Monday, March 15, 2010

Untukmu Umat

Menjadi insan cemerlang dan diredhai ALLAH adalah impian setiap muslim. Namun, ia tidak mudah dicapai jika kita kekurangan istiqamah dan semangat yang jitu. Justeru, Untukmu Umat diterbitkan sebagai panduan buat setiap individu untuk menuju ke arah kehidupan yang diredhai-NYA.

Antara isu menarik:
  • Wanita dan wangian
  • Batasan aurat wanita
  • Jangan dayus wahai lelaki!
  • Maruah diri dan doa pelindung
  • Adakah wanita dibenarkan berkerja?
Penulis: Zaharuddin Abd Rahman
Harga: RM11.00 (SM) / RM14.00 (SS)
Muka surat: 304

Cukupkah Sekadar Niat?

Kita sibuk beramal selama ini, tapi...adakah bentuk amalan kita itu benar-benar mengikuti petunjuk al-Quran dan al-Sunnah? Cukupkah dengan hanya niat yang baik, maka kita akan diganjari pahala? Bagaimana pula jika secara praktisnya amalan kita menyimpang daripada petunjuk-NYA? Adakah ia masih diterima? Jika anda mahu tahu jawapannya, buku karya Mohd Hairi Nonchi ini akan dapat menjawab persoalan-persoalan tersebut.Buku ini mengupas isu 'niat yang benar' dan 'cara yang benar' dalam melaksanakan amal ibadat seharian. Apa tunggu lagi? Mari kita perbaiki amalan kita sekarang!

Penulis: Mohd Hairi Nonchi
Harga: RM11.00 (SM) / RM14.00 (SS)
Muka surat: 256

Suci Diri Mencari Ilahi

Pendidik berpengalaman, Mohd Fikri Che Hussain menukilkan panduan lengkap dalam mendalami Rukun Iman dan Rukun Islam yang menjadi tunjang keimanan serta ketakwaan kepada ALLAH. Suci Diri Mencari Ilahi ini menghuraikan secara terperinci setiap tuntutan fardu ain dengan dilandasi penerangan yang lengkap lagi mantap. Mudah-mudahan segala amal ibadat yang kita lakukan mampu disempurnakan sebaik-baiknya berpaksikan tuntutan-NYA.

Penulis: Mohd Fikri Che Hussain
Harga: RM18.00 (SM) / RM21.00 (SS)
Muka surat: 496

Petunjuk Jalan Lurus

Al-Fatihah seharusnya dibaca dengan penuh penghayatan agar segala maksudnya dapat diambil dan diamalkan. Namun, pernahkah kita terfikir untuk mengetahui maksud setiap baris surah ini? Justeru, Ustaz Emran Ahmad mengajak kita bersama-sama untuk menghayati bacaan Surah al-Fatihah yang menjadi salah satu tunjang utama dalam solat. Buku ini menghimpunkan tafsiran ringkas mengenai surah tersebut, sejarah penurunannya serta nama lain lagi surah ini. Jangan ketinggalan untuk memilikinya!


Penulis: Ustaz Emran Ahmad
Harga: RM8.00 (SM) / RM11.00 (SS)

Muka surat: 176

Mencari Pasangan Hidup

Mencari Pasangan Hidup karya Ustaz Emran Ahmad ini menampilkan manual mencari jodoh didasari bimbingan daripada al-Quran dan al-Sunnah.

Antara kandungan menarik:
* Mengapa perlu berkahwin muda?
* Adakah ibu bapa berhak menghalang?
* Martabat wali dalam perkahwinan
* Masalah sekufu menurut pandangan Islam
* Hukum kahwin lari dalam Islam

Penulis: Ustaz Emran Ahmad
Harga: RM16.00 (SM) / RM19.00 (SS)

Muka surat: 352

Cipta Syurga Hati


Misi buku ini adalah untuk memberikan kita rasa bahagia, seakan 'syurga' sebagaimana ungkapan 'rumahku syurgaku.' Justeru, hujah Dr. Tuah Iskandar al-Haj di dalam karya ini adalah berpaksikan pendirian suci ini apabila mengetengahkan persoalan untuk mencipta syurga di hati. Sesungguhnya syurga di hati mampu dibentuk bergantung pada kesediaan hati itu sendiri...

Penulis: Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj
Harga: RM15.00 (SM) / RM18.00 (SS)
Muka surat: 320