menghadapi detik-detik sakaratulmaut.

Sesungguhnya dari tanah kita berasal, kepada tanah jualah kita dikembalikan. Setiap yang kita miliki di dunia ini, satu per satu akan diambil semula oleh Pemiliknya. Dunia hanyalah pinjaman semata-mata. Selagi jasad masih bernyawa, rebutlah peluang menggandakan amal ibadat demi menjadi hamba-NYA yang cemerlang di akhirat sana.
SOALAN BOCOR DARI KUBUR ini mengupas setiap persoalan yang akan ditanya oleh Munkar dan Nakir di alam barzakh nanti. Sematkan di dalam hati akan hakikat sebuah kematian dan pertemuan dengan Yang Maha Pencipta. Persiapkanlah diri dengan amalan soleh, mudah-mudahan kita bakal ditempatkan di syurga firdausi yang kekal abadi.

Antara kandungan menarik:
• Iktibar Dari Kuburan
• Soal Mengenai TUHAN
• Kehidupan dan Kematian
• Dahsyatnya Sakaratulmaut
• Adab Menziarahi Orang Sakit
• Alam Kubur dan Persoalannya
• Mendambakan Husnul Khatimah
• Amalan Berterusan Setelah Kematian
• Cara Mengendalikan Orang yang Nazak
• Ganjaran Mereka yang Menguruskan Jenazah

Hubungi: Zulia Zakaria - 03-51013649 untuk jualan di sekolah atau anjuran persatuan Hubungi: Rojana Md Nor - 019-2260713 untuk pertanyaan mengenai Karangkraf Mall E-mel untuk menjadi pengedar buku: promogrupbuku@ka­rangkraf.com mailto:promogrupbuku@karangkraf.com Hubungi Eksekutif pengedaran ini sekiranya tidak terdapat buku-buku kami di kedai: Pantai Timur/ Central: Halim (019-2886263) & Raqib (013-6554415) Utara/ Central: Hanapi (019-2297371) & Saiful Azlan (012-3412411) Selatan/ Central: Azam (012-9897565) & Ibrahim (019-2766876) Mega Bookstores/ MPH, Kinokuniya, Boarders, Popular: Fadzli@Apai (019-6222839) Sabah, Sarawak & Luar Malaysia: 03-5101 3683/84 (Liza).