Monday, June 28, 2010

PROMO SPM - HEBATNYA BULAN ISLAM DI TV1

MOHD YAAKUB BIN MOHD YUNUS dilahirkan di Bentong, Pahang Darul Makmur pada tahun 1973 tetapi dibesarkan di Ipoh, Perak Darul Ridzuan. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Kebangsaan Anderson, Ipoh dan kemudian melanjutkan pelajarannya di Kuliyyah Sains Kemanusiaan dan Ilmu Wahyu & Warisan Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Pengkhususan beliau adalah dalam bidang Organizational Communication. Beliau pernah menjawat jawatan Presiden bagi Forum Pelajar-Pelajar Komunikasi UIAM dan juga telah terpilih sebagai pelajar terbaik keseluruhan bagi Jabatan Komunikasi UIAM pada tahun 1997. Alhamdulillah kini beliau berupaya menulis beberapa buah buku, membentang kertas kerja di seminar serta forum, menyumbang artikel di majalah-majalah serta akhbar-akhbar di dalam rangka untuk melakukan amar ma’ruf (mengajak ke arah kebaikkan) dan nahi mungkar (menjauhkan dari perkara yang bertentangan dengan syarak). Beliau pada masa ini bertugas di Bahagian Perbankan Perusahaan, Affin Bank Berhad.

SOLAT BESTARI KINI BERADA DI PASARAN!

Lahirkan kemanisan solat dengan khusyuk yang sempurna!

Sesungguhnya solat itu tiang agama. Jika runtuh tiang itu, maka pincanglah segala amalan. Jika baik solatnya, maka baiklah segala amalan. Ketika mendekatkan diri kepada Yang Maha Esa, tahukah kita akan lafaz yang dibaca semasa solat? Mampukah kita menghadirkan khusyuk tanpa benar-benar memahami yang tersirat? Alangkah indahnya jika setiap bacaan itu mampu difahami dan dihayati. Dan ketahuilah bahawa setiap bacaan itu disambut oleh-NYA!

SOLAT BESTARI ini diterbitkan dengan harapan dapat dijadikan modul dalam melaksanakan solat dengan lebih sempurna. Ia lebih memfokuskan ter­jemahan bacaan dalam solat juga pergerakan asas solat bagi lelaki dan wanita. Teknik penyampaian yang dilengkapi rajah bergambar juga dapat membantu pembaca lebih memahami dan mendapat gambaran yang lebih realistik.

Antara yang menarik di dalam:

~ Penerangan bergambar tentang rukun wuduk
~ Dilampirkan ayat daripada al-Quran dan juga hadis sebagai rujukan
~ Beberapa surah dari Juz Amma
~ Terjemahan lengkap mengikut setiap ayat daripada setiap surah dan bacaan solat

~ Terjemahan perkataan dalam bahasa Melayu, Inggeris dan tulisan jawi
~ Kedudukan hukum tajwid serta penerangan ringkas
~Informasi tentang fokus dan hikmah daripada ibadat solat yang dilakukan
~ Penerangan bergambar tentang rukun solat dan bacaan sunat di dalam solat serta terjemahannya
~ Beberapa doa pilihan dan harian serta terjemahannya
~ Informasi tentang perkataan yang terpilih dan asbabunnuzul sesuatu surah



Tajuk: SOLAT BESTARI
Selenggara: MUHAMMAD NA
ZIR MOHAMMED KHALID
Harga: RM19.90
Halaman: 216

Borang Langganan

Sunday, June 27, 2010

JOM KE PESTA BUKU SELANGOR!

TEMUI PENULIS GRUP BUKU KARANGKRAF DI
PESTA BUKU SELANGOR

TEMUI penulis di Pesta Buku Selangor pada 26 & 27 Jun 2010 di kaunter, C 35 – C 40 Kompleks PKNS, Shah Alam, Selangor.

Tarikh

Penulis

Aktiviti
25

1. Mohammed Faiz Kamaludin

4.00 pm - 5.00 pm: LAUNCHING ASPIRASI ANGKASAWAN

26
1. Emma Maizura (Spana Rindu Skru)
2. Wardina Safiyyah (Mama Saya Lapar)
3. Nurmi Shakimi (Anugerah Cinta)
4. Norzailina Nordin
(Cinta 365)
5. Zara Amani (Coklat, Bunga & Si Cupid) 11.00 am - 2.00 pm
6. Liza Nur (Biarkan Ia Pergi) 3.00 pm - 6.00 pm
27

1. Emma Maizura (Spana Rindu Skru)
2. Hamzi Mohamad Nor(Senjata Elemen)
3. Akmal Aziz (Saga)
4. Zamzami Mat Zain (Burger)
5. Liza Nur (Biarkan Ia Pergi) 11.00 am - 2.00 pm
6. Nurul Syahida (Akukan Novelis!) 3.00 pm - 6.00 pm

3
1. Nazihatul Hanan (Mencari Naurah)
2. Kamsiah Abu (Seandainya Kau Ada) 3.00 pm - 6.00 pm
3. Mas Ayu (Jana RM Dari Rumah)
4. Zulkifli Arif (Cendawan)
5. Muhammad Nazir Mohammed Khalid (Solat Bestari)
6. Nurul Syahida (Akukan Novelis!) 11.00 am - 2.00 pm
7. Muhammad Nazir Mohammed Khalid (Solat Bestari)
4

1. Anis Ayuni (Saat Kau Kata Cinta)
2. Iffa Zalia (Dengar Kata Hati)
3. Rabihah Nur Ridhuan (Tanpamu Disisi) 11.00 am - 2.00 pm
4. Zara Amani (Coklat, Bunga & Si Cupid) 3.00 pm - 6.00 pm


Dapatkan promosi makan percuma Restoren Mo’men, dengan setiap pembelian Trionovel dan Bonus terbaru Alaf 21 atau buku-buku terbitan Alaf 21, Buku Prima, Karya Bestari dan Oasis Buku bernilai RM 50.00, sementara stok masih ada.

Sunday, June 13, 2010

WANITA BUTA UNDANG-UNDANG?

Setiap kita pasti mengharapkan yang terbaik dalam hidup ini. Namun, andai tiba-tiba dugaan menimpa, perlukah hanya berdiam diri dan menyerah kalah? Tidak! Sesungguhnya, Islam itu indah kerana setiap masalah pasti ada penyelesaian. Maka, setiap kita mesti lebih celik undang-undang tentang hak yang ada dan boleh dituntut. Dapatkanlah khidmat nasihat dalam bidang perundangan syariah agar kita yakin dengan apa jua keputusan yang dibuat.
Dari Kamar Syariah memuatkan pelbagai persoalan yang sering terjadi dalam kehidupan seharian. Kesemua 72 soalan dan jawapan amat sesuai untuk pelbagai peringkat umur memandangkan pengisiannya melibatkan hal-hal kekeluargaan.

'Berkata benarlah walaupun pahit!’ Ya... itulah matlamat buku ini... memberikan jawapan telus berdasarkan hukum yang termaktub dalam perundangan Islam. Setiap penerangan disampaikan sejelasnya bagi memastikan ketepatan huraian. Yakinlah bahawa setiap kita berhak memiliki apa yang sepatutnyamenjadi hak. Usah gusar untuk menuntut satu keadilan atas nama kebenaran!
Antara pengisian menarik:

Sunday, June 6, 2010

RENTUNG KERANA BOLA DAN TARIK TALI

DENGAN memakai cermin mata hitam, Naz and ahli-ahli Cheer yang lain (kumpulan wanita termasuk yang sudah beranak-pinak) turun ke padang selepas subuh dengan tujuan untuk menyaksikan barisan cowok-cowok Alaf 21 dan Karya Bestari beraksi di padang bola.

Atas semangat berpasukan, Cheer group tak kisah datang awal, walaupun ada pihak lawan yang menjeling-jeling (tak faham jelling sebab apa. Mesti suara si Naz yang lantang tu walaupun dia tak pernah masuk kelas vokal). Perlawanan kali ini membariskan 16 pasukan bola sepak antara jabatan-jabatan di Karangkraf.

Tepat jam 10.30 pagi, Karya Bestari membariskan pemain-pemain ala macho (ada yang sawo matang, ada yang putih melepak, ada yang tinggi, ada juga yang boroi, ada yang kurus melidi, dan tak ketinggalan ada juga pemain import Kapten Netball tersesat masuk dalam team ini. Tapi tak kisah sebab bila Kapten Netball mula mengelecek bola, memang menangis tengok, cuma sepakan kapten tu saja yang lari dari garisan latitude yang sepatutnya, sebab selalunya kapten pegang bola dengan tangan, tapi kali ni dia kena sepak, itu yang menggagau tu).

Harapan yang menggunung tinggi mula rendah membukit, bila team Karya Bestari tewas 3-0 dibelasah oleh Ultimate Group. Ada yang kata kekalahan ini di sebabkan padang becaklah, sebab tak praktislah, sebab pagi sangatlah, sebab belum sarapanlah, sebab mengantuklah, sebab suara sorakan tak kuatlah (padahal Naz dah go picing paling tinggi tuh. Cikgu AF pun mesti tabik spring kat Naz), sebab kasutlah dan malah ada yang salahkan tiang gol.

Kami kumpulan wanita dah berbuih mulut beri nasihat… Wan Nong, Napi, RJ, Faizal, Atai, Lan, Saat, Joe, Azhar dan Jamal, Practice! Practice ! Tapi mereka ni degil! HAMBEKKK!!! 3-0 , yang kosong tu boleh buat telur goreng ya. Harapkan muka aje yang garang.

Masuk permainan kedua dengan barisan pemain Iqbal, Ikhwan, Eri, Baien, Khai, Fuad, Epit, Didi & Shidi, Alaf 21 mengasak-ngasak pihak lawan iaitu Advertiger. Boleh ke ni? Nama pun dah gerun. Tiger katanya… Memang betul, team Alaf 21 kena tusukan gigi pemain-pemain Tiger. Semua serangan Alaf 21 tak menjadi. Kita tewas 1-0.

Keputusan muktamad setelah beberapa perlawanan, Alaf 21 dan Karya Bestari tidak tersenarai langsung dalam apa-apa carta. Jumpa lagi di tahun hadapan 2011. Kira sempatlah nak practice untuk tahun depan kan…

TARIK TALI, NAIB JOHAN

Walaupun acara bola sepak kami kalah, tetapi Alaf 21 mendapat rezeki dalam acara tarik tali. Kami menang naib Johan tau. Tahniah!

Terima kasih pada Cik Lan yang bertindak sebagai coach bidan terjun yang tiba-tiba saja dilantik tanpa watikah. Tapi tabik spring sebab mereka ni dah biasa angkat kotak buku yang berat kat stor. Wak, Baen, Arif, Fuad, RJ, CD, Saat, Epiq, Fery, Afif, Wan Nong... dahsyat masa tarik. Berkerut muka menahan sakit. Nasib baik tekong iaitu Afif yang belakang saiznya comel.

Azhar dari Karya Bestari berhempas pulas sekuat tenaga menarik tali

Pacak!! Pacak!!! Tarikk !!! Tarikk!! Yang tak tarik pun, jeritannya macam orang kena rasuk. Akhirnya, pihak lawan terkesima.