Thursday, August 25, 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITI DARI TEAM KARYA BESTARI

Sempena Hari Raya Aidilfitri TEAM KARYA BESTARI mengambil kesempatan memohon kemaafan andainya berlakunya kesilapan dari kami sepanjang berurusan. Pesanan buat pembaca diluar sana agar pandu berhati-hati di luar sana. Gembiralah berpada-pada agar yang terluka tidak berasa disisihkan. Hari ini hari gembira mungkin esok hari kita berduka... Gembiralah seadanya ingatlah pada yang tiada. Jaga kesihatan, jaga tingkah laku dan jangan lupakan orang yang tersayang terutama ibu-bapa yang telah meniti di usia senja. Jagalah mereka sebagaimana mereka menjaga kita dari sebesar ibu jari sehingga kita dewasa seperti sekarang. Tanpa mereka, tanpa keringat mereka, tanpa cintanya kepada kita maka kita tidak wujud di atas muka bumi ALLAH ini. Buatlah sesuatu atas dasar cinta kepada ALLAH agar kita tidak rasa terbeban dan tidak membebankan. Keikhlasan yang lahir dari ketulusan hati akan diberkati ALLAH Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyanyang. Akhir kata Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir & Batin dari KARYA BESTARI...
Editor Kanan kami, Kak Wan katanya balik ke Johor tahun ni. Sempat berpesan kepada kami agar pandu berhati-hati.
Faizal selaku Junior Art Director bahagian Grafik balik ke Melaka. Seronok berhari raya dengan 17 orang anak buah. Keluarga besarlah katakan...
Yat, satu-satunya gadis dari cik Siti Wan Kembang, Negeri Kelantan sudah pun pulang ke Kelantan lebih awal. Takut jem ya...
Kak Ros tahun ni beraya di Bangi dan Termeloh, Pahang. Selamat bersalin ya Kak Ros... Doa-doalah file kerja tu tak error... supaya tenang bersalin nanti... Moga Kak Ros selamat bersalin dan sihat. Amin...
Amal Hayati selembut namanya balik ke Utara, Kedah. Selamat pulang dan berhati-hati balik ke utara tu sebab jauh perjalanannya. Tanya tentang persiapan, katanya sederhana sahaja. Namun, meriah dengan kuih raya. Huhuhu...
Azhar pula tahun ni tahun pertama menjadi suami orang. Katanya tahun ini beraya di banting dan klang sahaja. Dekat sahaja... Senang katanya. Tidak sampai beberapa jam boleh berada di tempat yang berlainan. "Siaplah duit raya Azhar... Dah ada dua bapa, dua emak dan bertambah anak buah dari sebelah Azhar dan dari sebelah isterinya..." Huhuhu...
Nadirah, satu-satunya pereka grafik wanita di Karya Bestari. Dira beraya di Kuala Nerang, Kedah. Awal juga balik beraya. Katanya hatinya sudah berada di sana bertemu insan tersayang ibu dan bapa serta adik beradiknya...

Tuesday, August 23, 2011

AJARKAN AKU WAHAI IBU SESUAI UNTUK IBU DAN ANAK-ANAK. AKAN BERADA DI PASARAN PADA AWAL SEPTEMBER 2011.


JUDUL: AJARKAN AKU WAHAI IBU
HARGA: RM11.00
PENULIS: DR MALINA OSMAN
ISBN: 978-967-86-0375-1

Kasihnya ibu membawa ke syurga. Berkorban nyawa tanda kasih. Kasihnya ayah tak sanggup berpisah. Berkorban raga rela binasa.

Aduhai ibu…. kasihnya pada kita tiada noktah. Jasanya tidak terhitung, pengorbanannya tidak terbalas. Doa dan kasihnya bagai selimut yang membaluti tubuh. Pelukannya umpama angin yang mendinginkan. Betapa lembutnya teguran diberi kala kita hanyut dalam kelalaian. Namun, alangkah hiba hati kecil mereka andai terguris dek kedegilan yang kita pamerkan.

Dalam keseronokan mengejar duniawi, hadirnya insan rabbani ini membawa peringatan agar kita tidak terus terleka diulit mimpi. Bicaranya tersembunyi sejuta hikmah menuntun kita ke jalan bahagia. Halangnya bukan membantah. Nasihatnya untuk kebaikan.

Beruntunglah siapa yang mendengar, rugilah mereka yang ingkar.
Ajarkan Aku Wahai Ibu… membawa kita menyelami hati seorang ummi yang membawa mutiara nasihat tidak ternilai buat anakanda tercinta. Fahamilah apa yang diucap. Hayatilah setiap bait yang tercatat. Pasti akan ketemu sesuatu yang bererti buat bekalan di kemudian hari. Percayalah… redha Rabbul Jalil terletak pada redhanya. Lalu, terimalah ia sebagai hadiah daripada seorang ummi yang menyayangi kita….


Adakalanya aku buta dalam cahaya... Adakalanya aku kabur dalam sinar... Adakalanya aku lalai dalam senang... Lalu, ajarkan aku wahai ibu. Kerana... redhamu adalah syurga buatku...

Ajarkan AKU WAHAI IBU SESUAI untuk bacaan ibu dan anak...

Sunday, August 21, 2011

100 PESANAN TARAKHIR RASULULLAH BERADA DI PASARAN SEKARANG!

Create your own banner at mybannermaker.com!

100 PESANAN TERAKHIR RASULULLAH
Mohd Nasruddin Dasuki
RM18.00 416 Halaman
ISBN: 978-967-86-0378-2


Syukur Alhamdulillah... Buku 100 Pesanan Rasulullah sudah memasuki kilang. Naskhah semakan editor telah pun berada di tangan Editor dan designer untuk melihat hasil kerja dan kami amat berpuas hati dengan pencetak kami. Tahniah! sangat kemas dan TEAM KB tidak sabar untuk uarkan kepada pembaca. Moga hasil karya Mohd Dasruddin Dasuki ini membuka mata kita tentang pentingnya 100 Pesanan Terakhir Rasulullah itu.

SINOPSIS:
Kehidupan ini sememangnya memiliki rahsia yang tersembunyi. Adakala, apa yang kita harap­kan tidak menjadi, sebaliknya apa yang tidak diminta, kita memperolehinya. Usah cepat berputus asa dengan rahmat ILAHI dan terus menghukum bahawa doa kita tidak diperkenankan.

Teruskanlah memohon di samping merenung ke dalam diri apakah yang telah ALLAH limpahkan kepada kita. Sejujurnya, jika hendak dicatatkan, sudah tentu tinta seluas air lautan yang digunakan tidak mencukupi. Ini menggambarkan betapa tidak terhitung nikmat-NYA.

Maka, untuk kesejahteraan di dunia dan akhirat, kita perlu sentiasa mengingati pesanan Rasulullah s.a.w agar tidak lalai dengan tipu daya nikmat dunia. Meskipun Rasulullah s.a.w telah meninggalkan kita namun titipannya iaitu al-Quran dan sunah tetap dijadikan panduan.

100 PESANAN TERAKHIR RASULULLAH ini bisa menggetarkan setangkai hati kita andai ada pesanan ini jauh daripada jangkauan apa yang dilaksanakan. Jadikanlah peringatan ini sebagai kayu ukur amalan kita. Moga ada kebaikan yang dapat dikongsi bersama. Insya-ALLAH.

Antara Yang menarik:
  • Peliharalah solatmu
  • Isteri, taatilah suamimu
  • Bersedekah biarlah ikhlas
  • Bersahabat cara Rasulullah
  • Memberi salam itu satu sedekah
  • Ziarahilah kubur ingati kematian
  • Mengharap keredhaan beribadat
  • Tawaduk penghapus kesombongan
  • Al-Quran dan sunah panduan hidup
  • Pertolongan ALLAH buat yang sabar

Friday, August 19, 2011

30 JUDUL KARYA BESTARI ULANG CETAK

SYUKUR ALHAMDULILLAH!
Izinkan kami berkongsi berita kesyukuran ini. Alhamdulillah... berkat kerjasama semua team Kumpulan Media Karangkraf, penulis dan anda semua, beberapa judul kami telah diulang cetak. Jutaan terima kasih di atas segala sokongan yang telah diberikan. Kami amat menghargainya dan akan terus berusaha memperbaiki segala kekurangan. Mudah-mudahan DIA Yang Maha Pengasih mempermudahkan segala urusan seterusnya. Sesungguhnya, yang baik itu daripada ALLAH S.W.T dan yang buruk itu daripada kelemahan kami sendiri.

Tahniah buat Pahrol Mohd Juoi kerana bukunya Di Mana Dia Di hatiku? Sudah berada dalam cetakan keempat, manakala buku dalam cetakan ketiga adalah buku dari Usaz Emran Ahamad, (Petunjuk Jalan Lurus), Dr. Robiah K. Hamzah (Rawatlah hati), dan Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj (Cipta Syurga Hati). Tahniah buat semua penulis yang bukunya sudah dalam cetakan kedua. Moga Usaha kita menjadikan masyarakat membaca, celik ilmu dan agama.

Thursday, August 18, 2011

PENULIS KARYA BESTARI - USTAZ HAMIZUL DI TV 9

ZAKAT TERAPI KEKAYAAN
RM 18.00 / 456 Halaman
Pada zahirnya, zakat bagai mengurangkan harta tapi yakinlah DIA akan melimpahkan keberkatan-NYA. Pasakkanlah ke dalam dada bahawa apa jua harta yang kita ada hendaklah diladeni ke jalan yang diredhai kerana itulah tanggung jawab hakiki di sisi Rabbul Izzati. Harta yang dipinjamkan itu jika ditadbir sebaiknya akan memberikan ketenangan yang tidak dapat dibeli walau ditawar dengan wang berjuta.

Untuk mendapatkan buku ini... Anda boleh diberikan da pilihan iaitu:
  1. Bayaran secara pos - Sertakan Wang Pos/Kiriman Wang/Cek (menurut harga buku Rm 18) atas nama GRUP BUKU KARANGKRAF SDN. BHD. Lepastu kirimkan kepada: Lot 2, Jalan sepana 15/3, Off Persiaran Selangor, seksyen 15, 40200 shah alam selangor. Lepastu jangan lupa sertakan nama, alamat, no tel dan nama buku yang nak dibeli.
  2. Buat pembayaran melalui bank in: Bayar (menurut harga buku Rm 18)) terus ke akaun... GRUP BUKU KARANGKRAF SDN. BHD. (MBB 014271416077) Fakskan slip bank (nyatakan judul buku, alamat dan no.tel) ke 03-51013685. Emelkan kepada alaf@alaf21.com.my.
SEBARANG PERTANYAAAN BOLEH MENGHUBUNGI: RJ Shahfaizal: 017-5782309 Wan Rohana: 019-2557380

Wednesday, August 17, 2011

BEST SELLER! TAHNIAH KEPADA PENULIS YANG BERUSAHA KERAS....

Tahniah kepada penulis buku tersebut kerana buku ini baru sahaja dalam cetakan dan terus mendapat pengiktirafan BEST SELLER! dan sekarang dalam cetakan kedua. Syukur Alhamdulillah... ALLAH sahaja kami panjatkan rasa syukur. Mudah-mudahan ilmu ALLAH ini tersebar luas demi mencapai hasrat kami menjadikan masyarakat Malaysia yang membaca dan celik ilmu agama. Amin....
Belajar TAJWID Dengan Berkesan - Berharga RM19.90 oleh Muhammad Nazir Mohamed Khalid.
Merupakan manual ringkas mempelajari hukum bacaaan al-Quran dengan mudah. Bermula dengan pengenalan huruf, hinggalah kepada pecahan hukum tajwid yang lima dan seterusnya. Teknik penyampaian mudah difahami. Buku ini penuh warna warni.
Rinduku Pada BAITULLAH - Berharga RM16.00 oleh Dr. Ridzuan Bakar.
Yakinlah bahawa ALLAh tidak pernah lupakan kita. Ayuh kuatkan tekad untuk ke rumah-NYA, Baitullah al-Haram. Rasailah kemanisan dan ketenangan berada di bumi Raudhah ini. Panduan ringkas mengurusan diri jemaah haji dan umrah.


Menyelami Pengurusan UMAR ABDUL AZIZ - Berharga RM15.00 oleh Prof. Madya Rasid Muhamad.
Bukan harta yang dicari. Bukan juga kekuasaan yang mahu digenggami. Meski terhampar kemilau duniawi, ALLAH jua tetap di hati. Redha ALLAh digali walau durimemenuhi jalan yang dilangkahi. lalu, pentadbiran dipimpin sepenuh hati meskipun gusar menguasai diri. Dialah UMAR ABDUL AZIZ... insan istimewa... pemimpin idola sepanjang zaman.

TUHAN Terimalah Aku... Berharga RM16.00 oleh Dato' Hj. Md. Daud Che' Ngah.
Himpunan kisah benar yang terjadi di tanah Suci untuk iktibar bersama. Jadikanlah cerita yang baik sebagai teladan dan cerita ddnegatif sebagai panduan agar terhindar daripada melakukan sebarang ketelanjuran kata-kata dan perbuatan.
Belailah Kalbu - Berharga RM19.90 oleh Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj.
Damaikanlah jiwa agar lunak menerima apa jua halangan. Bersihkanlah hati agar dapat menerima cabaran dengan tenang. Yakinlah... ketentun-NYA telah sedia tersimpan jauh lebih dahulu daripada kewujudan kita. Moga kesulitan bukan lagi penghalang bahagia!

Monday, August 15, 2011

DI MANA DIA DIHATIMU? DALAM PROGRAM OASIS TILAWAH.

Satu perkongsian ilmu yang baik dari Ustaz Pahrol Mohd Juoi dalam mengupas tajuk Di Mana DIA Di Hatimu? Program selama sejam itu dirasakan begitu amat singkat kerana setiap hujahan menambat hati penonton.

Tuesday, August 9, 2011

SELAMAT PAGI MALAYSIA BERSAMA USTAZ HAMIZUL ABDUL HAMID DI TV 1

Jom rakan kita saksikan Ustaz Hamizul berdiskusi tentang Zakat Terapi Kekayaan.

Tuesday, August 2, 2011

TAZKIRAH RAMADAN PERCUMA UNTUK ANDA SEISI KELUARGA

Marhaban ya Ramadan.... Rasulullah sendiri sentiasa menyambut gembira setiap datangnya Ramadan. Dan berita gembira itu disampaikan kepada para sahabat seraya bersabda: “Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadan, bulan yang penuh keberkatan.”

Isilah rohani dengan santapan ilmu yang bermanfaat agar ibadat puasa yang dijalani, akan diganjari pahala berganda. Dapatkan juga info-info berguna mengenai ibadat puasa melalui TAZKIRAH RAMADAN, agar dapat diketahui kelebihan bulan mulia ini. Percuma! Hanya klik pada gambar untuk muat turun...