Monday, April 26, 2010

AL-FALAH - KARYA BESTARI & ALAF21 MEMENANGI TEMPAT KE 3 PERTANDINGAN NASYID KUMPULAN KARANGKRAF

Bismillahirahmanirahim…
Alhamdulillah, Karangkraf Sdn Bhd buat julung kalinya telah menganjurkan majlis MUNAJAT CINTA yang mana ia telah disertai anak syarikat berserta sekutunya. Majlis itu berlangsung pada pagi sabtu bersamaan 24 April 2010 bertempat di laman asy-syams.

Sesuai dengan objektifnya iaitu untuk mengerat dan memperkukuhkan silaturahim sesama kakitangan, pelbagai acara telah diadakan antara jabatan seperti pertandingan nasyid kontemporari, azan dan hafazan al-Quran. Sambutan majlis pada hari itu amat meriah apabila dihadiri oleh kakitangan syarikat berserta ahli keluarga yang datang memberi sokongan.Team Karya Bestari juga tidak melepaskan peluang untuk turut menyertai acara itu dalam pertandingan nasyid kontemporari. Alhamdulilah, dengan gabungan bersama team Alaf21, kami berjaya merangkul tempat ke3. Walaupun johan menjadi taruhan, tapi mungkin rezeki kami hanya sebagaimana yang telah ditetapkan. Selain daripada itu, peserta nasyid menerima wang berjumlah Rm400 beserta sijil penghargaan. Turut hadir Ustaz Amar, Hafiz Hamidon, Aan selaku juri pada sesi pertandingan Nasyid tersebut.

Ternyata lagu yang dibawa bertajuk Ya Rasulullah di bawah vokalis Mohd Rizal Abd Aziz dan Taubat Maksiat di bawah vokalis Mohd Khair dan Johari Jaafar telah berjaya memukau hati para juri dan penonton.

“Walaupun tempat ketiga, kami tetap berasa bersyukur. Sesungguhnya, bukan kemenangan yang kami harapkan, tetapi semangat berpasukan dan kekeluargaan yang menjadi agenda utama kami menyertai pertandingan ini.

"Jika diikutkan sebanyak sembilan kumpulan dari pelbagai jabatan Karangkraf yang menyertai pertandingan ini hebat-hebat belaka. Namun, Kemenangan ini bukan untuk kami, tetapi juga buat semua staf Alaf 21 yang memberikan sokongan padu,” kata Mohd Rizal Abd Aziz, selaku ketua pasukan.

Diharap majlis seperti ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang untuk mengeratkan lagi tali silaturahim antara kakitangan Karangkraf Sdn Bhd. Kami juga tidak akan melepaskan peluang untuk terus melibatkan diri dalam aktiviti seperti ini kelak!Antara orang kuat yang membantu mengukuhkan vokal team Al-Falah tidak lupa juga kepada cikgu Faizal dan siti Hajar(lia). Huhuhu Pengalaman pertama memasuki pertandingan sebegini. InyaALLAH jika ada umur kita orang akan berusaha lebih gigih di tahun hadapan... Salam jumpa lagi...

Sunday, April 18, 2010

MENGUASAI MUQADDAM SECARA HAFALAN BAGI SETIAP PERKATAAN BERULANG

SMART MUQADDAM

MODUL pembelajaran SMART MUQADDAM disusun secara sistematik berdasarkan penghafalan perkataan dari muqaddam (Juz Amma). Objektifnya agar anda mampu menguasai hampir semua perkataan di dalam muqaddam.

TERJEMAHAN MUQADDAM... Mempelajari dan memahami terjemahan bacaan muqaddam (Juz Amma) yang dibuat di dalam dua bahasa iaitu Melayu, Inggeris berserta tulisan jawi.

Disertakan juga hukum tajwid bagi setiap bacaan.

Muat turun manual ini untuk lebih memahami kandungan kedua-dua. Klik DI SINI

Thursday, April 8, 2010

MUDAH, MURAH & CEPAT! PESAN TERUS DARIPADA KAMI

Anda juga boleh mencetak borang ini untuk tujuan pembelian melalui langganan. Harga diskaun hanya diperolehi melalui langganan sahaja.

Wednesday, April 7, 2010

SOKONGAN PEMINAT, PELEDAK SEMANGAT KAMI. ALHAMDULILLAH...

Selama 10 hari berkampung di PWTC, respons positif daripada pembaca buku-buku agama dan Islamik benar-benar menyemarakkan semangat kami! Segala pandangan dan komen bernas daripada pembaca amat kami hargai. Insya-ALLAH... di Pesta Buku 2011 akan datang... kami akan perbanyakkan lagi bahan bacaan bermutu untuk dikongsi bersama (ehem... kalau ada umurlah...)
Ribuan terima kasih untuk penulis-penulis kami yang sempat meluangkan masa. Maafah ya... dalam kesesakan dan kesibukan tempoh hari... tak sempat nak ambil gambar/pose menarik penulis kami. Insya-ALLAH... ada rezeki lain kali boleh berkumpul lagi! Mudah-mudahan segala usaha/projek kita untuk hari-hari akan datang dipermudahkan-NYA... ameen...
Peminat setia Dr. HM Tuah tidak melepaskan peluang beramah mesra dan mendapatkan tandatangan motivator terkenal ini...
Bersama karya terbaru, Cipta Syurga Hati yang mengajak kita mengenali hati dan yakin pada diri sendiri!En. Mohd Fikri tetap memberi posing menarik di booth kami terutama di rak buku yang menempatkan buku Suci Diri Mencari ILAHI.

Aliran Dakwah di Malaysia

Buku ini menghuraikan sejarah dan pemikiran aliran-aliran tajdid dengan aliran tradisional di Malaysia. Ia mengupas sejarah gerakan tajdid agama yang bermula pada zaman klasik, moden dan akhirnya di Malaysia.Antara tokoh yang dibincangkan ialah Khalifah Umar ibn Abdul Aziz, Imam Ahmad bin Hambal, Imam Abu Hamid al-Ghazali, Ibnu Taymiyah, Syah Waliullah al-Dihlawi, Muhammad ibn Abdul Wahhab, Jamaluddin al-Afghani dan Muhammad Abduh. Buku ini juga menyentuh tentang permikiran islah di Malaysia dan seterusnya gerakan tajdid di Perlis.


Penulis: Dr. Abdul Rahmad Hj. Abdullah
Harga: RM13.00 (SM) / RM16.00 (SS)
Muka surat: 352




Kemusykilan Hukum

Tidak dinafikan bahawa peredaran zaman banyak memberi kesan kepada timbulnya persoalan semasa yang membimbangkan. Namun, umat Islam tidak boleh membiarkan diri terbelenggu dengan pelbagai persoalan tanpa jawapan yang pasti.

Buku ini diterbitkan bagi menjawab segala persoalan tersebut yang mencakupi perkara-perkara berkenaan tauhid, fikah, adab dan akhlak serta umum. Diharapkan agar buku ini dapat meleraikan segala kebuntuan yang dihadapi.

Selenggaraan: Abu Ruwais al-Syubrawi
harga: RM14.00 (SM) / RM17.00 (SS)
Muka surat: 320

Kemusykilan Kahwin


Dalam mengharungi hidup berumah tangga, setiap pasangan pasti menempuh pelbagai dugaan dan rintangan. Ada kalanya bahagia, kadang kala pula derita datang menyapa. Tapi, inilah suka duka itu hidup bersama. Islam sebagai agama yang syumul telah memberikan panduan yang cukup lengkap kepada umatnya dalam menghadapi segala kemungkinan yang akan berlaku dalam rumah tangga.

Buku 300 Soal Jawab Kemusykilan Kahwin ini mengandungi soalan dan jawapan tentang perkahwinan. Ia merangkumi hal berkaitan pemilihan jodoh, percintaan, pertunangan, persiapan walimah sehinggalah kepada penceraian. Semua jawapan disediakan oleh ahli panel yang berbeza dengan bentuk persembahan yang santai bagi memudahkan pembaca memahami kandungannya. Buku ini diharapkan menjadi panduan berguna buat bakal pengantin dan pasangan suami isteri dalam melayari bahtera rumah tangga.


Selenggaraan: Sakinah Ariff Johor
Harga: RM18.00 (SM) / RM 21.00 (SS)
Muka surat: 448

Kemusykilan Remaja

Usia remaja murupakan waktu peralihan yang banyak menguji keimanan. Di peringkat usia sebegini, remaja mudah terpengaruh dengan sesuatu perkara tanpa memikirkan baik buruknya.

Menyedari bahawa remaja perlu diberi perhatian dalam hukum agama, maka 300 Soal Jawab Kemusykilan Remaja
ini ditebitkan khusus sebagai pembimbing dalam masalah yang dihadapi. Setiap soalan diperkukuh dengan jawapan lengkap dan terperinci oleh Ustaz Maszlee Malik. Cara jawapan yang santai, jelas dan mudah ini merupakan daya penarik untuk remaja terus menimba ilmu daripada setiap soalan yang dipaparkan. Semoga buku ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam kehidupan seharian.


Selenggaraan: Mohd Ali Mohd Noor
Dijawab oleh: Ustaz Maszlee Malik
Harga: RM17.00 (SM) / RM20.00 (SS)
Muka surat:448

Kemusykilan Ibadah: 300 Soal Jawab

Dalam menjalani kehidupan seharian, kita sering berhadapan dengan masalah ibadat yang tidak dapat diselesaikan sendirian. Kita akan merujuk pada orang tertentu untuk mendapatkan penjelasan. Ada ketikanya, kita berasa malu untuk bertanya kerana masalah itu terlalu peribadi. Akhirnya, masalah tersebut dipendam begitu sahaja tanpa ada penyelesaian.

Kemusykilan Ibadah: 300 Soal Jawab dihasilkan untuk menjawab soalan-soalan yang lazimnya dihadapi. Buku ini dihasilkan bagi memudahkan umat Islam mendapat jawapan tepat mengenai permasalahan agama. Persoalan yang dikemukakan merangkumi parihal fikah, tasauf, nikah kahwin, faraid dan pelbagai persoalan umum.


Seleggaraan: Mohd. Ali Hj. Mohd Noor
Semakan: Dr. Fauzi Deraman
Harga: RM15.00 (SM) / RM18.00 (SS)
Muka surat: 384

Tuesday, April 6, 2010

Fatwa Kemusykilan Solat


Solat merupakan tanggungjawab yang wajib dilaksanakan dalam apa jua keadaan. Ia merupakan tanda ketaatan serta kepatuhan seseorang kepada perintah ALLAH dan Rasulullah. Dalam menunaikan solat, pastinya umat Islam menghadapi pelbagai kemusykilan yang boleh mencacatkan ibadat tersebut.

Buku ini memuatkan keterangan terperinci berkaitan persoalan yang timbul dalam solat, termasuk solat sunat seperti solat sunat hari raya, solat gerhana dan solat istikharah. Justeru, ia dapat menjadi rujukan pantas terhadap apa jua kemusykilan berkenaan solat kepada pembaca sekalian.


Selenggaraan: Azizah Mat Isa
Harga: RM18.00 (SM) / RM21.00 (SS)
Muka surat: 416

Fatwa Jin dan Sihir

Jin adalah makhluk ciptaan ALLAH yang sememangnya wujud di muka bumi ini. Ia termasuk di antara perkara ghaib yang wajib diimani oleh setiap mukmin. Perihal jin ini tidaklah dapat diketahui dengan terperinci kecuali melalui al-Quran dan hadis.

Buku ini membahaskan tentang hakikat jin dan iblis, hakikat sihir dan jenis-jenisnya, hakikat jampi, penyakit 'ain dan cara mengubatinya. Buku fatwa i ni amat sesuai untuk mereka yang ingin mempelajari dan memahami tentang konsep jampi menggunakan al-Quran dan zikir-zikir yang diambil daripada hadis Rasulullah. Semoga buku ini dapat menjawab persoalan dan kemusykilan para pembaca...


Selenggaraan: Mohd. Yusof Arbain
Harga: RM18.00 (SM) / RM21.00 (SS)
Muka surat: 400



Fatwa Iman

Keislaman seseorang itu boleh dilihat daripada amalan dan perbuatannya seperti lafaz syahadah, bersolat, berpuasa, berzakat dan mengerjakan haji. Namun, sama ada dia beriman atau tidak, muslim lain tidak dapat memastikannya. Ini kerana, keimanan amat berkait rapat dengan pegangan seseorang. Ia boleh bertambah dan juga berkurangan. Agar keimanan seseorang sentiasa bertambah, kefahaman mengenai konsep keimanan itu sendiri mesti dihayati.

Naskah ini merupakan himpunan soalan dan jawapan berhubung persoalan yang sering timbul dalam keenam-enam Rukun Iman. Ia juga menjelaskan perkara yang perlu dipegang dan ditinggalkan oleh setiap muslim. Juga penerangan mengenai perkara-perkara yang perlu dijaga untuk mempertahankan keimanan. Dalil-dalil daripada al-Quran, hadis, tabiin, tabi tabiin serta ulama muktabar disertakan agar para pembaca berpegang padanya dengan penuh keyakinan...


Selenggaraan: Sakinah Ariff Johor
Harga: RM18.00 (SM) / RM21.00 (SS)
Muka surat: 448

Fatwa Panduan Solat

Solat adalah ibadat dan tiang agama yang paling penting. Meninggalkan solat seolah-olah seseorang itu meninggalkan agamanya. Setiap muslim wajib menghampirkan diri kepada Penciptanya. Maka, dengan solatlah seorang hamba itu hampir dengan Tuhannya. Justeru, seseorang muslim itu wajib mengetahui hukum-hakam mengenai ibadat istimewa ini.

Pada masa kini, kebanyakan umat Islam melakukan banyak kesilapan di dalam solat kerana kejahilan sendiri. Namua, sebahagian daripada mereka masih lagi ego dan memandang remeh kesalahan-kesalahan tersebut. Akibatnya, solat itu sendiri tidak mampu mengubah mereka untuk menjadi muslim sejati. paling merugikan seandainya solat itu langsung tidak dinilai oleh ALLAH. Semoga buku ini dapat membantu dalam memperbaiki solat seharian kita...


Selenggaraan: Abu Ruwais al-Syubrawi
Harga: RM18.00 (SM) / RM21.00 (SS)
Muka surat: 432





Fatwa Adab

Fatwa Adab ini menghimpunkan fatwa-fatwa adab daripada tiga ulama besar di Arab Saudi. Walau bagaimanapun, seluruh fatwa-fatwa yang terhimpun di dalam buku ini adalah pendapat dan ijtihad ketiga-tiga ulama tersebut dan bukanlah berbentuk tetap. Bahkan, ia lebih kepada penambahan ilmu pengetahuan tentang kepelbagaian fatwa mengenai adab. Ia menghimpunkan adab-adab seperti ibu bapa, pergaulan, aurat, perkahwinan dan bersalaman ada diterangkan di dalam buku ini.

Selenggaraan: Syahrul Noor Saidin
Harga: RM18.00 (SM) / RM21.00 (SS)
Muka surat: 448


Fatwa Haji, Umrah dan Ziarah

Ibadat haji merupakan Rukun Islam kelima dan wajib ditunaikan oleh mereka yang telah memenuhi syarat-syaratnya. Dalam menjalani ibadat ini, pastinya kita tidak terlepas daripada pelbagai kemusykilan berkenaan perbuatan-perbuatan yang dilakukan.

Justeru, buku ini
merupakan himpunan soalan dan jawapan serta kemusykilan yang dihadapi sepanjang tempoh mengerjakan ibadat haji, umrah dan ziarah. Setiap penerangan disertakan dengan dalil-dalil daripada al-Quran, hadis, kata-kata para sahabat, tabiin, tabi tabiin serta para ulama yang masyhur di kalangan umat Islam.


Selenggaraan: Sakinah Ariff Johor
Harga:RM18.00 (SM) / RM21.00 (SS)
Muka surat: 400

Monday, April 5, 2010

Di Mana DIA di Hatiku?

Kita perlukan ALLAH lebih daripada kita perlukan udara. Kalau hidup tanpa ALLAH, apalah guna kita hidup. Hati akan mati, hidup hilang erti. Tanpa-NYA, kita akan hilang arah dan diri seniiasa gelisah. Jiwa akan terasa kosong sekalipun punya nama, rupa dan harta yang melimpah ruah. Di Mana DIA Di Hatiku adalah suara kalbu yang mengungkapkan segala rintih pedih, ratap harap serta suka duka seorang hamba yang sentiasa mengharap redha-NYA. Sesungguhnya ALLAH itu dekat, pintu keampunan-NYA lebih luas daripada pintu kemurkaan-NYA. Semoga pengisian buku ini dibaca seiring rasa muhasabah diri…di mana letaknya kita di sisi ILAHI?

Penulis: Pahrol Mohd Juoi
Harga: RM15.00 (SM) / RM18.00 (SS)
Muka surat: 320

Kasihmu Semerbak Firdausi

Di sebalik kesibukan kita mengejar duniawi, usah sesekali lupa pada insan yang paling berjasa dalam sejarah hidup kita. Setitis kesedihan ayah ibu yang tumpah kerana kita, berberapa langkah sudah terjarak kita daripada redha dan syurga-NYA. Kasihmu Semerbak Firdausi mengajak kita menghayati betapa sucinya kasih ayah dan ibu. Hargailah mereka ketika denyut masih dipinjam-NYA dan teruslah berbakti meskipun jasad mereka sudah reput di mamah bumi...

Penulis: Ruhana Zaki
harga: RM15.00 (SM) / RM18.00 (SS)
Muka surat: 368

Wanita: Status Sosial & Undang-undang Islam

Wanita: Status Sosial & Undang-undang Islam menyingkap hujah dan pendapat daripada ulama terdahulu dan kotemporari berkenaan kedudukan wanita dari kaca mata Islam. Seterusnya menjelaskan menjelaskan status wanita dalam perundangan Islam dan perlaksanaan hukum TUHAN ke atas mereka seperti yang termaktub secara terang di dlam wahyu-NYA iaitu al-Quran dan al-Sunnah.

Penulis: Prof. Madya Datin Paizah Hj. Ismail
Harga: RM10.00 (SM) / RM13.00 (SS)
Muka surat: 240

Kembara Seorang Hamba

Karya Dato' Shahnon Ahmad ini adalah monolog diri yang disampaikan secara berkesan tentang sahsiah manusia ranjau duniawi. Penuh dengan emosi....

Sesungguhnya al-Quran diungkap dari rohani yang luhur, diluah melalui jasmani yang ter­zahir. Namun, sejauh mana pula ke­cintaan diri terhadap keagung­an yang terkandung? Jika ia sebagai al-huda, mengapa masih ada jiwa yang terpalit seribu noda? Apakah keegoan menjadi ke­engganan diri me­nerima ketelusannya? Atau titisan nafsu duniawi yang mem­belenggu?

Kembara Seorang Hamba merupakan soliloquy iaitu monolog diri yang di­sampaikan dengan jelas dan berkesan tentang sahsiah manusia dalam ranjau duniawi. Mengguna­kan pen­dekatan al-Quran sebagai wadah pe­nyucian jiwa dan menjadikan pengisiannya sebagai benteng yang utuh untuk merasai kasih sayang-NYA yang tiada bersyarat! Hayatilah...

Penulis: Dato' Shahnon Ahmad
Harga: RM15.00 (SM) / RM18.00 (SS)
Muka surat: 320

Bila Pintu Hati Terbuka

Hati adalah milik ALLAH dan diamanahkan buat kita. DIA akan memberi cahaya kepada hati jika kita memeliharanya. Hati perlu sentiasa digilap agar bersih dan bercahaya. Andai kita cetek ilmu, maka belajarlah!

Karya Dr. Ridzwan Bakar ini membahaskan:
* Mengetuk pintu hati kita agar sentiasa
online dengan-NYA
* Menekankan peranan Kaabah dalam pengurusan diri
* Menjiwai kasih ayah, ibu dan menghargai erti pengorbanan
* Menghayati kekuatan dan pengaruh doa di dalam kehidupan
* Memacu kejayaan ke puncak tertinggi dan mengupas faktor suksess

Penulis: Dr. Ridzwan Bakar
Harga: RM15.00 (SM) / RM18.00 (SS)
Muka surat: 302

Raihlah Bahagia

RAIHLAH BAHAGIA melatih kita menjadi kaunselor kepada diri sendiri dan seterusnya mampu memperbaiki corak kehidupan seharian. Persembahannya dipadatkan dengan aktiviti yang boleh memantapkan lagi pemahaman tentang konsep bahagia.

Siti Marziah Zakaria, memanfaatkan pengalaman sebagai pegawai psikologi untuk bersama-sama kita menyelusuri jalan menuju bahagia. Setiap persoalan disentuh daripada perspektif psikologi dan Islam, juga amalan yang boleh mendekatkan ke arah kebahagiaan dunia dan akhirat.

Antara yang menarik:
  • Pengertian Bahagia
  • Ciri-Ciri Insan Bahagia
  • Tips Meraih Bahagia
  • Halangan-Halangan Bahagia
  • Jejakilah Rahsia Kebahagiaan
  • Waspada dengan Sikap Sendiri
  • Nikmati Anugerah Kehidupan
  • Amalan untuk Ketenangan Jiwa
  • Jadilah Pasangan yang Bahagia
  • Ciptalah Keluargaku Syurgaku
  • Aktiviti Pemantapan
  • Kajian Kes
Yakinlah...
DIA yang Maha Pengasih sentiasa mendengar permintaan setiap hamba-NYA

Penulis: Siti Marziah Zakaria
Harga: RM 15.00 (SM) / RM18.00 (SS)
Muka surat: 320

Sunday, April 4, 2010

Hebatnya Bulan Islam

Islam itu indah. Ajarannya ringkas dan mudah. Hanya sahaja akal dan nafsu manusia mengatakan sebaliknya. Lalu dicipta pelbagai amalan agar dapat mencapai redha-NYA. Inilah perbahasan utama di dalam nukilan ilmu HEBATNYA BULAN ISLAM. Persoalannya, adakah yang semua kita lakukan itu bertepatan dengan al-Quran dan al-Sunnah yang menjadi tunjang pegangan kita selama ini? Harapan penulisnya, Mohd Yaakob Mohd Yunus agar pengisian ini mampu membimbing kita menjadi mukmin sejati.


Antara perbahasan menarik:
• Hadis dha’if sebagai sumber hukum
• Kedudukan doa akhir dan awal tahun Hijrah
• Hari Asyura dan peristiwa Karbala
• Fatwa tentang sambutan Maulidul Rasul
Ittiba’ dalam Islam
• Nisfu Syaaban dan amalannya
• Hukum menyambut Israk Mikraj
• Hukum ibadat korban
• Hukum solat hari raya
• Amalan sunnah sempena hari raya


Penulis: Mohd Yaakub Mohd Yunus
Harga: RM17.00 (SM) / RM20.00 (SS)
Muka surat:440


Mutiara Akidah dan Ibadat

MUTIARA AKIDAH DAN IBADAT memuatkan persoalan kontemporari yang kerap timbul sejak akhir-akhir ini. Buku ini disediakan dalam dua bahagian iaitu akidah dan ibadat. Soalan yang di­muatkan tidaklah merangkumi kedua-dua topik secara terperinci, namun ia menjurus kepada soalan yang dipilih dan kerap diutarakan.

Di setiap bahagian, ada disertakan penerangan ringkas sebagai panduan agar dapat difahami dengan lebih jelas dan sempurna. Hampir semua jawapan disertakan dengan dalil dan nas sandarannya supaya pembaca lebih menyedari akan ketepatan setiap huraian yang diberikan.


Antara pengisian menarik:
  • Ketagih maksiat dan nazar
  • Penggunaan nama ALLAH oleh Kristian
  • Pembedahan plastik, botoks dan braces
  • Mandi tujuh kolah untuk dapat jodoh
  • Pejam mata ketika solat
  • Tanda hitam di dahi
  • Kesilapan yang dilakukan pada bulan Ramadan
  • Tuntut bela di akhirat
  • Amal al-Quran untuk kuat
  • Orang bukan Islam baca al-Quran
  • Fikir mati halang kemajuan
  • Waktu doa yang mustajab
  • Al-Fatihah pembuka majlis
  • Beban hutang ketika haji


Penulis: Ustaz Zaharuddin Abd Rahman
Harga: RM13.00 (SM) / RM16.00 (SS)

Muka surat: 280