Friday, June 24, 2011

MARHABAN YA RAMADAN... 2011

Selamat Datang Ramadan 2011.
Marhaban barasal dari kata rahb yang bererti luas atau lapang. Marhaban menggambarkan suasana penerimaan tetamu yang disambut dan diterima dengan lapang dada, dan penuh kegembiraan. Marhaban ya Ramadan (selamat datang Ramadan) bererti bahwa kita menyambut Ramadan dengan lapang dada, penuh kegembiraan dan tidak dengan keluhan.

Rasulullah sendiri sentiasa menyambut gembira setiap datangnya Ramadan. Dan berita gembira itu disampaikan kepada para sahabatnya seraya bersabda:
"Sungguh telah datang kepadamu bulan Ramadan, bulan yang penuh keberkatan. ALLAH telah memfardukan atas kamu puasanya. Di dalam bulan Ramadan dibuka segala pintu syurga dan dikunci segala pintu neraka dan dibelenggu seluruh syaitan. Padanya ada suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Barang siapa tidak diberikan kepadanya kebaikan malam itu maka sesungguhnya dia telah dijauhkan daripada kebajikan" - Hr. Ahmad
Sempena bulan yang mulia yang bakal tiba. Karya Bestari menyajikan bahan bacaan hanya yang terbaik untuk anda seisi keluarga memantapkan ilmu di dada dalam mendalami ilmu ALLAH S.W.T. Selamat beramal dan kurangkan tidur tapi perbanyakkan bacaan yang berunsur keagamaan. Mudah-mudahan kita mendapat keberkatan...

Wednesday, June 22, 2011

OBSES PADA BUKU? WAN ROHANA WAN ABDUL MANAF KE UDARA

Dengarkan orang kuar Karya Bestari Wan Rohana Wan Abdul manaf dalam program DARI HATI KE HATI pada petang ini jam 3.45 petang....

Pesta Buku Selangor

Temui penulis-penulis Grup Buku Karangkraf sempena PESTA BUKU SELANGOR yang diadakan pada 24 Jun-3 Julai 2011 bertempat di SACC Convention Centre jam 10 pagi - 9 malam!

BACK TO SCHOOL TEMA BULAN JUN KUMPULAN KARANGKRAF

ORANG-ORANG sekeliling, rakan taulan, ibu bapa, Ramlee Awang Murshid, peminat-peminat biasa dan luar biasa sering cakap dengan jujur bahawa warga Grup Buku Karangkraf (GBK) semuanya ekstra ceria dan awet muda. Disebabkan percaya sepenuh hati dengan pujian yang bertubi-tubi dilemparkan, maka kami pun cukurlah jambang dan jamah jamu Mak Dara untuk bergaya sakan pada satu hari ni.

Pada hari yang indah itu, bersamaan hari Khamis, 16 Jun 2011 lalu, para karyawan Grup Buku (Alaf 21, Buku Prima dan Karya Bestari) dengan bangganya berpakaian seragam pelajar sekolah sempena tema Back to School. Kejutan demi kejutan muncul pada pagi hari pertama sesi persekolahan ini. Bersungguh-sungguh mereka merayu dan memberi janji palsu dengan anak kandung atau anak saudara untuk meminjam uniform.

Unit pereka bentuk buku sepakat memilih untuk beraksi seperti murid-murid sekolah. Kebanyakan yang keterampilan semalamnya seperti bapa budak tampil bersih ala pelajar harapan bawah umur. Baju putih bersinar lepas diclorox, tanda nama dan lengkap dengan sticker lencana sekolah khas yang baru direka seolah-olah membuat mereka hilang ingatan dengan beban kerja.

Tuan puan di unit editorial pula bergaya seperti barisan guru-guru pendokong aspirasi negara. Diketuai oleh puan pengetua, Puan Sri Diah, mereka berikrar untuk terus memacu kejayaan syarikat GBK. Memori indah dengan cikgu kesayangan terpacul semula apabila melihat wajah mereka.

Sebagai tanda ingatan, sila cemburu dengan paparan gambar demi gambar yang kami sisipkan untuk tatapan mereka di luar sana.

Thursday, June 9, 2011

KARANGKRAF MALL KINI DIBUKA UNTUK ORANG RAMAI. JOM SINGGAH...

Rasa amat bertuah dan seronok apabila melihat Karangkraf Mall dibina dan dibuka untuk staff dan keperluan orang ramai. Kedai buku yang terletak di bangunan Grup Media Karangkraf ini amat menarik, moden dan sesuai dijadikan ruang santai membawa anak-anak membaca sambil berlibur. TEAM KB tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama menyusun dan menghias buku-buku untuk tatapan peminat di luar sana. Jika ada kelapangan waktu singgahlah ke Karangkraf Mall kami. Sajian dari buku resipi, agama, novel, motivasi, umum, jahitan, selebriti kraf serta bacaan anak-anak kecil. Datang... jangan tak datang kerana anda mungkin berpeluang bersuai kenal bersama editor buku dan juga penulis di sini.
Karangkraf Mall ini dibuka dari jam 9.30 pagi sehingga jam 9.30 malam. Jika anda tidak berpeluang untuk membeli pada waktu bekerja anda boleh meluangkan masa di waktu sebelah malam. Diskaun 15 % diberikan kepada anda.
Kami juga memberi carta 10 terhangat bagi setiap kategori untuk panduan pembeli dan list terbaru buku di pasaran. Jangan malu janganlah segan kerana pegawai urusan kami akan melayan anda dengan sebaik mungkin. Jika anda masih tidak berkesempatan anda juga boleh membeli secara online dan layari http://mall.karangkraf.com/webshaper/store/viewCat.asp?catID=91

"SESUNGGUHNYA SEMAKIN AKU MENGERTI TENTANG KEKUASAAN, SEMAKIN TINGGI KETAKUTANKU KEPADA KEKUASAAN... - MENYELAMI PENGURUSAN UMAR ABDUL AZIZ

BAKAL TERBIT! TUNGGU...
Tajuk
: MENYELAMI PENGURUSAN UMAR ABDUL AZIZ

Penulis : PROF MADYA RASID MUHAMAD

Harga : RM 15.00

Halaman : 288 hlmn

ISBN : 978-967-86-0376-8

Demi ALLAH! Aku berasa takut sekali untuk duduk di atas singgahsana ini (menjawat jawatan khalifah), jika memang yang duduk di atas singgahsana Ini bukan orang yang layak sama sekali. Jika aku boleh melepaskan kekuasaan ini, maka sudah aku serahkan kekuasan ini kepada yang berhak untuk menerimanya. Tetapi aku hanya boleh bersabar sehingga ALLAH menentukan pilihan dan ketentuan-NYA." - Umar Abdul Aziz

Betapa rendahnya hati kala menuturkan kata-kata ini. Bukan harta yang dicari. Bukan juga kekuasaan yang mahu digenggami. Meski terhampar kemilau duniawi, ALLAH jua yang tetap dicari. Redha ALLAH digali walau duri memenuhi jalan yang dilangkahi. Gerunnya dihiasi penyerahan abadi kepada ILAHI. Lalu, pentadbiran dipimpin sepenuh hati meski gusar menguasai diri.

Terbukti... Jalinan mantap antara ketakwaan dengan kepimpinan mampu membawa diri menjadi pemimpin disegani. Hasilnya, kerajaan Bani Umayyah cemerlang di bawah pentadbirannya... Diiktiraf sehingga kini. Namanya harum di bibir umat Muhammad. Amalan dan tindakannya diteladani sebagai tanda aras pemimpin berbakti. Sesungguhnya kepimpinan Bani Umayyah yang lain tidak mampu menandingi kehebatannya. Dialah insan istimewa. Dialah Umar Abdul Aziz.

Antara yang menarik:

  • Latar Diri Umar Abdul Aziz.
  • Keperibadian Unggul yang Dimiliki.
  • Prinsip Pengurusan Negara.
  • Keadilan dan Misi Dakwah.
  • Kepimpinan Transformasional.
  • Pembaharuan yang Dilakukan.
  • Polisi dan Pendekatan Dakwah.
  • Keteladanan Dalam Pengurusan.
  • Nilai Universal Dalam Pentadbiran.
  • Amalan Praktis Kepimpinan Berkualiti

JOM! KE PESTA BUKU DI SUNGAI PETANI KEDAH

Apa Habaq Orang Utara! - Mini Karnival Kumpulan Media Karangkraf
Buat julung kalinya Mini Karnival Karangkraf akan berkunjung ke Utara!
Tarikh : 10-12 Jun 2011
Masa : 9.00 Pagi - 7.00 Mlm
Tempat : Dataran Jam Besar Sungai Petani, Kedah
  • Diskaun sehingga 30% untuk majalah dan buku.
  • Pelbagai aktiviti menarik disediakan.
  • Sesi fotografi & ramah mesra bersama artis, editor majalah, novelis & penulis buku
  • Cabutan bertuah, persembahan artis, pertandingan karaoke
  • Promosi mega langganan majalah diskaun sehingga 25%
TEAM KB telah menghantar wakil kami iaitu Norhayati Mat Kassem - Editor Karya Bestari untuk bertemu anda di sana. Miliki buku dengan diskaun 20-30% bagi setiap pembelian. Terdapat 8 pakej jimat Karya Bestari yang kami tawarkan. Menarik dan murah! Segera dapatkannya di sana...

Wednesday, June 8, 2011

TAHNIAH BUAT PAHROL MOHD JUOI DAN NORLELA IBRAHIM


Syukur alhamdulillah ke hadrat ALLAH kerana buku Di Mana DIA Di Hatiku tulisan Pahrol Mohd Juoi dan Doa & Tip Keluarga Bahagia tulisan Norlela Ibrahim telah memasuki cetakan baru. Buku Di Mana DIA Di Hatiku telah memasuki cetakan ke-4 manakala Doa & Tip telah memasuki cetakan ke-2 dan penjualannya amat memberangsangkan. Tahniah buat ustaz dan ustazah berdua. Kami dari TEAM KB amat gembira kerana buku ini telah dilabelkan Best Seller! kerana penjualan buku di dalam ruang masa yang singkat.