MERUNGKAI SERIBU SATU MASALAH ANDA.
“Ya ALLAH... dinginkanlah panasnya kalbuku ini dengan dingin salju keyakinan. Padamkanlah bara jiwaku ini dengan renjisan air keimanan.”
SINOPSIS:
LIKU-LIKU hidup ini tidak cukup indah tanpa melalui sedikit pengalaman getir kerana ia adalah guru terbaik yang mengajar kita nikmat kehidupan. Elakkan luka semalam kekal memenjara hati kerana ini bermakna kita menjadikan ia pemusnah kebahagiaan sedangkan ALLAH itu amat luas rahmat-NYA.
Hati itu adalah raja kepada anggota tubuh. Jagalah, usah dikotori kerana jika daging yang satu itu rosak, maka rosaklah seluruh amalannya. Bersihkan hati dengan meyakini bahawa ALLAH adalah pembekal kasih sayang, bantuan, kebaikan dan kebahagiaan. Yakinlah bahawa setiap sakit ada ubatnya, carilah... agar kehidupan menjadi lebih bermakna.
Moga setiap luka ditemui penawarnya di baris-baris yang khusus ditulis untuk anda. Mudah-mudahan RAWATLAH HATI mampu dijadikan ambulans kecemasan sementara menanti bantuan yang lebih besar daripada-NYA yang Maha Pengasih dan Maha Mengetahui.
Meraih cinta anak pada orang tua
Membina semula cinta yang pudar
Memupuk keintiman dengan ILAHI
Mengukuh keyakinan dan ketakwaan
Memerdekakan belenggu di dalam diri
Menangani emosi dan tekanan perasaan
Mencari rangkulan kudus yang Maha Esa
Membuang rasa ego, takbur dan penyakit hati
Memaafkan dan mengusir dendam kesumat
Menjadi insan sukses; bebas luka, bebas derita
INGIN MILIKI BUKU INI?
- Anda boleh membuat bayaran secara bank in – bayar (RM19.90 – Harga buku) + (Kos pos RM4 senaskhah) terus ke akaun Grup Buku Karangkraf Sdn. Bhd. (MBB 014 271 416 077). Kemudian fakskan slip bank(nyatakan nama, alamat, no. tel, dan akaun alaf (jika ada). No Faks: 03-55113817.
- Membuat kiriman wang pos / cek kepada kami berjumlah (RM19.90 – Harga buku) + (Kos pos RM4 senaskhah). Atas nama Grup Buku Karangkraf Sdn. Bhd. Kirimkan nama, alamat, emel, pekerjaan, tel, no. kad pengenalan.
Klik borang untuk besarkan imej. Boleh di print dan di fotokopi.
6 comments:
Minta izin puan untuk salin kata-kata dari page puan sebagai perkongsian diri juga sahabat-sahabat..saya suka ziarah blog puan..banyak info dan semangat motivasi yang saya kutip..bukan itu sahaja, buku-buku karya terbitan karangkraf juga saya lebih maklum di laman ini..tahniah puan..segala ilmu yang dikongsi..jazakillah khairan jaza'..
Assalaamualaikum Umi,
Terima kasih kerana menerbitkan buku Rawatlah Hati. Bagus isinya. Mudah-mudahan terkesan dihati saya yang kadang-kadang terkeliru kerana luasnya ilmu Allah itu saya tidak berdaya mentafsirkannya sendirian.
Masih lagi saya ingat nada Umi bertegas supaya kami menjaga diri.....terasa belaian kasih sayang Umi. Terima kasih Umi. ~Hana,2001/02 KMM,Londang,Melaka~
Harap maaf.
Saya nak beritahu di muka surat 190, baris ke lapan ada kesilapan... "Yakinilah Rukun Islam ini sebaik-baiknya....." . Setakat ilmu saya ini, sepatutnya Rukun Iman..... Minta dibetulkan jika benar silap.
Terima Kasih.
Salam... Anonymous
Terima kasih diucapkan di atas komen yang diberikan. Saya mohon maaf di atas kesilapan yang benar-benar tidak disengajakan itu. Kami akan membetulkannya untuk cetakan seterusnya. Terima kasih sekali lagi di atas sokongan tuan/puan.
Moga ukhuwah kita berkekalan.
Salam ukhuwah
Wan Rohana
019 2557380
Terima Kasih kerana membeli dan mendapatkan buku terbitan Karya Bestari. Semoga ALLAH melindungi anda kalian... Sesungguhnya ALLAH itu Maha Penyayang dan Mengasihani... Alhamdulillah...
Post a Comment